𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐣𝐚 🥀
СтатистикаA Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨ 📩 Book Paid Review Slot with @BesidesNur
- Последний пост
- 16 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- английский
- Категория
- Книги
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 34
- 1/48двое суток
- 38
- 1/72трое суток
- 42
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
Tiba-tiba anak perempuan customer menangis dan cuba lari keluar dari ruang menunggu. Tapi malangnya, pintu nak keluar tu hanya boleh dibuka menggunakan remote saya je. Customer terkejut dengan tindakan anak perempuannya. Anaknya meronta-ronta cuba buka pintu keluar. Tengah anaknya meronta-ronta menarik handle pintu tu, muncul 3 orang pegawai polis. 2 orang berpakaian seragam polis dan 1 orang lagi berpakaian preman. Saya masa tu dah tersengih-sengih dah. Pihak polis yang hadir juga terpinga-pinga melihat kejadian tersebut. Bila anak perempuan customer nampak kehadiran pihak polis, lagilah beliau cuba lari. Dah berkejaran pulak dalam ruang menunggu tu. Bila pihak polis masuk je runag menunggu, anak perempuan customer jatuh terduduk terjelepok menangis. Jadi semua orang dah boleh tangkap la kesudahannya kan? Plot twist: 1. Yang keluarkan duit dari ATM tu ialah anak lelaki yang duduk bersama customer. 2. Yang bagi kad atm tu ialah anak perempuannya. 3. Customer memang pernah share no pin kad ATM tu pada both anaknya. 4. Anak perempuannya yang daftarkan internet banking menggunakan handphone customer sendiri. 5. Anak perempuannya yang aktifkan internet banking di mesin ATM. 6. Setiap kali nak guna apps, anak perempuannya akan download dan lepas guna dia akan delete apps tu dari hp maknya. Semua ni diceritakan oleh anak perempuannya disaksikan oleh saya, maknya, 3 orang polis dan bos saya. Terkejutlah maknya sampai hampir sesak nafas. Menangislah maknya semahu-mahunya. Bayangkanlah betapa luluhnya hati customer tersebut sebab tidak menyangka duit yang insurans yang diterima telah lesap dikerjakan oleh anak-anaknya. Bertambah malangnya, disebabkan oleh polis report telah dibuat, maka anak-anaknya terpaksa ditangkap bagi tujuan siasatan lanjut. Saya yang tadi tersengih-sengih melihat tingkah laku anak perempuan customer tersebut bertukar menjadi rasa kesian pula. Bertambah hiba bila saya tahu customer ni akan kehilangan anaknya buat sementara waktu hanya kerana sifat tamak anak-anaknya. Dah la menipu mak sendiri, mencuri pula, lepas tu cuba tutup kesalahan tersebut dengan menuduh orang lain. Lesson learnt kat sini: 1. Jangan share no pin atm/no pin hp pada sesiapa pun 2. Jangan menuduh membuta tuli 3. Mesin ATM ada kamera CCTV 4. Banking area penuh CCTV 5. Banking hall tu ada one way mirror tu yang orang dalam boleh tengok perangai kita masa tengah menunggu. 6. Bank tak tahu password kad ATM anda 7. Bank tak tahu password internet banking anda 8. Bila kad atm kena telan, bank lupuskan terus. Takleh ambik balik dah walaupun kena telan seminit sebelumnya. Kesudahannya kes tu ditutup je sebab customer terus tarik balik polis report tu. Tapi kena reman jugak la anak customer tu 2 hari. Sian jugak. Tapi nak buat camne, dia yang datang buat onar dulu. Bank ni kalau malas nak layan, memang gitulah. Kita serahkan je pada polis. Sebab kalau dengan polis ni semua orang dengor kata sket. Kannnn. Oklah tu je bai 🫰 Sumber kakplankton
Di pihak branch pula, bila customer dah complaint perkara tersebut, bank pun startlah check. Bila pegawai check dalam sistem bank, memang ada nampak beberapa pengeluaran di mesin atm berlaku. Jumlah juga agak besar iaitu setiap pengeluaran adalah sebanyak RM3000 ke RM5000 sehari. Perkara ini berlarutan selama lebih 14 hari berturut-turut. Dalam rekod tersebut, ada juga nampak berlakunya pemindahan dana ke akaun pihak ketiga. Juga pemindahan yang agak besar iaitu RM4000 ke RM5000. Pelikkan? Tadi customer bagitahu beliau tak pernah keluarkan duit dan juga tidak pernah mendaftar penggunaan internet banking, jadi siapa pula yang buat semua transaksi tersebut? Pelik. Jadi pegawai ni pun dig more. Bila bank semak, rezeki kami pihak bank ni semua transaksi pengeluaran berlaku di mesin ATM di branch saya juga. Kodnya di branch saya tu jugak. So, pegawai ni pun datanglah ke server room yang berada di tingkat 1 di mana sales department berada. Kan saya kat tingkat satu jugak. Ironi betul. Nak masuk server room tu, kena ada witness dan sah-sahlah saya je yang ada di situ. So kami pun masuklah ke server room dan semak cctv di area ATM mesin dan camera di mesin ATM tersebut juga. “Nohhhh rokiahhhhhh” plot twist. Saya sengih, kawan saya ni pulak tepuk dahi. Geleng kepala kami. Habis sahaja masa branch beroperasi datanglah customer tersebut semula dan anak perempuannya bersama dengan polis report. Customer pun dah agak tenang. Mungkin dah makan tengahari dah kot. Kan kalau perut kenyang kita ni boleh berfikir dengan waras kan. Haa samelah tu. So customer tu diminta untuk naik ke tingkat satu dan diminta tunggu untuk steps seterusnya. Jadi naiklah customer tersebut dan duduk di ruang menunggu department saya. Procedurenya kena tunggu polis datang sekali sebab tiada kehadiran PIC HQ/RO. Haa gitulah serba sedikit. Polis tu kena hadir sebagai 3rd parties witness lah. So sementara tunggu tu, customer tu bersembanglah dengan anak perempuannya. Kan saya bagitahu tadi, saya dah tengok rakaman cctv tu kan. So, saya pun tegur dan membuat cubaan bersembang dengan customer tersebut. Me: “Auntie, banyak ke duit hilang?” Cust: “Banyak dik, ribu-ribu”. Me: “Duit apa tu auntie? Bila auntie sedar duit hilang?” Cust: “Duit mati bapak dia. Baru dapat bulan lepas. Tapi saya tak sihat mau datang ambik. Saya dialisis.” Me: “Ohhhh. Auntie rumah duduk sama siapa? Siapa bawak pergi dialisis?” Cust: “Dengan dia punya abang, dia mari sekejap-sekejap. Rumah dia tingkat atas” (sambil tunjuk anak perempuan beliau). Me: “Ohhhh baguslah selalu jenguk mak.” Saya sambung lagi. Me: “Kalau auntie duduk rumah, siapa mari datang keluar duit?” Cust: “Abang dia ada datang bawak keluar”. Me: sengih pandang anak perempuan customer. Plot twist kan? Pagi tadi customer mati-mati tak mengaku ada bagi share nombor pin atm kan? Sekarang tiba-tiba ada pernah minta anak keluarkan pulak. Adehhh Saya sambung lagi. Me: “Ohhhh ye ke. Takpe auntie. Sekejap lagi polis datang kita tengok cctv. Jangan risau. Duit banyak hilang tu. Auntie pun dah report polis, nanti polis datang kita tengok lepas tu polis boleh terus tangkap orang tu”. Anak perempuan customer dah mula tidak senang duduk. Anaknya mula bercakap dalam bahasa tamil dengan ibunya. Saya diam je sambil tenung mereka. Dengar pun bukan faham. So saya tunggu je, bila anak perempuannya nak bagitahu hal sebenar. Cust: “Dik, saya mau tau saja siapa keluar duit, bukan mau tangkap” Me: “Tak boleh auntie, auntoe datang pagi tadi sudah tuduh bank curi duit auntie, sudah tuduh bank pecah amanah. Itu sebab bank minta auntie report, sebab kita pun tak pasti macam mana duit hilang sebab no pin atm auntie kita tak tau, kad atm pun kita tak ada simpan, auntie simpan sendiri. Ini nanti saya pun kena pergi report polis juga ni. Banyak kerja lah auntie” Cust: “ehh ehhh bukan tuduh, saya takde tuduh. Saya tanya saja” Saya saja sambung lagi bagi anak perempuan customer panas buntot. Me: “Ini nanti bila polis datang, orang yang keluarkan pun kena tangkap, orang yang subahat kongsi duit tu pun kena tau auntie. Auntie jangan risau”
Kerja hakiki saya ni kan keje bank. Satu hari ada la satu customer berbangsa India (perempuan) datang dengan anaknya. Juga perempuan. Customer ni marah sebab duit dalam akaun dia hilang. Banyak juga. Bising menggunakan bahasa yang agak kesat dan keras. Tapi staff bank ni paling2 tidak pun dengar je. Nak balas pun tak boleh. Nak jawab pun tak boleh, so kita dengar jelah customer ni mengamuk. Kejap bahasa melayu, kejap tamil dan kejap menggunakan bahasa inggeris. Saya ni pula buat sales. Meja saya di tingkat satu. Tapi bila ada je kes-kes camni, kawan-kawan kat bawah dah update dalam group whatsapp branch dah. Tapi pada hari kejadian, saya ni tengah attend customer saya yang datang nak sign letter offer. Jadi tak dapat la saya turun menyaksikan kekecohan yang berlaku. Lepas je selesai urusan saya, saya lelaju turun ke banking hall. Adehhh dah balik pulak customer dan anaknya. So, saya pun naik semula ke tempat saya di tingkat satu. Tengah saya sambung kerja, tiba-tiba group whatsapp branch saya berbunyi lagi. Message “Neno! neno! neno! neno!”. Tandanya ada kekecohan. Laju-laju saya turun ke bawah tapi melalui tangga belakang dan tengok melalui kaca (one way mirror) terus ke banking hall. Nak tengok jugak siapa yang membuat kekecohan tu la kan. Rupanya customer tadi yang datang dengan anaknya tu. Rupanya customer tu kehilangan sejumlah besar duit dalam akaunnya. Jadi beliau datang untuk complaint perkara tersebut. Cuma pada masa tersebut, beliau tidak dapat memberikan butiran pengesahan yang pegawai bank minta. Jadi, berlakulah sedikit issue. Customer tersebut pula yang awalnya datang dengan keadaan yang marah bertambahlah marah bilamana kehendak beliau untuk membuat complaint dan checking akaun beliau tidak dapat diteruskan atas beberapa issue tersebut. Customer tersebut datang dan minta untuk tengok dimana dan bagaimana cara duit beliau hilang dari akaun beliau. Ok saya cerita bab tricky sikit ya. Cerita sikit pasal cara branch beroperasi sikit. Kat bank tu, bukan semua benda/hal kita boleh tengok terus ya. Contoh kalau datang sebab lupa password, minta pegawai untuk check. Jawapnnya tak boleh. Sebab branch tak store data tu kat interface branch. Contoh lagi, kalau datang nak check transaksi yang mencurigakan dalam akaun, jawapannya juga tak boleh sebab dalam rekod di branch tu hanya nampak kod-kod dan jumlah duit keluar masuk tu je. Tak boleh tengok details lain sebab tu semua privacy. So contoh kalau datang nak check siapa yang keluarkan duit dari akaun, pun branch tak boleh check sebab dalam data kita cuma ada cara dikeluarkan iaitu melalui atm atau transfer ke akaun lain je. Itu pun guna kod-kod je. Jadi kalau nak check, kena request dan branch akan minta IT dept yang detailskan semua transaksi tersebut. Bila request tu ada la soalan-soalan yang bank tanya untuk make sure transaksi tu betul2 dicurigai atau lain-lain sebab la kan. So, berbalik pada cerita customer tadi, pegawai ni pun tanyalah soalan-soalan standard yang diperlukan. Contoh soalan ialah siapa yang tahu no pin atm? Siapa yang pegang kad atm? Siapa yang tahu username dan password internet banking dan sebagainya. Kenapa nak tanya soalan camtu? Sebab bank nak eliminate dan kurangkan risiko breach of privacy dari pihak bank tu. Tu je. Sebab bila mana penggunaan ATM dan Internet banking ni, pengguna mesti make sure untuk tidak disclosed any sensitive info pada sesiapa pun. Jangan kongsi password, jangan tulis dan simpan dalam beg duit no pin tu, jangan suruh orang lain log in on behalf dan sebagainya. Customer jawab hanya dia satu-satunya yang tahu kedudukan kad atm, hanya dia yang tahu no pin atm. Customer juga mangaku tidak pernah mendaftar bagi penggunaan internet banking. Jadi, jalan terakhir pihak bank ialah minta customer tersebut membuat laporan polis bagi tujuan cover report dan bagi tujuan kegunaan pihak bank. So customer dan anaknya pun pergilah ke balai polis untuk membuat report tersebut. Jadi, settlelah kekecohan yang terjadi. Saya pun naiklah ke tempat saya di tingkat 1.
Weh… part paling seram bukan bila pakcik tu terlantar sorang-sorang dekat rumah orang tua. Tapi bila anak-anak dia akhirnya datang… dan TAK NAK masuk jumpa ayah sendiri. Doctor dah cakap “nak tengok ayah tak?” tapi semua diam. Lepas tu si adik perempuan buka mulut… dan satu bilik terus sunyi. “Ayah buang kami masa mak tengah mengandung…” — Kawan aku kerja caretaker rumah orang tua. Dia cakap ada seorang pakcik ni… Payment cantik. Pakej makan mahal. Bilik elok. Pendek kata… Anak-anak dia bukan jenis lepas tangan bab duit. Tapi… Sepanjang 4 tahun dia kerja situ… Tak pernah sekali pun anak-anak datang. Raya? Tak ada. Birthday? Tak ada. Ambik balik rumah kejap? Lagilah tak. — Pakcik ni asalnya penyakit pelupa. Lama-lama makin teruk… Sampai bedridden. Masa tu caretaker suruh admin call waris. Dan ajaibnya… Sekali call je, terus semua datang. — Kawan aku ingat… “Okaylah… finally anak-anak datang tengok ayah.” Tapi rupanya… Mereka datang bukan sebab rindu. Mereka datang sebab tanggungjawab terakhir. — Doctor explain keadaan pakcik tu. Menu makan. Cara penjagaan. Lepas tu doctor tanya lembut: “Nak jumpa ayah?” — Dan masa tu… SEMUA DIAM. Macam ada batu besar atas dada masing-masing. — Akhirnya… Mereka pilih tengok dari luar bilik je. Tak masuk pun. — Kawan aku pelik. Sebab sepanjang dia jaga pakcik tu… Orangnya tak banyak kerenah. Diam. Tak melawan. Tak susahkan orang. Tapi anak-anak dia… Langsung tak ada rasa nak dekat. — Then… Adik perempuan tu bersuara. Dan sumpah… Cerita dia boleh buat orang yang dengar terus rasa sesak. — “Kami semua ni anak-anak yang bapak buang…” Dia cakap… Masa mak dia mengandung pun… Ayah dia dah tinggalkan. — Abang-abang dia… Membesar macam anak yatim. Nikah pun abang jadi wali sebab ayah jijik nak nikahkan “keturunan bekas isteri”. Ya Allah… Aku baca part ni memang rasa lain macam. — Bayangkan… Bukan setakat dibuang. Tapi dibesarkan dengan rasa: “Ayah sendiri malu nak mengaku aku.” — Dulu masa susah… Mak mereka ada. Teman dari bawah. Tapi bila ayah dah senang… Jumpa perempuan baru. Mak dibuang. Tengah sarat mengandung. — Weh… Ada lelaki lupa. Perempuan yang dia hina hari ni… Ialah perempuan yang pernah duduk sebelah dia masa poket kosong. — Yang paling buat aku respect… Anak-anak ni tak membesar jadi jahat. Tak balas dendam. Tak biar ayah mati tepi jalan walaupun mulut mereka sendiri cakap… “Kalau ikut hati, memang kami nak biar…” — Tapi mak mereka didik satu benda: “Dia tetap ayah kau.” — Dan ayat ni… Sumpah pedih. “Kami buat semua ni bukan sebab kasih sayang… tapi sebab kami taknak jadi anak tak guna macam bapak kami.” — WEH. Itu bukan ayat marah dah. Itu ayat dari luka yang dah bertahun-tahun busuk dalam dada. — Si abang siap hulur duit dekat caretaker. Cakap terima kasih sebab jaga ayah mereka. Bayangkan… Anak yang dibuang… Masih datang hulur duit. Masih datang bila dipanggil. Walaupun hati mereka… Dah lama pecah. — Dan tahu tak apa paling sadis? Mereka cakap… Bila ayah dah tua, bini muda dia pun buang dia balik. Letak dekat rumah orang tua. — Hidup ni kadang… Allah tak terus balas depan-depan. Tapi satu hari nanti… Kau akan rasa sendiri macam mana sakit yang kau pernah bagi dekat orang. — Untuk para ayah dekat luar sana… Anak ni bukan sampah. Jangan ingat bila dah ada hidup baru… Keluarga lama boleh dibuang macam tak pernah wujud. Sebab anak mungkin membesar tanpa duit. Tapi bila dia membesar tanpa kasih ayah… Luka dia lain macam. — Dan untuk para ibu… Kalau anak-anak tu masih ada hati nak berbuat baik walaupun pernah disakiti… Sumpah itu datang dari didikan seorang mak yang hebat. — Kadang orang ingat… Bapa tua yang sunyi dekat rumah orang tua tu mangsa anak derhaka. Tapi orang tak tahu… Ada sejarah panjang sebelum seorang anak jadi dingin. — Jadi sebelum salahkan anak… Tanya dulu… Masa dia kecil dulu, kau ada tak waktu dia perlukan ayah? Kredit: Sumber Pana Suhain
Kat kampung aku ada satu pantang pelik. Orang tua-tua selalu pesan, kalau terdengar suara abang sate lalu lepas pukul 12 malam, jangan sesekali tegur. Satu kampung tahu pasal benda tu, tapi takde siapa berani cerita lebih. Mereka cuma cakap, kalau dia berhenti depan rumah… jangan bukak pintu. Mula-mula aku tak percaya pun. Sampailah aku pindah duduk sorang kat rumah arwah nenek. Rumah kayu lama hujung lorong sempit. Dinding lembap, lantai selalu berbunyi sendiri, dan atap rumah tu tiap-tiap malam macam ada benda berjalan atas bumbung. Aku duduk situ sebab baru dapat kerja kat bandar sebelah, nak jimat sewa. Malam pertama takde apa jadi. Malam kedua, aku mula dengar bunyi roda besi lalu depan rumah dalam pukul satu pagi. Krek… krek… krek… Bunyi macam troli besi buruk kena tolak perlahan atas jalan tar. Lepas tu kedengaran suara sayup seorang lelaki tua. “Satteee… satteeee…” Aku terus pelik. Mana ada orang jual sate pukul satu pagi kat kampung sunyi macam ni? Tapi setiap malam bunyi tu tetap lalu depan rumah. Kadang-kadang sekali dengan bau asap arang, walaupun semua tingkap aku tutup rapat. Sampailah malam ketujuh. Malam tu hujan lebat gila sampai elektrik satu rumah padam terus. Aku masih belum tidur bila bunyi troli besi tu datang lagi. Krek… krek… krek… Kali ni bunyi dia makin dekat. Sampai akhirnya berhenti betul-betul depan rumah aku. Terus sunyi. Tak lama lepas tu… Tok… tok… tok… Ada orang ketuk tingkap perlahan. Jantung aku terus laju. Masa tu baru aku teringat balik pesan orang kampung. Jangan bukak. Jangan tegur. Aku diam membatu atas katil sambil tahan nafas. Lepas tu kedengaran suara garau dari luar. “Sate belum bayar…” Sumpah masa tu bulu roma aku terus naik. Aku tak pernah beli sate pun sejak duduk kat situ. Ketukan tu makin perlahan… tapi makin menyeramkan. Tok… tok… tok… Lepas tu bertukar jadi bunyi kuku panjang menggesel tingkap. Kreeeeeeet… Aku dah nak pengsan masa tu. Tapi entah kenapa, aku tetap gagahkan diri intai celah langsir sikit. Dan aku terus menyesal. Kat luar berdiri seorang lelaki kurus tengah tolak troli besi karat. Baju dia basah kuyup kena hujan. Kepala tunduk terlalu bawah sampai muka langsung tak nampak. Atas troli tu ada kipas arang kecil masih berbara merah, dan penuh dengan sate yang dah siap bakar. Hitam berkilat macam terlebih bakar. Asap dia berkepul tebal… tapi peliknya bau dia bukan bau sate. Bau dia macam daging reput. Tapi yang buat lutut aku terus lembik… batang-batang sate tu bukan cucuk isi ayam. Semua cucuk benda yang nampak macam jari manusia. Aku terus undur perlahan sambil mulut terkumat-kamit baca apa yang aku ingat. Masa tu lelaki tu perlahan-lahan angkat kepala. Mata dia putih kosong. Takde anak mata langsung. Mulut dia senyum terlalu luas sampai koyak hujung pipi. Dan dia pandang tepat ke arah aku. “Yang belum bayar… ikut aku…” TIBA-TIBA elektrik rumah menyala balik. Aku tersentak. Bila aku tengok luar semula, lelaki tu dah hilang. Troli besi tu pun lesap sekali. Tinggal kesan air hitam atas jalan depan rumah. Aku terus kunci semua pintu dan tak tidur sampai pagi. Esoknya aku cerita kat jiran sebelah. Makcik tu terus pucat lesi. Dia pandang aku lama sebelum tanya perlahan, “Dia berhenti depan rumah kau berapa lama semalam?” Aku cuba ingat balik. “Dalam lima minit…” Makcik tu terus pegang kerusi kuat-kuat. Lepas tu dia cakap perlahan sangat. “Kalau lebih tiga minit… biasanya orang rumah tu hilang sebelum tujuh hari.” Aku terus diam. Belum sempat aku tanya apa maksud dia, dari hujung lorong tiba-tiba kedengaran bunyi roda besi. Krek… krek… krek… Dan kali ni… Bau sate hangit tu datang lagi. Padahal masa tu baru pukul 10 pagi.
Husband aku selalu la meratib kata kalau raya mak dia akan masak ayam masak merah & ada la lagi menunya tapi dia nak kata yang menu ayam masak merah tu wajib la. Dan tu kesukaan dia. Tapi dah 2 kali raya aku raya belah dia. Tak pernah sekali pun aku nampak menu tu atas meja. Dan kalau balik rumah belah dia mesti dia akan bawa aku keluar makan. Ada makanan dekat rumah aku jamah. Dan husband aku tak tinggal dengan mak ayah dia sejak dia darjah 6. Dia duduk rumah peninggalan arwah atuk dia. Tu pun rumah tak siap. Rumah batu takde tingkap. Yang tak berplaster tu. Sejak tu dia kerja macam macam. Dia balik jenguk adik dengan mak dia je tu pun kalau ayah dia takde dekat rumah. Aku pernah tanya kenapa dia tak minta mak dia masak tiap kali balik kg dia? Makanan kesukaan dia kot. Kita beli la ayam , biar mak masak. Mana tahu aku boleh belajar resepi mak dia. Maybe aku buat lain , mak dia buat lain kan. Dia kata takpe tak nak. Dan jauh di sudut hati aku , aku sedih tengok dia. Dia ada banyak inner child yang tak sempat dia rasa waktu kecil. Dan masa first time dia datang jumpa mak ayah aku. Dia tidur dekat rumah aku. Dia cerita ayah aku selimutkan dia malam tu. Dia menangis sampai tidur. Dia sedar masa tu. Dia jadi sebak. Padahal selimut je pun. Dia cerita masa tu pun dia meleleh air mata. Bagi orang macam aku yang dapat kasih sayang mak ayah ni. Rasa biasa je. Tapi dia , benda tu bermakna. Mesti orang tak percaya dia duduk sorang dari darjah 6. Dia duduk pindah pindah juga rumah mak sedara dia sini kejap , sana kejap. Tapi tak lama. Yang lama hidup sendiri la dekat rumah tak siap tu. Kenapa tak lama stay dekat rumah mak sedara dia? Sebab sepupu dia ada yang perempuan. Dia tak boleh lama stay rumah mak sedara dia tu. Jiran mengata. Kenapa dia tak stay dengan mak ayah dia? Sebab masa umur 12 tahun tu la dia kena halau dengan ayah dia. Mak dia tak boleh buat apa. Hadap je la suami halau anak. Tapi mak dia ada je selalu jenguk dia. Ayah dia jenis naik tangan. Isap dadah. Selalu naik tangan dekat mak dia. Banyak kali mak dia lari. Tapi tetap mak dia balik pada ayah dia. Mungkin sebab anak kot. Tapi baiknya orang sekeliling dia, dia ada bestfriend yang baik. Masih kekal sampai sekarang. Dia sakit peming kawan dia tu ada. Baik sangat kawan mak ayah diorg tu. Dia pernah cerita raya pertama dia berkumpul sekeluarga lepas kawin dengan aku. Sumpah la type ni pun nak nangis. Masa nk kawin tu. Dia siap ckp, "pakcik mustahil akan berbaik dgn ayah kalau bukan sebab nak kawin dgn makcik." Sebab tu kalau aku masak ayam masak merah bertambah tambah nasi dia ya. Alhamdulillah Allah bagi sedap. Tapi dia kalau bab req nak makan ni dia req dekat mak sedara dia je. Hahahha confirm bertambah tambah dia makan. Ibarat orang kata bapik rumah mak ayah macam asing. Kesian nya husband saya. Bagi la dia happy selalu. Aamiin. 🤍 -ceritaorang-
без подписи
Menurut pakar Aku rasa perempuan: 1. Johor – classy, ada standard. 2. KL (Kuala Lumpur) – urban, confident. 3. Selangor – high exposure, bijak bercakap. 4. Melaka – manis, lembut tapi tegas. 5. Negeri Sembilan – ada adat, ada prinsip. 6. Perak – ayu klasik. 7. Penang (Pulau Pinang) – style campur moden & tradisional. 8. Kedah – suara lembut, wajah redup. 9. Perlis – rare, tapi sekali jumpa susah lupa. 10. Pahang – natural beauty, tenang. 11. Terengganu – sopan, pandai jaga diri. 12. Kelantan – petah bercakap, ada aura tersendiri. 13. Sabah – eksotik, senyum mahal. 14. Sarawak – unik, ada personaliti kuat @Hati_Remaja
Pesanan ringkas untuk semua Sebelum membuat apa apa keputusan, pastikan emosi kau dalam keadaan terkawal. Jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan marah, sedih atau pun gembira. Keputusan yang kau buat waktu dalam keadaan terkawal, jawapan akan lebih rasional Kau akan menyesal bila buat keputusan mengutama kan emosi daripada akal waras.
Suami saya kerja atas kapal. Belayar berbulan-bulan. Balik rumah ikut musim. Saya isteri yang menunggu. Raya tahun lepas, hati saya mula rasa tak sedap. Ada seorang perempuan yang suami saya selalu sebut dalam telefon. Dia panggil “adik”. Nada dia lain. Lembut. Manja. Tapi bila saya tanya, suami saya kata itu kawan saja. Orang kapal. Jangan fikir bukan-bukan. Saya percaya. Sebab saya isteri. Masa raya itu, kami buat open house. Saudara mara datang. Kawan-kawan suami datang. Saya sibuk di dapur, angkat air, angkat kuih, senyum melayan tetamu. Dalam ramai-ramai tetamu, ada seorang perempuan yang datang bersama seorang kanak-kanak kecil. Saya ingatkan saudara jauh. Dia sopan. Tak banyak cakap. Duduk di hujung. Tak pernah sekali pun terlintas di kepala saya, perempuan itu adalah isteri nombor dua suami saya. Dan budak itu anak suami saya. Saya tak tahu apa-apa. Beberapa hari lepas raya, satu mesej masuk dari nombor yang saya tak kenal. Gambar dihantar satu persatu. Gambar suami saya dengan perempuan itu. Gambar mereka berpegangan tangan. Gambar mereka di hospital dengan bayi yang baru lahir. Kawan suami saya sendiri yang hantar. Ayat terakhir dia tulis ringkas saja. “Kau patut tahu. Aku tak sanggup tengok kau terus dibodohkan.” Dunia saya gelap. Rupa-rupanya, perempuan yang saya layan air masa open house itu adalah isteri sah. Isteri kedua. Dan suami saya sudah berkahwin lain hampir tiga tahun. Diam-diam. Tanpa pengetahuan saya. Mereka sudah ada seorang anak. Saya tunggu sebulan. Tunggu suami balik dari kapal. Dalam tempoh itu, saya tidur dengan soalan yang sama setiap malam. Kenapa? Sejak bila? Apa salah saya? Bila dia balik, saya tanya perlahan. Saya tak jerit. Saya tak maki. “Abang kahwin lain ke?” Muka dia berubah. Tak panik. Tak bersalah. Dia terus marah. Katanya saya mengaibkan dia. Katanya saya tak tahu bersyukur. Katanya saya isteri yang gagal. Dan tangan dia naik. Tamparan itu kuat. Bunyi berdengung dalam telinga. Saya terduduk. Lepas itu, tanpa suara naik, tanpa emosi, dia lafazkan cerai. Dia cakap ayat yang sampai hari ini masih menikam saya. “Aku kahwin lain sebab kau tak mampu bagi aku anak.” Waktu itu barulah semuanya jelas. Rupa-rupanya, anak yang saya tak mampu berikan itu, dia sudah dapat. Dengan perempuan lain. Sudah tiga tahun. Saya menangis bukan sebab diceraikan. Saya menangis sebab saya sedar, selama ini saya setia menunggu lelaki yang sudah lama meninggalkan saya. Saya jaga maruah rumah tangga yang sebenarnya sudah runtuh dari dalam. Saya bukan isteri yang curang. Saya bukan isteri yang melawan. Saya cuma isteri yang terlambat tahu, bahawa menunggu pun ada hadnya. Hari ini saya belajar satu perkara yang pahit. Ada lelaki yang belayar jauh bukan sekadar meninggalkan rumah. Tapi meninggalkan kejujuran. Dan bila kebenaran terbongkar, isteri pula yang dipersalahkan. Kalau kau isteri yang menunggu suami berbulan-bulan tanpa khabar, dan hatimu mula rasa pelik, jangan abaikan rasa itu. Kadang-kadang, yang kita tunggu itu bukan lagi milik kita. Dan kadang-kadang, penantian paling setia pun tak mampu menyelamatkan perkahwinan yang dibina atas penipuan @Hati_Remaja
Tadi badan aku minta air kosong, tapi aku bagi dia mini donut. Sebab dalam hidup ni, tak ada siapa boleh arah-arah aku nak buat apa. Termasuklah badan aku sendiri. @Hati_Remaja
Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan pula tuduh orang lain tidak solat. Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan pula menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid. Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah. Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan pulang. Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya. Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini. Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula. Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah. Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah. Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci. Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan. Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci. Begitulah. Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan. - The Tazkirah Iman - @Hati_Remaja 🌻♥️
Antara komen netizen paling kelakar " Confirm eh taknak pusing pusing dulu." " Taknak gelak sebab belum gaji" " Muka tak habis download." " Kau pulak lawooo.." " Saje komen sebab nak bagi komen nampak banyak." " Aku tak boleh try sebab aku senang meninggal." " Nurse, tengok ni dia dah bangun." " Ni kalau letak kat kebun elok buat halau babi." " Selagi tak menggigit, biar je la." " bertanya dengan nada dering." NETIZEN MALAYSIA PUNYA KOMEN MEMANG TAK PERNAH MENGECEWAKAN. HAHAHHAHHAA
Korang pernah ada worst first date? Cuba share. Aku start dulu. Mine: 2019. Jumpa melalui dating app. Dalam gambar: putih, nampak sasa, kemas. Tak jatuh cinta pun, tapi fikir “okay lah, let’s get to know.” Kami plan brunch jam 11 pagi. Jam 11 → dia kata lambat sikit. Aku okay. Aku dah siap. Jam 12 → senyap. Tak update. Tak explain. Aku dah mula rasa apahal laki ni? Last-last dia text: “Cancel hari ni, esok boleh?” Aku fikir, fine. Aku bagi chance. Esoknya pula… Janji jam 1 tengah hari. Pukul 1 → senyap. Lengah-lengah. Aku terus WhatsApp dan cakap straight: “You kenapa? I rasa you tak serious. Kalau first impression pun nonsense macam ni, tak perlu jumpa.” Tiba-tiba dia reply: “I’m coming. Please don’t get mad.” 30 minit lepas tu, dia sampai. Aku nampak sebuah kereta depan. Aku ingat itu kereta dia. Aku buka pintu SALAH KERETA. Aku terus cakap, “Sorry sorry,” dan tutup pintu cepat-cepat. SEBAB APA? Lepas tu, dia WhatsApp aku dan tanya: “Kenapa you tak masuk kereta?” “Kenapa sorry?” DAMN ! Masa tu aku memang dah rasa tak sedap hati. Bukan sebab kereta sebab fizikal dia lain sangat daripada gambar. Aku terus ragu, takut, dan dalam kepala aku cuma ada satu benda: aku nak balik. Tapi sebab dia dah sampai dan aku dah bagi chance, aku masuk juga kereta dia… walaupun aku tak berani pandang muka dia. fizikal dia SANGAT lain daripada gambar. Perut ke depan, badan jauh berbeza. Aku terus rasa takut & ragu. Dalam kepala aku: aku nak balik. then… YOU KNOW WHAT DIA CAKAP? “Eh, you ni tak adalah cantik mana.” 🙂 AKU SUMPAH DALAM HATI AKU NAK TELEPORT BALIK RUMAH. Dah la tipu gambar, aku pula datang dengan muka REAL aku. Ada hati nak judge orang kata tak cantik. The audacity. The disrespect. The DELUSION. Worst first date of my life. Dan ya, itu juga last date. Patut after bruch nak pergi wayang i cakap i nak balik ! Balik terus block ! menci
без подписи
Nama saya Halim, umur saya 58 tahun. Orang selalu kata, “Bila anak-anak dah besar nanti, tak adalah susah sangat. Ada tempat bergantung, ada tempat bermanja.” Tapi sebenarnya, bila anak-anak dah besar… barulah saya belajar satu perkara: Tak semua ayah akan tua dalam bahagia. Ada yang tua dalam sepi. Ada yang tua dalam luka yang ditinggalkan orang yang dianggap ‘keluarga’. Isteri Berubah Sejak Menopause Isteri saya, Salmah… kami kahwin 33 tahun. Tapi sejak dia mula menopause, saya perasan dia cepat marah, cepat sensitif, banyak termenung. Saya cuba faham. Saya cuba sabar. Saya anggap itu ujian rumahtangga. Sampai satu hari dia kata: “Saya dah penat hidup dengan abang. Anak-anak pun dah besar. Saya nak bahagia cara saya.” Dan hari tu, tanpa saya sangka… dia kemaskan baju, keluar rumah, dan tak pernah kembali. Anak-Anak Pun ‘Menghilang’ Saya ingat… bila isteri tinggalkan, sekurangnya saya ada anak-anak. Tapi saya silap. Masa kecil dulu, sayalah yang mandikan, suapkan makan, hantar sekolah, peluk bila takut. Semua saya buat. Tapi bila mereka dewasa mereka pulak selalu “sibuk”. “Ayah, minggu ni kerja…” “Ayah, nanti dulu… kami ada urusan…” “Ayah jangan fikir bukan-bukan, ayah kan ada rumah sendiri…” Padahal saya bukan nak duit. Saya bukan nak disara. Saya cuma nak ditemani. Cuma nak anak duduk sekejap, minum teh dengan saya, tanya khabar. Benda kecil… tapi tak ada siapa yang bagi. Rumah yang pernah bising dengan suara budak-budak berlari… sekarang kosong, sepi, dingin. Kadang saya sengaja letak cawan dua biji atas meja waktu buat kopi cawan saya satu, cawan “tetamu” satu. Mana tahu… ada anak teringat nak balik. Tapi jarang. Hari Saya Sakit… Baru Saya Faham Beberapa bulan lepas, saya jatuh di dapur, terseliuh teruk. Saya call anak sulung. “Ayah okay je? Kalau boleh urus diri, ayah rehat dulu…” Saya call anak kedua. “Ayah, saya tengah luar daerah. Minta tolong jiran dulu ya.” Saya call anak bongsu. Tak angkat. Tak reply. Malam tu, saya baring seorang diri. Rasa pedih, rasa marah, rasa kecewa… tapi paling saya rasa ialah kosong. Saya pejam mata dan saya sedar: Saya sebenarnya bukan ditinggalkan masa tua. Saya sudah lama ditinggalkan sejak mereka rasa mereka sudah tak memerlukan saya. Ayah Tak Perlu Disayang. Cukuplah Jangan Ditinggalkan. Orang tak tahu… Seorang ayah yang dulu gagah, dulu kerja siang malam, dulu tak pernah tunjuk letih bila masuk usia 50, 60, 70… Hatinya lebih cepat runtuh daripada lututnya. Dan bila isteri sendiri pergi… anak-anak pula menjauh… Itulah luka yang paling susah sembuh. Saya tak benci sesiapa. Saya tak marah sesiapa. Saya cuma nak satu: Kalau kalian masih ada ayah… jangan tunggu dia rebah, baru nak datang. Jangan tunggu dia hilang suara, baru nak dengar. Jangan tunggu dia pergi, baru nak menangis. Sebab bila ayah dah tiada… Barulah kalian akan sedar: seluruh hidup dia dia tak pernah tinggalkan kalian. Yang tinggalkan… selalunya kita. Sumber : Cikgu Azza
без подписи
без подписи
без подписи