tgindex
PDRMsia_Official

PDRMsia_Official

Статистика

Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.

Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
57
Всего постов
58
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
11 130
−10 за 3 дн.
Сутки
−8
−0,07%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
163
40 постов
Вовлечённость
1,5%
к подписчикам
Постов в день
8,1
всего 58
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
по 14 постам
1/24сутки в ленте
246
1/48двое суток
281
1/72трое суток
303

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET TAWAR BIDANG PROFESIONAL Petaling Jaya, 15 Ogos 2026 - Sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara kini semakin licik apabila menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang profesional, termasuk minyak dan gas, kejururawatan serta pelbagai sektor lain. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket Iazimnya menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan, faedah menarik serta prospek kerjaya lebih baik sebelum meminta mangsa membuat pembayaran atas pelbagai alasan. "Antara modus operandi yang dikenal pasti ialah menawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan, faedah pekerjaan menarik serta prospek kerjaya yang lebih baik. "Tawaran boleh melibatkan pelbagai bidang seperti minyak dan gas, pertanian, kejururawatan serta pekerjaan buruh, bergantung kepada profil individu yang disasarkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1478564694303746&id=100064506887551

  • #WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JEJAK SINDIKET DIKAIT KES JURUTERBANG MALAYSIA AIRLINES Kuala Lumpur, 15 Ogos 2026 - Polis masih menjejaki anggota sindiket dadah di Malaysia yang dikaitkan dengan kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines bersama lebih 26 kilogram dadah di Jakarta, Indonesia, akhir bulan lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu susulan maklumat yang diperoleh selepas pasukannya berjumpa dan menyoal juruterbang berkenaan, sejak dua hari lalu. Beliau berkata, pertemuan sepanjang dua hari itu membolehkan JSJN memperoleh maklumat mengenai sindiket yang dikaitkan dengan kes itu di Malaysia dan luar negara serta pembabitan penama dalam rangkaian berkenaan. Bagaimanapun, beliau berkata, butiran lanjut mengenai hasil dapatan itu belum boleh didedahkan kepada umum. “Pasukan JSJN mendapat kerjasama sangat baik daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) sepanjang pertemuan berkenaan. “Jadual asal pertemuan adalah pada 12 dan 13 Ogos, namun POLRI memberi ruang untuk dilanjutkan sehari sehingga 14 Ogos (semalam). “Juruterbang berkenaan turut memberikan kerjasama yang baik," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1478543990972483&id=100064506887551

  • #BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA UNIT 6 PSP BANTU MANGSA KEMALANGAN Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu telah membantu mangsa kemalangan jalan raya di susur keluar Lebuhraya LPT 2 Gemuruh, Kuala Terengganu, semalam. Ketika dalam perjalanan menuju ke Lembah Bidong, Setiu bagi melaksanakan Latihan Ulang Kaji Bom Asap, kesemua anggota berkenaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang terbabas. Tanpa berlengah, kesemua anggota Unit 6 PSP segera memberikan bantuan serta mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan. Terima kasih kepada kesemua anggota yang terlibat atas kepantasan dan keprihatinan yang dihulurkan. Semoga mangsa diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. Sumber: PSP Unit 6 Terengganu https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1478500964310119&id=100064506887551

  • #BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Penang Kini yang menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut atas tindakan pantas dan keprihatinan ketika membantu membawa anaknya yang tidak sedarkan diri ke Hospital Pulau Pinang. Menerusi perkongsian tersebut, anggota MPV berkenaan telah mengiringi kenderaan keluarga meredah kesesakan lalu lintas sehingga selamat tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang. Setibanya di hospital, anggota turut mendapatkan kerusi roda dan memaklumkan keadaan pesakit kepada petugas perubatan bagi memastikan rawatan segera dapat diberikan. Tindakan pantas, keprihatinan dan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh anggota PDRM amat dihargai keluarga, sekali gus mencerminkan komitmen warga Sang Saka Biru dalam melaksanakan amanah serta memperkukuh hubungan antara polis dan masyarakat, selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Sumber: Facebook Penang Kini https://www.facebook.com/share/p/1GkJMN8TAd/

  • VIDEO PILIHAN: PDRM – PETRONAS PERBAHARUI MoU KERJASAMA STRATEGIK Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, bersempena pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) antara PDRM dan PETRONAS bagi tempoh 2026 hingga 2029 yang berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Pembaharuan MoU ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama strategik yang telah dimeterai sebelum ini dalam usaha memperkukuh pengurusan keselamatan dan operasi PETRONAS, sekali gus mempererat hubungan strategik kedua-dua pihak berteraskan kesepakatan, kepercayaan dan komitmen bersama. Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSVdSLXB2/ Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak https://www.facebook.com/share/r/1FBoJ6YnaZ/

  • PDRM – PETRONAS PERBAHARUI MoU KERJASAMA STRATEGIK Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 2026 hingga 2029, dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik meliputi pengurusan risiko keselamatan, operasi, siasatan serta latihan berkaitan aset dan warga kerja PETRONAS. Pembaharuan MoU berkenaan merupakan kesinambungan kepada kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak sebelum ini yang telah menyumbang kepada penambahbaikan pengurusan keselamatan dan operasi PETRONAS, sekali gus memperkukuh hubungan strategik berteraskan kesepakatan, kepercayaan serta komitmen bersama. MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur (KLCC). Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa pembaharuan MoU itu menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih mampan antara PDRM dan PETRONAS, khususnya dalam mempertingkat perkongsian maklumat, koordinasi operasi serta kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman keselamatan yang kian kompleks. “Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat terus menyumbang kepada usaha memperkukuh keselamatan negara, melindungi aset-aset strategik kita, serta memastikan kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Malaysia terus terpelihara,” ujar beliau. Hadir sama, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zulkifli Abidin, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta para pegawai kanan PDRM dan pegawai pengurusan kanan PETRONAS. Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar https://www.facebook.com/share/p/1EVo4vMkNC/

  • [COUNTDOWN] SEMINAR APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI): 2 HARI LAGI Seminar Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Siasatan Jenayah Moden dan Keselamatan Negara Tahun 2026 anjuran Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur akan diadakan pada: 🗓️ Tarikh: 16-18 Ogos 2026 📍 Tempat: Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur Mengangkat tema “Transformasi Kecerdasan Digital dalam Mempertingkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Siasatan Era MADANI”, program ini selaras dengan usaha memperkasa teknologi dan kecerdasan buatan dalam mendepani cabaran keselamatan serta jenayah semasa. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meneroka potensi AI dalam memperkukuh keupayaan siasatan jenayah dan keselamatan negara. #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #14082026 https://www.facebook.com/share/r/1EYFJSKjDB/

  • STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Ogos 2026 (Khamis). Sebanyak 1,771 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 107 kes kemalangan dan peningkatan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi kemalangan”. Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/share/p/1F68VwEFPb/

  • видео или голосовое, без подписи

  • POSTING PILIHAN: HALA TUJU SOSMA DAN ISU PELARIAN Putrajaya, 14 Ogos 2026 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan dua perbincangan penting berkaitan hala tuju Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta isu pelarian, di sini, semalam. Kedua-dua perkara diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan semasa, cabaran di lapangan dan pendekatan yang perlu bagi memastikan tindakan kekal relevan, praktikal dan berkesan. Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri serta kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia. Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) https://www.facebook.com/share/p/1TDqnZg1Ln/

  • 14 авг.791удалён 14 авг.

    STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Ogos 2026 (Khamis). Sebanyak 1,771 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 107 kes kemalangan dan peningkatan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi kemalangan”. Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/share/p/1BtSLreCTk/

PDRMsia_Official — tgindex