Mekanik Iman
Статистика- Последний пост
- 10 апр.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 204
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Rasulullah Larang Puasa Hari Jumaat Saja, Ia 'Hari Raya' Mingguan https://www.waktusolat.digital/panduan/larangan-puasa-hari-jumaat/
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى Daripada An Nu'man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang, belas kasihan dan saling mengambil berat (mencintai antara mereka) bagaikan satu tubuh badan. Apabila satu anggota tubuh badan sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga malam (tidak boleh tidur) dan demam ' (HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara, memiliki sifat empati, peduli serta sentiasa merasai kesusahan saudaranya. 2. Perumpamaan berkasih sayang, belas kasihan dan prihatin sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan. Begitulah sepatutnya ukhuwah dan hubungan sesama Muslim. 3. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan. 4. Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain seperti menolong dan membantu mereka, sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji 5. Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan. 6. Islam menolak sikap mementingkan diri tanpa mengambil berat keadaan orang lain. 7. Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajiran untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah. Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Ummah Sejahtera Yang Berkualiti. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 21hb Syawal 1447H 10hb April 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya! janganlah kamu mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya (aibnya). Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang lain, maka Allah akan membuka keaibannya. Maka siapa saja yang Allah dedahkan keaibannya, maka Allah akan memalukannya walaupun yang ada di dalam rumahnya sendiri." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Hadis ini merupakan teguran kepada iman orang yang belum sempurna. Ungkapan “beriman dengan lidah tetapi belum masuk ke hati” merujuk kepada orang yang zahirnya Muslim tetapi belum menghayati iman secara mendalam dalam akhlaknya. 2. Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. 3. Islam mengajar umatnya untuk tidak mengumpat atau menyebut keburukan orang lain tanpa kebenarakn syarak, walaupun ia suatu yang benar kerana ia merupakan dosa besar. 4. Islam melarang usaha menyiasat atau membongkar kelemahan orang lain, sama ada secara terang atau tersembunyi apatah lagi jika ia disebarkan melalui media sosial yang membuka ruang cacian dan makian daripada orang lain. 5. Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda: مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ Maksudnya: "Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah) 6. Barangsiapa yang mencari-cari dan membuka kelemahan juga kesalahan saudara muslim yang lain, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya. 7. Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini: إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19) 8. Islam menuntut agar aib serta kelemahan orang lain ditutup, bukan didedahkan kepada khalayak. Jika ingin menegur, gunakanlah saluran yang dibenarkan syarak dengan penuh hikmah. Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat. Mengumpat dan membongkar aib orang lain bukanlah sifat seorang Muslim sejati. Sebaliknya, seorang mukmin yang benar-benar beriman akan menjaga lidah, menutup aib orang, dan menjaga kehormatan sesama Muslim. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 20hb Syawal 1447H 09hb April 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Muslim Yang Menyelamatkan عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Daripada Abu Musa RA beliau berkata: Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari gangguan lidah dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Ukuran keutamaan Islam seseorang bukan hanya pada ibadah zahir tetapi pada akhlaknya. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia, khususnya yang keluar dari lidah (perkataan) juga tangan (perbuatan). 2. Menjaga lidah daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba, memfitnah, berkata kasar dan lain-lain adalah dituntut. 3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul dan mencuri malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang. 4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti TikTok, FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah: إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا “Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36) 5. Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula. 6. Hadis ini menegaskan bahawa Islam yang terbaik ialah Islam yang memberi manfaat dan keselamatan kepada orang lain. Dengan menjaga lidah dan tangan, seseorang bukan sahaja menyempurnakan imannya, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang aman dan sejahtera. Akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain adalah antara tanda paling utama bagi seorang Muslim yang baik. Islam bukan hanya tentang hubungan kita dengan Allah, tapi juga bagaimana kita melayan dan menghormati sesama manusia. Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 19hb Syawal 1447H 08hb April 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berakhlak Dalam Pertuturan عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ Daripada Aisyah RA beliau berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu Rasulullah SAW lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (kematian ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu kematian dan laknat!. Lalu Rasulullah SAW menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu mencintai kelembutan dalam setiap urusan.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga). (HR Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Hadis ini menggambarkan kehalusan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi provokasi dan keburukan orang lain dengan sifat lemah lembut (rifq). 2. Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan. 3. Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kelembutan dalam semua perkara termasuk semasa kita dihina atau marah. Kelembutan dalam pertuturan membantu meredakan ketegangan dan menjaga hubungan. 4. Walaupun orang lain mungkin bersikap kasar atau menghina kita, Islam mengajarkan kita untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sebaliknya, kita hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan bersabar. Hal ini adalah cara yang lebih mulia dan akan menerima ganjaran di sisi Allah. 5. Seorang Muslim perlu bijak mengawal tindak balas, tidak terburu-buru membalas dengan kemarahan. Tidak semua keburukan perlu dibalas secara keras; kadangkala jawapan ringkas dan berhemah lebih baik. 6. Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah: وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا Maksudnya: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53). Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah). 7. Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor. Malangnya rata-rata di media sosial hari ini komen berbentuk celaan, makian, umpatan serta fitnah telah menjadi makanan harian. Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 18hb Syawal 1447H 07hb April 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Setia Dengan Kebenaran Dalam kehidupan ini, tidak semua orang mampu setia dengan kebenaran. Ramai yang tahu kebenaran, tetapi tidak semua sanggup mempertahankannya. Ada yang meninggalkannya kerana takut, kerana kepentingan dunia, atau kerana tekanan manusia. Namun Allah SWT memerintahkan orang beriman supaya teguh bersama kebenaran. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri.” (Surah An-Nisa’: 135) Ayat ini mengajar kita bahawa kebenaran mesti ditegakkan walaupun ia pahit, walaupun ia menuntut pengorbanan. Sejarah Islam dipenuhi dengan contoh orang yang setia dengan kebenaran. Para sahabat Nabi ﷺ sanggup meninggalkan harta, tanah air dan keluarga demi mempertahankan iman. Mereka tidak memilih jalan mudah, tetapi memilih jalan yang benar. Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Jihad yang paling utama ialah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi) Ini menunjukkan bahawa kesetiaan kepada kebenaran bukan sekadar ucapan, tetapi keberanian moral. Dalam dunia hari ini, kita diuji dengan pelbagai bentuk fitnah: • Fitnah harta • Fitnah kedudukan • Fitnah populariti • Fitnah tekanan masyarakat Kadang-kadang seseorang tergoda untuk mengorbankan prinsip demi keuntungan dunia. Tetapi seorang mukmin yang sejati tahu bahawa kebenaran lebih berharga daripada dunia seluruhnya. Imam al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa orang yang ikhlas akan tetap bersama kebenaran walaupun dia bersendirian. Akhirnya, marilah kita berdoa agar Allah menetapkan hati kita di atas kebenaran: اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه “Ya Allah, tunjukkan kepada kami kebenaran sebagai kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami kebatilan sebagai kebatilan serta kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya.” https://t.me/kapsul_tazkirah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ Daripada Abi Darda RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya (sesama muslim) dibelkakangnya (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita walaupun mereka tidak tahu. 2. Mereka yang mendoakan sahabatnya dibelakangnya (tanpa pengetahuannya) lebih dekat kepada keikhlasan kerana tidak mengharap balasannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya. 3. Berdoa untuk orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan atau pujian adalah amalan yang disukai oleh Allah. Ia menunjukkan niat yang tulus dan murni untuk kesejahteraan dan kebaikan orang lain. 4. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW: دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ "Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500) 5. Berdoa sesama Muslim dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan menunjukkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap sesama umat. Ia memperkuatkan ikatan ukhuwah di kalangan umat Islam dan membawa kepada masyarakat yang lebih harmoni. 6. Dengan berdoa untuk orang lain, kita dapat menghindari sikap ego dan mementingkan diri sendiri. Kita diajar untuk tidak hanya memikirkan kebaikan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain di sekeliling kita. 7. Hadis ini mengajar bahawa doa yang ikhlas untuk orang lain adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sahaja mencerminkan kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga menjadi sebab turunnya rahmat dan kebaikan kepada diri sendiri melalui doa malaikat. Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 13hb Syawal 1447H 02hb April 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jadilah Cermin Mukmin Lain عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan menjaga kepentingannya (ikut menanggung kesusahannya) serta melindunginya (membelanya) dari belakang." (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya. 2. Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang. 3. Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain. 4. Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan saling menjaga kepentingan saudaranya dengan bertolong bantu menjaga urusan dan kepentingan saudaranya sama ada dalam hal dunia atau agama, termasuk ketika dia tiada atau berada di dalam kesusahan dan membelanya jika mereka dianiaya atau dizalimi. 5. Seorang mukmin sepatutnya memandang saudaranya seperti saudara kandungnya sendiri, dengan rasa kasih sayang, saling menghormati, dan menjaga kepentingan serta keselamatan mereka. Hubungan ini melampaui batasan fizikal dan kewangan, menjadikan setiap mukmin itu seperti satu keluarga yang saling menyokong. 6. Seorang mukmin harus menjaga kehormatan dan keselamatan saudaranya dalam segala hal (melindungi dari belakang). Ia berusaha untuk mencegah kerugian atau kemudaratan yang mungkin menimpa saudaranya, baik dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Hal ini termasuklah mempertahankan maruahnya, menutup aib saudaranya, memberi perlindungan kepada mereka, dan tidak membiarkan orang lain mengumpat atau menzaliminya serta menjaga nama baiknya. 7. Hadis ini mengajar bahawa seorang mukmin bukan sekadar hidup untuk dirinya sendiri, tetapi menjadi “cermin” dan pelindung kepada saudaranya. Dengan nasihat yang ikhlas dan sikap menjaga maruah, akan lahirlah masyarakat Islam yang bersatu, saling memperbaiki dan penuh kasih sayang. Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 11hb Syawal 1447H 31hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bersifat Lemah Lembut عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ Daripada Jarir RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda: Barang siapa dijauhkan (tidak dikurniakan) dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan daripada kebaikan. (HR Muslim No: 4694) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sifat lemah lembut, bertolak ansur dan berhemah dalam semua urusan kehidupan adalah dituntut ke atas setiap Muslim. 2. Sifat Rifq (lemah lembut) merangkumi kelembutan dalam percakapan, tindakan dan pendekatan. Ia bukan kelemahan, tetapi kebijaksanaan dalam menyampaikan sesuatu tanpa kekasaran. 3. Sifat lemah lembut adalah kunci kepada segala kebaikan. Ia menjadikan hubungan lebih harmoni, menjauhkan perselisihan, dan membantu kita memperoleh redha Allah. Dengan berlemah-lembut, seseorang akan mudah mendapat pertolongan daripada orang lain dan lebih berkemampuan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. 4. Orang yang tidak mempunyai sifat lemah lembut (kasar) sama ada ucapan, tulisan mahupun perbuatan terhadap orang lain, maka ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Sifat kasar dan keras hati akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran dan kebaikan. Bersikap keras dan tidak sabar, mungkin menyebabkan orang lain tersinggung, merosakkan hubungan, dan akhirnya menjauhkan diri daripada keredaan Allah. 5. Saling menyayangi dan mengasihi adalah tanda kesempurnaan iman. Rasul SAW. bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai (HR Muslim No: 81). 6. Menjadi lemah lembut bukanlah tentang kelemahan, tetapi tentang kebijaksanaan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehidupan. Orang yang sabar dan bijaksana dalam bertindak akan lebih mampu menguruskan pelbagai situasi dengan baik. 7. Dalam keluarga, masyarakat dan dakwah, kelembutan adalah kunci kepada kebahagiaan dan keharmonian. Sesuatu urusan yang dilakukan dengan lemah lembut lebih mudah diterima dan diberkati. 8. Sikap kasar dan tergesa-gesa boleh menutup pintu kebaikan dan merosakkan hubungan. Sempena kita masih berada dibulan Syawal ini, marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap orang lain. Membina sifat rifq (lemah lembut) adalah satu keperluan dalam pembentukan peribadi Muslim yang unggul. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 10hb Syawal 1447H 30hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي Abu Zabiyah meriwayatkan bahawa Shurahbīl bin al-Simṭ telah memanggil ‘Amr bin ‘Abasah al-Sulamī lalu berkata: “Wahai Ibn ‘Abasah, adakah engkau mempunyai satu hadis yang engkau dengar sendiri daripada Rasulullah SAW, yang tiada penambahan, tiada pembohongan, dan bukan daripada orang lain selain dirimu?” Beliau menjawab: “Ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan (berhimpun dalam majlis kebaikan seperti majlis ilmu) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling memberi, berkorban (untuk membantu yang lain) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana-Ku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah dengan Rahmat, keampunan dan kemuliaan-Nya di dunia dan akhirat apabila kita: 1. Saling berkasih sayang sesama Muslim kerana Allah 2. Saling merapatkan hubungan (ukhuwah), berkumpul kerana Allah dengan mengutamakan mereka, tidak menyakiti dan sentiasa menjaga hubungan harmoni. 3. Saling menziarahi kerana Allah 4. Saling memberi dan berkorban (untuk membantu yang lain dengan berkongsi harta, manfaar) kerana Allah 5. Saling bantu membantu dan tolong menolong dalam kebaikan dan kebenaran kerana Allah Hadis ini menegaskan bahawa kasih Allah SWT bukan sekadar diperoleh melalui ibadah individu, tetapi juga melalui hubungan sosial yang dibina atas dasar keimanan. Ukhuwah yang ikhlas kerana Allah menjadi jalan utama untuk meraih cinta dan rahmat-Nya, seterusnya membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan diberkati. Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain semata-mata kerana Allah. Ambillah kesempatan di bulan Syawal ini untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah sesama Muslim antaranya melalui ziarah menziarahi. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 09hb Syawal 1447H 29hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jadilah Penyayang Untuk Dirahmati Allah سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersifat penyayang" (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim. Kasih sayang sesama manusia adalah asas kepada meraih rahmat Allah. 2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain. Jika kita ingin mendapat rahmat-Nya, kita perlu menjadi orang yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain. 3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat. 4. Sifat kasar, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam. 5. Dengan mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga dapat memperbaiki hubungan sosial kita dengan orang lain. Sikap kasih sayang dapat membina masyarakat yang harmoni dan penuh dengan bantuan serta sokongan sesama ahli. 6. Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah. 7. Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial. Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 08hb Syawal 1447H 28hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, nescaya akan menghilangkan perasaan benci (dengki), dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling berkasih sayang dan menghilangkan perasaan dendam (permusuhan)” (Muwatta No: 1685) Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1. Hadis ini menonjolkan dua amalan sosial yang sangat dianjurkan dalam Islam iaitu berjabat tangan dan memberi hadiah sebagai jalan membersihkan hati dan membina ukhuwah. 2. Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih sayang, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim 3. Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (dengki atau hasad - perasaan tidak suka). Berjabat tangan menghilangkan perasaan benci dan mencipta suasana penuh kasih sayang dan saling menghormati. 4. Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat. 5. Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaklah kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih mesra kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan : عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan. (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah. 6. Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita, saling menghargai dan mengukuh hubungan. Memberi duit raya kepada kanak-kanak dan orang yang susah akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang. 7. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih. Dengan melaksanakan sunnah berjabat tangan serta memberi hadiah, akan mampu menanam rasa kasih sayang, dapat mengelakkan perasaan dengki dan permusuhan, serta mewujudkan masyarakat yang penuh dengan ukhuwah dan keharmonian. #RebutPahalaBersihkanJiwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 06hb Syawal 1447H 26hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Doa Kebaikan Untuk Anak https://youtu.be/xpGAXTueWRo?si=swqxN-tT8kXU-AtU
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ucapan Salam Dan Bersalaman Menggugurkan Dosa عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin apabila bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka berdua sebagaimana gugurnya daun-daun dari pepohon” (Mu’jam Awsat li Tabarani No: 247) Maktabah Maarif. Status: Al-Munziri kata tiada perawi dalam jalur sanad ini yang dikritik. Pengajaran: 1. Hadis ini menunjukkan kesempurnaan adab Islam ketika bertemu: dimulakan dengan salam (doa kesejahteraan), diikuti dengan berjabat tangan (tanda kasih sayang dan persaudaraan). 2. Ucapan salam juga tanda kecintaan kepada sesama Muslim. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlan (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (Sahih Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih 3. Berjabat tangan dalam Islam bukan sekadar kebiasaan sosial, tetapi mengandungi nilai Rohani yang besar, ia adalah ibadah yang disyariatkan ketika bertemu dan berpisah juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan dosa. 4. Berjabat tangan juga menjadi sunnah para sahabat, sebagaimana digambarkan dalam riwayat berikut: عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ Daripada Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”. (Sahih Bukhari No: 5908) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih 5. Ibn Hajar mengatakan, “berjabat tangan adalah melekatkan telapak tangan pada telapak tangan yang lain.” (Fathul Bari, 11/54). Menurut Imam An Nawawi dalam al-Adzkar - ditahan beberapa saat, selama tempoh waktu yang cukup untuk menyampaikan salam.” 6. Muslim yang berjabat tangan apabila bertemu akan menggugurkan dosa-dosanya seperti dedaun. Perumpamaan daun yang gugur dari pokok menggambarkan pengampunan dosa yang banyak dan berterusan. Ia menunjukkan keluasan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya melalui amalan yang mudah. 7. Dosa yang dimaksudkan ialah dosa kecil (ṣaghā’ir) yang berkaitan dengan hak Allah, selagi tidak melibatkan kezaliman terhadap manusia tanpa penyelesaian. Ambillah kesempatan Syawal untuk saling kunjung-mengunjung, ambil kesempatan mengucapkan salam dan bersalaman sesama jantina yang dibenarkan syarak. #RebutPahalaBersihkanJiwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 05hb Syawal 1447H 25hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Di Syurga Hari2 Hari Raya - Bayan Ustaz Farkhan Dai'e https://www.facebook.com/share/v/1Augbx95Um/
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kesempurnaan Iman Natijah Akhlak Mulia عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Akhlak yang baik adalah manifestasi iman. Iman yang sebenar akan melahirkan tingkah laku yang mulia. Iman bukan sekadar kepercayaan tetapi perlu dizahirkan melalui perbuatan. 2. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Menyambut tetamu dengan baik, memberikan layanan yang baik, dan memastikan mereka merasa dihargai adalah antara cara memuliakan tetamu. 3. Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Antaranya dengan menjaga hubungan baik dengan kerabat, membantu yang memerlukan, memperbaiki hubungan yang terputus, menjenguk mereka yang sakit dan menunjukkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap mereka. 4. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward). 5. Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri. Menjaga lidah adalah kunci keselamatan. 6. Ambillah peluang sempena Syawal untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga melalui kunjung-mengunjung sesama kita. Jaga lidah kita. Jadikanlah tuturkata, penulisan serta komen kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala. 7. Hadis ini menegaskan bahawa kesempurnaan iman tidak terpisah daripada akhlak. Seorang Muslim yang benar-benar beriman akan memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan, dan mengawal lidahnya. Ia menjadi panduan lengkap dalam membina masyarakat yang harmoni, beradab dan diredai Allah SWT. #RebutPahalaBersihkanJiwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 02hb Syawal 1447H 22hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di sebuah kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang tersebut dipertengahan perjalanannya ke kampung yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya ingin menziarahi saudara saya yang berada di kampung ini.' Malaikat bertanya kepadanya lagi; 'Apakah kamu mempunyai sebarang kepentingan dunia yang ingin kamu jaga? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepadamu untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Cinta kerana Allah adalah asas ukhuwah Islamiah. Ia melahirkan hubungan yang tulus dan berkekalan. Antara tanda mencintai dan mengasihi saudara juga sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah. 2. Allah memberi ganjaran yang besar kepada orang yang mencintai saudaranya hanya kerana Allah. Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah. Menurut Imam al-Nawawi, cinta kerana Allah bermaksud: mencintai seseorang kerana ketaatan dan kebaikannya bukan kerana harta, kedudukan atau manfaat dunia 3. Mengunjungi dan menjaga hubungan baik dengan saudara seiman adalah amalan yang sangat mulia dalam Islam, terutamanya jika tujuan utama adalah untuk mencintai mereka kerana Allah. Ambillah peluang sempena Hari Raya ini untuk menziarahi dan kunjung mengunjung sesama saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah. 4. Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah melalui ziarah sempena Hari Raya ini. 5. Suburkan Silaturahim dan Ukhuwah sebagai bukti peribadi terpuji. Syawal permulaan baharu buat kita dengan membawa bekal dan semangat Ramadan. Rebut Pahala Bersihkan Jiwa. #RebutPahalaBersihkanJiwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 01hb Syawal 1447H 21hb Mac 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Syawal: Jangan hanya “beraya’ di kubur, cari sahabat mak ayah kita! Rencana Saban tahun, tanah perkuburan menjadi pusat perhimpunan seolah-olah ia ritual wajib, sedangkan di satu sudut, sahabat-sahabat karib arwah ibu bapa kita yang masih hidup, yang memegang seribu satu memori dan rahsia kebaikan orang tua kita, langsung tidak kita jenguk. https://malaysiagazette.com/2026/03/20/syawal-jangan-hanya-beraya-di-kubur-cari-sahabat-mak-ayah-kita/
без подписи
ADAB MALAM & HARI RAYA Al-‘Allamah al-Shaykh ‘Abd al-Hamid Qudus al-Makkiy al-Shafi’iy رحمه الله (w. 1335H) telah menyebutkan antaranya ialah: 1- Solat Ishak pada malam raya secara berjama’ah 2- Solat Subuh berjama’ah atau sekurang-kurangnya, berazam untuk menunaikan solat Subuh pada hari raya secara berjama’ah 3- Menghidupkan sebahagian besar malam raya dengan solat dan zikir 4- Istighfar sebanyak 100 kali, sebelum solat Subuh hari raya (FAIDAH): Tidak akan berbaki suatupun daripada dosa pada diwan amalannya 5- Membaca: سبحان الله وبحمده sebanyak 100 kali, pada hari raya dan berkata: إِنِّي أَعْطَيْتُ ثَوَابَهَا أَهْلَ الْقُبُورِ Maksudnya: “Sesungguhnya, saya menghulurkan pahala bacaan tadi buat ahli kubur” (FAIDAH): Tiada daripada kalangan orang yang mati, melainkan akan berkata kelak di hari kiamat bahawa, “Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, kasihanilah hamba-Mu ini, serta jadikanlah ganjaran baginya dengan Shurga” 6- Menghiasinya dengan ucapan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir. 7- Membaca: سبحان الله وبحمده sebanyak 300 kali, serta menghadiahkannya kepada orang Islam yang telah meninggal dunia (FAIDAH): Allah Ta’ala menjadikan 1,000 cahaya ke dalam kuburnya kelak 8- Membaca: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، يُحيي ويُميت، وهو حيٌّ لا يموت، بيده الخير وهو على كل شيء قدير sebanyak 400 kali, sebelum solat Hari Raya (FAIDAH): Allah menikahkannya dengan 400 bidadari, diberi pahala seumpama membebaskan 400 hamba, diwakilkan Malaikat baginya untuk membina kota dan ditanam pohon-pohon baginya sehingga ke hari kiamat. (TANBIH): i. Al-Imam al-Zuhriy رحمه الله berkata, “Saya tidak pernah meninggalkannya, semenjak saya telah mendengarnya daripada Sidna Anas bin Malik رضي الله عنه” ii. Manakala, Sidna Anas bin Malik رضي الله عنه pula berkata, “Saya tidak pernah meninggalkannya, semenjak saya telah mendengarnya daripada Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ” 9- Mengucapkan tahniah seperti: تقبَّل الله منَّا ومنكم dan sebagainya (Intaha Kanz al-Najah wa al-Surur, 266-275) -Rasyid al-Kinti Dungun, Terengganu 24 Ramadhan 1447, 14 Mac 2026