- Последний пост
- 10 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 47
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 15 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 557
- 1/48двое суток
- 638
- 1/72трое суток
- 688
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
_Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,_ Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, Seluruh warga MRSM Muar mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam peperiksaan SPMRSM kepada Pelajar Tingkatan 5 MRSM Muar (Vanguard) yang akan bermula dari 10-27 Ogos 2026. Doa kami 🤲🏻 : اللَّهُمَّ فَقِّهْهُمْ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُمُ التَّأْوِيلَ، اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْهِمْ فُتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَارْزُقْهُمُ التَّوْفِيقَ وَالنَّجَاحَ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِي عِلْمِهِمْ وَصِحَّتِهِمْ. Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada mereka kefahaman dalam agama dan ajarkanlah mereka hikmah. Ya Allah, bukakanlah bagi mereka pintu-pintu ilmu dan kefahaman, kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan, serta berkatilah ilmu dan kesihatan mereka.” Semoga memperoleh Straight A+ dan mendapat ilmu yang boleh diamalkan. Aamiin Allahumma Aamiin.🤍 #ACollegeOfCharacter #AMarkOfExcellence #uppmmrsmmuar #ilmuimanamal
без подписи
без подписи
Sanjungan Budi Lambaian kasih, Budimu Setulus hati, Selaut Kasih Kami Hargai. Selamat bersara En. Zulkefle bin Hassan & Pn. Siti Maslumah binti Ali Jaafar En. Zulkefle telah berkhidmat di MRSM Muar: 2001-2008 MRSM Tawau: April 2008 - 2012 IKM Johor Bahru: 2012 - 2016 MRSM Muar: 2016 - 2026 Pn. Siti Maslumah telah berkhidmat di MRSM Muar: 1993 - 2008 MRSM Tawau: April 2008 - 2013 MRSM Pontian: 2014 - 2018 MRSM Muar: 2019 - 2026 Kami Warga MRSM Muar ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bimbingan, dan ilmu yang telah dicurahkan. Perpisahan ini bukanlah tanda akhir, tetapi permulaan baru bagi En Zul dan Cikgu Mas untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia. Kami mendoakan semoga En Zul & Cikgu Mas terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga. Sekalipun jarak memisahkan kita, kenangan indah berharga yang telah En Zul dan Cikgu Mas titipkan akan terus hidup dalam hati kami. ❤️ Terima kasih atas segala-galanya. Selamat bersara dan semoga sentiasa dilindungi serta diberkati. Salam perpisahan daripada kami warga MRSM Muar. #ACollegeofCharacter #AMarkofExcellence
без подписи
без подписи
Bakti Disanjung, Jasa Dikenang 31 Julai 2026
без подписи
🎉 Tahniah dan Syabas! 🎉 Sekalung tahniah diucapkan kepada Afif Fakhri bin Abdullah dari 4 Zamrud atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan silat. 🏆 Putra Tanding (Kelas B) The Nusantara Legacy Naga Sakti Junior League Silat X-Gen 2026 Kejohanan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. 📅 24–26 Julai 2026 📍 Dewan Serbaguna MBSJ, Kompleks 3K Serdang Raya, Selangor Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Warga MRSM Muar berbangga dengan pencapaian anda. #ACollegeofCharacter #AMarkofExcellence
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 27 Julai 2026 telah melabuhkan tirainya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan MRSM Muar di bawah bimbingan Pn Rohana atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang perkhemahan ini. Alhamdulillah, pasukan MRSM Muar telah berjaya meraih Tempat Ke-5 daripada 58 buah MRSM dalam Pertandingan Tangan Emas di bawah bimbingan Ustazah Zamzamiah. Selain itu, Subkem 6, yang merupakan gabungan lima buah MRSM termasuk MRSM Muar, telah berjaya memperoleh Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Taraf Perkhemahan. Walaupun pasukan MRSM Muar tidak memperoleh banyak kemenangan pada kali ini, setiap peserta telah menimba pelbagai ilmu, pengalaman dan kemahiran yang amat berharga sepanjang perkhemahan. Mereka juga berjaya menghadapi pelbagai cabaran termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu serta jarak perjalanan dari tapak kem ke tempat pertandingan yang agak jauh. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan yang bermakna serta membentuk jati diri, kepimpinan dan daya tahan untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua peserta, pihak pengurusan,guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang program berlangsung. Terima kasih. #ACollegeofCharacter #AMarkofExcellence
#ACollegeofCharacter #AMarkofExcellence
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ رَبِّ تَمِّمْ بِاالْخَيْرِ Selamat menduduki Ujian Amali Sains 📅 3 Ogos 2026 Fizik (4531/3) 📅 4 Ogos 2026 Kimia (4541/3) 📅 5 Ogos 2026 Biologi (4551/3) Peperiksaan Sijil Pendidikan MRSM buat semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Muar. Semoga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan hati dalam untuk menghadapi Ujian Amali Sains ini dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Insha Allah... #ACollegeofCharacter #AMarkofExcellence