- Последний пост
- 26 мая
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
Semalam ASNB ada release update baru dalam app myASNB untuk urusan pembayaran zakat secara khultah. Untuk context, sekitar hujung tahun lepas ada diumumkan yang pembayaran zakat untuk ASB akan bertukar kepada method al-Mustaghallat. In short, zakat ke atas ASB dan semua fixed price fund ASNB yang lain (ASB2, ASM) selepas pelaksanaan tersebut hanya dikenakan ke atas dividen (income distribution) dan bonus pada kadar 2.57% . Bukan lagi ke atas semua simpanan ASB tu. ASNB akan kirakan zakat tu secara automatik, uruskan bayaran dan capital/simpanan kita tak berkurang sebab zakat tu tolak dari dividen. So untuk memudahkan lagi urusan zakat ASB ni, kita terus boleh set untuk benarkan ASNB tolak terus dari dividen melalui update app terbaru semalam. Simple je step dia 👇🏻 1. Login myASNB 2. Tekan icon Zakat Khultah 3. Pilih semua fund yang kita ada dalam list masuk ke dalam kelas B So jom update app masing-masing dan tukar kepada zakat Khultah tu. Boleh share pada family dan kawan-kawan
Pindah kepada niche yang value-driven, not product driven. 2. Eksploitasi pasaran ekonomi Halal sebaik mungkin, satu aspect yang sukar untuk kilang luar tembus dengan mudah. 3. Guna kekuatan dan keunikan budaya lokal kita sebagai daya tarikan produk. 4. Integrasi ke dalam rantaian bekalan global yang lebih specialized melalui 𝘀𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗺𝗮𝗻𝘂𝗳𝗮𝗰𝘁𝘂𝗿𝗶𝗻𝗴. Government intervention is definitely needed here. Kena cari middle ground untuk level the playing field for local SMEs, tapi pada masa yang sama cuba maintain competitive pricing untuk consumer. Tapi tu lah. Bercakap teori dan minta je government buat something ni mudah. I'm sure di kalangan peniaga yang mungkin ada baca ni pun dah mula atau dah lama rasa the brunt of online platform pricing power. How do you guys survive?
KEMASUKAN PINDUODUO DI MALAYSIA: ANCAMAN KRITIKAL KEPADA SME KITA DAN KENAPA CUKAI IMPORT BUKAN PENYELESAIANNYA Baru-baru ini, aplikasi e-dagang Pinduoduo telah secara rasminya memasuki pasaran Malaysia. Walaupun ramai pembeli gembira dengan tawaran harga runtuh dalam aplikasi ni, tetapi kemasukan Pinduoduo ini ada membawa ancaman yang sangat kritikal kepada peniaga kecil dan sederhana (SME) tempatan. Kenyataan sebenar yang kita kena terima adalah ini bukannya sekadar persaingan harga biasa. Model perniagaan gergasi China ini membawa risiko struktur yang tak boleh diselesaikan dengan hanya menaikkan cukai import semata-mata. Sebab Pinduoduo dah mula bypass terus peniaga-peniaga kita. Sebelum ini, peniaga tempatan kita import barang secara borong dari China dan jual semula dalam pasaran lokal. Ada rantaian bekalan dan ada margin keuntungan untuk orang tengah. Sekarang, melalui revolusi 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘂𝗺𝗲𝗿-𝘁𝗼-𝗠𝗮𝗻𝘂𝗳𝗮𝗰𝘁𝘂𝗿𝗲𝗿 (𝗖𝟮𝗠), Pinduoduo membuang terus fungsi orang tengah ini. Barang dihantar terus dari kilang kepada pembeli, menjadikan harga 30% hingga 50% lebih murah dari harga pasaran tradisional. Macam mana Pinduoduo boleh jual dengan harga murah yang melampau? Syarikat induk mereka, PDD Holdings, ada cash reserve yang sangat besar, sebanyak USD 59.5 bilion. Mereka menggunakan strategi 𝗹𝗼𝘀𝘀-𝗹𝗲𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 yang sangat agresif. Sebagai contoh di pasaran Barat, mereka sanggup menanggung kerugian sekitar USD 30 untuk setiap order semata-mata untuk memberi subsidi kos penghantaran dan memancing pendaftaran pengguna baru. Perkara ini mengubah terus basic price expectations pengguna. Bila dah jadi disruptor, haruslah ada backlash dan controversy. Antaranya: 𝟭. 𝗣𝗗𝗗 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Platform ini menawarkan polisi refund global yang sangat mudah untuk pelanggan, tapi kosnya ditanggung sepenuhnya oleh pembekal. Kalau ada kesilapan kecil atau urusan refund biasa, kilang boleh didenda sampai 5 kali ganda harga borong. Ini bermakna kilang yang "dipaksa" membiayai operasi platform tersebut, satu taktik yang mencetuskan protes besar-besaran oleh peniaga di Guangzhou baru-baru ini. 𝟮. 𝗦𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗹𝗼𝗴𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗹. Disruption berlaku pada sektor peruncitan dan juga core infrastructure. Di Thailand, ada operasi 𝘇𝗲𝗿𝗼 𝗱𝗼𝗹𝗹𝗮𝗿 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 yang disokong oleh ekosistem China bagi mensubsidikan kos pengangkutan dan gudang. Mereka caj serendah 70 baht per meter persegi berbanding rate syarikat tempatan 250 baht, menggunakan modal tak bercukai yang akhirnya membuatkan syarikat logistik domestik bankrap. Mungkin ada yang terfikir, "Kita kan dah ada cukai *Low Value Goods* (LVG) 10%?" Unfortunately, cukai 10% ini memang tak cukup dan gagal menutup jurang bila harga barang terus dari kilang itu sendiri dah 30% ke 50% lebih murah. Syarikat gergasi macam Pinduoduo ada keupayaan modal untuk terus serap cukai tersebut, atau melepaskan beban cukai itu kepada supplier mereka. Pengguna langsung tak terasa efek kenaikan harga. Memandangkan 97% daripada landskap komersial di Malaysia adalah SME yang kebanyakannya bergantung pada model import-dan-jual, mereka kini berdepan risiko tinggi untuk disingkirkan terus dari rantaian ekonomi. Tanda-tanda amaran di Asia Tenggara dah jelas. Thailand dah terpaksa tutup sekitar 4,300 kilang dalam masa dua tahun kebelakangan ini akibat lambakan import murah. Indonesia pula terpaksa mengambil tindakan drastik menyekat ekosistem ini secara terus dan mengenakan tarif kecemasan untuk selamatkan industri tekstil tempatan mereka. Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita main harga bila berniaga barang import. Tapi memandangkan sekarang kilang sendiri dah masuk pasaran secare terus melalui Pinduoduo, how do we compete? Susah nak jawab. Lawan turunkan harga is not the answer. Margin sekarang pun bukanlah besar mana. Tapi mungkin antara option yang SME kita patut fokus dari sekarang untuk terus survive dan explore adalah: 1.
без подписи
Bermula 1 Jan 2026, EPF ada keluarkan beberapa policy updates baru yang mungkin memberi impak direct kepada perancangan kewangan kita. Ini breakdown ringkas apa yang berubah dan kenapa ia penting. 📝 Had Pengeluaran Haji Lebih Tinggi • What’s New: Maximum withdrawal dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk perbelanjaan Haji sendiri dah naik dari RM3,000 ke RM10,000. Proses permohonan pun lebih mudah, sebab dah tak perlu verify baki simpanan Tabung Haji untuk memohon. • Why It Matters: Kalau dapat surat tawaran 'SELECTED' dari Lembaga Tabung Haji, kita kini ada access kepada lebih banyak dana untuk menampung kos haji yang makin meningkat. Yang penting, pengeluaran ini strictly dari Akaun Sejahtera, jadi tak perlu sentuh emergency liquid funds di dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3). 📝 i-Saraan Plus untuk Gig Workers • What’s New: Khas untuk pemandu e-hailing dan p-hailing, kerajaan perkenalkan 20% matching incentive ke atas caruman sukarela, sehingga RM600 setahun (capped pada RM6,000 sepanjang hayat). • Why It Matters: Participating platforms sekarang akan bantu uruskan contributions ini. Ini jadikan ia jauh lebih mudah untuk gig workers bina retirement safety net yang kukuh sambil ambil peluang dapatkan free matching funds dari kerajaan. Bonus point: Caruman sukarela ini juga melayakkan kita untuk claim pelepasan cukai LHDN (tertakluk kepada had tahunan), jadi dapat double benefit. 📝Benchmark Simpanan Persaraan Baru (RIA Framework) • What’s New: EPF perkenalkan savings tiers baru untuk panduan planning kita. Target utama "Adequate Savings" sekarang ditetapkan pada RM650,000. Target "Basic Savings" pula akan naik secara berperingkat ke RM390,000 menjelang 2028. Selain itu, tier baru "Enhanced Savings" membenarkan ahli bawah 55 tahun yang ada lebih RM1.1 juta (scaling ke RM1.3 juta menjelang 2028) untuk buat pengeluaran ke atas excess funds masing-masing. • Why It Matters: Tiers baru ini bagi kita concrete, updated numbers untuk kos sebenar comfortable retirement. Benchmark "Basic Savings" juga directly dictate kelayakan untuk melabur di luar EPF melalui Members Investment Scheme (MIS). Walaupun target RM390,000 itu untuk tahun 2028, EPF ada jadual "Simpanan Asas Mengikut Umur" (contoh: berapa perlu ada pada umur 30, 35, 40), jadi kita boleh pastikan simpanan sentiasa on track dari sekarang. Jom ambil masa sedikit hari ini untuk log in ke app KWSP i-Akaun, semak 'Savings Target' berbanding new benchmarks ini, dan jika perlu diubahsuai, pertimbangkan untuk guna fungsi 'Tambah Simpanan' (Self-Contribution) melalui FPX. Siraj Fahmi, #LicensedFinancialPlanner #TSIGroup
без подписи
Sunway - IJM mega RM11bil takeover deal officially dah fail semalam sebab tak cukup 50% required shares by deadline. Ramai ke yang follow kes ni? Untuk kebanyakan orang, deal ni maybe tak berapa masuk kepala sangat sebab benda corporate. Tapi actually ada a few important sides yang even kita sebagai org awam pun kena ambil tahu. Sebab tu ada headline news kata Sunway failure ni adalah kemenangan untuk rakyat. What are the angles? 1. Sunway & IJM ni basically boleh kata dua company ni yang bina negara kita IJM bina highway, jambatan, hospital, pelabuhan. Sunway bina township, mall, universiti, hospital. Kalau dua ni bergabung, hampir setiap infra Malaysia will be under them. So who's the actual owner of this mega conglomerate? Kalau nak buat jadi isu ni memang seronok la politician 2. Duit EPF kita actually jadi kingmaker deal ni EPF pegang 16.8% dalam IJM. Dan sepanjang proses deal takeover ni, EPF actually buat diam je, which in turn helps kill the deal. Satu lagi kenapa EPF diam je boleh jadi sebab dia pun pegang dalam 9.75% saham Sunway. Deal jadi ke tak jadi, macam win-win jugak la untuk dia haha 3. Possible market concentration & monopoly The merging of Sunway-IJM will create one of the largest construction & property conglomerates in SEA. Fewer big players means less competition in construction tenders, property pricing, infrastructure concessions. That eventually touches house prices, toll rates, building costs. 4. The governance story A RM11 billion offer announced via lunch, same day as the VTO notice. No prior board discussion with the target company. This raises real questions about how major corporate deals should be done in Malaysia, and whether minority shareholders have enough protection in voluntary takeover frameworks. 5. The retail investor lesson Those yang pegang IJM pada harga RM2.30 hari ni mampu tengok je lah tawaran RM3.15 lesap begitu sahaja. Gap antara offer price dengan harga semasa adalah lebih kurang 37% but the offer is gone. Retailers dapat tengok je la It's now down to IJM untuk actually realise intrinsic valuation yang katanya sampai RM6.48 tu. So sekali-sekala best bila ada corporate drama macam ni untuk kita observe. Selalu tengok dalam movie je kan haha Anyway, lepas announcement ni harga saham for all Sunway companies (SUNWAY SUNCON SUNMED) & even IJM pun tak ada lah reactive sangat. Semuanya dah mula jatuh pun dari Feb, in fact IJM lepas jump sekejap lepas news takeover tu mula keluar terus jatuh sampai hari ni. In retrospect, boleh la kata the deal wasn't progressing very dari mula pun Belajar sesuatu?
без подписи
Apa yang sedang dibuat oleh BNM sekarang lebih kepada membina asas, menguji kegunaan sebenar dan memahami bagaimana masa depan wang digital boleh disepadukan dengan sistem kewangan negara secara berperingkat dan bertanggungjawab. Kesimpulannya, CBDC bukan sesuatu yang rakyat perlu panik, tetapi ia juga bukan isu kecil yang patut diabaikan. Ia adalah sebahagian daripada evolusi sistem kewangan global, dan kejayaan sebenar bukan terletak pada teknologinya semata-mata, tetapi pada sejauh mana ia mampu menjadikan kehidupan rakyat lebih mudah, lebih murah dan lebih selamat. Siraj Fahmi, #LicensedFinancialPlanner #TSIGroup
Pada Februari 2026, BNM mengumumkan bahawa Digital Asset Innovation Hub (DAIH) telah membawa masuk tiga inisiatif untuk menguji kegunaan sebenar wholesale payments, termasuk transaksi domestik, cross-border payments dan settlement of tokenised assets. BNM juga memaklumkan bahawa lebih banyak kejelasan mengenai ringgit stablecoins dan tokenised deposits dijangka diberi menjelang hujung 2026, dan usaha ini boleh menjadi langkah awal kepada integrasi dengan kajian berterusan BNM dalam wholesale CBDC. Perkembangan ini penting kerana ia memberi isyarat bahawa perbincangan tentang masa depan wang kini semakin bergerak daripada teori kepada aplikasi sebenar. Apabila BNM mula menguji struktur yang melibatkan wholesale payments, tokenised assets dan digital settlement, ia secara semula jadi membawa kita kepada satu persoalan yang lebih besar: apakah peranan CBDC dalam sistem kewangan masa depan Malaysia? CBDC ialah Central Bank Digital Currency, iaitu bentuk wang digital yang diterbitkan oleh bank pusat. Dalam bahasa mudah, kalau wang kertas dan syiling ialah versi fizikal wang negara, CBDC pula ialah versi digital yang disokong terus oleh bank pusat, bukan crypto dan bukan juga aset spekulatif yang nilainya turun naik ikut sentimen pasaran. Ini penting untuk difahami kerana ramai masih mencampurkan CBDC dengan crypto, sedangkan fungsi dan tujuan kedua-duanya sangat berbeza. Crypto sering dikaitkan dengan volatility dan spekulasi, manakala CBDC jika diperkenalkan adalah sebahagian daripada sistem wang rasmi yang direka untuk pembayaran, settlement dan kestabilan kewangan. Secara asasnya, CBDC boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Retail CBDC merujuk kepada penggunaan oleh orang awam, manakala wholesale CBDC pula digunakan oleh institusi kewangan seperti bank untuk urusan interbank transfers, settlement dan cross-border payments. Dalam konteks Malaysia hari ini, fokus yang lebih ketara masih tertumpu kepada wholesale CBDC. Ini bermaksud perhatian BNM lebih kepada bagaimana sistem kewangan di belakang tabir boleh menjadi lebih cekap, lebih pantas dan lebih selamat, bukannya menukar secara mendadak cara rakyat biasa berbelanja. Dari sudut pandang seorang licensed financial planner, pendekatan ini sebenarnya masuk akal. Dalam isu sebesar ini, keutamaan bukan sekadar menjadi antara yang paling awal melancarkan teknologi baharu, tetapi memastikan setiap perubahan benar-benar sesuai dengan struktur kewangan negara dan tidak mengorbankan kestabilan sistem yang sudah wujud. Kalau kita lihat global trend, beberapa negara memang sudah bergerak lebih awal dengan model masing-masing. Bahamas melancarkan Sand Dollar, Nigeria memperkenalkan eNaira, Jamaica ada JAM-DEX, manakala negara seperti India, Eropah dan United Kingdom masih menilai, menguji atau menjalankan pilot dalam skala yang berbeza. Apa yang boleh kita faham daripada perkembangan ini ialah dunia sedang bergerak ke arah bentuk wang yang lebih digital dan lebih tersusun. Namun begitu, belum ada satu model tunggal yang terbukti sempurna untuk semua negara kerana keperluan setiap sistem kewangan adalah berbeza dari segi infrastruktur, tahap literasi digital, corak penggunaan dan keutamaan dasar. Bagi orang ramai, soalan yang paling relevan bukan sama ada CBDC ini nampak canggih atau tidak. Soalan sebenar ialah sama ada ia boleh menjadikan transaksi lebih cepat, mengurangkan kos, memudahkan cross-border payments, meningkatkan keselamatan dan pada masa yang sama menjaga privasi pengguna. Satu lagi perkara yang perlu diperbetulkan ialah tanggapan bahawa CBDC semestinya akan menggantikan duit tunai atau deposit bank yang ada hari ini. Realitinya, apa-apa bentuk digital currency yang diperkenalkan perlu mengambil kira perlindungan pengguna, peranan bank komersial, kestabilan sistem kewangan dan tahap penerimaan masyarakat secara keseluruhan. Sebab itu, saya melihat perkembangan ini secara praktikal, bukan emosional.
без подписи
Kekeliruan tentang MITI dan projek CKD BYD di Tanjung Malim sebenarnya membuka satu persoalan yang lebih besar iaitu apakah bentuk industri EV yang Malaysia mahu bina dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Daripada maklumat yang sudah diumumkan, BYD memang merancang untuk membina kilang CKD di Tanjung Malim seluas 600,000 meter persegi dan pengeluaran disasarkan bermula pada 2026. Di sinilah timbul persoalan di kalangan rakyat. Di satu pihak, BYD sudah mengumumkan rancangan kilang CKD dan sasaran pengeluaran pada 2026. Di pihak yang lain, syarat MITI yang didedahkan dilihat agak ketat dari sudut komersial, antaranya had jualan domestik sebanyak 10,000 unit setahun, bersamaan 20% daripada kapasiti pengeluaran yang diunjurkan, keperluan proses pemasangan bernilai tambah di dalam negara seperti body shop, paint dan trim, serta harga minimum OTR RM100,000 bagi model CKD untuk pasaran tempatan (bukan RM200,000 seperti yang tular di media sosial) Dalam erti kata lain, isu ini bukan sangat tentang sama ada BYD mahu datang atau tidak, tetapi tentang sejauh mana Malaysia benar-benar bersedia menerima pelaburan EV atas terma yang dipersetujui kedua-dua pihak. Malaysia nampaknya mahu pelaburan EV yang membawa nilai tambah sebenar kepada ekonomi tempatan. Sebab itu MITI menetapkan bahawa proses pemasangan perlu melibatkan body shop, paint dan trim di dalam negara. Dalam kenyataan yang sama, MITI turut mengingatkan bahawa industri automotif tempatan hari ini menyumbang kira-kira 4% kepada KDNK, disokong oleh lebih 700,000 pekerjaan, serta lebih 592 vendor automotif khusus. Itu sebabnya perbincangan ini penting. Jika dasar terlalu longgar, kita mungkin dapat lebih banyak kereta EV dalam jangka pendek, tetapi limpahan ekonomi kepada vendor tempatan, tenaga kerja mahir dan rantaian bekalan mungkin terhad. Jika dasar terlalu ketat pula, risiko yang muncul ialah pelabur melihat Malaysia sebagai pasaran yang kurang kompetitif. Ini lebih ketara apabila pasaran sendiri sedang bergerak pantas. Menurut MAA, jumlah jualan kenderaan di Malaysia mencecah 820,752 unit pada 2025, manakala jualan BEV oleh ahli MAA meningkat daripada 14,766 unit pada 2024 kepada 30,848 unit pada 2025. Jadi, perbincangan tentang BYD ini tidak terhenti pada satu kilang atau satu jenama. Ia menyentuh persoalan yang lebih asas, adakah Malaysia mahu menjadi pasaran jualan EV, atau hab pembuatan EV yang benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan industri negara. Tambahan pula, insentif penuh import dan duti eksais untuk CBU EV sudah tamat pada 31 Disember 2025, sedangkan komponen untuk CKD EV masih menikmati pengecualian duti import sehingga 31 Disember 2027. Ini menunjukkan arah dasar semakin jelas, Malaysia mahu peralihan EV yang lebih berpaksikan pemasangan tempatan. Bagi pengguna, persoalannya ialah harga dan pilihan model. Bagi ekonomi negara, persoalannya ialah pekerjaan berkualiti, pembangunan vendor, pemindahan teknologi dan daya saing eksport. Sebab itu saya rasa perbincangan ini wajar diberi perhatian. Ia bukan isu kecil. Ia adalah cerminan bagaimana Malaysia sedang cuba mengimbangi kepentingan pengguna, pelabur dan pembangunan industri tempatan. Siraj Fahmi #LicensedFinancialPlanner (FPR) #IslamicFinancialAdviserRepresentative (IFAR) #TSIGroup
без подписи
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkenaan "No Look Back Clause" untuk Base Medical and Health Insurance/Takaful (MHIT) plan. Klausa ini bermaksud kalau seseorang sudah mengekalkan perlindungan insurans atau takaful untuk tempoh yang ditetapkan, syarikat tak sepatutnya lagi membuka semula rekod perubatan lama semata-mata untuk mencari alasan menolak claim atau menarik balik Guarantee Letter (GL). Dulu, kalau seseorang sudah ada penyakit sedia ada, memang besar kemungkinan perkara itu akan jad sebab perlindungan disekat atau tuntutan dipersoalkan. Sebab itu cadangan "“no look-back” ini dianggap sangat besar. Konsep ini adalah sebahagian daripada pelan perlindungan asas yang sedang dirangka di bawah inisiatif reformasi kesihatan oleh BNM, MOF dan MOH. This proposed regulatory shift is fundamentally designed to give policyholders absolute certainty that their protection will not be unfairly revoked when they need it most. Tapi ada empat perkara penting yang kita perlu tahu: 1. Ia Belum Berkuatkuasa Di Pasaran Peraturan ini belum lagi menjadi undang-undang mandatori yang mengikat semua kad perubatan sedia ada pada hari ini. Ia masih di peringkat penghalusan dan dijangka akan dilancarkan secara berperingkat menjelang tahun 2027. Tolong jangan batalkan polisi perlindungan sedia ada anda hari ini dengan anggapan pelan baharu ini sudah tersedia. 2. Caruman Masih Berdasarkan Risiko Kesihatan Pelan ini bukanlah satu perlindungan harga rata untuk semua orang. Caruman masih akan dinilai berdasarkan umur dan status kesihatan sebenar. Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem perkongsian kos, seperti bayaran deduktibel minimum sebanyak RM500 untuk setiap kemasukan ke hospital. 3. Pengisytiharan Jujur Tetap Wajib Klausa ini bukan jalan pintas untuk menyembunyikan sejarah penyakit. Pada tahun-tahun awal perlindungan sebelum tempoh matang dicapai, pihak pengendali tetap akan menjalankan siasatan terperinci terhadap sebarang tuntutan. Pendedahan status kesihatan yang jujur semasa permohonan awal kekal menjadi syarat utama. 4. Cadangan ini hanya untuk pelan asas MHIT yang dicadangkan Bukan bermaksud ia terus terpakai kepada semua pelan perubatan insurans atau takaful swasta yang sedia ada dalam pasaran. Maksudnya, pemegang medical card atau sijil takaful perubatan biasa tidak boleh terus menganggap pelan mereka sudah automatik mempunyai ciri “no look-back” ini. Inisiatif BNM ini sememangnya satu langkah reformasi yang sangat positif untuk pengguna, terutamanya sebagai jaringan keselamatan. Ia memberi harapan baharu, tetapi ia bukanlah satu polisi ajaib yang memberikan perlindungan percuma tanpa syarat. Kalau pelaksanaan ini dibuat dengan jelas dan konsisten, ia boleh jadi satu langkah besar ke arah perlindungan perubatan yang lebih telus, lebih adil, dan lebih meyakinkan untuk rakyat. Always consult a licensed financial professional before making any drastic changes to your existing health protection portfolio based on upcoming regulations. Semoga bermanfaat. Boleh tekan butang kongsi supaya rakan-rakan dan ahli keluarga anda juga faham dan tidak terkeliru dengan tajuk berita yang sensasi di luar sana. Siraj Fahmi #LicensedFinancialPlanner (FPR) #IslamicFinancialAdviserRepresentative (IFAR) #TSIGroup
без подписи
LHDN Ubah Struktur Cukai REIT. Siapa Untung, Siapa Rugi? Pada 18 Mac 2026, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Practice Note No. 2/2026. Ringkasnya, kadar "withholding tax" istimewa 10% ke atas pengagihan pendapatan REIT yang telah berkuat kuasa sejak 2020, kini tidak lagi dilanjutkan mulai Tahun Taksiran 2026. Sebelum ini, semua pelabur individu, sama ada bergaji RM3,000 atau RM30,000 sebulan, dikenakan kadar tetap 10%. Mudah. Automatik tanpa perlu isytihar cukai REIT. Tetapi mulai tahun ini, pendapatan yang diperolehi dari REIT akan dicampur bersama pendapatan tahunan anda dan dikenakan cukai mengikut kadar peribadi masing-masing. Jadi siapa yang untung, siapa yang rugi dengan perubahan dasar ini? Jom kita lihat empat situasi sebenar. 📝 Senario 1: Cikgu Aina — Gaji bulanan RM4,000 Jumlah pendapatan penggajian tahunan: RM48,000. Beliau memiliki unit Sunway REIT bernilai RM100,000 dengan kadar pulangan sekitar 6%, menerima RM6,000 dalam pengagihan. Peraturan lama: RM6,000 × 10% "WHT" = RM600 cukai. Bersih diterima: RM5,400. Peraturan baharu: RM6,000 pendapatan REIT beliau ditambah di atas pendapatan gaji. Pada tahap pendapatan beliau, kadar cukai marginal sekitar 3-8%. Anggaran cukai ke atas RM6,000 itu hanya RM180–480. Kesimpulan: Beliau membayar cukai LEBIH RENDAH daripada sebelum ini. Beliau antara yang beruntung. Tetapi kini beliau perlu mengisytiharkannya dalam Borang BE, satu tanggungjawab tambahan yang tidak wujud sebelum ini. 📝 Senario 2: Encik Rizal — Pengurus kanan, gaji bulanan RM12,000 Jumlah pendapatan penggajian tahunan: RM144,000. Beliau memiliki portfolio REIT bernilai RM200,000 dengan kadar pulangan 5.5%, menerima RM11,000 setahun. Peraturan lama: RM11,000 × 10% = RM1,100 cukai. Bersih diterima: RM9,900. Peraturan baharu: Jumlah pendapatan beliau meletakkannya dalam kurungan cukai marginal 24%. RM11,000 pendapatan REIT kini dikenakan cukai 24% = RM2,640. Kesimpulan: Beliau membayar RM1,540 LEBIH daripada sebelum ini. "Effective yield" beliau jatuh dari 4.95% ke 4.18%. Impaknya tidak terlalu besar, tetapi tetap ada kesannya. 📝Senario 3: Puan Suraya — Pesara, tiada pendapatan penggajian Beliau membina portfolio REIT bernilai RM500,000 dengan kadar pulangan 6% = RM30,000 pengagihan tahunan. Inilah sumber pendapatan utama beliau. Struktur lama: RM30,000 × 10% = RM3,000 cukai. Bersih diterima: RM27,000. Struktur baru: RM30,000 adalah satu-satunya pendapatan bercukai beliau. Selepas pelepasan peribadi (RM9,000) dan potongan lain, pendapatan bercukai beliau mungkin sekitar RM20,000. Cukai ke atas jumlah itu: lebih kurang RM150–300. Kesimpulan: Penjimatan yang besar. Dari RM3,000 turun ke mungkin RM300. Tetapi ada satu perkara penting, beliau kini WAJIB memfailkan penyata cukai, sesuatu yang mungkin tidak pernah dilakukan sebagai pesara yang selama ini hanya menerima pendapatan "final tax". 📝Senario 4: Pengurus dana asing di Singapura Memegang unit REIT Malaysia bernilai RM1 juta, kadar pulangan 5% = RM50,000 setahun. Struktur lama: RM50,000 × 10% = RM5,000 cukai. Bersih diterima: RM45,000. Struktur baharu: RM50,000 × 30% = RM15,000 cukai. Bersih diterima: RM35,000. Kesimpulan: Cukai meningkat tiga kali ganda. That's not a rounding error. That's a reason to reallocate. Inilah sebab penganalisis memberi amaran bahawa REIT dengan pegangan asing yang tinggi paling terdedah kepada tekanan jualan. Bagi rakyat biasa yang bergaji RM5,000 hingga RM8,000 sebulan dengan portfolio REIT kecil, perbezaan cukai mungkin hanya RM100 hingga RM300 setahun. Tidak terlalu besar. Cuma kini mereka ada tugas tambahan untuk memfailkan cukai tersebut. Mereka perlu menyimpan rekod pengagihan, memastikan jumlah yang betul dilaporkan, dan mengisytiharkan semuanya dengan tepat. Empat pelabur, empat situasi, empat kesan yang berbeza. Itulah realiti baharu cukai REIT mulai tahun ini. Tiada lagi satu kadar untuk semua. Yang ada hanyalah tanggungjawab untuk memahami kedudukan cukai anda sendiri. Jika anda belum mengira, sekaranglah masanya Siraj Fahmi, Licensed Financial Planner TSI Group
без подписи