tgindex
Ekonomi Rakyat

Ekonomi Rakyat

Статистика

Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran Untuk tujuan kolaborasi - info@ekonomirakyat.com.my (1633124-M)

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
48
Всего постов
55
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 692
−2 за 5 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
129
40 постов
Вовлечённость
4,8%
к подписчикам
Постов в день
6,9
всего 55
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
113
1/48двое суток
129
1/72трое суток
139

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Ekonomi Malaysia berkembang 6% pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4% pada suku pertama, didorong permintaan domestik yang berterusan serta prestasi eksport yang kukuh. Menurut BNM, pertumbuhan turut disokong perbelanjaan isi rumah, pelaburan dalam struktur serta mesin dan peralatan, selain peningkatan eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) serta perkhidmatan.

  • Ramai Terima Manfaat Daripada Pertumbuhan Ekonomi Negara "Dalam kumpulan WhatsApp saya, mereka berkata 'angka-angka ini (pertumbuhan ekonomi) tidak bermakna untuk kami.' Jadi itu membuatkan saya berfikir, siapa yang mendapat manfaat daripada angka-angka (ekonomi) yang positif ini?" - Dato' Fraziali Ismail, Penolong Gabenor BNM

  • Harga Tiket Konsert Glastonbury Naik Lebih Empat Kali Ganda Sejak Tahun 2000   Festival Lagu Glastonbury merupakan salah satu festival muzik dan seni persembahan terbesar di dunia, yang diasaskan oleh Michael Eavis dan pertama kali diadakan pada 1970 di Worthy Farm, Somerset, England. Festival pertama itu dihadiri sekitar 1,500 orang dengan harga tiket hanya £1, termasuk susu percuma daripada ladang.   Dalam beberapa edisi terbaharu, Coldplay, Billie Eilish, dan Olivia Rodrigo merupakan antara artis terkenal yang pernah membuat persembahan di Glastonbury.   Sejak tahun 2000, harga tiket Glastonbury meningkat daripada £87 kepada £378 pada 2025, iaitu peningkatan lebih daripada empat kali ganda dalam tempoh 25 tahun. Kenaikan paling ketara berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila harga meningkat daripada £248 pada 2019 kepada £378 pada 2025.

  • International Sustainability Week (ISW) 2026 akan menampilkan International Green Build Conference (IGBC), yang menghimpunkan penggubal dasar, perancang bandar, arkitek, pembiaya dan pemain industri bagi membincangkan penyahkarbonan, daya tahan iklim serta bagaimana bandar dapat kekal berdaya saing dari segi ekonomi. ISW 2026 dianjurkan bersama oleh Qube Integrated Malaysia dan GreenRE Sdn. Bhd. pada 10 dan 11 September di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

  • DeepSeek akan menaikkan harga model AI utamanya V4 lebih empat kali ganda, sekali gus mendekatkan kadar yang ditawarkan kepada pesaing AI utama. Mulai 16 Ogos, pengguna model DeepSeek-V4-Flash akan dikenakan $1.32 (RM5.39) bagi setiap satu juta token output pada waktu puncak, berbanding US$0.28 sebelum ini, manakala kadar luar waktu puncak ditetapkan pada separuh harga tersebut.

  • SPRM setakat ini tidak menemui bukti salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan dalam siasatan terhadap pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat akuakultur Indonesia, eFishery. KP SPRM, DS Abd Halim Aman berkata siasatan penuh hanya dapat dimuktamadkan selepas maklumat kewangan dan dokumen daripada bank luar negara, termasuk di Singapura dan Indonesia, diperoleh.

  • Maxis Bhd melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Goh Seow Eng sebagai ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa Khamis Goh telah memegang jawatan CEO Maxis sejak 1 Disember 2022 dan mempunyai pengalaman kepimpinan serantau, termasuk pernah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Advanced Info Service Plc di Thailand serta Pengarah Urusan perniagaan rumah Singtel di Singapura.

  • Pharmaniaga Bhd mencatatkan lonjakan lebih tiga kali ganda dalam keuntungan bersih kepada RM12.49 juta pada suku kedua 2026, disokong penjimatan faedah susulan pembayaran balik sebahagian pinjaman serta pengurusan inventori yang berkesan, lapor The Edge. Hasil turut meningkat 12% kepada RM1.04 bilion berbanding RM926.86 juta setahun sebelumnya, didorong peningkatan pesanan daripada hospital kerajaan dan jualan segmen swasta.

  • Mahkamah Tinggi mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebuah pemaju yang sedang dalam proses pembubaran membayar lebih RM1.3 juta kepada pasangan pesara susulan kerosakan pada kediaman mereka di Alam Damai, Cheras akibat pembinaan projek komersial Montena Sovo Suites. Pasangan itu terpaksa berpindah dan menyewa kediaman lain selama 10 tahun kerana bimbang keselamatan rumah mereka, selain menanggung kos pembaikan.

  • ZUS Coffee sedang mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) bagi perniagaan Malaysianya untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM1 bilion, yang boleh menilai syarikat itu sekitar RM4 bilion, lapor Bloomberg. IPO itu berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia seawal pertengahan 2027, namun perbincangan masih berlangsung dan butiran seperti saiz serta masa penyenaraian boleh berubah.

  • SPRM sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pakar forensik asing bagi membantu siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). KP SPRM, DS Abd Halim Aman berkata siasatan melibatkan pelaburan, perjanjian dan kontrak yang memerlukan penelitian forensik terperinci, termasuk minit mesyuarat serta dokumen berkaitan keputusan pelaburan.

  • AirAsia Group Berhad mencatatkan kerugian bersih RM831 juta bagi suku kedua 2026, ketika peningkatan mendadak kos bahan api dan kerugian tukaran asing menekan prestasi kewangan kumpulan. Kerugian itu sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan 66% harga bahan api purata berbanding suku sebelumnya susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, selain kerugian tukaran asing sebanyak RM331 juta akibat penyusutan mata wang serantau termasuk ringgit berbanding dolar AS.

  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan hanya dua syarikat penerbangan setakat ini dilaporkan mengalami masalah sistem ketika memproses pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah melebihi 10 tahun. KP JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata isu itu bukan berpunca daripada negara asing yang enggan menerima pasport Malaysia, sebaliknya melibatkan sistem yang digunakan oleh syarikat penerbangan tertentu.

  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu yang sedang melanda negara tidak akan menunjukkan perubahan ketara dalam tempoh tiga hingga lima hari akan datang. Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Negara (POCGN), Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata hujan yang diramalkan di beberapa kawasan masih belum mencukupi untuk memulihkan kualiti udara secara meluas.

  • Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kelantan) 2026 bagi memperkemas dan memperkukuh peruntukannya supaya lebih sistematik, jelas dan berwibawa. Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebelum bacaan kedua dan ketiga.

  • Ekonomi Rakyat Sedang Mencari Jurnalis Kanan Kewangan & Perniagaan

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи