Pejuang STPM Quotes
СтатистикаStress dalam mengejar 4.00? Singgah sini...
- Последний пост
- 25 июн. 2025 г.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
siapa kata mustahil nak jadi cikgu kalau pointer bawah 3.00. awak ada semangat, awak ada usaha insyaAllah boleh bergelar seorang pendidik
kenapa nak kene sedih kalau result korang tak memuaskan? sedangkan korang still boleh comeback kat degree
Hai batch 05! mungkin ramai yang gembira dan mungkin ramai yang bersedih sebab tak dapat apa yang awak nak. kepada yang gembira dengan apa yang awak dapat saya ucapkan tahniah dah teruskan semangat awak. kepada yang sedang bersedih its okay. saya ada satu ayat untuk awak semua yang sedang bersedih. semoga awak tetap semangat❤️ https://vt.tiktok.com/ZSknLP72v/ >> Admin Pejuang Quotes🐬
KALAU AWAK SALAH SEORANG YANG PERNAH MENJADI MANGSA, THIS IS FOR YOU!🫵🏻🤍 https://vt.tiktok.com/ZShEJLXyb/
kepada semua student terutamanya batch yang baru sahaja tamat stpm, andai kata nanti awak dapat tawaran dari ipts. hold dulu, bukan ipts ni tak bagus tapi semua tau yang pembiayaan di ipts agak tinggi berbanding ipta. kalau awak dari keluarga B40 seeloknya targetlah ipta daripada ipts, banyak benefits yang awak akan dapat di ipta. tapi, seandainya result awak nanti kurang memuaskan, dan awak masih lagi ade semangat untuk belajar, its okay boleh go ipts tapi dengan syarat semangat awak nak belajar tak pudar. masuk dengan tujuan untuk tebus kesilapan lama dan berjaya menamatkan pengajian. pesanan ikhlas dari admin pejuang stpm quotes❤️
Usaha itu ibarat matahari di ufuk timur, semakin tinggi tekadmu, semakin luas sinarnya menyinari jalan kejayaan >Admin STPM💫
Selamat Maju Jaya kepada Pelajar STPM 2024! Tahniah kerana telah berjaya mengharungi perjalanan panjang dan mencabar dalam menghadapi STPM 2024! Setiap usaha, pengorbanan, dan kesungguhan yang telah anda curahkan sepanjang tempoh pembelajaran adalah bukti keazaman dan ketabahan anda dalam mengejar kejayaan. Kini, setelah berakhirnya peperiksaan, inilah masa untuk anda melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Jangan takut akan masa depan, kerana setiap pengalaman yang telah anda lalui telah membentuk diri anda menjadi insan yang lebih kuat dan matang. Percayalah, kejayaan bukan hanya diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi juga dalam ilmu, nilai, dan kemahiran yang telah anda peroleh sepanjang perjalanan ini. Gunakan masa yang ada untuk meneroka peluang baru, sama ada dalam dunia pekerjaan, pendidikan tinggi, atau bidang yang anda minati. Dunia di luar sana penuh dengan cabaran dan juga peluang, maka jadilah individu yang berani mencuba, belajar dari kegagalan, dan terus berusaha untuk mencapai impian anda. Apa jua keputusan yang anda peroleh nanti, yakinlah bahawa ia bukanlah penentu mutlak masa depan anda. Kejayaan sejati terletak pada bagaimana anda membentuk jalan hidup anda sendiri dengan penuh semangat, tekad, dan keazaman. Jangan pernah berhenti bermimpi, teruslah berusaha, dan jadilah versi terbaik diri anda! Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Selamat melangkah ke masa depan yang lebih cerah! ikhlas daripada, ⚡️PejuangSTPM
без подписи
https://vt.tiktok.com/ZSMYWWtPH/
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Kepada semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2024 Semester 3 dan Ulangan Semester 2, admin ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang amat penting ini. Peperiksaan ini bukan sekadar ujian akademik, tetapi juga satu perjalanan yang menguji kesabaran, ketekunan, dan daya juang anda sebagai seorang pelajar. Setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang tahun, setiap jam yang diluangkan untuk mengulangkaji, dan setiap pengorbanan yang telah dilakukan pasti akan membuahkan hasil jika disertai dengan tekad dan keazaman yang tinggi. Saya yakin dan percaya bahawa anda semua telah berusaha sebaik mungkin. Oleh itu, masuklah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan dan ketenangan. Ingatlah bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui keputusan semata-mata, tetapi juga dalam proses pembelajaran, disiplin diri, dan semangat yang telah anda tunjukkan sepanjang perjalanan ini. Gunakan masa yang ada dengan bijak untuk mengulangkaji pelajaran, memahami konsep dengan lebih mendalam, serta memperbaiki kelemahan yang ada. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta memberi ketenangan dalam menjawab soalan. Kepada mereka yang menduduki Ulangan Semester 2, jangan jadikan kegagalan sebelum ini sebagai titik noktah. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pengajaran dan peluang untuk bangkit dengan lebih kuat. Setiap kejayaan bermula dengan keberanian untuk mencuba lagi dan lagi. Akhir kata, saya mendoakan agar semua calon STPM 2024 diberikan kejayaan yang cemerlang, dipermudahkan segala urusan, serta mendapat keputusan yang membanggakan diri, keluarga, dan guru-guru. Ingatlah bahawa usaha yang ikhlas dan berterusan pasti akan membuahkan hasil. Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2024! Semoga kejayaan menjadi milik anda semua! 📱PejuangSTPM
✅PEMAKLUMAN PENUTUPAN GROUP WHATSAPP SEMENTARA Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pihak admin ingin memaklumkan penutupan beberapa group pejuang STPM sehingga tarikh menghampiri peperiksaan kelak. Usaha ini bertujuan untuk mengelakkan daripada scammer yang semakin berleluasa. Para pelajar diminta untuk sertai group perbincangan utama PejuangSTPM iaitu di telegram. Di sini saya sertakan link group tersebut. https://t.me/+Jm1N68_ByI0yNzVl Kesulitan amat dikesali 📱PejuangSTPM
Tetaplah berdoa sehingga awak nampak apa yang awak doakan >> Admin Pejuang STPM
Pikiranmu adalah doa, maka berpikirlah yang baik-baik dan jangan berpikiran buruk >>Ustaz Hanan Attaki
🔈SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera Kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan STPM Sem 1 2025 dan STPM Ulangan Sem 1 2024! Anda telah sampai ke detik yang amat penting dalam perjalanan pendidikan ini, hasil daripada usaha gigih, pengorbanan masa, tenaga, dan dedikasi sepanjang tempoh pengajian anda. STPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi juga satu medan untuk menguji kesungguhan, ketabahan, dan disiplin diri anda. Percayalah bahawa semua ilmu yang telah anda timba, masa yang telah anda luangkan untuk belajar, dan sokongan daripada guru serta keluarga akan menjadi penyokong utama dalam menghadapi cabaran ini. Ingatlah bahawa kejayaan bukan hanya dinilai melalui keputusan semata-mata, tetapi melalui usaha dan kejujuran anda sepanjang proses ini. Luangkan masa untuk mengulang kaji, memahami konsep-konsep penting, dan jangan takut untuk bertanya jika ada perkara yang kurang jelas. Kekalkan fokus, jangan mudah berputus asa, dan sentiasa ingat bahawa setiap usaha anda dihargai. Selain itu, jangan lupa untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup, makan makanan berkhasiat, dan luangkan sedikit masa untuk berdoa serta memohon keberkatan daripada Allah SWT. Peperiksaan ini hanyalah satu fasa dalam kehidupan anda, dan apa pun keputusannya nanti, ia bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah berpenat lelah mendidik dan memberi tunjuk ajar, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Sokongan ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai untuk semua calon. Akhir kata, hadapilah peperiksaan ini dengan penuh keyakinan, ketenangan, dan usaha yang terbaik. Serahkan hasilnya kepada Allah setelah anda melakukan yang termampu. Semoga anda semua diberi kemudahan menjawab soalan, diilhamkan jawapan yang tepat, dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Selamat maju jaya, dan semoga langkah ini membawa anda lebih dekat kepada impian yang diidamkan!” 🚀PejuangSTPM
Dear Student STPM 2025, Takut? takpe baru permulaan chapter stpm.Alaa jatuh kat permulaan tu biasa la. Janji awak usaha betul betul tau! Permulaan jarang la terus jadi. Semua orang pernah gagal kat permulaan.Jangan overthinking! Nanti sia sia awak punya usaha. Teruskan adik adik kami Sincerely, Admin Pejuang
Dear Student STPM 2024, Lagi sikit je tu.Dah nak sampai kat finish line. Jadi jangan give up tau! Rugi kalau stop kat sini. Make sure awak boleh bahagiakan mak ayah awak. Biarkan mereka menangis gembira dengan usaha awak. Tau! Sincerely, Admin Pejuang
Tengah study ke tu? Semangat study! 7/1 ialah event besar yang awak kene fokus. Jangan give up teruskan bangkit!
Lambat catch up bukan bermasuk awak tak boleh berjaya.Tetap boleh berjaya tapi makan masa. Berbeza dengan orang biasa bukannya kekurangan, tapi kekuatan untuk awak terus bangkit >>Admin Pejuang 🫶🏻
Pemandangan dari bawah ni mesti tak cantik kan? Teruslah mendaki kerana pemandangan di puncak pasti sangat indah. >>Admin Pejuang❤️
Min juga bukan seorang pelajar yang pandai tapi bila min berada di STPM dulu... min berharap ada ramai yg sentiasa sokong dan bersama-sama dalam perjuangan bersama ini. Sebab itulah tertubuhnya channel Pejuang 4.00 STPM ini dengan harapan kita semua dapat mencapai 4.00 dalam STPM ni secara bersama...