tgindex
Последний пост
12 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
1
Всего постов
23
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
288
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
31
23 постов
Вовлечённость
10,8%
к подписчикам
Постов в день
0,1
всего 23
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
9
1/48двое суток
10
1/72трое суток
11

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • LIVE BICARA NEGARA AKTP *Maqasid Syariah Dalam Konteks Politik Malaysia* Ustaz Dr Hazizi Link : https://vt.tiktok.com/ZS9kLcknpUd9P-neeci/ Jemput Masuk

  • https://www.facebook.com/share/v/1LQWaqT2ru/ Orang munafik menarik diri kerana takut mati di medan jihad, orang beriman memahami sebaik kematian adalah di jalan Allah. Kelembutan hati dan kata-kata Nabi SAW yang menarik manusia kepadaNya - satu contoh teladan buat semua pendakwah. Surah Aali-Imraan Ayat 156-160 8.8.2026 Surau As-Salam #zikiralmathurat #tadabburAaliImraan

  • https://www.facebook.com/share/v/1ExFycv4S4/ Mengantuk sebagai rasa tenang dan selamat bagi orang mukmin ketika peperangan. Orang munafik berharap mereka tidak keluar bersama Nabi SAW Surah Aali-Imraan Muka 70, Ayat 154-155 2.8.2026 Surau As-Salam #zikiralmathurat #tadabburAaliImraan

  • https://www.facebook.com/share/v/18xWBitoEU/ Pengumpulan harta orang kafir untuk menentang Rasulullah SAW dan dakwah Islam. Surah Al-Anfal Muka 181, Ayat 34-40 26.7.2026 Surau Al Hadi Sikamat. #sirahfasamadinah #tadabbursurahmadaniyah

  • https://www.facebook.com/share/v/165XvUbdxHR/ Sikap orang beriman apabila menerima arahan jihad Surah An-Nisa Muka 89-90 Ayat 71-77 14.7.2026 Surau As-Syakirin Tmn Sendayan Indah #sirahfasamadinah #tadabbursurahmadaniyah

  • https://www.facebook.com/share/v/19JisWWdcY/ Cabaran manusia kepada Allah kerana keangkuhan. Surah Al-Anfal Muka 180, Ayat 30-33 12.7.2026 Surau Al Hadi Sikamat. #sirahfasamadinah #tadabbursurahmadaniyah

  • Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit ========= 1. Begitu ghairah sebahagian manusia dengan kuasa sehingga merayu agar diberikan kuasa kepadanya. Dalam hadis Nabi, dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah menegur mereka dengan berkata: إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ “Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya.” (HR al-Bukhari) 2. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad: ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير “Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.” 3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini: قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة. “Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyai ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa. 4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau: ما صدق عبد قط فأحب الشهرة “Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.” 5. Berhati-hatilah dengan mereka yang terkena penyakit ini. Kecintaan terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri. Semoga Allah membimbing kita Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • без подписи

  • ‘I’m the Owner, and I’ll Kick You Out!’, Israeli Minister Ben-Gvir Threatens Palestinian Resident in Occupied Jerusalem Israel’s National Security Minister Itamar Ben-Gvir threatened Palestinian residents of occupied Jerusalem, saying he would “kick them out” of their own homes while claiming, “I’m the owner of the land.” A Palestinian resident told Ben-Gvir, “I’m here all alone, but you’re walking around with all these guards because you know this place isn’t yours!” Ben-Gvir responded with a threat, saying, “This land belongs to me and my mother and father, and one day I’ll kick you out of here. Remember that well.” 🔗 Telegram: t.me/doamuslims

  • Tips Melembutkan Hati Yang Keras ========= 1. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Rasulullah berpesan kepadanya: إِنْ أَرَدْتَ أَنْ يَلِينَ قَلْبُكَ، فَأَطْعِمِ الْمِسْكِينَ، وَامْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ “Sekiranya engkau ingin melembutkan hatimu, maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” (HR Ahmad) 2. Menurut Sheikh Mula Ali al-Qari, amalan membantu orang yang susah ini akan mengingatkan kita tentang nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kata beliau: وأطعم المسكين لترى آثار نعمة الله عليك حيث أغناك، فيرق قلبك، ويزول قسوته “Dan memberi makan kepada orang yang miskin itu supaya engkau melihat nikmat-nikmat kurniaan Allah yang telah memberikan kesenangan dalam hidupmu, supaya (melihat kesusahan orang lain ini) akan melembutkan hatimu dan menghilangkan kekerasannya.” (Mirqah al-Mafatih) 3. Begitu juga dengan mengusap kepada anak yatim mengingatkan diri kita tentang kematian yang pasti akan datang. Kita mungkin beruntung dipanjangkan usia oleh Allah, tetapi ingatlah, ada orang disekeliling kita yang telah pergi, meninggalkan anak-anak mereka. Mengingatkan kepada kita tanggungjawab kita agar saling membantu. 4. Rasulullah turut pernah mengingatkan para sahabat agar melihat kesusahan orang yang berada disekeliling kita. Mudah-mudahan ia mengingatkan kepada kita nikmat yang telah Allah limpahkan dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah: انظروا إلى من هو أسفلَ منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقَكم ، فإنه أجدَرُ أن لا تزدَروا نعمةَ اللهِ عليكم ““Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (yang kaya dan mewah). Perkara itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR al-Tirmizi) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • GSPP Ucap Tahniah kepada Hamas atas Pelantikan Ketua Baharu Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada gerakan Hamas atas kejayaan melaksanakan proses pemilihan kepimpinan secara syura, yang menyaksikan Dr Khalil al-Hayya dipilih sebagai Ketua Biro Politik yang baharu. Pelantikan ini mencerminkan keteguhan institusi syura yang menjadi asas kepada gerakan Islam, bahkan terlaksana dalam keadaan rakyat Palestin terus berhadapan dengan genosid, kepungan dan pelbagai bentuk penindasan. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, hikmah, kebijaksanaan dan keteguhan kepada beliau dalam memikul amanah yang besar ini. GSPP turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Hamas terdahulu yang telah berkorban demi mempertahankan hak dan maruah rakyat Palestin. Pengorbanan para syuhada, termasuk para pemimpin yang telah gugur di jalan perjuangan, akan terus terpahat sebagai inspirasi kepada umat Islam dan seluruh pencinta keadilan di dunia. Dalam masa yang sama, GSPP menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memperkukuh solidariti terhadap perjuangan Palestin melalui sokongan berterusan dalam segala bentuk. Sokongan daripada rakyat Malaysia amat penting bagi memastikan isu Palestin terus mendapat perhatian sehingga kezaliman, penjajahan dan genosid terhadap rakyat Palestin dihentikan. Semoga kepimpinan baharu ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan saf perjuangan Palestin, mempererat kesatuan umat serta menggerakkan usaha yang lebih berkesan dalam mempertahankan hak-hak rakyat Palestin sehingga tercapainya kebebasan, keadilan dan keamanan yang sebenar. Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) t.me/gsppmalaysia

  • Bantu anak-anak kita memulakan sesi pelajaran Uni mereka dengan lebih berobjektif. Jom sign! Pelajar sendiri menolak hiburan yang melampaui batas daripada dinormalisasikan, dijadikan acara kemuncak dan diulang dari tahun ke tahun sehingga seolah-olah menjadi tradisi orientasi mahasiswa. Minggu orientasi seharusnya menyalakan cita-cita, bukan sekadar menaikkan sorakan. Ia sepatutnya memperkenalkan mahasiswa kepada budaya ilmu, kepimpinan, khidmat masyarakat, integriti dan tanggungjawab sebagai generasi terpelajar. Seorang mahasiswa tidak harus diasuh menjadi pengguna hiburan semata-mata, tetapi dipersiapkan menjadi pemikir, pemimpin dan pembina masa hadapan negara. Can you help me out by signing this petition? https://c.org/GDW2Pprqpy

  • Tak sanggup nak tengok tapi kena tengok. Elok ajak anak-anak sekeluarga menonton dokumentari ini. https://youtu.be/VaPAdliQmqk?si=MIe34QvUsrFxE-lI

  • без подписи

  • Belanja Keluarga Pada Hari Asyura ======= 1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan: مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَى أَهْلِهِ طُولَ سَنَتِهِ “Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis) 2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggemberikan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir: قَالَ جَابِرٌ: جَرَّبْته أَرْبَعِينَ عَامًا فَلَمْ يَتَخَلَّفْ “Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar) 3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan: يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها “Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil) 4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan: وَيُسَنُّ التَّوْسِعَةُ عَلَى الْعِيَالِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ؛ لِيُوَسِّعَ اللهُ عَلَيْهِ السَّنَةَ كُلَّهَا كَمَا فِي الْحَدِيثِ الْحَسَنِ “Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj) 5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan: قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ: قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إلَّا خَيْرًا “Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’) 6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini. Oleh itu, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • Pemimpin gerakan Hamas, Mahmoud Mardawi menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah khususnya di bandar Jenin supaya bangkit menentang rancangan dan projek penempatan haram Israel yang berbahaya yang mengancam untuk merampas kawasan tanah yang luas serta menguasai lokasi-lokasi strategik. Mardawi berkata dalam satu kenyataan media pada hari Selasa bahawa apa yang sedang dialami oleh pekan Silat ad-Dhahr di selatan Jenin berupa rampasan tanah, notis perobohan dan arahan menghentikan pembinaan rumah serta kemudahan ekonomi dan pertanian, memerlukan pendirian yang tegas bagi mengekang pencerobohan terhadap kewujudan rakyat Palestin di Tebing Barat. Beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan penjajah Israel untuk memperluaskan penempatan haram dan mengukuhkan kawalannya ke atas tanah Palestin. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin

  • Dokumentari “Jasad Menjadi Saksi” yang disiarkan oleh Al-Jazeera⁠ mendedahkan dakwaan penyeksaan berat terhadap tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan Israel. Menurut dokumentari itu, penghinaan dan penyeksaan sistematik bukan sahaja berterusan, malah didakwa semakin kejam sehingga melibatkan serangan seksual serta penggunaan anjing terhadap tahanan. Pelapor Khas PBB mengenai wilayah Palestin yang dijajah, Francesca Albanese, menyatakan bahawa pusat tahanan turut menjadi lokasi di mana penghinaan terhadap tahanan disaksikan oleh pihak lain dan dalam sesetengah kes didakwa melibatkan penyertaan mereka. Keadaan ini menambahkan penderitaan fizikal dan psikologi mangsa. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin

  • Sama ada merah atau kuning, ia tetap Masjid al-Aqsa Kebelakangan ini, golongan agama sayap kanan di Israel kecoh selepas "Institut Nasional Lembu Merah", sebuah institusi di bawah Institut Kuil yang menghimpunkan pelbagai pertubuhan dan badan yang membuat persiapan untuk pembinaan Kuil Ketiga di atas runtuhan Masjid al-Aqsa, mengumumkan kelahiran seekor anak lembu merah di sebuah kibbutz di wilayah Galilea. Menurut kepercayaan mereka, lembu tersebut memiliki ciri-ciri "lembu merah" yang disebut dalam tradisi Yahudi. Lembu itu dikatakan akan disembelih dan dibakar, dan abunya digunakan untuk tujuan penyucian kawasan Masjid al-Aqsa. Mereka percaya selepas proses itu dilakukan, penganut Yahudi dibenarkan memasuki dan menceroboh kawasan Al-Aqsa dalam jumlah yang besar kerana kononnya unsur "kenajisan" bukan Yahudi telah dihapuskan. Lebih menarik bagi mereka, anak lembu itu dilahirkan di Palestin dan pada waktu yang penuh ujian serta ketegangan serantau, termasuk semasa perang dengan Iran dan Hizbullah. Justeru, Institut Kuil menganggap kelahirannya sebagai satu petanda dan mesej ketuhanan kepada orang Yahudi. Walau apa pun dakwaan dan kepercayaan yang dipegang oleh golongan ekstremis tersebut, hakikatnya tetap sama. Sama ada lembu itu berwarna merah, kuning atau hitam, dan sama ada ia dilahirkan di Palestin atau Texas, Masjid al-Aqsa akan terus kekal sebagai Masjid al-Aqsa yang diberkati. Dengan segala dinding, binaan, serta keseluruhan kawasannya yang meliputi 144 dunum, di atas mahupun di bawah tanah, Al-Aqsa adalah hak umat Islam dan tidak ada pihak lain yang mempunyai hak ke atas walau sebutir tanah daripadanya. Maka biarlah ia seekor lembu merah, kuning atau hitam sekalipun, Masjid al-Aqsa akan tetap menjadi Masjid al-Aqsa yang diberkati. Bukan kuil, bukan rumah ibadat yang mereka impikan dan khayalkan. Sesungguhnya pertolongan dan jalan keluar itu semakin dekat. Maka bergembiralah dan teruslah berharap. Syeikh Kamal al-Khatib Timbalan Ketua Gerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 Sumber: Syeikh Kamal al-Khatib t.me/duniapalestin

  • https://www.facebook.com/share/v/18n4GztsSA/?mibextid=wwXIfr Azab Allah buat semua jika amar makruf dan nahi mungkar tidak ditunaikan. Surah Al-Anfal Muka 179, Ayat 20-26 14.6.2026 Surau Al Hadi Sikamat. #sirahfasamadinah #tadabbursurahmadaniyah

  • Beberapa ibu kota Eropah menyaksikan demonstrasi besar-besaran pada hari Sabtu yang menuntut pembebasan tahanan Palestin, khususnya Dr. Husam Abu Safiya serta mendesak dihentikan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza meskipun perjanjian gencatan senjata sedang berkuat kuasa. Perarakan dan himpunan diadakan di beberapa bandar utama termasuk Paris, London dan Berlin. Para peserta mengangkat gambar Dr. Husam Abu Safiya serta melaungkan slogan-slogan: “Kebebasan untuk Palestin!” “Lepaskan tangan kamu daripada Palestin!” “Bebaskan Dr. Husam sekarang!” “Bebaskan semua doktor sekarang!” “Bebaskan semua jururawat sekarang!” “Bebaskan semua tahanan sekarang!” Para penunjuk perasaan turut menegaskan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dan menuntut masyarakat antarabangsa mengambil tindakan lebih tegas bagi menghentikan penderitaan yang berterusan di Gaza serta memastikan pembebasan para tahanan Palestin. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin