Financial Faiz
СтатистикаInfo kewangan, ekonomi dan pengguna business@financialfaiz.com FF Studios Sdn. Bhd. (202201021761)
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 1 277
- 1/48двое суток
- 1 463
- 1/72трое суток
- 1 578
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
[S01:E21] Kedai kek 500 cawangan, apa rahsia Secret Recipe kekal konsisten? - Patrick Sim, Group CEO Ramai kenal Secret Recipe sebab kek, tapi bisnes mereka sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang kita nampak di outlet. Daripada sebuah kedai gunting rambut yang ditukar menjadi kafe pada 1997, hari ini Secret Recipe mempunyai lebih 500 cawangan di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja membina Secret Recipe, Hokkaido Baked Cheese Tart dan Lapisan, malah turut menjalankan bisnes B2B bersama jenama seperti ZUS Coffee, IKEA, McDonald’s, Tealive dan Starbucks. Dalam perjalanan hampir 30 tahun ini, mereka juga melalui cabaran franchise, kenaikan kos, margin yang semakin kecil dan perubahan trend pelanggan. Financial Faiz Podcast kali ini bersama Patrick Sim, Group CEO Secret Recipe, untuk membincangkan bagaimana sebuah jenama tempatan berkembang menjadi empayar F&B antarabangsa. Apa sebenarnya rahsia untuk bina bisnes yang bukan sekadar viral, tetapi mampu bertahan hampir 30 tahun? https://youtu.be/Flmd1Uma33s
[S03:E72] MyCC bongkar dunia kartel, macam mana duit rakyat diambil? - CEO MyCC Kartel bukan sekadar beberapa syarikat yang berpakat sesama sendiri. Bila mereka mula mengawal harga, membahagikan pasaran atau menyekat pesaing, akhirnya pengguna juga yang akan menanggung kesannya melalui harga yang kurang kompetitif dan pilihan yang lebih terhad. Financial Faiz kali ini bersama YBhg. Datuk Haji Iskandar bin Ismail, CEO MyCC untuk membincangkan bagaimana kartel beroperasi, kenapa ia dianggap antara kesalahan paling serius dalam undang-undang persaingan dan bagaimana kuasa baharu MyCC boleh membantu menghentikannya. Kalau kartel menentukan harga barang yang kita bayar setiap hari, sejauh mana sebenarnya kesannya kepada rakyat? https://youtu.be/490L-XXO4ig
[S01:E20] Politik rosakkan ekonomi negara, bila Malaysia nak maju - Dr. Aimi, Economist Malaysia sudah berdekad-dekad bercakap tentang transformasi ekonomi dan sasaran menjadi negara maju. Namun setiap kali kepimpinan berubah, datang pula visi, slogan dan keutamaan baharu sehingga banyak rancangan jangka panjang kehilangan momentum. Negara seperti Korea Selatan mampu berkembang kerana mereka mempunyai hala tuju industri yang konsisten, membina keupayaan R&D dan melibatkan PKS dalam ekosistem syarikat besar. Malaysia pula masih bergelut dengan ketidakstabilan politik, dasar yang sering berubah dan kekayaan yang tidak mengalir secara menyeluruh kepada rakyat. Financial Faiz Podcast kali ini bersama Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi, Penganalisis Ekonomi dari UniKL Business School, membincangkan bagaimana politik, kepimpinan dan struktur ekonomi mempengaruhi masa depan negara. Adakah masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada kekurangan sumber, atau kegagalan kita mengekalkan hala tuju? https://youtu.be/veWCTzQDY7c
[S03:E71] Business viral semata-mata, sampai bila? Ramai orang mula berniaga sebab pandai masak, pandai buat produk atau nampak peluang dekat depan mata. Tapi bila bisnes dah berjalan, cabaran sebenar peniaga adalah bukan sekadar cari pelanggan. Tapi sebenarnyaa, ramai peniaga kecil berdepan cabaran yang sama. Modal tak cukup, kos makin naik, duit bisnes bercampur dengan duit peribadi, tak ada rekod jualan yang jelas, dan takut nak berurusan dengan bank. Dalam episod kali ini 1 Business, 1000 Harapan Financial Faiz bersama dengan Pinn Yang, CEO of Foodie Media Berhad dan Encik Mujiburrahman Abdul Rashid, Pemangku Ketua Eksekutif BSN untuk bincang realiti usahawan mikro dan peniaga kecil di Malaysia. https://youtu.be/NHoczJX0uHM
[S01:E19] Bisnes nasi lemak kekal laris 15 tahun? - Rizal Isa, COO Nasi Lemak Saleha Ramai nampak Nasi Lemak Saleha hari ini sebagai jenama yang sudah mempunyai restoran, kiosk dan puluhan lokasi jualan. Tapi perjalanan ini bermula daripada sebuah gerai tepi jalan dengan payung dan nasi lemak daun pisang. Financial Faiz Podcast yang dibawakan oleh CelcomDigi Business kali ini bersama Rizal Isa, COO Nasi Lemak Saleha, membincangkan bagaimana sistem operasi, central kitchen, kawalan kualiti dan pengurusan pekerja membantu mereka berkembang sehingga mampu menghasilkan 15,000 bungkus nasi lemak sehari. Adakah sistem bisnes korang sudah bersedia untuk berkembang? https://youtu.be/grKzHRoIxyk
[S03:E70] Subsidi diesel cecah RM5 Bilion, sampai bila kerajaan tanggung? - Tan Sri Johan Merican Bila kerajaan potong subsidi atau memperluaskan cukai, perkara pertama yang rakyat nampak ialah duit keluar daripada poket sendiri. Tetapi ramai tidak nampak beban yang masih ditanggung negara akibat hutang, pencen, ketirisan dan skandal kewangan terdahulu. 1MDB meninggalkan liabiliti puluhan bilion ringgit, KWAP pula mengalami kerugian RM160 juta dalam pelaburan eFishery. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengurangkan defisit, membantu PKS, membayar pencen penjawat awam dan memastikan sistem perolehan negara tidak lagi mudah disalahgunakan. Financial Faiz kali ini bersama YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, membincangkan realiti pengurusan duit negara, perbezaan SST dan GST, risiko rundingan terus serta usaha mengelakkan skandal seperti 1MDB daripada berulang. Pada pandangan korang, kerajaan sudah cukup telus dalam menjelaskan ke mana duit rakyat dibelanjakan? https://youtu.be/XqjJVSwSTo0
[S01:E18] Melabur ikut kawan, trend atau sekadar FOMO? Ramai orang anggap pelaburan itu rumit dan hanya sesuai untuk mereka yang pakar. Ada juga yang mula melabur hanya kerana terikut-ikut kawan atau trend semasa tanpa benar-benar memahami apa yang dilaburkan. Hakikatnya, pelaburan bukan sahaja tentang mencari keuntungan cepat. Tanpa ilmu, pelaburan boleh bertukar menjadi perjudian walaupun melibatkan instrumen yang patuh syariah. Sebab itu, memahami risiko dan membina ilmu pelaburan lebih penting daripada sekadar mengejar pulangan. Financial Faiz Podcast kali ini bersama Tusvendran Pillai, Coach Niaga Saham dan Puan Nurdiyana Harun, Wakil CIMB untuk membincangkan membincangkan bagaimana memulakan pelaburan dengan betul, perbezaan antara pelaburan dan perjudian, serta kenapa ilmu menjadi aset paling penting sebelum melaburkan wang anda. Kalau masih melabur hanya kerana ikut orang, adakah itu benar-benar pelaburan atau sekadar nasib? https://youtu.be/8HDmE8GJHok
[S01:E17] Dipaksa buat personal loan, akhirnya tanggung hutang seorang diri. Ramai anak muda fikir beli rumah hanya bergantung pada gaji. Hakikatnya, rekod CCRIS, komitmen BNPL, simpanan dan tujuan pembelian turut menentukan sama ada anda benar-benar bersedia memiliki rumah pertama. Masih ramai yang tersilap memilih hartanah kerana mengejar harga murah atau mengikut kehendak orang lain, tanpa memahami risiko kewangan yang bakal ditanggung. Financial Faiz Podcast kali ini bersama Tuan Erman Taib, Property Expert dan Puan Suriya Alias, wakil CIMB untuk membincangkan persediaan membeli rumah pertama, cara meningkatkan peluang pinjaman diluluskan serta kesilapan yang perlu dielakkan. Sebelum membuat komitmen berpuluh tahun, adakah anda sudah benar-benar bersedia? https://youtu.be/3vGBG2dR4gI
World Cup: FIFA untung, negara host rugi? World Cup nampak macam peluang ekonomi yang besar. Tapi bila kita tengok lebih dalam, tak semua negara host betul² buat untung. FIFA boleh jana berbilion dolar daripada broadcast rights, sponsorship dan tiket. Tapi negara host pula kena sediakan stadium, sistem pengangkutan, tempat latihan, keselamatan dan macam² lagi. Lepas World Cup habis, ada negara yang tinggal dengan stadium kosong, kos maintenance tinggi dan bil yang perlu dibayar rakyat. Jadi persoalannya, kalau Malaysia diberi peluang jadi host World Cup, patut kita ambil atau tolak? https://youtu.be/khYrIWVUn8U
Ramai rasa EPF sahaja sudah mencukupi untuk persaraan. Tetapi, bagaimana jika berlaku perkara yang tidak dijangka? Sudahkah anda mempunyai pelan kewangan dan perlindungan yang mencukupi? I akan berada di Conversations That Matter with Sun Life pada 18 Julai 2026 (Sabtu). Jom datang dan sertai sesi perkongsian santai bersama Tim Tiah, En. Azam Yusof (CEO Sun Life Malaysia Takaful) dan Alif Satar mengenai perancangan persaraan, perlindungan kewangan dan cara membina financial safety net. 🗓 18 Julai 2026 (Sabtu) 📍 De.Wan 1958 by Chef Wan, Level 2-2, The LINC KL Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad! https://sunlife.co/FinancialFaiz
Kerajaan U-turn Lindung 24 Jam, rakyat menang atau rugi? Ramai orang marah bila gaji kena potong untuk Lindung 24 Jam PERKESO. Ada yang kata dah ada medical card sendiri, ada yang rasa tak adil sebab potongan dibuat secara wajib, dan ada juga yang persoalkan kenapa duit itu tak boleh dapat balik kalau tak claim. Sekarang kerajaan sudah U-turn dan jadikan skim ini sebagai pilihan. Tapi bagi I, isu ini tak semudah “rakyat menang, kerajaan kalah”. Lindung 24 Jam sebenarnya boleh bantu ramai pekerja yang tidak ada medical card, tidak mampu bayar premium takaful atau pernah ditolak oleh insurans sebab rekod kesihatan. Cuma kerajaan sepatutnya educate rakyat dengan lebih jelas sebelum kuatkuasakan polisi. Kalau nak jadikan opt out pun, kena ada syarat dan bukti, bukan semua orang boleh keluar begitu sahaja sampai skim ini hilang fungsi. https://youtu.be/px2rjEfA4Z4
Financial Faiz akan berkongsi tentang “Rahsia Kejayaan Perniagaan” berdasarkan pengalaman sebenar membina dan mengembangkan perniagaan. 📅 5 Julai 2026 (Ahad) 🕥 10.15 pagi 📍 Dewan Seminar, IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall Putrajaya 💯 Masuk adalah PERCUMA! 📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
видео или голосовое, без подписи
Rakyat Indonesia semakin tertekan dengan kejatuhan Rupiah, pelabur hilang kayakinan Rupiah Indonesia semakin lemah dan sudah menyentuh sekitar Rp18,000 per US Dollar. Ramai mula tertanya-tanya sama ada Indonesia sedang menuju krisis mata wang seperti tahun 1998, atau ini cuma fasa tekanan ekonomi biasa. Faktor seperti pengukuhan US Dollar, kadar faedah Amerika yang tinggi, capital outflow, perbelanjaan kerajaan yang meningkat, defisit akaun semasa dan komunikasi kerajaan semuanya memberi tekanan kepada mata wang Indonesia. https://youtu.be/YUS_5nkx3AE
[S01:E12] Tanpa cukai, Kereta EV lebih mahal daripada kereta ICE - Hezeri Samsuri, Careta Ramai orang anggap kereta EV sepatutnya lebih murah daripada kereta biasa. Bila kerajaan menetapkan syarat tertentu untuk import EV, ramai terus persoalkan sama ada Malaysia benar-benar bersedia untuk mempercepatkan penggunaan teknologi ini. Hakikatnya, harga EV di banyak negara kelihatan murah kerana pelbagai insentif dan subsidi yang diberikan kerajaan, bukan semata-mata kerana kos pengeluarannya rendah. Dalam masa yang sama, isu EV membuka perbincangan yang lebih besar tentang hala tuju industri automotif negara. Selepas bertahun-tahun menerima perlindungan dan sokongan, adakah industri tempatan semakin kompetitif atau masih bergantung kepada dasar perlindungan untuk terus bertahan? Financial Faiz Podcast kali ini bersama Tuan Hezeri Samsuri, Penganalisis Industri Automotif, membincangkan realiti harga EV, kesan dasar kerajaan terhadap industri automotif, serta perbandingan perjalanan Proton dan Hyundai dalam membina jenama yang mampu bersaing di peringkat global. Kalau perlindungan sudah diberikan selama puluhan tahun, apa sebenarnya yang diperlukan untuk melahirkan jenama automotif bertaraf dunia? https://youtu.be/KIDIjEdOd6E
Saham jatuh sehingga 98%, rakyat Malaysia makin rasa Astro tidak lagi berbaloi Dulu, kalau sebut World Cup di Malaysia, ramai orang akan teringat Astro. Selama lebih 20 tahun, live sport seperti World Cup dan EPL menjadi antara senjata paling kuat Astro untuk kekalkan pelanggan. Walaupun ramai orang hanya tengok beberapa channel sahaja, sukan langsung tetap jadi sebab utama mereka terus melanggan. Tapi kali ini, Astro gagal menjadi penyiar utama FIFA World Cup di Malaysia. Perkara ini bukan sekadar isu hak siaran bola tetapi ia adalah simbol besar bahawa kuasa Astro dalam industri TV berbayar sudah berubah. Dalam video ini, kita bincang kenapa Astro boleh jatuh daripada gergasi media Malaysia kepada syarikat yang sahamnya pernah berada pada paras RM3.70, tetapi kini tinggal sekitar 6 sen. Adakah ini salah streaming? Salah model bundle? Salah harga langganan? Atau sebenarnya pengguna hari ini memang dah tak perlukan Astro macam dulu? Korang rasa, bila Astro hilang World Cup, adakah itu tanda era Astro sudah tamat? https://youtu.be/uPyRbVtaqNM
[S03:E69] Lepasan SPM: Sambung belajar, kerja atau jadi content creator? - Mikhall, Fairuz "Lepas SPM, antara keputusan paling besar yang perlu dibuat adalah sambung belajar atau terus bekerja? Dalam episod podcast kali ini, Financial Faiz bersama Fairuz Izwan, Financial Content Creator dan Mikhall Mazlan, Banker dan Alumni Taylor’s University membincangkan secara menyeluruh tentang pilihan yang ada selepas SPM, bagaimana nak tentukan laluan yang paling sesuai, dan kenapa pengalaman universiti masih memainkan peranan penting dalam membina masa depan. Bukan sekadar tentang ijazah, tetapi tentang pendedahan, peluang, dan kemahiran yang membantu anda bersedia untuk dunia kerjaya sebenar. Kami juga kongsikan perspektif industri tentang apa yang sebenarnya dicari oleh majikan hari ini dan bagaimana anda boleh mula bersedia dari sekarang." https://youtu.be/_4yEyh8p9zs
[S03:E68] Adakah duit kertas sedang menuju kepupusan? - Prof. Madya Dr. Aimi, Economist Malaysia semakin menuju ke arah masyarakat tanpa tunai. Daripada QR Pay, kad, RFID sehinggalah penggunaan AI dalam pembayaran digital, semuanya kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Dalam episod ini, Financial Faiz bersama Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid membincangkan bagaimana budaya cashless berkembang dengan begitu pantas di Malaysia, faktor yang mendorong pengguna semakin selesa menggunakan pembayaran digital, peranan AI dalam meningkatkan keselamatan transaksi, risiko scam, serta masa depan sistem pembayaran negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Adakah wang tunai masih relevan? Kenapa masih ada peniaga yang enggan menerima QR? Dan bagaimana teknologi akan mengubah cara kita berbelanja, menyimpan dan mengurus wang pada masa hadapan? https://youtu.be/GCVdKBOr3cM
[S03:E67] Trend tak sambung belajar semakin meningkat - Kauthar Rozmal, Penulis Labur Santai Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar, ramai mula berjimat dan berhati-hati dengan duit. Tapi tanpa sedar, ramai terlalu fokus untuk “survive hari ini” sampai terlupa merancang masa depan terutama untuk anak-anak dan pendidikan mereka. Tetamu podcast kali ini bersama Kauthar Rozmal, Penulis Labur Santai, membincangkan kenapa ketenangan kewangan bukan sekadar tentang banyak duit, tetapi tentang persediaan dan cara kita membuat keputusan. Bila hidup terlalu tertekan, ramai buat keputusan kewangan ikut emosi dan akhirnya menyesal kemudian hari. Adakah kita benar-benar merancang masa depan dengan bijak, atau sekadar cuba bertahan dari tekanan hidup sekarang? https://youtu.be/gcPJ8c3kDSY?si=UKVJ_o-5bP5_7NFK
[S03:E66] Bahaya bisnes dengan orang tak dikenali - Puan Joleen Yoong | Encik Abdul Rahim Dalam dunia bisnes hari ini, ramai syarikat buat keputusan tanpa tahu siapa pemilik sebenar di sebalik sesebuah syarikat. Podcast kali ini bincangkan tentang isu corporate mafia, money laundering, struktur Alibaba, dan kenapa SME boleh jadi ‘easy target’ tanpa sedar Dalam episod ini, Financial Faiz mempunyai 2 tetamu iaitu Joleen Yoong dan Abdul Rahim untuk jelaskan macam mana teknologi seperti Handshakes bantu syarikat kenal pasti risiko tersembunyi dan lindungi bisnes daripada transaksi meragukan? Adakah syarikat anda benar-benar kenal siapa yang anda berurusan? Dengar podcast penuh untuk faham realiti sebenar dunia korporat moden dan kepentingan due diligence dalam era digital & AI https://youtu.be/yTw1wpLgagY