tgindex
INFO RASMI IBU BAPA SKSK 2026

INFO RASMI IBU BAPA SKSK 2026

Статистика
Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
2
Всего постов
26
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
14 авг.
Подписчики
866
0 за 1 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
815
26 постов
Вовлечённость
94,1%
к подписчикам
Постов в день
0,3
всего 26
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
231
1/48двое суток
264
1/72трое суток
285

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • Assalamualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa semua. ​Ada topi murid dijumpai di Rumah Hantu. Topi tersebut kini ada dengan saya. ​Bagi ibu bapa yang anaknya ada tertinggal/terhilang topi, boleh maklumkan atau hubungi saya Cikgu Safuan secara peribadi (PM) untuk ambil ya. Terima kasih!

  • 8 авг.751191

    🇲🇾❤️ SETULUS PENGHARGAAN BUAT IBU BAPA SK SUNGAI KERTAS ❤️🇲🇾 Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa SK Sungai Kertas atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan Karnival Semarak Merdeka 2026. 🇲🇾🎉 Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar memeriahkan suasana, malah menjadi tanda kasih, sokongan dan kebersamaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Senyuman, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa pastinya menjadi kenangan indah buat anak-anak. Sesungguhnya, kejayaan sesuatu program bukan hanya terletak pada usaha warga sekolah, tetapi turut disempurnakan dengan sokongan padu ibu bapa. Terima kasih kerana sentiasa berdiri bersama kami dalam membina generasi yang berilmu, berakhlak dan cinta akan tanah air. ❤️ Semoga jalinan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa terus kukuh demi kecemerlangan anak-anak SK Sungai Kertas. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 10 Ogos 2026 ( Isnin ). Murid akan bersekolah mengikut jadual pada 11 Ogos 2026 ( Selasa ). 🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾 Daripada seluruh warga SK Sungai Kertas dan Persatuan Ibubapa dan Guru, dengan penuh penghargaan dan kasih sayang. 🌺

  • 🇲🇾 JOM HADIR KE KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 🇲🇾 🏦 BOOTH HONG LEONG BANK 📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu) 🕗 Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang 📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas 💳 PEMBUKAAN AKAUN UNTUK IBU BAPA & ANAK-ANAK 👨‍👩‍👧 Akaun Dewasa ✅ Deposit permulaan hanya RM20 👶 Akaun Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun) ✅ Deposit permulaan hanya RM1 📌 Tiada caj pembukaan akaun. Deposit adalah milik pelanggan sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam akaun sendiri. 📄 DOKUMEN DIPERLUKAN 👤 Ibu / Bapa • MyKad 🧒 Anak-anak • MyKid / MyKad / Sijil Lahir 🎁 NIKMATI KEMUDAHAN ✅ Pembukaan akaun yang mudah & pantas ✅ Pendaftaran HLB Connect (Perbankan Dalam Talian) ✅ Kad Debit (tertakluk kepada jenis akaun & kelulusan) ✅ Akaun simpanan untuk seisi keluarga 🎉 Jangan lepaskan peluang! Singgah ke Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka dan buka akaun anda hari ini. Kami menanti kehadiran anda! 🇲🇾 📞 Muhamad Nor 📱 019-2973207 Sekiranya terdapat ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai SSM yang masih aktif dan berminat untuk membuka *akaun syarikat (Company Account)*, mereka juga dialu-alukan hadir ke *Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka*. 💳 *Promosi pembukaan akaun syarikat hanya dengan deposit permulaan RM50.* 📄 Dokumen diperlukan: • MyKad pemilik • Dokumen SSM yang masih aktif

  • 🇲🇾 JOM HADIR KE KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 🇲🇾 🏦 BOOTH HONG LEONG BANK 📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu) 🕗 Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang 📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas 💳 PEMBUKAAN AKAUN UNTUK IBU BAPA & ANAK-ANAK 👨‍👩‍👧 Akaun Dewasa ✅ Deposit permulaan hanya RM20 👶 Akaun Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun) ✅ Deposit permulaan hanya RM1 📌 Tiada caj pembukaan akaun. Deposit adalah milik pelanggan sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam akaun sendiri. 📄 DOKUMEN DIPERLUKAN 👤 Ibu / Bapa • MyKad 🧒 Anak-anak • MyKid / MyKad / Sijil Lahir 🎁 NIKMATI KEMUDAHAN ✅ Pembukaan akaun yang mudah & pantas ✅ Pendaftaran HLB Connect (Perbankan Dalam Talian) ✅ Kad Debit (tertakluk kepada jenis akaun & kelulusan) ✅ Akaun simpanan untuk seisi keluarga 🎉 Jangan lepaskan peluang! Singgah ke Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka dan buka akaun anda hari ini. Kami menanti kehadiran anda! 🇲🇾 📞 Muhamad Nor 📱 019-2973207 💬 https://wa.me/60192973207

  • 4 авг.8412из nohaiie

    📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan bahawa bermula esok hingga hari Jumaat, pihak sekolah akan membuka 🐰 Mini Zoo Arnab sempena 🇲🇾 Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026. Murid-murid yang ingin mengunjungi Mini Zoo Arnab bolehlah mendapatkan tiket dengan harga promosi RM3.00 sahaja. 🎫 Bayaran boleh dibuat menggunakan: ✅ Kupon Karnival ✅ Wang tunai (cash) 📌 Harga promosi RM3.00 ini sah sehingga hari Jumaat sahaja. Pada hari Karnival, harga tiket akan kembali kepada RM5.00. Jom beri peluang kepada anak-anak merasai pengalaman melihat arnab dengan lebih dekat sambil memeriahkan Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026. 🇲🇾 Jom semarakkan Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026!

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera, Cabutan Bertuah sempena Karnival SK Sungai Kertas bakal berlangsung 🎉 Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk 3 hadiah utama! 🎟️ Cara Penyertaan : • Beli kupon • Masukkan kupon ke dalam peti cabutan bertuah • Pemenang akan dipilih melalui cabutan berdasarkan nombor kupon yang telah dibeli 🗓️ Tarikh : Sabtu, 8 Ogos 2026 Sertai & Menangi Hadiah Menarik!✨ Lebih banyak kupon dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang! 🎁 Link pembelian kupon 👇🏻 https://wa.me/601159894607

  • Assalam dan Selamat sejahtera, *MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027* Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk makluman semua pihak, keputusan penempatan ke Tahun Satu bagi Sesi Kalendar Akademik 2027 boleh disemak mulai *1 Ogos 2026.* Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa bagi permohonan yang *BERJAYA*, ibu bapa/penjaga *TIDAK PERLU* membuat sebarang *PENGESAHAN* sama ada melalui sistem idMe atau hadir ke sekolah. Nama murid yang diluluskan akan *ditarik masuk secara automatik* ke sekolah yang telah diluluskan. Bagi permohonan *RAYUAN*, ianya hanya boleh dibuat melalui *sistem idMe sahaja*. Namun begitu, ibu bapa/penjaga adalah *PERLU* mencetak dan menyimpan surat kelulusan tersebut sebagai rujukan dan simpanan sendiri untuk kegunaan pada masa akan datang. Ini kerana *sistem idMe tidak lagi menyimpan surat tawaran penempatan setelah sistem ditutup*. Oleh itu, ibu bapa/penjaga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan tersebut. Sehubungan itu, mohon pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa/penjaga agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Sekian, terima kasih. Pn. Hasniza binti Hassan Unit Prasekolah dan Rendah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

  • Mohon ibubapa hantar SURAT TAWARAN Ke SEKOLAH YANG DITAWARKAN walaupun mohon rayuan. Kelulusan rayuan bergantung kepada kekosongan sekolah.

  • Assalam dan selamat sejahtera. KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1/2027 diumumkan pada 01 Ogos 2026 melalui Sistem Pengurusan Identiti (MOEIS). ♥️Diminta ibubapa log in, sistem MOEIS / IDMe untuk mengetahui kelulusan penempatan anak tuan/puan. ♥️Tatacara: ✅Log in IDME menggunakan id ibu/bapa. ✅Klik Aplikasi ✅Klik Pengurusan Awam ✅Klik Menu ✅Klik Permohonan Kemasukan Tahun 1 ♥️Sila CETAK SURAT TAWARAN dan hantar ke sekolah yang ditawarkan. ♥️Sekiranya ingin membuat rayuan penempatan, sila klik butang rayuan dalam sistem sahaja. Surat tawaran sedia ada hendaklah dicetak walaupun ingin membuat rayuan. Cetakan Surat Tawaran adalah WAJIB bagi memastikan penempatan anak tuan/puan. Terima kasih Pn Hasniza binti Hassan Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah 31 Julai 2026

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • 28 июл.1 45512

    без подписи

  • 28 июл.81921из INFORASMISKSK2022

    📢 MAKLUMAN SUMBANGAN PIBG & SUMBANGAN KECERIAAN TANDAS / BAIKPULIH 2026 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan bahawa sumbangan PIBG bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM70 bagi setiap keluarga. Selain itu, sumbangan Keceriaan Tandas serta Baik Pulih adalah sebanyak RM10 bagi setiap murid. 💰 Jumlah keseluruhan sumbangan adalah seperti berikut: • RM80 – (1 orang anak) • RM90 – (2 orang anak) • RM100 – (3 orang anak) • RM110 – (4 orang anak) • Dan seterusnya (tambahan RM10 bagi setiap anak) 📌 Perhatian: Bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah, bayaran hendaklah dibuat melalui anak yang berada di kelas/tahun paling rendah. Contoh: A) Anak Tahun 1, 2 dan 5 → Bayaran melalui anak Tahun 1 B) Anak Tahun 3, 5 dan 6 → Bayaran melalui anak Tahun 3 🏦 Kaedah Pembayaran: Bayaran boleh dibuat melalui QR Code atau Online Transfer ke akaun: MAYBANK PIBG SEK KEB SG KERTAS No. Akaun: 562508521969 Bagi memudahkan urusan rekod, ibu bapa diminta membuat dua transaksi berasingan seperti berikut: 1️⃣ Transaksi 1: Sumbangan PIBG – RM70 2️⃣ Transaksi 2: Sumbangan Keceriaan Tandas / Baik Pulih – RM10 seorang murid 🧾 Resit atau bukti pembayaran hendaklah dihantar kepada guru kelas masing-masing. Kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai demi memastikan kesejahteraan, keselesaan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak di sekolah. Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. SKSK Hebat, Cemerlang, Luar Biasa 💪