- Последний пост
- 14 нояб.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 27
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
KEK MINYAK bahan-bahan: 5 biji telur 1 cawan gula halus 1 sb overlate 1 cawan minyak 1/2 cawan susu pekat 2 cawan tepung gandum 1 st baking 1 st esen vanila (Kalau guna tepung blue key tak perlu letak baking powder) pewarna cara-cara: 1. pukul kembang telur dan gula 2. masukkan ovellate pukul kembang lagi 3. masukkan susu pekat 4. masukkan minyak dan vanila 5.akhiri dgn tepung- yg ni guna senduk sahaja kaut balik hingga sebati 6.warnakan 7.Guna oven bakar dlm 45 minit 170c api atas bawah 8.Guna pemanggang hanya 20 minit jer dgn api yg pling kecil.(panaskn dulu pemanggang sblm msuk adunan) Kredit: Mynie Terima Kasih Semoga murah rezeki selalu
без подписи
Nuyu Khairiyah Sardin roll siap utk dfrozenkn..ad yg mnat x...sy srtakan rsepi nye kt bwh...tq tuan pnye rspi... RESEPI SARDIN ROLL FROZEN Hasil : lebih kurang 48 biji Pastry 4 cawan tepung 1sdm tpg beras 2sdm tpg jagung 2 sdk gula 1sdk garam *campur semua 1/4 cawan myk 2 sdm penuh majerin *panaskan sehingga panas sedikit Air (tambah sehingga terbentuk doh) -tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk. -tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh. -Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata 🙂 ). -Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-). -Buat doh kecik bulat saiz yang diigini. -Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear" -canaikan seperti bentuk dlm gambar. -utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat. *(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng 😉 Inti 1 tin besar sardin 1/2 labu bwg besar-dadu 2 biji bwg putih-cincang Cili padi/besar-optional 2sdm cili giling-optional -gula garam -perahan limau nipis -tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle) -tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing -masukkan sardin. Pecah2kan. -tambah garam gula dan akhir sekali perah limau. -Masak sampai kering. ::::::》》》utk frozenkan bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz (mahn)
без подписи
Bahan-bahan: 1 cawan butter atau marjerin 1 cawan gula halus 4 biji telur 1½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara: 1. Mula-mula, putar butter bersama gula dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi sehingga ia bertukar warna putih. 2. Selepas itu, masukkan telur dan putar satu demi satu secara perlahan. 3. Seterusnya, masukkan tepung dan putar lagi sehingga sebati. 4. Akhir sekali, boleh bakar pada suhu 180ºC selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing). Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!
без подписи
без подписи
без подписи
Nor Hayati Masak kuih je.... Tak jemu2 Tapi msa nak potong ni mmg dup dap dup dap... Takut tak menjadi Saya dah edit recepi Selamat mencuba Saya guna santan perah sendiri Tak guna yg kotak Atau santan yg siap kt pasar Loyang 8x8 Yang mana nak share silakan RECEPI MCM YG SAYA TULIS TU YE ITU SAHAJA BARANG2 YANG SAYA GUNA
без подписи
без подписи
Sementara tunggu encik suami balik pasar, kita buat kudap2 tuk duk depan tv sambil tengok movie raya jap. Popia cheese in the making yo! POPIA CHEESE 1 bungkus kulit popia 5 sudu besar cheese powder (4 pun boleh, hakak suka cheese banyak😝) 2 sudu besar gula castor 1 1/2 sudu besar serbuk cili( tak nak pedas 1 sudu sudaaa) Potong2 kulit popia-goreng beliau-blend kering cheese powder+gula+cili powder- masuk kulit popia yg dah tos minyak tu bersama serbuk yg dah blend dlm tippuware- tutup dan goncang2 sambil menari salsa- siap!😘 Kredit: Haslina Hamid
Mix telur tanpa pecah kulit… wow, macam magic je weh! 😍✨ Boleh cuba kat rumah!Pagi² confirm semangat masak sarapan sendiri 😍🥞 SP: https://s.shopee.com.my/6KwIcyh5zz TT: https://vt.tiktok.com/ZSHckfjNbQT7K-r79Xd/
Suka makan mcm ni.. Jemput2 udang bersama telur rebus,kentang,tauhu goreng,taugeh& timun.. Di siram kuah kacang yg pedas2 manis. Alhamdulillah .. Resepi kuah kacang Cara saya👇 1/2 kilo kcg tanah disangai tanpa minyak. buang kulit dan kisar halus dan sebahagiaan kisar kasar. bhn utk di kisar* 20 tangkai cili kering(rebus dulu)* 2 biji bwg besar* 5 ulas bwg putih* 3 batang serai* 1 sudu udang kering(rendam sekejap dgn air panas)* 2 biji buah keras.* 3 kpg biskut lemak@ marie* Air Asam jawa. Gula pasir@ merah(pilihan..boleh campur kedua2 gula) Garam& aji(ikut pada keperluaan rasa) Air secukupnya Susu cair dlm 1/2 cwn Sedikit minyak utk menumis. Cara- sedia kan periuk.masukkan minyak. tumis bhn yg telah d kisar tadi sampai agak garing. masuk kan kacang yg telah di kisar td,masukkan air secukupnya.kacau biarkan mengelegak,masukkan air asam jawa,susu cair, gula pasir,gula merah,garam,aji.renehkan sampai terbit minyak.dan dpt kan kepekatan yg di kehendaki.kalau pekat sgt tmbh je air panas. Kuah kcg biar sedang2 jgn cair atau pekat. rasa kuah kcg mesti balance pedas manis. kalau nk letak santan pun boleh dlm kuah kcg.ikut citarasa selera msg2. Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim
без подписи
RESEPI CHEESE🧀🧀 TART BUNCIT Resepi Shell Tart 👇 1 ) 125gm majerin/butter 2 ) 150gm gula kastor 3 ) 1 biji telur saiz B 4 ) 400gm tepung gandum 5 ) Esen Vanilla Cara2 : Buat Shell Tart 1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan. 2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati. 3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh. 4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya. 5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2. 6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai. 7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara. BAHAN FILLING CHEESE : 1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk 2 ) 100gm gula kastor 3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit 4 ) 2 sdb butter 5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon INTI : Apa-apa filling kegemaran. Cara2 : Buat Filling Cheese 1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas. 2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental. 3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati. 4 ) Masukkan dalam piping bag. 5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell. 6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping. 7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit. 8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan. 9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering Kredit : Roshidah Abu Bakar Shidah
без подписи
Afeefah Ahmad ada peminat pulut kacau/wajik ni x kt sni... mak sy buat utk besan dia..bergembur satu rumah bau eh☺️☺️ ade yg minta resipi n tips.. sye edit kt sini.. 1kg beras pulut wangi -basuh bersih rendam 2jam keats n toskan.. -kukus dulu smpai pulut kembang.. ketepikan.. 1kg santan fresh 1kg gula merah hitam -masak air gula dulu (+ air secawan) masak dgn daun pandan utk bg wangi -dh masak tapis masukkn dalm santan -kuali lain(masak santan+air gula yg dh tapis tadi) -masak santan dgn air gula smpai btol2 pekat.. -dh pekat masukkan pulut yg dh dikukus tadi.. jgn tutp api dlu..slowkn api shja -ratakan pulut gaul dlm kuali tdi sampai pulut sebati dgn air gula santan tadi.. -dh nmpak pulut rata baru tutup api n tuang dlm bekas.. tips dr mak saya:: rahsia nk bg elok gula merah brlinang xserap dek pulut ialah.. air gula merah xboleh cair!! kena btol3 pekat sblm tuang masak skali santan.. santan+air gula kena btol2 masak smpai pekat baru tuang pulut n kacau.. selagi xpekat jgn masukkan pulut dulu.. pulut lepas masukkan dlm air gula santan kacaw jgn smpai kering cukup smpai pulut sebati dgn air gula sja.. selamat mencuba ☺️
без подписи
Nurhidayah MNawi ROTI JALA LEMBUT ❤️ Semalam anak dara teringin makan roti jala.. memang favourite dia.. so ambil masa sekejap untuk sediakan roti jala 'cute' untuk dia.. roti jala cute ni dia yang bagi nama.. sebab katanya kecik comel je.. sesuai dengan size mulut dan tangan dia y kecik tu😂.. Resepi ni sy google sahaja... dan ada tanya kakak dan kakak ipar saya jugak sebab pernah buat sebelum ni tak menjadi.. frust🤣... dorang cakap acuan sebaliknya kita tapis dahulu untuk pstikan takde tepung dan campuran yang berketul.. so saya ikut semua.. Alhamdulillah elok cantik kejadiannya.. ni dah masuk kali kedua saya buat....dan memang saya sengaja buatkan size kecil.. pakai non-stick pan paling kecil sebab anak dara request.. katanya comel.....dan saya pon suka.. sebab ringan dan senang nak terbalikkan 😄😄 Saya sertakan juga resepi nya ye....roti ni memang lembut dan sedap sampai ke petang dan malam pon masih lembut.....☺️ edit: Alhamdulillah ramai y PM bgtau dah cuba resepi ni dan alhamdulillah juga semua menjadi dan sedap kata dorang... ☺️☺️.. happy dapat berkongsi.. dan jujurnya saya halal kan segala resepi yang saya kongsikan dalam group ni.. Dan semoga segala doa sahabat semua supaya saya mendapat ganjaran pahala berkongsi resepi resepi ini sampai juga kepada arwah ibu saya☺️.. maaf kalau saya tak terbalas komen komen semua ye.. in shaa Allah ada rezeki saya kongsikan lagi resepi resepi lain...😘