tgindex
Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
4
Всего постов
25
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
32 168
−48 за 4 дн.
Сутки
−13
−0,04%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
3 581
22 постов
Вовлечённость
11,1%
к подписчикам
Постов в день
0,6
всего 25
Упоминаний
2
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1 518
1/48двое суток
1 739
1/72трое суток
1 876

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Live stream finished (1 hour)

  • Live stream started

  • 14 авг.1 712623

    LIVE VC TONIGHT🔽⚠️ Lama kita tak bersiaran VC. Telegram ada problem. Malam ini kita akan VC. Klik pautan di bawah https://t.me/YYCOMMUNITY?livestream

  • Live stream scheduled for Aug 14 at 13:00

  • 7 авг.4 71217747

    SURAT AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH BAWAH KPM Perlu sign atau tidak? Adakah anak saya dipaksa terima suntikan sekiranya saya sign? Ada peguam kata sekiranya sign, saya setuju dengan setiap polisi KPM? Persoalan berikut diajukan kepada saya bertalu-talu oleh Ibubapa yang risaukan anak mereka. Nampak gaya, ramai lupa 3T iaitu Tenang, Teliti dan Tanya. Ramai panik gara-gara group peguam nak cari makan jual ketakutan? 1. Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah tidak berkaitan dengan ubat atau rawatan untuk anak kita. 2. Polisi Perlindungan Murid Sekolah adalah perkara yang ditetapkan berkaitan dengan pengabaian, penderaan serta eksploitasi dan salah laku. 3. Ibubapa diminta buat Aku Janji bagi memastikan anak anak dalam keadaan selamat ketika berada di rumah atau sekolah. 4. Aku Janji ini tidak berkaitan dengan sesuatu ubat ataupun rawatan yang perlu anak anda terima di sekolah. 5. Jika risaukan anak disuntik vaksin tanpa kebenaran anda kerana sekarang ini terdapat beberapa kes yang keluarga tak setuju anak divaksin tapi disuntik tanpa kebenaran. 6. Jika risau anak anda kena suntik, latih anak anda agar menolak sebarang cubaan untuk suntik sesuatu ubat ke dalam tubuh mereka. 7. In Medical they cannot for you. This borang Aku Janji tidak berkaitan perubatan atau rawatan untuk anak. SIGN JE LA!

  • 7 авг.3 881451

    Salam Jumaat. Sempena Jumaat yang penuh barokah ini. Infaq untuk YYCC menampung operasi centre. YYCC beroperasi sepanjang 5 tahun melalui sumbangan ahli Komuniti YYCC. Terima kasih kepada semua yang menyumbang selama ini. AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JUMAAT

  • 6 авг.3 507775

    31 Julai – Hat Yai, Thailand: Tiga rakyat Malaysia ditahan dengan 87 kg syabu. 31 Julai – Jakarta, Indonesia: Seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan dengan lebih 70,000 pil ekstasi dan syabu. 1 Ogos – Singapura: Seorang lelaki Malaysia ditahan di Woodlands dengan lebih 10 kg dadah. 5 Ogos – Surabaya, Indonesia: Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan dengan hampir 1 kg syabu dan 1,089 pil ekstasi. APA mesej cuba disampaikan? Kawalan keselamatan di lapangan terbang negara sangat lemah sehingga berkilo dadah mudah lepas pemeriksaan keselamatan? Agensi Perlindungan Kawalan Sempadan bawah Dato Sri Suhaily tidak berfungsi dengan baik? Menteri Jurucakap Kerajaan mahu PDRM kembali jaga pintu sempadan. Kartel payah buat kerja sejak AKPS ditubuhkan? Selepas Ayob Khan bersara, tinggal Suhaily sahaja yang dianggap sebagai penganggu aktiviti kartel. Opss.. ini bukan cerita sebenar.. Kena belanja dadah? Kena makan paw? Kena jadi anjing Narko? Sebarang pertanyaan: 03-48217226 (pejabat) Mangsa Ahlong atau Ceti Haram boleh DM: Daniel Faiezal Mat Seman Kipas Lanun dan Amirul Arazal 🤨🇲🇾 #YYCC #ResultMatters

  • 4 авг.3 7081475

    KES BELANJA DADAH KUBANG PASU: SEMUA OKT BEBAS! Alhamdulillah. Selepas 6 bulan meringkuk di penjara dihadapkan dengan pertuduhan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Akhirnya, semua pertuduhan ke atas tiga OKT ditarik serta OKT dibebaskan serta merta. Well.. YYCC menang lagi.. 🙏🏻😁

  • 3 авг.4 008865

    "Don't Kill The Messenger" Kes belanja dadah oleh IPD Kubang Pasu masuk ke fasa menarik apabila tiga Orang Kena Tuduh (OKT) berjaya dalam kes pertuduhan Seksyen 12 (2) ADB sekaligus membuka mata YA Hakim dan DPP bagi kes pertuduhan Seksyen 39B ADB. Semua berlaku selepas Peguambela memasukkan Representasi memberitahu bahawa segala laporan tangkapan ke atas OKT direka oleh pihak Polis. Buktinya, kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu berkaitan tangkapan ke atas OKT telah dipadamkan daripada laman rasmi Facebook Polis IPD Kubang Pasu selepas 24 jam. Pejabat Peguam Negara mengeluarkan notis untuk mempercepatkan tarikh sebutan kes yang asalnya 18 Ogos 2026 kepada 4 Ogos 2026 iaitu esok. Macam Aku cakap, Polis memang ada kuasa tahan dan buka Kertas Siasatan kemudian dirujuk kepada DPP untuk pertuduhan. Tapi ia sementara sahaja kerana kamu tiada kuasa untuk tahan orang selama-lamanya. Dalam kes ini, DPP janganlah melatah kerana pihak yang dipersoalkan, Pegawai dan Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kubang Pasu. Jika nak ambil tindakan, sila ambil tindakan ke atas mereka kerana selain menganiaya pasangan suami isteri, mereka sedang persenda sistem kehakiman dengan reka pertuduhan ke atas orang awam. Dalam kes jenayah, semua mesti dalam sempurna bermula laporan tangkapan sehingga ke barangan bukti yang dirampas. Jika laporan tangkapan adalah cerita rekaan Polis, jangan buang masa Mahkamah untuk terus dengar kes yang direka-reka. Yang Arif, Please don't kill me. I am only the messenger. See you tommorow at Mahkamah Tinggi Alor Star. InsyaAllah, Mohd Afif, Miss Sarina dan Mohd Ikhwan mungkin dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan esok. 🫶🇲🇾 Rujuk posting untuk memahami kronologi kes : Rakaman CCTV Narkotik IPD Kubang Pasu belanja dadah: https://www.facebook.com/share/v/14iShKcVUPV/?mibextid=wwXIfr Laporan tangkapan dirangka Narkotik IPD Kubang Pasu: https://www.facebook.com/share/p/19BkRVEgNf/?mibextid=wwXIfr #YYCC #ResultMatters #BerhentiBelanjaDadah #BersihkanNarcoPDRM Nota kaki: YA Hakim dan DPP esok masuk bekerja, jangan MC ataupun tiba-tiba hadir kursus ya.

  • 2 авг.3 460865

    TIGA tahanan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya akan dibebaskan 4 Ogos 2026. Sistem perundangan sedang disalahgunakan anggota Polis menganiaya individu tertentu demi mencapai KPI. Ditambah sistem kehakiman yang turut berada di bawah kawalan persatuan halimunan. Adakah kita masih percaya dan berharap mereka akan memberikan keadilan? Masa, reputasi, maruah diri hancur berkecai sebaik Polis label tiga OKT sebagai Ketua Sindiket pengedaran dadah di sekitar Jitra. Kemudian padam kenyataan media tanpa permohonan maaf atau ralat. Reman tiga OKT mengikut Seksyen 39B ADB kononnya nak buka balik kes lama. Selepas tiga bulan, tahu tiada kes dan laporan tangkapan Polis palsu. Gelabah beruk panggil semua orang hadir meminta keluarga diam dan tidak bersuara pasal kes ini. Banyak cantik!

  • 1 авг.3 812992

    Ingat lagi rakaman CCTV IPD Kubang Pasu belanja dadah? Ingat bagaimana Mohd Afif, Miss Sarina dan Mohd Ikhwan ditahan seminggu sebelum umat Islam sambut Aidilfitri? Betapa pantas Polis bertindak tahan tiga individu sebaik saja rakaman CCTV tular. DPP kononnya mahu membuka semula kes DNAA sebelum ini. Tidak sampai 6 bulan, pihak Peguam Negara memanggil segera Mohd Afif, Sarina dan Mohd Ikhwan selepas terima representasi peguam Ammar. InsyaAllah 4 Ogos 2026, Miss Sarina dan suami Mohd Afif akan kembali kepada anak mereka. OCPD Kubang Pasu padam kenyataan media, Polis tarik semula kes, DPP risau sebab sudah makan sikit sorang. Sorry Polis kalah lagi. 😎✅🇲🇾

  • 31 июл.4 201532

    Salam To All, Lima tahun YYCC beroperasi hasil sumbangan di kalangan family members komuniti. Ramai family members YYCC "ponteng" infaq setiap bulan untuk operasi YYCC di mana perkara ini berlaku selama 5 tahun tanpa kita sedar. Betul ke ramai lari? AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JUMAAT

  • 30 июл.5 009961

    "ADA PRIMA FACIE" - MAJISTRET Ada ramai bertanya tentang keputusan bagi kes pertuduhan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya yang mana keputusan akhir bicara awal tempoh hari Mahkamah mendapati terdapat "Prima Facie" di mana OKT dipanggil untuk membela diri. Keputusan bicara awal yang dibacakan Majistret tempoh hari membuat semua pihak tergamam. Peguam seakan tidak percaya, manakala DPP seperti tidak percaya kerana berdasarkan keterangan dan fakta kes daripada saksi yang ditampilkan pihak DPP. Kita jangka OKT tidak dipanggil untuk membela diri tetapi sebaliknya berlaku. Majistret naik membacakan keputusan awal tidak sampai 2 minit di mana isu posting di FB OKT pula yg dipertikaikan oleh Majistret berbanding dari fakta kes yang dibicarakan. Malah OKT diberikan amaran keras untuk tidak menulis apa sahaja isu mengenai kes yang dibicarakan di mana Majistret siap menakutkan OKT boleh kena "comptent Of court" jika terus menulis mengenai kes. OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dalam kandang dan membuktikan IO buat laporan tangkapan palsu ke atas OKT. Ringkasnya, at first sight kes Seksyen 15(1) ADB terdapat prima facie berdasarkan dari bicara awal pada pandangan seorang Majistret. Begitulah cerita apabila hidup dalam sistem yang sedang dimanipulasi

  • 8 июл.7 7511354

    The D Day Hari ini adalah hari Keputusan Akhir pertuduhan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya di mana Aku didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badan. Selain itu, hari ini juga adalah sambungan prosiding untuk kes Seksyen 403 KK di mana Aku dituduh salah guna yuran guaman milik seorang wanita sebanyak RM67,000. Hari ini pihak Pembelaan akan soal balas ke atas saksi Hafiz Norkhan, Peguam tersohor. Jadi untuk yang berdekatan dan kelapangan jika rasa nak tengok bagaimana Peguam kena grill dengan Peguam. Boleh hadir jam 10:30 pagi ini di Mahkamah Majistret 2, KL. YYCC masih lagi beroperasi seperti biasa di mana telah masuk lima tahun tertubuh. Justeru, kos operasi YYCC masih bergantung kepada sumbangan Family Members YYCC. AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JULAI

  • Live stream finished (33 seconds)

  • Live stream started

  • 4 июл.9 0211132

    1 Julai 2026 Susun semula gerak kerja di YYCC dengan pengambilan dua kakitangan pengurusan pejabat untuk memastikan gerak kerja di YYCC berjalan dengan lancar walaupun YY tiada. Dua kakitangan tetap YYCC akan bertugas waktu pejabat dan menguruskan segala hal ehwal berkaitan aduan serta memantau setiap pembelian merchandiser YYCC. Untuk yang buat tempahan Thumblr YYCC dan T-Shirt anda akan menerima barang yang dibeli pada pertengahan Julai nanti. Terima kasih kerana bersabar dan menjadi penyokong kuat YYCC.

  • 3 июл.7 472664

    SELESAI BAYAR AHLONG MASIH GANGGU! Tiga minggu lalu terima satu aduan daripada seorang Guru berbangsa Cina dari Pantai Timur yang mengadu tetap diganggu walaupun selesai membayar hutang kepada syarikat pinjaman wang. Ini antara tindakan pemberi pinjam wang untuk penjawat awam. Tindakan ini adalah untuk memastikan mangsa terus membayar walaupun telah lebih membayar. Jika anda berdepan situasi ini atau saudara anda terjerat Ahlong. Jangan tunggu dan tangguh. Segera hubungi YYCC kerana tiada kos buka fail bagi Family Members YYCC. Infaq Jumaat: AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JUMAAT

  • Live stream finished (9 minutes)

  • Live stream started