SMKJAWI@SEJIWA TS25
Статистика- Последний пост
- 11 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 310
- 1/48двое суток
- 355
- 1/72трое суток
- 383
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Perjumpaan Kokurikulum (KELAB SUKAN & PERMAINAN) TARIKH : 12/08/2026 (Rabu) MASA. : 7.40 pg - 9.10 pg Assalamualaikum dan salam sejahtera Makluman Perjumpaan Kokurikukum SMK Jawi (KELAB SUKAN & PERMAINAN) Pakaian Murid : Pakaian PJPK
без подписи
Assalamualaikum & selamat sejahtera Kepada ibu bapa / waris calon SPM tahun 2026, pada minggu ke-2 Ujian Bertulis (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM) anak-anak/jagaan Tuan/Puan menduduki kertas SAINS 1 & 2 serta FIZIK 1 & 2 pada hari ini. Pihak sekolah mohon agar ibu ayah dan waris yang berkelapangan memanjatkan doa dan munajat kepada mereka agar dipermudahkan segala urusan menjawab soalan peperiksaan seterusnya berjaya dengan cemerlang kelak. Terima kasih
Alhamdulillah. Anak-anak calon SPM 2026 telah memulakan langkah pertama mereka dalam menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM (Ujian Bertulis) dengan jayanya pada hari pertama. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan waris yang telah meluangkan masa untuk hadir mengiringi serta memberikan sokongan kepada anak-anak sehingga ke dewan peperiksaan. Kehadiran, dorongan dan doa yang tidak putus-putus daripada Tuan/Puan merupakan sumber kekuatan dan motivasi yang amat bermakna buat mereka. Semoga setiap usaha, pengorbanan dan iringan doa Tuan/Puan dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT serta menjadi asbab kepada ketenangan, kekuatan dan keyakinan anak-anak dalam menempuh setiap kertas peperiksaan. Mudah-mudahan, dengan sokongan padu daripada keluarga, disertai usaha yang berterusan dan tawakal kepada Allah SWT, anak-anak calon SPM 2026 akan dikurniakan kejayaan yang cemerlang, seterusnya mencapai cita-cita yang diimpikan. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kecemerlangan buat calon SPM 2026. Aamiin. PENGETUA
без подписи
без подписи
без подписи
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA PENGAMBILAN SIJIL & PERNYATAAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025 Tarikh : 28 Julai 2026 (Selasa) Masa : 8.30 pagi Tempat : Pejabat Sila bawa kad pengenalan semasa urusan pengambilan sijil. Hanya calon, ibu bapa & waris terdekat sahaja dibenarkan untuk mengambil sijil tersebut serta perlu mengemukakan sijil/pengenalan diri yang sah. *Bagi calon persendirian, boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi tujuan pengambilan sijil. Terima Kasih PKP
без подписи
без подписи
📢 JEMPUTAN KEPADA IBU BAPA / WARIS CALON SPM 2026 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Buat pertama kalinya, anak-anak kita akan melangkah ke satu lagi medan perjuangan dalam Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2026. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan penuh sukacita menjemput Ibu Bapa / Waris untuk hadir bersama-sama mengiringi anak-anak ke sekolah, menitipkan doa serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan sebelum mereka menduduki peperiksaan. Kehadiran Tuan/Puan mungkin hanya seketika, namun maknanya amat besar buat anak-anak. Di sebalik setiap kejayaan mereka, ada doa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah putus. Marilah kita bersama-sama mengiringi langkah perjuangan anak-anak dengan doa dan harapan agar mereka dikurniakan ketenangan, kekuatan, kesihatan serta kejayaan dalam menghadapi peperiksaan ini. Semoga langkah kecil yang kita iringi hari ini menjadi permulaan kepada kejayaan besar mereka pada masa hadapan. 📅 Tarikh: 28, 29, 30 Julai & 4 Ogos 2026 ⏰ Masa: 8.00 pagi 📍 Tempat: Dewan Terbuka Kehadiran dan sokongan Tuan/Puan amatlah dihargai. Doa ibu bapa, kekuatan anak-anak. Langkah hari ini, kejayaan esok. PENGETUA
без подписи
Assalamualaikum & selamat sejahtera ibu ayah serta waris yang dihormati. Hari ini anak-anak / jagaan anda akan menghadapi UMBM / UMBI (Peperiksaan Percubaan SPM). Doakan mereka agar mendapat keputusan yang cemerlang serta dipermudahkan semua urusan. Ujian akan bermula pada jam 9.00 pagi ini. marilah kita bersama-sama berdoa untuk kejayaan mereka.
без подписи
без подписи
Perjumpaan Kokurikulum (KELAB & PERSATUAN) TARIKH : 22/07/2026 (Rabu) MASA. : 7.40 pg - 9.10 pg Assalamualaikum dan salam sejahtera Makluman Perjumpaan Kokurikukum SMK Jawi (KELAB & PERSATUAN) Pakaian Murid : T-Shirt PJPK Aktiviti / Program 1. Taklimat Aktiviti / Kehadiran 2. Lawatan ke reruai TEKAD 3. Ceramah AADK / Penjara 4. Aktiviti Kelab & Persatuan masing-masing TERIMA KASIH PK KOKURIKULUM SMK JAWI
Assalamualaikum & selamat sejahtera Murid-murid tingkatan 4 yang akan menjalani Ujian Saringan Darah Talasemia dan suntikannya esok dibenarkan memakai pakaian Baju T PJPK sekolah. Terima kasih & harap maklum
Peringatan mesra buat anak-anak yang akan menempuhinya esok serta ibubapa dan waris untuk sama-sama berdoa dan bertawakkal agar mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang.
WARKAH PENGHARGAAN BUAT IBU BAPA DAN WARIS بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Program Temu Dialog Waris (TDW) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Bagi pihak seluruh warga SMK Jawi, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang telah meluangkan masa untuk hadir. Kehadiran hampir 90% ibu bapa dan waris bukan sekadar satu angka, bahkan menjadi bukti kasih sayang, keprihatinan dan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan anak-anak. Sesungguhnya, setiap langkah Tuan/Puan ke sekolah hari ini membawa seribu makna. Di sebalik pertemuan dan perbincangan yang berlangsung, terselit harapan, doa dan keyakinan bahawa setiap anak mampu melangkah lebih jauh untuk menggapai impian mereka. Kepada anak-anak yang masih belum memperoleh keputusan seperti yang diharapkan, yakinlah bahawa setiap kejayaan bermula dengan satu langkah untuk bangkit. Keputusan hari ini bukanlah penamat, sebaliknya menjadi cermin untuk mengenal pasti ruang yang perlu diperbaiki. Dengan usaha yang berterusan, doa yang tidak putus dan sokongan daripada ibu bapa serta guru-guru, insya-Allah kejayaan yang lebih gemilang akan menjadi milik kalian. Tahniah juga kepada anak-anak yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang. Namun, ingatlah bahawa kecemerlangan bukanlah destinasi terakhir, sebaliknya amanah yang perlu dipelihara dengan istiqamah, disiplin dan kesungguhan agar keputusan peperiksaan sebenar nanti menjadi lebih membanggakan. Khusus kepada ibu bapa dan waris calon SPM 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iltizam dan komitmen dalam membimbing anak-anak. Kejayaan mereka bukan hanya bergantung pada kebijaksanaan semata-mata, tetapi juga lahir daripada doa seorang ibu, sokongan seorang ayah, bimbingan para guru serta usaha gigih anak-anak sendiri. Apabila semua pihak berganding bahu, tiada yang mustahil untuk direalisasikan. Di SMK Jawi, kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk berjaya. Tugas kita ialah membimbing, memberi peluang, meniupkan harapan dan tidak pernah berhenti percaya kepada kemampuan mereka. Semoga anak-anak SEJIWAterus melangkah dengan penuh yakin, berani menghadapi cabaran dan akhirnya mencipta kejayaan yang membanggakan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah. Semoga hubungan erat antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita, mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada seluruh anak-anak SMK Jawi. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. “JIWAI AMANAH, WAJARKAN IMPIAN” Sekian, terima kasih. ROZIMI BIN AHMAD PENGETUA SMK JAWI Sempena Program Temu Dialog Waris (TDW) 17 Julai 2026 #oneteamonegoal
без подписи