Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
СтатистикаTelegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa.
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 5
- Всего постов
- 91
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 208
- 1/48двое суток
- 238
- 1/72трое суток
- 257
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #سنتياس_دچونتوهي
Antara doa yang paling afdal untuk diamalkan ialah memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat, kerana di situlah terhimpun segala kebaikan kehidupan. Semoga Allah SWT mengurniakan keselamatan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
Pada pagi ini marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang bermanfaat kerana sesungguhnya ilmu dan hikmah semuanya adalah kepunyaan-Nya. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
Setiap hari kita memohon petunjuk Allah agar sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, dalam perjalanan itu, kita juga perlu memohon perlindungan daripada dorongan nafsu yang boleh menyesatkan. Semoga Allah mengurniakan kita hati yang dipandu petunjuk, akal yang bijaksana dan jiwa yang sentiasa terlindung daripada dorongan yang membawa kepada keburukan. Amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲 #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Setulus doa dipanjatkan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kekuatan dalam setiap amanah yang dipikul, serta terus memandu kepimpinan YAB dalam membawa Malaysia menuju masa depan yang lebih sejahtera. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti dan memimpin dengan penuh hikmah. 🇲🇾 #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #PMX
Infografik Garis Masa Proses Permohonan Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #SRAKAFAJAWI
Walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan dan bekerja, kita akan tetap melalui proses pembelajaran. Doa ini boleh dijadikan amalan oleh kita sama ada yang bergelar pelajar, guru, pekerja, majikan, suri rumah dan sebagainya kerana kita melalui proses pembelajaran sepanjang hayat. Mudah-mudahan dilapangkan hati kita dan dijernihkan pemikiran dalam menerima ilmu seterusnya mendapat berkat serta manfaat buat diri kita juga orang lain, Insya-Allah. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
без подписи
без подписи
Mimbar pada minggu ini 7 Ogos 2026M (Jumaat) bersamaan 23 Safar 1448H membawakan khutbah bertajuk "Membudayakan Infak dalam Kehidupan" yang akan dibacakan di seluruh Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Bersama-sama ini disertakan link Google Drive dan e-khutbah 2026 untuk memuat turun khutbah tersebut. Google Drive https://bit.ly/eKhutbah2026GoogleDrive E-khutbah 2026 https://bit.ly/eKhutbah2026 Untuk muat turun khutbah JAWI melalui carian internet, sila ke halaman www.jawi.gov.my dan KLIK komponen di bawah: 👉 Masjid & Surau 👉 E-Khutbah Khutbah juga boleh dimuat turun melalui imbasan pada Kod QR yang dilampirkan. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #KhutbahJumaatJAWI
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #سنتياس_دچونتوهي
Dalam kehidupan ini, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan. Ada kala kita buntu untuk membuat pilihan tepat lebih-lebih lagi dalam perkara yang besar dan pelbagai aspek perlu dipertimbangkan agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan. Bagi sesiapa yang keliru dalam membuat keputusan atau ingin memohon petunjuk tentang satu perkara yang ingin dilakukannya maka disunatkan kepadanya solat dua rakaat dan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi saw sepertimana yang terkandung di dalam hadis riwayat Jabir. Semoga dipermudahkan segala urusan serta hati kita terpandu dalam membuat sebarang keputusan dan pertimbangan agar tidak menjadi mudarat pada masa akan datang, Insya-Allah. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
Rezeki bukan sekadar harta, tetapi juga ketenangan, kesihatan, masa yang diberkati dan nikmat yang berpanjangan. Marilah kita memperbanyakkan doa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki yang luas lagi bermanfaat, serta nikmat yang kekal dan tidak terputus. Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan, setiap rezeki diberkati dan setiap nikmat menjadikan kita semakin dekat kepada-Nya. اللهم آمين. 🤲 #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
Seluruh warga JAWI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Mohd Aizam bin Mas'od atas pelantikan sebagai Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
Tiada nikmat yang lebih besar daripada dikurniakan husnul khatimah dan dihimpunkan bersama insan-insan pilihan Allah SWT. Marilah kita mengamalkan doa ini agar dikurniakan kehidupan yang dipenuhi keberkatan, diwafatkan dalam pengakhiran yang baik serta dihimpunkan bersama para wali dan para nabi di syurga-Nya. Semoga Allah SWT menerima setiap doa dan mengurniakan kita pengakhiran yang terbaik. اللهم آمين. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu
без подписи
без подписи
Mimbar minggu ini 31 Julai 2026M (Jumaat) bersamaan 16 Safar 1448H membawakan tajuk khutbah "Setia Pada Amanah, Teguh Mempertahankan Negara" yang akan dibacakan di seluruh Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Bersama-sama ini disertakan link Google Drive dan e-khutbah 2026 untuk memuat turun khutbah tersebut. Google Drive https://bit.ly/eKhutbah2026GoogleDrive E-khutbah 2026 https://bit.ly/eKhutbah2026 Untuk muat turun khutbah JAWI melalui carian internet, sila ke halaman www.jawi.gov.my dan KLIK komponen di bawah: 👉 Masjid & Surau 👉 E-Khutbah Khutbah juga boleh dimuat turun melalui imbasan pada Kod QR yang dilampirkan. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #HariPahlawan2026
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026 Di sebalik keamanan yang kita nikmati hari ini, tersimpan pengorbanan insan-insan yang sanggup mempertaruhkan jiwa demi agama, bangsa dan negara. Hari Pahlawan bukan sekadar mengenang jasa, tetapi menjadi peringatan agar kita terus menghargai pengorbanan para perwira, memelihara perpaduan serta bersama-sama mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. Semoga Allah SWT merahmati para pahlawan yang telah pergi, mengurniakan kekuatan dan perlindungan kepada seluruh anggota pasukan keselamatan yang terus berbakti, serta memelihara Malaysia dalam keamanan, kesejahteraan dan keberkatan. "Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan." #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #HariPahlawan2026
[Kenyataan Media] Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berkaitan Lembaga Tabung Haji #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu