Labbaika Ya Aqsa
Статистика- Последний пост
- 5 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 109
- 1/48двое суток
- 124
- 1/72трое суток
- 134
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Usah rasa penat untuk ambil peduli dan mendoakan Gaza, Pesawat pengganas Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Kem al-Maghazi, di tengah Gaza. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
TERKINI Hari ini berlangsung pengebumian serentak terbesar dalam sejarah Gaza Apabila 112 orang Keluarga Abu Hassouna dan Abu Sharia terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza. Junlah yang hilang keseluruhan ialah 308 orang dan dipercayai baki jenazah hancur berkecai Pasukan Pertahanan Awam Gaza melaksanakan operasi mencari jenazah mereka dari 14 Julai sampai 1 Ogos 2026
TERKINI Sebuah sekolah rakyat Palestin diruntuhkan Israel di Qawazis, Masafer Yatta Tebing Barat
KEKEJAMAN MELAMPAU BATAS: PERARAKAN JENAZAH DI GAZA PUN MENJADI SASARAN BOM! Dunia mungkin sedang mengalihkan pandangan ke isu lain, namun pembantaian di Semenanjung Gaza sebenarnya langsung tidak pernah berhenti. Umat Islam di sana terus dibunuh secara sistematik menerusi taktik penyiksaan psikologi dan fizikal bagi menghabiskan tenaga penduduk secara perlahan-lahan. Pakar akademik dan pendakwah, Dr. Eyad al-Qunaibi, berkongsi coretan pilu mengenai situasi terkini: ANGKA KORBAN MENINGKAT: Sejak awal pagi Jumaat sahaja, seramai 14 nyawa umat Islam telah gugur syahid, manakala 37 lagi dilaporkan cedera parah. TRAGEDI DI NUSEIRAT: Kemuncak kekejaman berlaku apabila sebuah dron rejim menyasarkan perarakan orang ramai yang sedang mengiringi jenazah ke kubur di Nuseirat. 8 orang awam yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang meninggal dunia, akhirnya turut syahid dalam serangan tersebut. "Dapatkah anda bayangkan betapa kejamnya penindasan ini? Kini, perarakan ke kubur pun sudah tidak selamat. Mereka yang sedang berduka juga dijadikan sasaran." Ya Allah, rahmatilah rakyat Gaza, kurniakanlah kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam hati mereka. Hukumlah golongan yang zalim dan merancang kejahatan terhadap mereka. Berikanlah kami kekuatan untuk membantu mereka, dan janganlah Engkau jadikan kami dalam kalangan orang yang membiarkan mereka keseorangan.
без подписи
TERKINI 35 orang disahkan terbunuh dan 150 cedera dalam serangan Israel dalam 24 Jam maklum Pengarah Hospital Al Shifa, Dr Muhammad Abu Salmiya 57 disahkan terbunuh dan 517 cedera dalam serangan US ke atas Iran dalam masa 8 hari maklum Kementerian Kesihatan…
TERKINI 35 orang disahkan terbunuh dan 150 cedera dalam serangan Israel dalam 24 Jam maklum Pengarah Hospital Al Shifa, Dr Muhammad Abu Salmiya 57 disahkan terbunuh dan 517 cedera dalam serangan US ke atas Iran dalam masa 8 hari maklum Kementerian Kesihatan Iran.
DISANGKA TELAH SYAHID, RUPANYA MASIH HIDUP. Selepas hampir tiga tahun disangka telah dibunuh di Gaza, bekas tahanan Palestin Adham Al-Banna akhirnya dipertemukan semula dengan keluarganya selepas dibebaskan dari penjara kejam Israel. Keluarganya sebelum ini menyangka beliau syahid bersama tiga orang saudaranya apabila terputus hubungan sejak perang meletus. Penantian yang penuh air mata dan ketidakpastian akhirnya berakhir dengan sebuah pelukan yang telah lama dirindui.
JANGAN LUPAKAN DR HUSAM ABU SAFIYA Tatkala jutaan mata tertumpu kepada kemeriahan Piala Dunia, sorakan penyokong dan detik-detik mendebarkan di atas padang, ada satu kisah yang semakin tenggelam daripada perhatian umum. Kisah ini bukan tentang perebutan piala atau kejayaan sebuah pasukan, tetapi tentang seorang doktor yang mempertaruhkan segala-galanya demi menunaikan amanah. Dr. Hussam Abu Safiya, pakar pediatrik merangkap Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gāza, menjadi antara individu yang paling dikenali sepanjang konflik yang melanda wilayah itu. Dalam keadaan hospital berdepan kekurangan ubat-ubatan, bekalan elektrik, peralatan perubatan dan tenaga kerja, beliau memilih untuk terus berada di sisi pesakit. Berkali-kali beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa agar kemudahan kesihatan dilindungi dan bantuan kemanusiaan disegerakan kerana hospital yang dipimpinnya merupakan tempat ribuan mangsa mendapatkan rawatan. Ujian yang menimpa beliau bukan sekadar sebagai seorang doktor, malah sebagai seorang ayah. Pada Oktober 2024, anak lelakinya, Ibrahim, terbunuh dalam satu serangan berhampiran Hospital Kamal Adwan. Kehilangan itu pastinya meninggalkan luka yang mendalam buatnya. Namun, selepas menguruskan jenazah anaknya, Dr. Hussam kembali menyarung kot putih dan meneruskan tugas merawat pesakit yang tidak pernah putus memenuhi wad kecemasan. Baginya, kesedihan peribadi tidak boleh menjadi alasan untuk mengabaikan nyawa insan lain yang sedang bergantung kepada kepakaran para petugas kesihatan. Beberapa minggu kemudian, beliau sendiri mengalami kecederaan akibat serpihan letupan ketika berada di kawasan hospital. Walaupun mengalami kecederaan, beliau tetap meneruskan tugas. Keteguhan itu akhirnya membawa kepada satu lagi episod yang lebih sukar apabila Hospital Kamal Adwan dikepung sebelum operasinya terhenti sepenuhnya pada penghujung Disember 2024. Dalam operasi tersebut, Dr. Hussam ditahan oleh tentera penjajah lsrael dan sehingga hari ini beliau masih berada dalam tahanan tanpa sebarang pertuduhan rasmi dibawa ke mahkamah. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan pelbagai badan perubatan dan organisasi hak asasi manusia yang menggesa agar hak beliau sebagai tahanan dipelihara serta proses perundangan yang telus dilaksanakan. Di sebalik segala laporan dan perkembangan itu, terdapat satu kisah yang lebih menyentuh hati. Anaknya menulis sepucuk surat terbuka yang mengundang perhatian masyarakat dunia. Beliau tidak menulis tentang seorang tokoh atau pengarah hospital, tetapi tentang seorang ayah yang jarang berada di rumah kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk merawat pesakit. Beliau merayu agar dunia tidak melupakan ayahnya, seorang doktor yang memilih untuk kekal bersama pesakit ketika peluang untuk menyelamatkan diri masih terbuka. Surat itu menggambarkan kerinduan seorang anak, namun pada masa yang sama menjadi suara kepada ribuan keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat konflik yang berpanjangan. Kisah Dr. Hussam menggerakkan hati ramai. Di pelbagai negara, petugas kesihatan, pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat awam mengadakan himpunan aman serta kempen bagi menuntut pembebasan beliau. Nama Dr. Hussam Abu Safiya kini menjadi simbol kepada keberanian petugas kesihatan yang terus berkhidmat walaupun nyawa mereka sendiri sentiasa berada dalam bahaya. Berbeza dengan situasi di Malaysia, suara yang suatu ketika dahulu begitu lantang membicarakan penderitaan rakyat Gāza kelihatan semakin perlahan. Barangkali bukan kerana kita sudah tidak peduli tetapi kerana perhatian kita sering berubah mengikut arus semasa. Hakikatnya, nilai kemanusiaan tidak seharusnya berusim. Namun, di sebalik semua itu masih ada insan yang sedang menunggu keadilan, masih ada keluarga yang menunggu kepulangan seorang ayah dan masih ada seorang doktor yang suatu ketika dahulu menghabiskan seluruh tenaganya untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga kita tidak menjadi masyarakat yang hanya mampu tersentuh ketika sesuatu tragedi sedang hangat diperkatakan.
без подписи
𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗧𝗧𝗜𝗡 4 JULAI 1187 Pada 4 Julai 1187, tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib dalam Perang Hittin di Palestin, pertempuran yang membawa kepada pembebasan Baitulmaqdis serta sebahagian besar tanah umat Islam yang dijajah oleh Tentera Salib. Kekalahan besar dalam Perang Hittin merupakan tamparan hebat buat Tentera Salib, kerana Raja Baitulmaqdis telah ditangkap dan tentera terbesar yang mereka kumpulkan untuk pertempuran itu telah dimusnahkan. 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
This is to remind the Muslim Ummah that Al-Aqsa Mosque is still under the Zionist occupation (since 7/6/1967) and requires serious, methodological, and systematic work for its liberation. هذا لتذكير الأمة المسلمة بأن المسجد الأقصى لا يزال تحت الاحتلال الصهيوني (منذ 7/6/1967)، ويحتاج إلى عمل جاد وممنهج ومنظم لتحريره. Ini adalah pengingat bagi umat Islam bahwa Masjid Al-Aqsa masih berada di bawah pendudukan Zionis (sejak 7 Juni 1967) dan memerlukan upaya yang serius, metodologis, dan sistematis untuk pembebasannya. Bu, İslam ümmetine Mescid-i Aksa'nın (7/6/1967'den beri) hâlâ Siyonist işgali altında olduğunu ve özgürleştirilmesi için ciddi, metodolojik ve sistematik çalışmalara ihtiyaç duyulduğunu hatırlatmak içindir.
Sumber-sumber di Baitulmaqdis melaporkan bahawa seramai 1,494 pendatanh haram Israel telah menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa sepanjang minggu lalu di bawah kawalan dan perlindungan ketat pasukan penjajah Israel. Mereka melakukan lawatan provokatif di pekarangan masjid serta menjalankan ritual Talmud di beberapa kawasan dalam kompleks suci tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai pihak Palestin terus menyeru agar umat Islam memperbanyakkan ribat (berkawal dan mempertahankan kesucian masjid) serta memperbanyakkan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa, berikutan peningkatan kadar pencerobohan dan pelanggaran yang menyasarkan masjid serta para jemaah di bandar Jerusalem yang dijajah. Sumber: Assabeel t.me/duniapalestin
"Tunggulah kami wahai Al-Quds..." Ya Allah, sejukkanlah pandangan mata kami dengan menyaksikan kehancuran Ziӧлis dan pembebasan Masjidil Aqsa. 1-Ummah
AS-SYAM, BUMI YANG DIJANJIKAN UNTUK ORANG-ORANG BERIMAN "Jantung umat Islam berada di bumi As-Syam." Di situlah terletaknya Palestin. Di situlah juga terletaknya Syria. Bumi yang diberkati, bumi para nabi, bumi yang sejak dahulu menjadi saksi perjuangan, pengorbanan dan ketabahan orang-orang beriman. Hari ini, apabila kita melihat penderitaan di Gaza atau kesusahan yang masih ditanggung rakyat Syria, jangan anggap ia masalah mereka semata-mata. Luka As-Syam adalah luka umat Islam seluruhnya. Apabila satu bahagian daripada umat ini menderita, seluruh umat sepatutnya turut merasainya. Kita mesti terlibat membantu bumi ini dengan apa adanya sehingga akhir. Semoga Allah menjadikan kita antara mereka yang tidak pernah melupakan saudara-saudara seakidah walau di mana mereka berada.
“Takbir Keteguhan” 🇵🇸 🎙 Koir Tentera – Briged Al-Qassam Sumber: Briged al-Qassam t.me/duniapalestin
Netanyahu dilaporkan mengarahkan tentera penjajah Israel meluaskan penguasaan mereka daripada 60% kepada 70% wilayah di Gaza. Setiap hari kita melihat Gaza semakin mengecil di atas peta, namun ia semakin kurang dibicara.
https://vt.tiktok.com/ZS9YquWeJPHvF-PvUhA/
https://vt.tiktok.com/ZS9YquWeJPHvF-PvUhA/
✡️ IDF raped Global Sumud Flotilla participants – organizer 💬 “It was not one, not two, not three—it was many cases of sexual violence,” Thiago Avila, organizer of the Global Sumud Flotilla, confirmed. He pointed out that Israel is “a genocidal state” that takes pleasure in violence and torturing people. Thiago Avila emphasized that the torture the participants endured at the hands of the IDF is "a small fraction" compared to what the Palestinians suffer, where the Israelis use dogs to rape people and remove their eyeballs. 👍 Boost us | Chat | @geopolitics_prime