tgindex
Nota Emas Abam Trafik

Nota Emas Abam Trafik

Статистика
@AbamTrafikиндонезийский

Saya adalah Official Dealer Public Gold yang telah membantu dan memberi bimbingan kepada ramai penyimpan emas.

Последний пост
12 авг.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
5
Всего постов
22
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 956
+5 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
254
22 постов
Вовлечённость
13,0%
к подписчикам
Постов в день
0,7
всего 22
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
199
1/48двое суток
228
1/72трое суток
245

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Terima kasih kepada follower Abam Trafik yang baru follow channel ini.

  • Hati-hati kalau ada orang ajar cara macam ni. “Makcik labur 10 gram. Setiap bulan dapat RM200. Kumpul 6 bulan, dapat RM1,200. Lepas 6 bulan, emas makcik ambil semula. RM1,200 tu pula beli lagi emas. Jadi 10 gram tadi dah jadi 12 gram. Ulang lagi. Sampai 100 gram. Bila dah 100 gram, income boleh jadi RM2,000 sebulan.” Nampak cantik. Nampak macam emas boleh “beranak”. Tapi cuba berhenti sekejap. RM200 sebulan itu datang dari mana? Kalau keuntungan itu bukan datang daripada keuntungan sebenar hasil jual beli emas, perniagaan atau aktiviti ekonomi yang sah, tetapi dibayar menggunakan duit atau aset peserta baru. Itu tanda amaran yang sangat besar. Ini bukan cerita seorang makcik. Bayangkan ada 1,000 orang. Seorang mula dengan 10 gram. Kemudian mereka diajar supaya kumpulkan pulangan, tambah lagi emas dan ulang sistem yang sama. Lama-lama bukan 10 gram. Ada yang jadi 50 gram. Ada yang jadi 100 gram. Ada yang mungkin lebih. Sekarang bayangkan jumlah emas yang perlu disediakan untuk memenuhi semua janji pulangan itu. Dari mana emas dan duit tersebut datang? Inilah soalan yang ramai terlupa tanya kerana mereka terlalu sibuk melihat angka “income bulanan”. Founder pula mungkin akan cakap: “Jangan ambil income. Reinvest saja. Biar emas makin banyak.” Peserta pun ikut. Income masuk → beli lagi emas. Emas bertambah → income kononnya bertambah. Income bertambah → labur lagi. Pusing lagi. Pusing lagi. Sampai satu tahap, peserta sendiri rasa mereka sudah semakin kaya. Padahal... angka dalam sistem belum tentu sama dengan kekayaan sebenar yang boleh dikeluarkan. Masalah bermula apabila duit atau emas peserta lama sebenarnya bergantung kepada kemasukan peserta baharu. Selagi orang baharu masuk, sistem nampak hidup. Selagi ada orang baharu masukkan duit atau emas, pembayaran kepada orang lama boleh terus berjalan. Tetapi apabila kemasukan peserta baharu perlahan... Di situlah mula nampak siapa sebenarnya berenang tanpa seluar. Sebab kalau semua orang serentak mahu keluarkan emas dan wang mereka... cukupkah aset sebenar yang ada? Jangan terpesona dengan ayat: “Kalau betul syarikat kami kukuh, makcik untung besar.” Syarikat yang kukuh tak perlu bergantung kepada andaian bahawa peserta akan terus memasukkan semula duit dan emas mereka. Dan pelaburan yang sihat sepatutnya boleh diterangkan dengan jelas: Untung itu datang daripada aktiviti ekonomi yang mana? Kalau soalan mudah ini pun tak boleh dijawab dengan jelas, jangan sibuk kira berapa gram emas yang kononnya boleh terkumpul. Kira dulu risikonya. Sebab kadang-kadang kita bukan sedang menggandakan harta. Kita cuma sedang menyerahkan harta sendiri sedikit demi sedikit... kepada sistem yang kita sendiri tidak faham. Emas boleh bertambah. Income boleh nampak bertambah. Angka dalam akaun boleh nampak cantik. Tetapi satu soalan tetap kena jawab: “Duit dan emas yang saya dapat itu sebenarnya datang daripada mana?” Kalau jawapannya ialah duit dan emas peserta lain... 🚨 Jangan teruskan sebelum anda benar-benar faham bagaimana sistem itu berfungsi. Jangan tunggu skim itu runtuh baru kita panggil ia penipuan. Buat semakan sebelum duit dan emas kita yang menjadi bahan ujian. #AbamTrafik

  • без подписи

  • Kebanyakan manusia akan belajar daripada kesilapan. Tetapi ada dua jenis manusia yang belajar daripada kesilapan berbeza. 1. Belajar daripada kesilapan diri sendiri. 2. Belajar daripada kesilapan orang lain. Jika anda jenis nombor dua, ternyata anda adalah orang yang bijak.

  • Harga Emas Public Gold GAP RM633 = 1gram RM317 = 0.5gram RM100 = 0.1580gram Terendah: RM561/g (30 JUN 2026) Tertinggi: RM764/g (29 JAN 2026) Kemaskini: 11-08-2026 @1019hrs (Revised1)

  • без подписи

  • RM700,000 habis dalam 21 hari. Bila baca tajuk ni, saya tak terfikir tentang RM700,000. Saya terus terfikir tentang 30 hingga 40 tahun seseorang berhempas-pulas bekerja untuk mengumpulkan wang itu. Kemudian ia hilang dalam masa 21 hari. Itulah sebabnya saya selalu cakap. Disiplin menyimpan jauh lebih penting daripada jumlah yang kita simpan. Ramai orang terlalu fokus nak cari pendapatan yang lebih besar. Tetapi mereka lupa membina tabiat menyimpan. Kalau hari ini RM100 pun susah nak simpan, jangan sangka bila ada RM700,000 semuanya akan berubah. Jumlah wang hanya membesarkan tabiat yang sudah ada. Kalau kita berdisiplin, wang akan bertahan lebih lama. Kalau kita boros, wang yang banyak pun boleh lenyap sekelip mata. Sebab itu, jangan tunggu gaji naik. Jangan tunggu bonus. Jangan tunggu pencen. Latih diri bermula hari ini. Asingkan 10% hingga 20% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Bukan kerana jumlahnya besar. Tetapi kerana kita sedang melatih disiplin. Hakikatnya, kekayaan bukan dibina dengan satu jumlah wang yang besar. Ia dibina melalui beribu-ribu keputusan kecil yang betul, dibuat secara konsisten selama bertahun-tahun. Simpan dahulu. Baru belanja. Kerana apabila disiplin sudah terbina, tidak kira wang itu RM5,000, RM50,000 atau RM700,000... kita lebih bersedia untuk menjaganya daripada menghabiskannya. Faham sesuatu? #AbamTrafik

  • без подписи

  • Harga emas buat kenaikan 3.19% hari ini. Sekiranya esok harga emas kekal bertahan diatas paras 4200USD, maka ia adalah signal kenaikan harga emas. Sekarang harga emas kembali kepada angka 6. Kepada yang dah belum membeli pada bulan Ogos. Ambil peluang ketika harga masih di paras bawah RM650 per gram. Yang belum bermula, inilah peluang terbaik. Klik Pinned Message untuk daftar akaun secara percuma #AbamTrafik

  • Analisis Teknikal Harga Emas Adakah Harga Emas Kembali Uptrend? Ramai yang melihat harga emas naik atau turun setiap hari. Tetapi dalam analisis teknikal, kita tidak hanya melihat harga semasa. Kita juga melihat Moving Average (MA) untuk mengenal pasti arah aliran (trend) pasaran. Dalam carta ini terdapat tiga garisan penting: 🔵 MA50 (Biru) Menunjukkan arah aliran jangka pendek. Jika harga emas berjaya kekal berada di atas MA50, ia memberi isyarat bahawa momentum kenaikan sedang bermula dan pembeli mula menguasai pasaran. 🟢 MA100 (Hijau) Menjadi rintangan pertengahan. Jika harga berjaya melepasi MA100, ia menunjukkan kekuatan belian semakin meningkat dan peluang untuk meneruskan kenaikan menjadi lebih baik. 🔴 MA200 (Merah) Ini adalah garisan paling penting kerana ia menjadi penanda aras trend utama pasaran. Jika harga masih berada di bawah MA200, pasaran secara keseluruhannya masih dianggap downtrend. Sebarang kenaikan berkemungkinan hanyalah rebound atau kenaikan sementara. Jika harga berjaya menembusi dan kekal di atas MA200, ia memberi petunjuk bahawa trend mungkin telah bertukar daripada downtrend kepada uptrend. Kesimpulan Berdasarkan carta ini: ✅ Harga emas telah berjaya menembusi MA50, menunjukkan momentum kenaikan jangka pendek semakin positif. ⚠️ Namun, harga masih belum melepasi MA200. Oleh itu, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa trend menurun telah berakhir. Pelabur dan pedagang kini akan memerhatikan sama ada harga mampu menembusi serta bertahan di atas MA200. Jika berjaya, kebarangkalian untuk memulakan fasa uptrend adalah lebih tinggi. Jika gagal, harga berpotensi membuat pembetulan semula sebelum cuba melakukan kenaikan yang seterusnya. > Nota: Analisis teknikal hanyalah alat untuk membantu membuat keputusan berdasarkan kebarangkalian, bukan jaminan bahawa harga akan bergerak seperti yang dijangkakan. Sebagai Gold Saver, ambil peluang sebaiknya dan konsisten membeli pada harga di paras sokongan. Jangan tunggu dah naik, baru mula nak kejar bas. Masa harga tengah diam inilah waktu terbaik untuk kumpul. #AbamTrafik

  • без подписи

  • Jika ditelusuri pendedahan pelbagai skim yang pelik-pelik seperti Pegasus Bullion, Ufun, HGR, Mecca Islamic Fund, Tok Belagak, DEET dan XFox, kita mendapati satu perkara yang hampir sama. Tidak ada seorang pun ejen skim ini yang benar-benar bercakap tentang risiko pelaburan. Apa yang mereka tekankan hanyalah pulangan, pulangan dan pulangan semata-mata. Perkara ini mengingatkan saya kepada satu skim yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang, di mana peserta dikatakan boleh memperoleh duit dengan "menyimpan" emas mereka bersama sebuah syarikat. 3.) Saya ingin bertanya. Bagaimana jika syarikat gagal membayar kerana: - Syarikat tidak cukup duit. - Syarikat sudah kehabisan duit. - Akaun bank syarikat dibekukan (freeze). - Syarikat ditutup. - Pengasas (founder) menghilangkan diri. - Syarikat diserbu oleh pihak berkuasa. Dalam keadaan seperti itu, apakah yang boleh dilakukan oleh peserta untuk mendapatkan semula duit atau emas mereka? 4.) Jika ada yang menjawab, "Syarikat tetap mesti bayar kerana ada perjanjian bertulis yang telah dimatikan setem (stamp)," maka jawapan itu hanya menunjukkan betapa ceteknya kefahaman mereka. Perjanjian bertulis memang boleh menjadi bukti hak, tetapi ia bukan jaminan anda akan menerima semula duit atau emas jika syarikat sudah tidak mempunyai kemampuan untuk membayar atau tidak lagi beroperasi. Majoriti pelabur tidak pernah mendapatkan semula wang mereka setelah skim yang mereka ceburi itu tersontot apabila diserbu pihak berkuasa. #AbamTrafik

  • без подписи

  • MERDEKA KEWANGAN BERSAMA PUBLIC GOLD Yang dinanti - nantikan sudah tiba. Bingkisan istimewa buat anak Malaysia. Semarakkan Bulan Kemerdekaan dengan Gold Bar Merdeka 2026 (1g, Au 999.9). Satu lambang kebanggaan, satu kisah kemerdekaan, kini diabadikan dalam emas tulen Au 999.9. Selaras dengan tema Hari Kebangsaan ke-69, "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", Public Gold mempersembahkan 1g Gold Bar Merdeka 2026- sebuah koleksi istimewa yang membawa semangat patriotisme dalam bentuk emas bernilai. Top Up GAP Anda Sekarang!

  • "Kita dah ada pencen, dapat gratuity lagi. Cukup la kot untuk hari tua kan cik." Rakan sekerja saya mulakan perbualan semasa kami meronda. Saya hanya senyum. Kemudian saya tanya satu soalan yang buat dia menung kejap beberapa saat. "Gaji sekarang, siap campur macam-macam elaun, pun ramai kata tak cukup. Agaknya 20 tahun lagi cukup tak nak bertahan dengan income 60% gaji pokok. Tak ada elaun pulak tu." Terus dia terkedu. Inilah hakikat yang ramai penjawat awam belum sedar. Masa bersara nanti, kita bukan sekadar kehilangan elaun. Kita juga berdepan dengan satu musuh yang tak pernah tidur. Inflasi. Hari ini nasi campur pun dah RM8. 20 tahun lagi? Tiada siapa tahu. Mungkin RM15. Mungkin lebih. Hari ini kita masih kuat bekerja. 20 tahun lagi? Boleh jadi duit lebih banyak keluar untuk ubat berbanding makan. Rumah perlukan penyelenggaraan. Kereta perlu dibaiki. Anak atau cucu mungkin masih memerlukan bantuan. Sedangkan pencen, jumlahnya tetap. Ramai seronok bila dengar bakal dapat ganjaran lebih RM200,000. Nampak besar. Nilai RM200,000 yang kita lihat sekarang memang besar. Kita belum tahu nilainya pada 20 tahun akan datang. Cuba bahagikan kepada 20 tahun selepas persaraan. Kemudian tolak kos membaiki rumah, tukar kereta, kecemasan dan rawatan kesihatan. Kat situ nanti baru kita sedar, Ganjaran itu terlalu kecil dan ia bukan tiket untuk hidup mewah. Ia hanyalah bekalan permulaan. Sebab itu orang yang benar-benar bijak merancang kewangan tidak pernah bergantung kepada pencen semata-mata. Mereka membina aset semasa masih bekerja. Ada yang menyimpan emas. Ada yang melabur secara konsisten. Ada yang membina pendapatan sampingan. Sebab mereka faham satu perkara, Persaraan bukan masa untuk mula menyimpan. Persaraan adalah masa untuk menuai hasil daripada apa yang disemai sejak muda. Kalau hari ini anda masih mempunyai 10, 15 atau 20 tahun sebelum bersara, Anda masih ada masa. Tetapi kalau terus bertangguh, Masa akan berlalu lebih pantas daripada yang kita sangka. Jangan tunggu hari terakhir perkhidmatan baru bertanya, "Cukupkah pencen aku?" Tanya soalan itu hari ini. Kerana jawapan yang anda beri sekarang akan menentukan bagaimana kehidupan anda selepas bersara nanti. Kalau anda rasa perkongsian ini patut dibaca oleh lebih ramai penjawat awam, kongsikan. Mungkin ia menjadi asbab seseorang mula merancang persaraan sebelum terlambat. #NotaEmasAbamTrafik

  • без подписи

  • "Gaji saya kecil, nanti bila gaji besar barulah saya menyimpan." Inilah ayat yang paling mahal dalam dunia kewangan. Hakikatnya, masalah bukan pada jumlah gaji, tetapi tabiat mengurus gaji. Ramai pakar kewangan dunia seperti Warren Buffett, George Clason dan David Bach berkongsi prinsip yang sama: "Bayar diri sendiri dahulu." Maksudnya, setiap kali menerima gaji, asingkan simpanan terlebih dahulu sebelum membayar komitmen atau memenuhi kehendak. Simpanan bukan bergantung kepada gaji besar atau kecil. Simpanan bergantung kepada disiplin menyimpan antara 10% hingga 20% daripada pendapatan setiap bulan. Jika gaji RM2,000, simpanlah sekurang-kurangnya RM200 hingga RM400. Jika gaji RM10,000, simpanannya juga perlu meningkat kepada RM1,000 hingga RM2,000. Sebab itu, orang yang bergaji besar belum tentu lebih kaya daripada orang yang bergaji sederhana. Ramai yang pendapatannya meningkat, tetapi perbelanjaannya meningkat lebih laju. Jangan tunggu pendapatan bertambah baru mahu menyimpan. Kerana apabila gaji naik, gaya hidup juga selalunya ikut naik. Akhirnya, simpanan tetap kosong. Mulakan dengan satu keputusan yang mudah tetapi berkuasa. Simpan dahulu 20% daripada gaji. Kemudian, belajarlah hidup dengan baki 80%. Pada awalnya mungkin terasa sempit. Tetapi lama-kelamaan, otak akan menyesuaikan corak perbelanjaan mengikut baki yang ada. Inilah rahsia sebenar membina kekayaan, bukan dengan memperoleh lebih banyak wang, tetapi dengan mengekalkan tabiat menyimpan secara konsisten. Ingatlah, Pendapatan membolehkan kita hidup hari ini. Tetapi simpanan akan menentukan bagaimana kita akan terus hidup pada masa hadapan. Faham sesuatu? #AbamTrafik

  • без подписи

  • “5 hari bekerja dah sampai Sarawak!” 😍 Kadang-kadang orang bukan tak mahu simpan emas. Cuma mereka tertanya-tanya… “Kalau dah kumpul emas dalam akaun, nanti nak keluarkan emas fizikal susah tak?” Inilah antara perkara yang menarik tentang simpanan emas melalui GAP (Gold Accumulation Program). Bila simpanan emas dah mencapai sasaran, pelanggan boleh membuat pengeluaran emas fizikal mengikut prosedur yang ditetapkan. Dan yang paling best, dapat tengok sendiri emas fizikal sampai ke tangan. 🥰 Macam kisah anak buah abam dalam poster ni. Baru je pagi dia tanya abam kat balai, Saya jawab biasanya kalau penghantaran ke Sarawak dalam 5 hari bekerja. Tunggu je kiriman tu sampai, boleh monitor di tracking no. Tiba-tiba petang tadi di mesej, > “Assalam cik. Syukur alhamdulillah sudah sampai hahaha baru saya tanya pagi tadi.” Dengan abam sekali ikut tanjat.😂 Withdraw Hari Jumaat, Khamis dah sampai. Saya bagi nasihat, Ini baru target pertama. Tapi jangan cepat puas hati. Sebab matlamat kita bukan sekadar nak ada 1 keping emas. Kita nak bina simpanan sedikit demi sedikit sehingga nilainya boleh mencapai: 3 bulan gaji → 6 bulan gaji → 12 bulan gaji. Tak perlu tunggu kaya baru mula. Mula dengan apa yang mampu, konsisten dan bina sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin sekeping. Esok lusa, insya-Allah… jadi satu koleksi. Nak tahu macam mana nak mula simpan emas melalui GAP? Boleh klik goldsaver.my/abamtrafik — Shahril Norazmi 1 Star Founder Master Dealer, Public Gold 60145759585

  • без подписи