tgindex
Dr Nur Hanisah Official

Dr Nur Hanisah Official

Статистика
@DrNurHanisahиндонезийский

Inspirasi manusia untuk ajak jadi baik bersama-sama.

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
6
Всего постов
28
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
8 841
−14 за 4 дн.
Сутки
−4
−0,05%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
257
28 постов
Вовлечённость
2,9%
к подписчикам
Постов в день
0,9
всего 28
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
103
1/48двое суток
118
1/72трое суток
127

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • https://www.facebook.com/share/1CzbkEAhWD/?mibextid=wwXIfr Sampai di rumah, saya tanya Fatimah, “Dengar tak Ummi cerita apa tadi?” Dia sengih sambil jawab, “Ummi ceritalah…” Hehe. Sebab tak dengarlah tu. Duk main dengan adik-adik kat belakang. 😂 Saya pun cerita, “Ummi cerita, dulu Ummi kerja doktor. Lepas Fatimah lahir, Ummi berehat dulu sebab nak jaga Fatimah, susukan Fatimah…” Dia pun tersenyum happy. 😊 “Lepas tu, rupanya Allah nak bagi hadiah anak kembar. Masya-Allah!” Kadang-kadang kita sendiri hairan dan tertanya-tanya tentang perjalanan hidup kita. Ada waktu kita buntu. “Betul ke apa yang aku pilih ni?” Kita buat satu keputusan kerana mahu menjaga apa yang Allah amanahkan. Kita lepaskan sesuatu yang kita sayang. Kita pilih jalan yang pada waktu itu, mungkin kita sendiri tak nampak ke mana penghujungnya. Dan jawapannya? Mungkin makan tahun untuk kita nampak. Mungkin kita tak akan nampak semuanya di dunia. Tapi hari ini, bila saya pandang Fatimah dan adik-adiknya, saya terfikir… Rupanya ada hadiah yang Allah simpan di sebalik sebuah pengorbanan. Yang pasti, apa sahaja yang kita lakukan kerana mahu mendapatkan reda Allah, tak pernah sia-sia. Mungkin kita belum nampak manisnya hari ini. Tapi percayalah… Allah tahu bila waktu yang paling tepat untuk menunjukkan jawapannya. 🤍 . . Nur Hanisah Kutemu Hikmah #suritarbiah #doktorsuriummah

  • без подписи

  • Semalam first time saya ‘angkut’ anak-anak keluar rumah seorang diri, tanpa peneman lain. Si kembar Khadijah dan Aisyah dah masuk 1 tahun 5 bulan, dah boleh jalan. Itu yang boleh saya beranikan diri. Mula-mula risau juga andai tak dapat kawal mereka. Maka benarlah… Setiap ketakutan itu dapat diatasi bermula dengan satu langkah berani yang kecil. Tawakal pada Allah. Gerak sajalah. Hari sebelumnya, saya dihubungi oleh Sister Azimah dari Klinik Kesihatan Ayer Molek, tempat saya dan anak-anak selalu datang check-up. Rupanya untuk menjemput saya menghadiri Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu. “Kami nak beri hadiah. Dan nanti nak minta beri ucapan inspirasi sekali.” Mulanya, saya terfikir ingin menolak. Iyalah, suami kerja. Siapa nak teman? Namun, apabila difikir bahawa ini rezeki yang hadir dalam bentuk peluang, saya setuju untuk hadir selepas mendapat keizinan suami. Sampai di sana, saya terkejut rupa-rupanya yang hadir dari kalangan ibu mengandung beserta para suami. Niat memberi manfaat walaupun kecil. Saya bercerita sedikit pengalaman dalam perjalanan melengkapkan penyusuan anak selama hampir 2 tahun. Saya juga kaitkan sedikit tentang bagaimana penyusuan boleh menjadi salah satu ruang untuk membina secure attachment dan rasa selamat dalam diri anak, khususnya pada usia awal mereka. Masha-Allah tabarakallah. Dalam banyak-banyak anugerah yang pernah saya terima, mungkin ini yang paling menyentuh hati saya. Kerana kali ini, yang diraikan bukan apa yang saya capai di luar sana, tetapi sesuatu yang saya lakukan setiap hari untuk anak-anak saya. Terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah buat semua staf Klinik Kesihatan Ayer Molek serta semua yang menjayakan program semalam. Terima kasih kerana bukan sekadar meraikan penyusuan susu ibu, tetapi turut meraikan perjalanan dan pengorbanan seorang ibu. 🤍 You guys are awesome! 🥰✨ . . Nur Hanisah Ibu Yang Masih Berusaha #doktorsuriummah #suritarbiah https://www.facebook.com/share/196vEPnweF/?mibextid=wwXIfr

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan rasa sedih sepanjang masa. Nikmatilah bahagiamu. Nikmati nyawa yang masih tersisa. Meski dunia tidak memihak kepadamu. Meski manusia semakin menjauh. Meski masa depan masih belum kelihatan sinarnya. Pause… Berhenti seketika. Dan lihatlah semula nikmat kecil yang masih Allah pinjamkan hari ini. Nikmat masih mampu bernafas. Nikmat masih ada insan tersayang yang boleh kau tatap. Nikmat masih mampu menelan makanan dan minuman dengan baik. Kadang-kadang kita terlalu sibuk menangisi apa yang hilang, hingga terlupa mensyukuri apa yang masih ada. Usah dikenang-kenang rasa sedih sehingga menambah beban di hati. Usah diulang-ulang rasa kecewa sehingga luka yang lama kembali berdarah. Kerana tanpa kita sedari, ia mencuri masa. Ia mencuri tenaga. Dan akhirnya ia mencuri kebahagiaan yang Allah masih sediakan buat kita. Iya. Kesedihan yang terlalu lama boleh membuat kita lupa, bahawa di sebalik ujian, masih ada kasih sayang Allah yang tidak pernah pergi. Andai esok ditakdirkan menjadi hari terakhir kita di dunia, adakah kita mahu pergi dalam keadaan hati yang penuh kecewa? Atau kita mahu pergi dengan hati yang sudah berdamai, kerana yakin bahawa segala yang berlaku adalah dalam aturan-Nya? Ingat… Apa pun ujian yang kau terima, bukan tanda Allah meninggalkanmu. Kadang-kadang Allah sedang menarikmu perlahan-lahan, agar kau kembali pulang kepada-Nya. Kerana yang tulus menyayangimu itu adalah Allah Ya Wadud, Yang Maha Mencintai. Allah ada. Dan mungkin selama ini, Allah cuma mahu hatimu kembali tulus mencintai-Nya juga. Semoga malam ini, hatimu lebih tenang. . . Nur Hanisah Maafkan Semua #RefleksiSebelumTidur https://www.facebook.com/share/1NuKbwbawU/?mibextid=wwXIfr

  • без подписи

  • Air coklat je? No… ni bukan air coklat biasa-biasa tapi air BELGIAN CHOCOLATE by CHOCO ALBAB. Now dah 3 tahun tau dalam pasaran! Makin hari, makin bulan, makin naik permintaan dan non stop. HIGH DEMAND!💃💃 Bukan agent2 je laju menjual dekat vendor2 kedai dan gerai pon makin hari makin laju je SOLD OUT 🤲🏻 One of the reason, ramai suka sebab air kita ni rasa premium, rich of chocolate and paling best, TIADA GULA PUTIH. Yess, versi sihat boleh minum setiap hari tanpa bersalah.. Happy to share now BELGIAN CHOCOLATE DRINK dah naik billboard tau. Proud sebab produk lokal Muslim ya ni! Kita patut support 💪🏻

  • HADIAH SET PREMIUM TOTEBAG & TUMBLER EKSKLUSIF Khas untuk yang daftar ejen Choco Albab hari ini. Anda nak cari peluang jana pendapatan dengan sebarkan manfaat Choco Albab drinks yang TANPA GULA PUTIH? Jom PM saya. Saya guide step by step ya >> wasap.my/60129539800/NakJoinEjenCA HARI INI SAHAJA!

  • Jomm dah sambung topik seterusnya >> https://us02web.zoom.us/meeting/register/2a-8un5DTFqt-Xmmln8b8w

  • Jommm sempat lagi nak join sekarang

  • без подписи

  • KELAS PERCUMA MALAM INI! Jemput daftar ya😊

  • 6 авг.278из ContentBondaMuhaya

    Kadang-kadang kita sayang anak sepenuh hati, tetapi masih keliru bagaimana mahu mendidik dengan lebih tenang dan konsisten. Jom hadir ke Workshop Parenting Operating System — Post Class untuk refleksi diri, susun strategi baharu dan teruskan perubahan dalam keluarga. 📅 6 Ogos 2026 (Khamis) ⏰ 7.45 malam 💻 Live via Zoom 🆓🆓🆓🆓🆓 Daftar awal di sini: https://us02web.zoom.us/meeting/register/2a-8un5DTFqt-Xmmln8b8w Selepas mendaftar, anda akan menerima emel pengesahan yang mengandungi maklumat untuk menyertai sesi Zoom.

  • 6 авг.232из Misi10gEmasPertama

    🔥 #MisiGoldWarriorKAB70K 🔥 Hari ini kita sama-sama penuhkan #KAB70K! 💛 Cara nak join mudah sahaja: 1️⃣ Daftar menggunakan link ini. 2️⃣ Verify emel anda. 3️⃣ Kalau anda yang bertuah mendapat angka 70,000, saya hadiahkan Uncang Emas RM50! 🎉 Introducer: Nur Hanisah binti Zainoren Jom daftar sekarang dan semoga rezeki milik anda! ✨ Daftar SEKARANG >> https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00028203 Dah daftar, PM saya ya >> wasap.my/60129539800/DoneDaftarKABGOLD #KAB70K #MisiGoldWarriorKAB70K #GoldWarrior #KABGold

  • Dalam hidup ini, tiada satu pun yang benar-benar pasti. Kasih sayang boleh datang dan pergi. Janji manis boleh dimungkiri. Kejayaan boleh singgah, kemudian menghilang. Akhirnya… Yang pasti hanyalah mati. Mati itu pasti. Sebab itu dikatakan, orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Kerana apabila kita mengingati mati, dunia tidak lagi kelihatan sebesar semalam. Masalah menjadi lebih kecil. Ego menjadi lebih rendah. Kejaran dunia menjadi lebih sederhana. Dan hati kembali mengingati apa yang benar-benar kekal. Ingat mati, bukan untuk berputus asa. Tetapi supaya kita lebih bersedia untuk hidup dengan penuh makna. . . Nur Hanisah Refleksi Pagi #hanisahinspire

  • “Saya sebelum ni dengan leader lain, tapi dia lelaki. Saya kurang selesa. Itu yang saya cari Dr. Saya nak belajar dengan Dr.” Saya tersenyum. “Faham. Okey, boleh. Mana-mana yang puan rasa selesa.” Hakikatnya, saya sendiri tidak begitu menggalakkan budaya bertukar-tukar introducer. Sebab saya tahu bagaimana rasanya jika perkara itu berlaku kepada diri sendiri. Akhirnya, puan itu memilih untuk tidak menukar introducer. Sebaliknya, beliau mendaftarkan satu lagi akaun menggunakan nama perniagaannya. Saya hormati keputusan itu. Pernah juga berlaku sebelum ini. Seorang anak emas saya pernah meminta untuk ditukar introducer kepada orang lain. Bukan kerana dia mahu. Tetapi atas arahan suaminya. Rupanya selepas dia mendaftar di bawah saya, barulah dia mengetahui bahawa suaminya sudah lama mempunyai akaun KAB Gold dengan introducer yang lain, tanpa pengetahuannya. Saya mudahkan sahaja urusan mereka. Saya benarkan dia berpindah "duduk" di bawah suaminya. Lebih kurang sebulan kemudian, dia datang semula. "Dr, saya nak balik bawah Dr." Apabila saya bertanya sebabnya, dia berkongsi bahawa di sana dia tidak mendapat bimbingan yang benar-benar diperlukan. Akhirnya, dengan persetujuan suami dan juga introducer asal suaminya, mereka berdua memilih untuk berada di bawah empayar kami. Alhamdulillah. Sejak hari itu, saya semakin memasang tekad. Sesiapa sahaja yang berada di bawah bimbingan saya, saya mahu mereka rasa dihargai. Saya bimbing. Saya masukkan ke dalam grup sokongan. Dan yang paling saya syukur, saya tidak bergerak seorang diri. Dalam grup itu ada leader-leader lain yang sangat aktif membantu. Kalau saya belum sempat membalas pertanyaan, insya-Allah akan ada leader lain yang tampil membantu. Tiada siapa dibiarkan berjalan seorang diri. Setiap kali HQ KAB Gold mengadakan kempen atau cabutan bertuah, kami akan saling mengingatkan dalam grup supaya tiada siapa yang tercicir. Kadang-kadang syaratnya hanya pembelian minimum RM50. Malah kempen terbaru, dengan pembelian RM10 pun sudah layak menyertai cabutan bertuah. Masya-Allah. Hasilnya, tim Gold Warrior sering menjadi antara pemenang. Semalam sahaja, dalam cabutan secara Live di Facebook, empat orang daripada tim kami berjaya membawa pulang hadiah. Sebenarnya enam orang terpilih. Namun dua orang tidak menyertai sesi Live dan tidak sempat memberikan kata laluan yang menjadi syarat kemenangan. Begitulah indahnya budaya dalam KAB Gold. Bukan sekadar mengejar keuntungan. Tetapi membina togetherness. Saling menyokong. Support HQ. Support ahli grup. Support sesama empayar. Kerana pada akhirnya, kita semua mempunyai matlamat yang sama. Melihat lebih ramai umat Islam berjaya membina simpanan emas, kewangan yang lebih kukuh, dan kehidupan yang lebih baik. Kalau puan lebih selesa dibimbing oleh wanita, saya sendiri akan bantu sebaiknya. Kalau tuan pula ingin belajar, suami saya, Ahmad Aiman Syazwan, sedia membimbing. Insya-Allah, kami akan berjalan bersama. Tahun depan, kami tidak mahu hanya kami berdua yang berdiri di atas pentas. Kami berdoa agar lahir sekurang-kurangnya tiga lagi Recognized Empire daripada bawah empayar kami. Kerana impian kami bukan sekadar membina empayar. Tetapi melahirkan empayar yang mampu melahirkan lebih banyak empayar. . . Gold Warrior Towards Empire Creates Empire. #GoldWarrior #KABGold Link tulisan asal >> https://www.facebook.com/share/p/1bbjn8tXS8/?mibextid=wwXIfr ___ Bismillah. Jom! 😊 Belum ada akaun? 👇🏻 ✅Jemput daftar dulu PERCUMA >> https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00028203 ✅Dah daftar, klik sini untuk guidance seterusnya >> wasap.my/60129539800/DoneDaftarKABGOLD

  • без подписи

  • Pesan guru, bangun pagi dengan fikir, “Apa aku nak jadi hari ini?” Bukan dengan “Apa aku nak buat hari ini?” Be. Do. Have. Jadi. Buat. Dapat. Apa kita tentukan untuk diri kita jadi, menentukan apa tindakan yang kita buat, menentukan pula hasil yang kita dapat. Saya terfikir, “Siapa aku nak jadi (be)?” Guru berpesan lagi, “Taqwa. Jadilah orang yang bertaqwa.” “Apa pula aku patut buat (do)?” Orang bertaqwa akan berhati-hati dengan setiap pilihan yang berlaku dalam kehidupan sehariannya. “Apa aku akan dapat (have)?” Allah janji akan dapat dua perkara. Orang yang bertaqwa akan dapat jalan keluar daripada segala masalah. Orang yang bertaqwa akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Maka sekali lagi, nak jadi apa hari ini? Jadilah orang yang bertaqwa. Dan rupanya untuk saya, jadilah dirimu sendiri, Nur Hanisah. Kerana maksud nama Nur Hanisah itu sendiri adalah cahaya orang yang bertaqwa. Masha-Allah. Syukurnya diberikan nama ini oleh kedua ibu bapaku. Alhamdulillah. . . Nur Hanisah Usaha Jadi Nama Sendiri #hanisahinspire https://www.facebook.com/share/1JbEU4XiEQ/?mibextid=wwXIfr