tgindex
Tips Emas & Kewangan Steven

Tips Emas & Kewangan Steven

Статистика
@StevenBlandaиндонезийский

Saya Steven Blanda, penyimpan emas sejak 2015 dan merupakan Triple Star Founder Master Dealer Public Gold.Channel ini tempat untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya dalam emas. Bagi yang berminat simpan emas,boleh hubungi saya di 0194836692.

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
16
Всего постов
48
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 048
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
150
40 постов
Вовлечённость
7,3%
к подписчикам
Постов в день
2,3
всего 48
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
121
1/48двое суток
138
1/72трое суток
149

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • видео или голосовое, без подписи

  • видео или голосовое, без подписи

  • видео или голосовое, без подписи

  • *PENCEN DARI TUGAS HAKIKI SEBAGAI ENGINEER UNTUK CAPAI IMPIAN SENDIRI & ORANG TERSAYANG* Pendapatan bekerja sebagai engineer memang sangat lumayan dan mengujakan. Namun jadual kerja yang ketat buat miss Alwievie terikat dan tidak bebas untuk lakukan perkara yang ingin beliau lakukan untuk diri sendiri dan orang tersayang. Mesyuarat tanpa mengira waktu. Masalah di site perlu selesaikan segera. Cuti untuk perayaan dan gathering keluarga susah nak dapat..! Dipendekkan cerita, income seorang engineer memang tinggi tetapi tekanan kerja dan tanggungjawab juga besar. Setelah 4 tahun menjalankan business Public Gold secara part time, kini beliau telah ‘pencen’ sebagai engineer dan menjalankan business Public Gold secara full time! Kini, beliau bergelar persara sebelum umur 30 tahun! Dengan income 3-4 kali ganda sebagai PGBO berbanding kerja sebagai engineer, kini beliau mempunyai kebebasan masa untuk melakukan aktiviti yang disukai dan bekerja untuk mencapai impian sendiri. Nak tahu bagaimana business Public Gold dapat mengubah kewangan dan kehidupan miss Alwievie dan mungkin juga mengubah hidup anda menjadi lebih baik? Jemput sertai BOP (Business Opportunities Presentation) malam ini. Bagi yang berminat join majlis ilmu malam ni, boleh wasap kami kerana *Link Zoom tidak dibekalkan di group.* Seat sangat limited dan hanya berminat berpeluang dapat join.

  • видео или голосовое, без подписи

  • Dalam banyak aset, kenapa pilih emas? Kita boleh pilih beberapa aset kewangan yang lain. Tapi.. Emas wajib ada sebagai salah satu portfolio simpanan jangka masa panjang. Sebab apa? Sebab emas merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan (Michael Maloney, Pakar Sejarah Matawang). Pendek kata tak siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu. Seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu tak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, melalui emas nak miskin sehelai sepinggang tu hampir mustahil. Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya. Ada dua ini? Dah cukup! Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti: 1. Perubahan kerajaan 2. Kegawatan ekonomi 3. Penurunan nilai matawang, 4. penularan wabak penyakit dan sebagainya. Syukur kita hari ini memiliki platform yang patuh syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1gram pertama hingga capai matlamat simpanan kita. Dah faham kan? Semoga emas membantu kewangan kita semua jadi lebih baik pada masa depan. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

  • видео или голосовое, без подписи

  • [𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞] - 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗛𝗔𝗣𝗨𝗦 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗥𝗠𝟭 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦! Duit yang sikit boleh jadi banyak dengan ilmu. Duit yang banyak boleh jadi sikit tanpa ilmu. Kalau tuan puan nak kukuhkan kewangan dengan simpanan emas, hapus hutang lebih cepat dan bina harta bersih RM1 juta pertama, tuan puan kena hadir ke seminar fizikal 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 di; 📍 *UNIVERSITI KUALA LUMPUR, (UNIKL MIMET)* DATARAN INDUSTRI TEKNOLOGI MARIN, BANDAR TEKNOLOGI MARITIM, JALAN PANTAI REMIS, 32200 LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA. 📅 Sabtu, 15 Ogos 2026 ⏰ 9:30 pagi – 12:30 tengah hari ⚠️ Terhad kepada 400 peserta sahaja. 📲 Daftar sekarang! #M1JP #MisiUbahHidup1000Keluarga

  • видео или голосовое, без подписи

  • *G100 TALKSHOW: TABUNG UMRAH DENGAN EMAS* Siapa nak belajar tingkatkan jumlah TABUNGAN, selesaikan masalah HUTANG, dan bina HARTA hasil simpanan emas, jemput join live G100 Talkshow malam ni. 🗓️ 12 OGOS 2026 (Rabu) ⏰ 9.00 malam Boleh tonton & follow: FB: https://facebook.com/pgg100network YouTube: www.youtube.com/@PGG100NETWORK

  • видео или голосовое, без подписи

  • Live Kaya Dengan Emas Say akan buat live pada jam 10 pagi, join di sini: https://vt.tiktok.com/ZS9kREwDvGQ4a-WnJ7K

  • Menabung emas tanpa matlamat, ibarat berjalan tanpa arah. Akhirnya, berhenti di tengah jalan. Ramai mula menabung emas dengan semangat tinggi,tapi cepat hilang motivasi sebab tak tahu apa yang nak dicapai. Sebab tu, kalau nak menabung emas, jangan simpan saja-saja. Letakkan matlamat jelas dari awal. Bila ada matlamat, kita tak lagi kumpul sebab “harga tengah murah," kita kumpul sebab nak capai impian hidup. Contohnya, kalau suka kumpul gold bar 10 gram, boleh pecahkan matlamat ikut keperluan hidup: Matlamat & Sasaran 10 Gram Emas: 📌 Tabung Berkahwin – 5 keping 📌 Tabung Haji / Umrah – 7 keping 📌 Tabung Kecemasan – 13 keping 📌 Tabung Pendidikan Anak – 13 keping 📌 Tabung Pencen Diri – 64 keping Setiap keping ada erti. Setiap gram membawa makna. Nak kumpul 10 gram ni pun fleksibel, boleh beli sekali gus (full payment), atau menabung sikit-sikit melalui Akaun Emas GAP. Yang penting, mula dulu. Sebab kalau tak mula hari ini, yang tinggal hanyalah sebuah mimpi. Biar kecil, asalkan konsisten. Emas kecil hari ini, jadi bukti besar esok nanti! Berminat nak mula simpan emas, klik link ni https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya. #StevenBlanda

  • видео или голосовое, без подписи

  • LIVE KAYA DENGAN EMAS Saya akan buat live jam 11.25 pagi. Join di sini: https://vt.tiktok.com/ZS9k1GThatxqQ-9lpE2

  • “Nilai 1 kilogram emas lebih kurang sama dengan sebuah rumah. Tapi dari sudut kecairan, dua ni sangat berbeza.” Sebuah rumah mungkin ambil masa berminggu atau berbulan untuk dijual. Tapi emas? Beberapa minit saja, terus boleh jadi tunai. Itulah sebabnya ramai yang sudah stabil kewangannya memilih emas 1 kilogram sebagai ‘bot penyelamat’ kekayaan mereka. Nilainya terus meningkat purata 10% setahun, dan ia kekal milik peribadi, tiada siapa tahu, tiada siapa boleh sekat. Dengan 10% kekayaan ditukar kepada emas, kita bukan saja lindungi harta, tapi juga lindungi kebebasan kita. Emas bukan sekadar pelaburan. Ia jaminan untuk terus hidup tenang bila dunia tak menentu. Berminat nak mula simpan emas, klik link ni https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya. #StevenBlanda

  • Kalau kita benar-benar faham hakikat duit kertas... Kita takkan sanggup simpan terlalu banyak darinya untuk jangka panjang. Kenapa? Sebab duit kertas bukan penyimpan nilai.Ia cuma medium pertukaran, alat untuk membeli. Bukan alat untuk menyimpan. Cuba bayangkan. Sekeping RM100 kalau dipotong dua, adakah nilainya jadi RM50 + RM50? Sudah tentu tidak! Nilai duit kertas bukan pada kertasnya, tetapi pada jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Dan bila keyakinan terhadap sistem itu goyah… nilai duit pun ikut jatuh. Sekarang kita tengok pula emas. 10 gram emas kalau dibahagi dua — (5g : 5g), nilainya tetap wujud, tetap seimbang. Sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya, bukan pada janji sesiapa. Itulah beza besar antara duit kertas dan duit sebenar. 🟡 Emas kekal bernilai walau di mana pun ia berada. 🟡 Ia tak perlu dijamin sesiapa untuk bernilai. 🟡 Ia penyimpan nilai sejati — sejak ribuan tahun dahulu. Sebab itu orang bijak tukar duit kertas jadi emas. Bukan sebab nak kaya cepat, tapi sebab nak selamatkan nilai kekayaan mereka daripada bocor diam-diam. Kegawatan ekonomi tak datang dengan amaran. Tapi.. Mereka yang bersedia dengan emas, sentiasa tenang bila orang lain panik. Mulakan simpan emas hari ini. Biar kecil, asalkan bermula. Sebab yang lambat mula, selalunya paling menyesal. #StevenBlanda

  • видео или голосовое, без подписи

  • “Simpan sikit-sikit, tapi kenapa tak pernah jadi banyak?” Pernah rasa macam ni? Setiap bulan dah janji nak simpan RM300. Tapi bila tengok semula akaun pada bulan ke-10... jumlahnya jarang cukup RM3,000 pun. Kenapa ya? Sebab duit senang sangat mengalir keluar. Itu fitrah manusia, bila nampak baki akaun makin banyak, makin tinggi pula selera nak berbelanja. Lalu, simpanan yang sepatutnya membesar, akhirnya mengecil tanpa sedar. Tapi lain bila kita simpan emas. Emas tak buat kita gatal tangan nak berbelanja. Malah setiap kali tengok gram emas bertambah, ada satu perasaan puas dan semangat untuk tambah lagi. Emas buat kita bertenang sebelum berbelanja. Nak guna pun fikir dua tiga kali, nak pajak ke? Nak jual ke? Akhirnya tak jadi, sebab sayang. Itulah bezanya. Duit mudah bocor, tapi emas “mengikat” kita jadi lebih berdisiplin. Sebab tu ramai yang mula menabung emas akhirnya ketagih nak tambah simpanan. Semakin lama, semakin banyak kekayaan yang tersimpan, bukan yang dibelanjakan. #StevenBlanda

  • видео или голосовое, без подписи

Tips Emas & Kewangan Steven — tgindex