Info Rasmi MPP (UCS)
Статистика- Последний пост
- 20 июл.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 89
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 1 008
- 1/48двое суток
- 1 155
- 1/72трое суток
- 1 245
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
ISNIN | 20 JULAI 2026 | AKADEMIK Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MAC - OGOS 2026 Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar ingin merakamkan ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Mac - Ogos 2026 kepada seluruh mahasiswa. Sehubungan dengan itu, mahasiswa diingatkan untuk sentiasa cakna terhadap jadual peperiksaan serta mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh peperiksaan. Semoga semua mahasiswa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran, kelancaran menjawab soalan dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. "KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN" Yang Menjalankan Amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
видео или голосовое, без подписи
видео или голосовое, без подписи
ISNIN | 20 JULAI 2026 | AKADEMIK Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MAC - OGOS 2026 Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester Mac - Ogos 2026 akan berlangsung pada 20 Julai hingga 9 Ogos 2026. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa diingatkan untuk membuat persediaan rapi serta mematuhi tatacara peperiksaan termasuklah: 1. Membawa kad matrik 2. Membawa slip peperiksaan 3. Berpakaian mengikut etika Sahsiah Rupa Diri (SRD) Semoga mahasiswa dapat memanfaatkan tempoh ini dengan sebaiknya dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi peperiksaan akhir. Sekian, terima kasih. "KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN" Yang Menjalankan Amanah, EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
видео или голосовое, без подписи
видео или голосовое, без подписи
видео или голосовое, без подписи
AHAD | 19 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. JADUAL PERGERAKAN BAS DAN VAN LALUAN DALAM SERTA LUAR UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM SEPANJANG PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC - OGOS 2026 Merujuk perkara di atas, berikut dilampirkan jadual pergerakan bas dan van laluan dalam serta luar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sepanjang peperiksaan akhir sesi Mac - Ogos 2026. Pautan laluan dan jadual bas (shuttle): 🔗 https://sites.google.com/uitm.edu.my/mvucs/jadual-pergerakan-shuttle/jadual-pergerakan-shuttle-kpa?authuser=0 Sehubungan dengan itu, diharapkan semua mahasiswa cakna dengan jadual ini bagi memudahkan urusan sepanjang peperiksaan akhir berlangsung. Sekian, terima kasih. ”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, EXCO ADUAN DAN PENGANGKUTAN Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
видео или голосовое, без подписи
JUMAAT | 17 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. INISIATIF BAUCAR BUKU MADANI 2026 Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa penebusan baucar buku MADANI bernilai RM100 telah DIBUKA kepada semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Malaysia. Butiran penebusan adalah seperti berikut: Tarikh mula penebusan: 15 Julai 2026 (11.00 pagi) Platform: MySiswaPlace 🔗 https://mysiswaplace.my/ Sehubungan dengan itu, semua pelajar digalakkan untuk menebus baucar buku MADANI bagi memanfaatkan sepenuhnya inisiatif yang disediakan. Sekian, terima kasih. “KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
RABU | 15 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. PERMOHONAN BIASISWA BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (iBITA) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2026 Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2026 telah DIBUKA kepada semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda dengan ketetapan seperti berikut: Bidang pengajian: Semua bidang berkelayakan Tarikh permohonan: 1 Julai - 30 September 2026 Pautan permohonan: 🔗 http://ibita.penang.gov.my Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan disarankan untuk membuat permohonan segera. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: MPP Suhaila - https://wa.me/60137542708 Sekian, terima kasih. ”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, EXCO BIASISWA DAN KEWANGAN MAHASISWA Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
видео или голосовое, без подписи
RABU | 15 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN KLK 2026 Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Yayasan KLK oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad 2026 telah DIBUKA kepada semua pelajar Sarjana Muda dengan ketetapan seperti berikut: Bidang pengajian: - Teknologi Maklumat - Pengurusan Perniagaan Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026 Pautan permohonan: 🔗 https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/ Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan disarankan untuk membuat permohonan segera. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: MPP Suhaila - https://wa.me/60137542708 Sekian, terima kasih. ”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, EXCO BIASISWA DAN KEWANGAN MAHASISWA Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
видео или голосовое, без подписи
RABU | 15 JULAI 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA] PENAMBAHAN KAPASITI KOLEJ KEDIAMAN: LANGKAH POSITIF MEMPERKASA KEBAJIKAN MAHASISWA Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menambah 21,000 kapasiti baharu kolej kediaman di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) sebagai langkah memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa. MPP berpandangan bahawa penyediaan kemudahan kolej kediaman yang mencukupi merupakan antara aspek penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh mahasiswa. Dalam masa yang sama, MPP berharap agar pelaksanaan inisiatif ini turut memberi perhatian kepada keperluan UiTM sebagai IPTA terbesar di Malaysia dengan jumlah mahasiswa yang paling ramai, agar manfaat pembangunan dan penambahan kapasiti kolej kediaman dapat dinikmati secara menyeluruh oleh warga UiTM. Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SE-MALAYSIA SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #260MPPUiTM
видео или голосовое, без подписи
ISNIN | 13 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada seluruh mahasiswa UiTM Cawangan Selangor yang akan berlangsung dari 13 hingga 19 Julai 2026. Sehubungan dengan itu, seluruh mahasiswa disarankan agar memanfaatkan tempoh ini dengan sebaik-baiknya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Semoga segala usaha yang dilaksanakan sepanjang tempoh ini dipermudahkan dan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. "KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN" Yang Menjalankan Amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
ISNIN | 13 JULAI 2026 | AKADEMIK Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC - OGOS 2026 Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Mac - Ogos 2026 boleh dijana melalui pautan berikut: 🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm Sehubungan dengan itu, seluruh mahasiswa diminta untuk cakna dengan pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: MPP Ashikin - https://wa.me/601169829769 Sekian, terima kasih. ”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
KHAMIS | 9 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSU DIKESAN Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa pihak universiti telah mengesan kewujudan sebuah laman web palsu yang menyamar sebagai Sistem Kewangan Pelajar UiTM. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa dinasihatkan supaya tidak mengakses laman web tersebut serta tidak memasukkan sebarang maklumat log masuk, termasuk nama, nombor matrik, kata laluan, kod pengesahan (OTP) dan maklumat peribadi. Sekiranya anda telah memasukkan maklumat log masuk pada laman web tersebut, sila ambil tindakan segera seperti yang dinyatakan oleh pihak universiti. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster yang telah dilampirkan. Sekian, terima kasih. “KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN” Yang Menjalankan Amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
RABU | 8 JULAI 2026 | MAKLUMAN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku, Salam Malaysia Madani. PENGAGIHAN SARAPAN PAGI PERCUMA SEMPENA PROGRAM MPP CARE: RISE AND DINE Merujuk perkara di atas, pihak MPP UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 akan mengagihkan sarapan pagi percuma sempena program MPP Care:Rise and Dine pada ketetapan berikut: Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis) Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi Tempat: UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam - Anjung Selera, Kompleks Alam Bina Kampus Puncak Perdana - Kafe Jasmine Kampus Sungai Buloh - Kaunter Hijau, Aras 1 Fakulti Pergigian Sehubungan itu, agihan sarapan pagi percuma ini adalah terhad kepada 50 pek sahaja. Sekian, terima kasih. "KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN" Yang Menjalankan Amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 #MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama