tgindex
AkuTegur

Tarbiah ummah!

Последний пост
12 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
3
Всего постов
22
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
287
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
22
22 постов
Вовлечённость
7,7%
к подписчикам
Постов в день
0,4
всего 22
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
10
1/48двое суток
11
1/72трое суток
12

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Fesyen dan kesenian sepatutnya mengangkat kemuliaan akhlak dan estetika yang bersopan, bukan menjadi pentas mengagungkan kebebasan tanpa batasan. Penganjuran yang menampilkan penyerupaan jantina berlawanan, aksi keanak-anakan yang melampau, serta penampakan maksiat secara terang-terangan di tengah-tengah ibu kota bukan sahaja merosakkan jati diri bangsa, malah secara halus menyuntik penormalan dosa ke dalam minda generasi muda. لَعَنَ اللَّهُ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ Maksudnya: "Allah melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita yang menyerupai lelaki." - Riwayat al-Bukhari إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka melihat perkara keji tersebar dalam kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat." - Surah an-Nur, 24:19 Natijahnya, kerosakan moral dan penormalan maksiat yang dibiarkan berleluasa secara terbuka di Kuala Lumpur mengundang risiko kemurkaan Ilahi yang memberi kesan secara kolektif. Maksiat yang dilakukan secara bersendirian adalah dosa peribadi, tetapi maksiat yang dipertontonkan, dirayakan, dan diangkat sebagai norma kemodenan di peringkat nasional menjadi kemungkaran awam. Sekiranya masyarakat dan pihak berkuasa bersikap apatis serta tidak melaksanakan kewajipan amr ma'ruf nahi munkar, kerosakan itu tidak hanya menimpa pelaku maksiat, malah turut menjejaskan ketenteraman dan keberkatan seluruh kota. Sama seperti nasib negeri yang disebutkan tadi, yang kehilangan nikmat aman dan rezekinya akibat keingkaran kolektif. وَٱتَّقُوا۟ فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمْ خَآصَّةً ۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ Maksudnya: "Dan peliharalah diri kamu daripada bala bencana yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim dalam kalangan kamu secara khusus, dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaan-Nya." - Surah al-Anfal, 8:25 مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ Maksudnya: "Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, dengan lidahnya; jika tidak mampu, dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." - Riwayat Muslim Kuala Lumpur wajib kekal sebagai nadi denyut ummah yang gagah, maju, dan berprinsip. Kemodenan yang sejati tidak memerlukan penyerahan bulat-bulat kepada budaya hedonisme atau tingkah laku luar tabie yang merosakkan. Demi memelihara status Malaysia sebagai bumi bertuah, semua pihak tak kiralah daripada pembuat dasar, penganjur acara, hinggalah masyarakat awam wajib dan perlu tegas menetapkan garis panduan moral dan syariat. Hanya dengan mengembalikan peradaban yang berteraskan akhlak, Kuala Lumpur dapat terus bersinar sebagai kota yang gemilang di mata dunia, layak digelar (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur) dan diberkati di sisi Allah SWT.

  • Kuala Lumpur Denyut Nadi Ummah Kuala Lumpur ialah nadi pemodenan dan simbol ketamadunan ummah di bumi Malaysia. Namun keberkatan dan martabatnya kini tergugat oleh hakisan moral serta penormalan maksiat secara terbuka pada hari ini. Antaranya penganjuran acara pementasan fesyen seperti KLFW yang mempertontonkan aksi terkinja-kinja, gaya luar tabie, dan budaya hedonisme yang membelakangkan syariat serta fitrah manusia. Ini bukan sekadar soal cita rasa, tetapi ancaman kepada roh sesebuah kota yang pada asalnya dibina atas semangat keagamaan. Kuala Lumpur diasaskan dan dibanggakan sebagai pusat peradaban Islam yang makmur, di mana kemajuan fizikal sepatutnya berjalan seiring dengan keberkatan dan ketakwaan. Keberuntungan tanah Malaysia bukan terletak pada ketinggian pencakar langitnya semata-mata, tetapi pada kemampuannya memimpin sebuah ibu negara yang bertamadun sambil memelihara identiti agama. Apabila sesebuah kota memakmurkan syiar Islam dan menjaga batas keimanan, Allah SWT menjanjikan limpahan rahmat dan keamanan; sebaliknya, kemajuan material yang dibiarkan kosong tanpa tiang agama hanya akan melahirkan sebuah kota kaya yang kehilangan jiwanya. وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan apa yang mereka telah usahakan." - Surah al-A'raf, 7:96 Konsep ini lebih jelas lagi digambarkan melalui kisah kaum Saba', sebuah tamadun yang dikurniakan kekayaan dan kemakmuran, lalu diperintahkan bersyukur agar layak digelar (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur) negeri yang baik lagi diberkati, di bawah naungan Tuhan Yang Maha Pengampun. Inilah acuan ideal sebuah bandar raya menurut pandangan Islam: bukan sekadar maju dari segi ekonomi dan seni bina, tetapi "baik" (tayyibah) kerana penduduknya taat dan bersyukur, lantas layak menerima keampunan serta perlindungan Ilahi yang berterusan. لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِى مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لَهُۥ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ Maksudnya: "Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada satu tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka, iaitu dua kumpulan kebun di sebelah kanan dan kiri. (Dikatakan kepada mereka): 'Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan subur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.'" - Surah Saba', 34:15 Namun keberkatan seperti ini bukan jaminan kekal tanpa syarat. Namun ia terikat kepada rasa syukur dan ketaatan yang berterusan. Apabila sesebuah bandar mula dihiasi kemewahan tetapi lalai mensyukuri serta memelihara batas syariat, ia berisiko mengalami nasib seperti yang diperingatkan Allah SWT terhadap sebuah negeri yang pada mulanya aman dan mewah, namun akhirnya ditarik nikmatnya akibat keingkaran penduduknya sendiri. وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَاقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلْجُوعِ وَٱلْخَوْفِ بِمَا كَانُوا۟ يَصْنَعُونَ Maksudnya: "Dan Allah memberikan satu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan melimpah ruah dari segenap penjuru, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, maka Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang selalu mereka lakukan." - Surah an-Nahl, 16:112 Bertitik tolak daripada prinsip ini, penormalan budaya luar tabie, pameran aurat secara melampau, dan perlakuan terkinja-kinja dalam acara awam seperti kontroversi KLFW merupakan pencabulan terhadap fitrah insani dan nilai adat budaya tempatan.

  • без подписи

  • Tawfiq dan Hidayah kan jua segera menemui kalian. Peganglah prinsip ini : Kebenaran adalah kompas yang menyelamatkan, manakala keegoan hanyalah ilusi pemusnah yang menjanjikan penyesalan.

  • Peringatan Buat Generasi Muda: Hawa Nafsu Dan Ego Yang Membunuh Dunia hari ini menyaksikan generasi muda belia berdepan ujian yang sangat halus ujian ego dan nafsu. Atas nama "kebebasan" dan "hak peribadi", ada segelintir anak muda yang mula mendahulukan kehendak hawa nafsu berbanding kebenaran mutlak. Hakikatnya, membiarkan nafsu mengawal diri adalah jalan pantas ke arah kehancuran, sepertimana amaran Allah SWT: وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ "Dan kalaulah kebenaran itu perlu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya..." [Surah al-Mu'minun: 71] Bayangkan jika kebenaran itu terpaksa mengikut trend, emosi, atau kehendak anak muda yang ego dan sombong. Pasti segala sistem kehidupan dan moral yang telah ditetapkan oleh Allah SWT akan hancur berantakan. Penyakit "Main Character Syndrome" dan Kesombongan Mendonia Dalam Islam, takrifan ego dan sombong itu sangat jelas dan dekat dengan realiti interaksi sosial kita pada hari ini. Nabi Muhammad SAW bersabda: الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ "Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim) Malah, Rasulullah SAW seolah-olah telah melihat jauh ke hadapan tentang munculnya budaya mementingkan diri sendiri (individualisme) dalam kalangan generasi terkemudian: "Sepeninggalanku nanti kalian akan melihat manusia yang ego (mementingkan diri sendiri), maka bersabarlah sehingga kalian menemuiku (di syurga kelak)." (HR al-Bukhari) Tanda "Red Flag" Ego Dalam Diri Anak Muda Generasi Hari Ini Bagaimanakah cara untuk kita, sebagai belia, menilai diri sendiri? Berhati-hatilah jika anda mula menormalisasikan tanda-tanda ini dalam kehidupan harian atau di media sosial: Menolak kebenaran (walaupun faktanya jelas di depan mata). 'Allergic' kepada teguran (mudah tersinggung dan melenting apabila ditegur). Obses untuk menang dalam setiap perbalahan, terutamanya sebagai keyboard warrior. Suka guna taktik membandingkan dosa ("Alah, aku buat ni je, dia tu lagi teruk") demi menghalalkan kesalahan sendiri. Menghidap sindrom sentiasa merasakan diri terpaling benar. Bangga diri (flexing/ujub) dengan pencapaian, rupa paras, atau harta yang sementara. Bersikap sinis dan tidak suka mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ego untuk memohon maaf dan sukar mengakui kelemahan diri. Suka 'play victim' dan meletakkan kesalahan di bahu orang lain. Merendah-rendahkan orang lain (suka downgrade, body shaming, atau meremehkan usaha orang lain). Menjadikan mencarut, memaki, dan mencela sebagai budaya komunikasi harian. Pesanan Emas Imam az-Zahabi Buat Belia Berilmu Bagi mahasiswa, graduan, dan belia terpelajar, kesombongan intelek adalah penyakit yang paling berbahaya. Imam az-Zahabi rahimahullah menitipkan teguran yang sangat tajam: “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut, tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu memperbaiki dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarrah (debu)” Wahai anak muda, dunia ini sedang menanti kepimpinan kalian. Jangan musnahkan masa depan dan peradaban ini dengan sikap bertuhankan nafsu dan trend semata-mata. Tundukkanlah ego anak mudamu, dan kembalilah serah dan pasrah kepada kebenaran yang datang daripada Allah SWT.

  • без подписи

  • Kesaksian..... Taqwa, Yaqeen, Ihsan dan Iman, anak-anak kepada Muhammad Mahmoud Shabana. Empat mahasiswi cemerlang dari Rafah, di selatan Gaza. Masing-masing sedang menuntut dalam bidang sains yang berbeza, penuh impian dan harapan untuk masa depan. Namun, impian mereka diragut dengan kejam apabila mereka dibunuh oleh tentera Israel ketika sedang berlindung dan berpindah di kawasan Mawasi, Khan Younis. Mereka bukan askar. Mereka bukan ancaman. Mereka hanyalah anak-anak muda yang mengejar ilmu dan masa depan. Semoga Allah menerima mereka sebagai para syuhada, mengurniakan kesabaran kepada keluarga mereka, dan semoga dunia tidak terus membisu terhadap tragedi yang berulang di Gaza. 🤲🇵🇸

  • Seni berdiam diri lebih susah dari seni berkata-kata Ketika umur meningkat remaja, kebiasaan pelajar atau anak-anak ingin belajar seni dan skil untuk melakukan pengucapan awam. Mereka dilatih berani untuk berpidato, berdebat, menyusun idea, mencari-cari 'punchline' yang mantap agar audiens terpukau dan terpana sekaligus mengiyakan poin yang diutarakan. Saya juga antara yang pernah melalui pengalaman ini, seperti kebanyakan dan kebiasaan orang lain. Meningkat umur dan pengalaman, saya kini sedar bahawa seni berdiam diri adalah lebih sukar dan lebih bernilai, daripada seni mahu melontarkan pandangan, kata-kata, teguran dan seumpamanya. Seni berdiam diri, ketika berlakunya konflik, adakalanya, dan kebiasaannya, lebih ampuh, lebih mendalam, dan lebih mendasar serta mencapai maksud. Diam akan memulangkan semula kata-kata kesat kepada pelakunya. Dia akan bertugas sebagai cerminan kepada penuduh-penuduh yang menuduhnya tanpa asas dan bukti. Diam juga akan menjadikan manusia akan berfikir sendiri, melakukan muhasabah secara organik, dan akan menyuburkan suasana tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan atau keputusan sesuatu masalah. Diam, hakikatnya lebih sukar kerana ia memerlukan kesabaran, ketenangan, nafas panjang dan kebijaksanaan. Ia memerlukan ketahanan jiwa untuk menahan sebarang perkataan yang boleh merosakkan hubungan, keadaan, atau hanya menambah marak api yang sedang membakar. Walaupun perkataan itu mungkin benar, baik, jujur, ilmiah, tetapi perkiraan yang lebih besar bukanlah apa yang disebut, bukanlah juga siapa yang lebih petah, lebih sedap perkataannya, dan lebih tepat penilaiannya. Perkiraan diam berkisar pengakhiran sesuatu plot dan peristiwa, siapa yang untung, siap yang rugi, akhirnya. Diam, akan merawat permasalahan secara rapi, tanpa perlu menggores hati mana-mana pihak, dan tidak menimbulkan mana-mana 'letusan' yang tidak perlu, yang mana pada penghujungnya ia akan mencipta 'noktah hitam' terhadap pelakunya di kemudian hari, lalu menatijahkan malu sendiri terhadap perilakunya yang tidak dapat mengawal diri, terhadap orang yang dikasihi, atau mengasihinya seperti saudara sendiri. Hikmah dan seni berdiam diri, adalah suatu seni yang perlu digilap, khususnya pada akhir zaman yang dipenuhi kekaburan, syubhat dan fitnah yang berlaku secara sistemik dalam kehidupan kita. Mungkin inilah yang erti iman kepada Allah dan hari akhirat, yang disampaikan oleh Baginda SAW ; Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik, atau diam. (HR Bukhari & Muslim) Wallahua'lam bissawaab.

  • • Jangan Cepat Koyak: Cabaran dan ujian adalah asam garam. Jangan mudah menyerah kalah apabila diuji. • Mengembara & Lihat serta kenal Dunia: Bermusafirlah untuk meluaskan pandangan dan mematangkan fikiran. • Berjuanglah demi Agama Dengan Cekal: Binalah tamadun dan kerjaya yang cemerlang dengan cahaya Islam. Sebenarnya kita semua tidak boleh lari daripada hakikat ini. Kita perlu membentuk masa depan anak muda dengan asas aqidah dan syariat yang kukuh. Jika kita gagal, kita hanya akan melahirkan generasi yang mengejar duniawi dan buta akhirat. Hasilnya sudah terbentang di depan mata hari ini. Ramai anak muda kita bijak pandai, segulung ijazah dalam genggaman, namun masalah sosial, keruntuhan akhlak, dan kesesatan berfikir tetap bermaharajalela. Mengapa tetap berlaku? Kerana akalnya diisi, tetapi jiwanya dbiarkan kosong. Wahai anak muda! Manfaatkanlah kudrat, masa, dan tenagamu hari ini dengan pencarian ilmu, bakti kepada ummah, dan perjuangan yang benar. Mudah-mudahan, pengorbanan kalian di usia muda ini menjadi asbab Allah SWT memelihara kemuliaan kalian di hari kedepan kelak. Kalianlah tonggak masa depan negara. Bentuklah diri menjadi anak muda yang berjiwa soleh, bertaqwa, berdaulat dan berjiwa perwira! ***Dilampirkan kompilasi hakikat-hakikat anak muda harini yang jiwanya kosong tanpa ada misi visi besar yang cukup jelas.

  • Generasi Harini Tonggak Agama Dan Negara! Pernah ke kita kita terfikir, kenapa disarankan kepada kita dan peri pentingnya membaca Surah al-Kahfi? Di sebalik pelbagai pengajaran besar dalam surah ini, Allah SWT sebenarnya sedang membentangkan sebuah kisah yang epik mengenai kehebatan generasi kita harini, anak muda. Firman mulia Allah SWT: إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡیَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةࣰ وَهَیِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدࣰا "(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" • Surah al-Kahfi 10 Kisah Ashabul Kahfi sudah pasti bukanlah kisah dongeng seperti kisah-kisah yang didengdangkan sebelum tidur. Ia adalah hakikat realiti pengorbanan sekumpulan anak muda yang sanggup meninggalkan segala keselesaan tempat tinggal mereka, keluarga tercinta, dan rakan sahabat semata-mata demi mempertahankan aqidah dan iman kepada Allah SWT. Jika kita betul-betul teliti, al-Quran menggunakan perkataan ٱلۡفِتۡیَةُ (fityah) membawa maksud anak muda. Perkataan ini kalau perasan disebut dua kali di dalam al-Quran, dan kedua-duanya terakam sangat bermakna di dalam Surah al-Kahfi. نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَیۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡیَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدࣰى "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" • Surah al-Kahfi 13 Kalimat ٱلۡفِتۡیَةُ (fityah) ini bukanlah sekadar merujuk kepada umur yang muda, tetapi ia adalah satu pujian yang cukup mulia daripada pencipta. Para ulama menafsirkan ٱلۡفِتۡیَةُ (fityah) sebagai anak muda yang memiliki iwa keperwiraan serta berjiwa soleh, berpendirian teguh, dan berani bersuara akan hakikat kebenaran. Persoalannya pada hari ini, adakah anak muda kita hari ini mewarisi jiwa ٱلۡفِتۡیَةُ (fityah) ini? Ataupun sebenarnya hanya hanyut dibuai arus trend, hiburan yang melalaikan, dan angan-angan kosong? Cuba kita perhatikan antara realiti hari ini dan acuan yang dibina nabi utusan mulia Rasulullah SAW. Negara akan rugi seruginya jika generasi mudanya rapuh dari sudut jati diri. Anak mudalah yang akan memegang tampuk kepimpinan negara. Jika hari ini jiwa mereka mudah goyah, mudah 'cair' dengan godaan dunia semata, termasuk wanita, harta benda, pangkat, dan hiburan murahan. Bagaimana mungkin kita boleh serta mampu menyandarkan harapan agama dan negara ke atas bahu mereka? Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW membangunkan anak muda di zamannya. Dari tarbiah Baginda, lahirlah sahabat-sahabat yang cukup solid: • Sayidina Ibnu Abbas: Di usia mudanya sudah menjadi rujukan utama pakar tafsir al-Quran. • Sayidina Usamah bin Zaid: Baru belasan tahun sudah diberi kepercayaan memimpin tentera Islam, mengatur strategi peperangan menentang empayar besar. • Sayidina Ali bin Abi Talib: Perwira hebat di medan perang dan pakar dalam pentadbiran negara. Mereka ini, di usia muda sudah menggoncang dunia. Kita di usia muda, apa yang sedang kita perjuangkan? Wahai anak muda, masa remajamu, masa mudamu hanyalah datang sekali. Jangan biarkan detik emas ini berlalu pergi tanpa meninggalkan bakti. Jadikan pesanan ini sebagai falsafah dalam kehidupan kalian: • Berhentilah Berangan-angan kosong: Bangkit dan berusahalah. Hidup ini bukan sekadar untuk bersuka-ria dan berhibur semata-mata. • Kuasai Ilmu Agama & Dunia: Luaskan pengetahuanmu. Ilmu adalah perisai. • Jaga Kesihatan & Masa: Tubuh yang kuat dan pengurusan masa yang baik adalah senjata orang yang berjaya. • Kawal Nafsumu: Jangan jadi hamba kepada keinginan. Lawan godaan yang merosakkan diri. • Beri Manfaat Yang Terbaik: Jadilah manusia yang kehadirannya dirasai dan kehilangannya dirindui oleh masyarakat. • Jauhi Kesyirikan: Bebaskan minda dan rohanimu daripada khurafat, tahyul, dan angan-angan yang merosakkan aqidah.

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Sebagai umat Islam yang cakna, kita bertegas menolak sebarang konsert dan segala hiburan yang melalaikan, mengundang pergaulan bebas, dan melanggar batas syarak. Penolakan ini terpakai kepada semua pihak tak kira artis tempatan, Barat, mahupun artis pro-Israel dan yang gagal menghormati kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah, memelihara, dan membimbing kita semua. Amin.

  • Nabi SAW utusan mulia pernah memberi amaran yang kini kita sudah pun saksikan terjadi di sekeliling kita: وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ، وَحَتَّى يُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ وَيُخَوَّنَ الْأَمِينُ "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga muncul perkataan keji, kebiasaan berkata keji, memutus hubungan kerabat, keburukan bertetangga, dan sehingga orang yang khianat diberi amanah (kepercayaan) sedangkan orang yang amanah dianggap berkhianat" • HR Ahmad Lihatlah sekeliling. Adakah ini masih terasa seperti khayalan mahupun mimpi? Ataupun sudah pun menjadi berita terkini yang sering kita dengari? Maka berhati-hatilah. Bukan sahaja dengan dosa yang besar dan jelas terpampang. Tetapi dengan kelazatan yang perlahan-lahan menumpulkan serta menghilangkan rasa bersalah. Dengan normalisasi yang sedikit demi sedikit mematikan kepekaan hati terhadap noda. Dengan sikap sambil lewa terhadap perintah Allah yang hari ini kelihatan kecil, tetapi esok membina tembok besar antara kita dan hidayahNya. Kalam Allah SWT bukan sekadar hiasan di dinding. Bukan bacaan untuk mencari berkat semata-mata. Sungguhnya adalah tali-tali bantuayang dihulurkan kepada mereka-mereka yang mahu bertaut. Siapa yang bertaut, ia sudah pasti selamat. Siapa yang melepaskannya, ia pasti terjatuh dan berkemungkinan ia langsung tidak sedar pun bila kakinya sudah menginjak ke tepi gaung. Moga Tawfiq dan HidayahNya tetap pada kita semua. *gambar di bawah adalah cuplikan katanya "scene panas" drama terkini yang tular artis ketaksuban ummat kita. Bukan isu malu pada manusia, pada Allah apatah lagi. Taubat segera. Ummah sedang melihat dan generasi sedang mencontohi kalian.

  • Siapakah Manusia Terpaling Zalim dan Derhaka Pada Allah? وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِیَ مَا قَدَّمَتۡ یَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن یَفۡقَهُوهُ وَفِیۤ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرࣰاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن یَهۡتَدُوۤا۟ إِذًا أَبَدࣰا "Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya" • Surah al-Kahfi 57 Ayat ini bukan sekadar huruf biasa seperti buku novel dan kalam motivasi murahan di atas kertas. Ia adalah hukuman Allah yang tercatat di mana dakwat langit yang menampar siapa sahaja yang membacanya sambil terkebil-kebil namun tetap enggan berubah. Allah menyebutkan dua golongan yang paling zalim, paling derhaka, paling jahat di antara sekalian manusia. Golongan pertama adalah mereka ini yang sudah mendengar kalam Allah swt, sudah tahu suruhan dan laranganNya, sudah faham mana yang halal dan mana yang haram, namun dengan selamba tidak ambil endah membelakanginya. Bukan kerana tidak tahu. Tetapi kerana memang sudah tidak mahu tahu. Golongan kedua pula adalah mereka yang membuat dosa, tapi tidak rasa apa-apa langsung. Dosa itu tidak dihisab dalam hati, tidak diinsafi dalam malam yang gelap, tidak disesali walau sedetik mahupun sesaat. Dosa itu ditelan tanpa rasa pahit, diulang tanpa rasa malu, dan dilupakan seperti membuang tisu terpakai. Hina sungguh. Inilah mereka. Bukan orang yang tidak pernah diperingatkan. Bukan orang yang tidak pernah dengarkan seruan hak kebenaran. Tetapi orang yang sudah tahu, sudah dengar, sudah faham lalu memilih untuk buat-buat lupa. Apabila dinasihati, mereka kononnya mengangguk. Apabila diingatkan, mereka berkata "ya saya", "okay, okay", "aku faham". Tetapi disebalik itu, apabila pintu ditutup dan tiada siapa melihat, hidup mereka kekal seperti sediakala. Langkah mereka ini tidak berubah, hati tidak bergetar, amal tidak bertambah. Peringatan Allah lalu begitu sahaja, seperti angin singgah di antara dahan dan sebenarnya tidak meninggalkan apa-apa. Kerana sikap inilah dan lantas kerana hati yang keras, kerana telinga yang sengaja dipekakkan , Allah swt dengan kuasa mutlak nya sebagai Tuhan Yang Maha Esa pun menutup pintu hati mereka. Bukan hanya dengan sehelai lapisan mahupun tutupan. Bahkan berlapis-lapis. Satu lapis demi satu lapis, setiap kali mereka memilih maksiat di atas ketaatan, setiap kali mereka memilih syahwat di atas syariat-Nya. Lama-kelamaan, hati itu tidak lagi dapat ditembus cahaya kebenaran. Keras seperti batu. Sejuk seperti abu. Ayat-ayat tawfiq dan hidayah Allah mengetuk pintu hati mereka itu, tetapi tiada siapa yang sahut menjawab di dalam. Mereka mula menikmati lazatnya dosa. Mereka mula membenci peringatan. Mereka mula memusuhi orang yang mengajak kepada kebaikan. Mereka bukan sahaja meninggalkan kebenaran namun mereka memeranginya. Bukan sahaja memang tidak mahu menuju cahaya tetapi hakikatnya mereka ini berusaha memadamkannya. Dan bila sampai ke peringkat itu, Allah taala berfirman: فَلَن یَهۡتَدُوۤا۟ إِذًا أَبَدࣰا "mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya" Kalimat ini wallahi sungguh menakutkan. Selama-lamanya sudah pasti.

  • без подписи

  • Penat-penat Tuhan bagi akal, mata, dan telinga percuma, tapi kau pilih untuk berpandukan nafsu. Tahniah. Dalam Al-Quran, Allah dah cop golongan degil yang tolak kebenaran ni tak ubah macam binatang ternakan. Malah, lebih sesat dan lebih hina. Kenapa? Sebab lembu atau kambing, kalau dihalau masuk kandang, dorang dengar arahan tuan dia. Tapi manusia yang hati dah buta ni? Bukan setakat tak dengar nasihat, siap serang dan kutuk balik orang yang bawa kebenaran. Ibarat keldai disuruh pikul kitab tebal bertingkat-tingkat. Nampak je macam bijak bawa buku, tapi habuk pun tak faham. Sembang kencang, tapi akal letak kat lutut. Jangan perasan diri tu mulia sangat kalau Pencipta sendiri dah kata kau lagi teruk dari haiwan. Sentap? Pusing balik tepuk dada ikut syariat.