Aiman Nasir Sharing ✌️
СтатистикаSuka kongsi banyak perkara. Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua. 🤗 . Hidup mau santai, ✌️ Selawat jangan tinggal 😉
- Последний пост
- 14 мар.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Sifat Penghuni Syurga "Amalan biasa-biasa saja, cuma satu amalan yang saya buat setiap kali sebelum tidur ialah berdoa, "Ya Allah, orang yang maki saya, saya maafkan. Orang yang mengumpat saya, saya maafkan. Orang yang menzalimi saya, saya maafkan. Saya bersedekah dengan maruah diri saya'." Demikian jawapan sahabat tersebut apabila ditanya oleh Abdullah ibnu 'Amru r.a yang ingin menyiasat amalan istimewanya sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah ﷺ. Beliau tidak mahu tidur dengan membawa dendam, tidak mahu tidur dengan membawa benci, tidak mahu tidur dengan membawa penyakit hati. — Habib Ali Zaenal Abidin
Ini hanya dunia. Segala luka, tawa, kecewa, dan euforia semuanya akan berlalu pada waktunya. Jadi jangan terlalu berlebihan dalam sedih, dalam marah, dalam senang, bahkan dalam cinta. Satu yang pantas kamu lebihkan adalah rasa syukurmu. Karena itulah yang menenangkan tanpa syarat, dan menguatkan tanpa suara. # insya-Allah
Wanita, kalau kat surau tu telekung dia 'bau' sampai ganggu nikmat solat tak perlulah pakai, telekung bukan wajib, yang wajib tu menutup aurat. Solusinya bawa telekung dari rumah atau pakai pakaian menutup aurat dengan sempurna ketika diluar. Wanita, kalau solat di surau waktu maghrib then ramai tunggu turn masa tu, kita buat yang wajib saja tanda kita ni ada common sense dengan orang lain bukan waktu tu tiba-tiba rajin solat sunat dan zikir 10,000 kali. Wanita, kalau solat kat luar, lepas tu baju terkena najis burung, bukan terus tinggalkan solat tapi basuh baju tersebut, basuh di tempat yang terkena najis saja sampailah hilang zat najis itu. Wanita, boleh dia ambik wudhu dari rumah, dan tunaikan solat diluar, wudhu tu juga boleh dipakai untuk dua waktu (zohor&asar) selagi tidak berhadas. Tapi seandainya dia berada dalam keadaan istihadah maka wudhunya sah untuk satu waktu sahaja(zohor), maksudnya satu wudhu untuk solat zohor, masuk asar ambil wudhu baru lagi, sebelum tu kena beristinjak. #Fardhu'ain
Bila kita lupa jasad yang diberi pinjam ini bukan milik kita, jangan sesekali kita merasa bangga dengan apa yang ada. Walaupun dengan segala pangkat dan darjat yang megah di dunia, semua itu tidak berguna di akhirat sana. Kita semua berhutang dengan الله. Meminjam tubuh, meminjam kudrat, meminjam rezeki dan nafas yang sama. Untuk apa bermegah diri sedangkan kita semua sama diMata-Nya? Kita semua hamba dan pendosa. Jadi jangan sombong untuk bersujud pada Yang Maha Esa.
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Silakan SHARE.✨
“Daun yang jatuh bukan kerana ditiup angin. Tapi sudah tiba masanya dia untuk cabut dari dahan. Begitu jua manusia, kita hidup bukan sebab nyawa. Tapi sebab mati belum menerjah kita. Kalau mati menyapa, maka itulah saatnya kita kembali kepada Allah.”
Disebalik wanita yang sentiasa terlihat ceria dan taat itu, tersimpan jiwa yang bertarung untuk istiqomah. Berkali-kali mengingatkan diri untuk tidak mengulangi dosa yang sama.
orang yang hatinya bergantung kepada Allah, maka mustahil akan hancur hanya kerana dunia, bertahanlah .
Allah dah susun cantik jalan hidup kita Janganlah resah, teruskan melangkah walaupun berkali-kali kau rebah. “Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”
Bilik ini mati, tiada sinar. Kerana sudah lama alunan ibadah tidak didengari. Al-Qur'an berhabuk tidak disentuh, sejadah lipat tersusun. Terkadang melihat diri dihadapan cermin ini, terlihat dengan jelas gambar seorang pendosa yang sudah lama jauh daripada Allah. Genggam erat rasa kosong ini. Lebih baik sedar sekarang daripada semakin tawar dan hilang.
"Tenanglah... Sebab Allah Selalu Jaga Kita" Kadang dalam hidup, kita rasa dah tak ada siapa yang boleh tolong. Semua jalan nampak tertutup, doa pun terasa macam tak didengar. Tapi hakikatnya... Allah tak pernah tidur. Dia tahu setiap resah dalam hati. Dia nampak air mata yang kita sembunyikan dari manusia. Dan Dia dengar setiap doa, walaupun tak terucap di bibir. Kadang pertolongan tu datang dengan cara yang tak disangka melalui seseorang, satu mesej, satu rezeki kecil... tanda bahawa Allah masih sayang, masih tengok, masih ada. Jadi bila rasa lemah, jangan berhenti berharap. Sebab kasih Allah tu tak pernah hilang, dan Dia sentiasa ada putus harap. untuk hamba yang tak pernah putus harap🤍
Duit sering buat kita buta. Kita kejar ia seolah-olah ia raja. Sedikit-sedikit fikir duit, semua perkara ukur dengan nilai duit. Tapi kita lupa, raja yang sebenar bukan duit. Raja sebenar adalah Allah S.W.T., yang memiliki segalanya, termasuk rezeki yang kita cari.
🕊️ Kisah Penuh Nabi Shu'aib AS — Seruan Keadilan & Kejujuran dalam Berniaga *1. Siapakah Nabi Shu'aib AS?* – Nabi Shu'aib AS adalah seorang nabi yang diutuskan kepada kaum Madyan dan juga dikenali sebagai 'Khathib al-Anbiya' (pendakwah para nabi) kerana kefasihannya dalam menyampaikan dakwah. – Menurut beberapa riwayat, beliau adalah keturunan Nabi Ibrahim AS melalui jalur anaknya Madyan (anak Nabi Ibrahim daripada isteri keturunan Qanthura). Namun tiada dalil qat'ie (pasti) menyebut nasab ini dalam al-Quran atau hadis sahih. – Baginda diutuskan selepas zaman Nabi Luth AS dan sebelum zaman Nabi Musa AS. *2. Dakwah kepada Kaum Madyan* – Kaum Madyan tinggal di kawasan perniagaan yang subur dan strategik di sekitar utara Hijaz dan selatan Syam. – Mereka terkenal sebagai peniaga dan saudagar, tetapi terkenal juga kerana menipu dalam sukatan, timbangan dan urusan niaga. – Mereka juga melakukan kerosakan di bumi, merompak, menakut-nakutkan kafilah, serta mengingkari tauhid. – Nabi Shu'aib berdakwah dengan sabar dan hikmah, seperti yang disebut dalam al-Quran, > "Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kamu selainNya. Dan jangan kamu kurangkan sukatan dan timbangan..." (Surah Hud: 84) > "Dan janganlah kamu duduk di tiap jalan dengan menakut-nakuti, dan menghalangi orang yang beriman kepada Allah..." (Surah Al-A’raf: 86) *3. Seruan kepada Kejujuran dan Takwa* – Nabi Shu'aib AS mengingatkan kaumnya agar jujur dalam perdagangan, > "Sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barangan mereka..." (Surah Hud: 85) – Baginda tidak hanya menyeru kepada tauhid, tetapi juga kepada keadilan sosial dan ekonomi, menunjukkan Islam bukan sekadar ibadah, tapi sistem hidup menyeluruh. *4. Penolakan dan Penghinaan Kaumnya* – Kaumnya membalas dengan ejekan dan penghinaan. Mereka berkata, > "Wahai Shu'aib! Apakah solatmu menyuruh kamu agar kami tinggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang kami atau supaya kami tidak bebas mempergunakan harta kami menurut kehendak kami?" (Surah Hud: 87) – Mereka mempertikaikan seruan Nabi Shu'aib sebagai mengganggu hak kebebasan dan mempersendakan ibadahnya. – Lalu mereka mengancam, > "Sesungguhnya kamu termasuk orang yang sangat lemah di antara kami, kalau bukan kerana keluargamu, nescaya kami telah merejam kamu..." (Surah Hud: 91) *5. Azab Allah Turun kepada Kaum Madyan* – Setelah penolakan berterusan dan ancaman terhadap Nabi Shu’aib, maka Allah menurunkan azab. > "Maka mereka didatangi gempa yang dahsyat, lalu mereka mati bergelimpangan di rumah-rumah mereka." (Surah Al-A’raf: 91) – Dalam Surah Hud pula disebut bahawa mereka ditimpa 'azab pada hari yang gelap', > "Lalu mereka ditimpa azab pada hari yang gelap. Sesungguhnya itu adalah azab pada hari yang dahsyat." (Surah Ash-Shu'ara': 189) – Kaum Madyan dibinasakan dengan suara menggelegar, gempa bumi dan awan hitam yang menurunkan api, semuanya dalam satu peristiwa hebat. *6. Keselamatan Nabi Shu'aib dan Orang Mukmin* – Nabi Shu'aib AS dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah dari azab tersebut, sebagaimana Nabi Nuh, Lut dan Saleh sebelum itu. – Selepas kaum Madyan dibinasakan, Nabi Shu'aib AS hidup beberapa lama bersama kaum yang beriman. *7. Hubungan Nabi Shu'aib dengan Nabi Musa?* – Dalam Surah Al-Qasas, Nabi Musa AS dikisahkan menemui seorang lelaki soleh di Madyan setelah melarikan diri dari Mesir. – Lelaki itu memiliki dua anak perempuan, salah seorang menjadi isteri Musa. > Ada ulama tafsir berpendapat lelaki itu ialah Nabi Shu'aib AS, namun pendapat ini tidak disahkan secara sahih dan ulama seperti Ibn Kathir menolaknya kerana perbezaan zaman yang terlalu jauh antara keduanya. *8. Wafat Nabi Shu'aib AS* – Tiada riwayat sahih menyebutkan secara terperinci tentang wafatnya, namun dipercayai baginda wafat dalam kalangan pengikutnya yang beriman. *9. Pengajaran dari Kisah Nabi Shu’aib AS* 🌿 Jujur dalam urusan harta dan perniagaan adalah ibadah. 🌿 Jangan menipu dalam timbangan dan sukatan, ia membawa murka Allah.
yang paling susah itu adalah sabar . tetapi itulah yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah .
“Selawat itu mempunyai tenaga (aura) yang bersifat sejuk. Kerana Selawat itu telah ditapis oleh jiwa manusia yang sempurna iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kerana itu Selawat boleh dibaca dengan jumlah yang banyak. Semakin banyak dibaca, semakin sejuk hati si pembacanya”. Habib Luthfi Ben Yahya
doa yang kamu ulang hari - hari itu , jangan berhenti . mungkin bukan hari ini , tetapi esok atau lusa Allah akan kabulkan dengan cara yang paling indah .
“Jadilah mukmin yang hatinya sentiasa inginkan kebaikan kepada orang lain. Jangan dengki, jangan mudah menghakimi orang, jangan mudah berprasangka buruk ke atas orang lain. Belajar mendoakan, belajar bersangka baik dan belajar bergembira dengan kejayaan orang lain.” ― Ustaz Wadi Annuar
rasa bersalah selepas buat dosa tu tanda hati kau masih hidup, tanda hati kau masih ada cahaya. buat dosa, taubat, buat dosa, taubat, buat dosa, taubat, buat dosa, taubat.. jangan biarkan dosa hari ini halang kau untuk jadi baik esok hari. jangan lari dari Allah bila berdosa tapi lari pergi mencari keampunanNya kerana hanya Dia yang boleh buat kita suci dari dosa. tak kisah sejauh mana kau pergi, pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kau. Allah tak tengok besarnya dosa kita tapi besarnya taubat kita. اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ
waktu tidak memberi kesempatan untuk mengulang , tapi waktu memberi kesempatan untuk berubah.
Bila kita letak 100% keyakinan dan kepercayaan kepada الله, pasti semua akan baik-baik saja dalam kehidupan kita.