Iwana Aisyah Ab Halim
СтатистикаMoga hati-hati kita sentiasa disirami dengan jiwa al-Quran 🤲
- Последний пост
- 9 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 26
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 264
- 1/48двое суток
- 302
- 1/72трое суток
- 326
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
Kami menerima jemputan satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Modul disusun mengikut tahap umur. Apa yang lagi menarik adalah setiap peserta akan dapat hadiah INTIMATE dan hadiah istimewa The Els 🥰 #TibyanCentre #TelagaBiru #Intimate #TheEls
Alhamdulillah hari ini menerima jemputan di sekolah berprestasi tinggi KPM iaitu Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu. Modul untuk sekolah menengah berbeza dengan sekolah rendah. Lebih banyak fokus pada feqah darah wanita. Semoga adik-adik hari ini medapat kefahaman tentang darah wanita, aamiin. Jumpa lagi permata agama! Terima kasih pihak sekolah atas jemputan ini. #TibyanCentre #TelagaBiru #Intimate #TheEls
Perkara yang selalu akan pesan dan wajib untuk pelajar tulis ketika dalam program pendidikan haid adalah membuat catatan apabila darah keluar. Ada lima perkara yang perlu dicatat : 1) Tarikh datang haid 2) Masa datang haid 3) Warna, sifat, bau, kepekatan darah setiap hari 4) Solat atau puasa yang perlu diganti 5) Tarikh dan masa mandi wajib Kenapa sangat penting catatan ini? Sebab jika darah berterusan sehingga meleibih 15 hari, kita tidak terus mengukumkan sebagai darah istihadah sebaliknya merujuk kepada guru yang lebih arif. Senang untuk kita rujuk jika berlaku masalah. Jangan rasa haid kita akan normal sentiasa sebab bila-bila masa kita akan diuji dengan masalah haid. Jadi, buatlah catatan agar kita menjadi wanita yang berilmu dan beramal dengan ilmu. Iwana Aisyah Ab Halim Catatan ketika haid
Betul ke darah berterusan selama 15 hari dan hari ke-16 adalah istihadah? Haaa jom dapatkan buku Kit Ibadah Wanita 🥰
Semalam genap satu tahun bertemu dengan Kak Husna selaku editor syariah Telaga Biru tahun lepas yang memberi idea tentang program pendidikan awal haid kanak-kanak dan remaja. Kak Husna banyak menyumbang idea kemudian saya bersama team menghasilkan modul selama 3 bulan. Hingga sekarang hampir 100 buah sekolah, institusi, jabatan kerajaan dan masjid yang telah menjemput kami untuk program ‘Saya Dah Baligh’. Anggaran lebih 21,000 pelajar yang telah hadir ke program kami. Dan setiap tiga bulan, kami akan tingkatkan mutu modul kami. Sentiasa dalam ingatan saya tentang kebaikan Kak Husna untuk program ini. Moga Allah membalas jasa kebaikan Kak Husna, aamiin iwanaaisyah Saya Dah Baligh!
Jadual jemputan ceramah pendidikan awal haid kanak-kanak dan remaja ‘Saya Dah Baligh’ pada bulan Julai. Moga Allah mudahkan langkah dakwah ini, aamiin 🥰 Jumpa nanti adik-adik! #sayadahbaligh #tibyancentre #telagabiru #intimate #theels
без подписи
Alhamdulillah, terima kasih pihak KOSMO dan Telaga Biru. Moga segala usaha dakwah ini dihitung di sisi Allah, aamiin 🥰
Masih ramai ke perempuan yang faham bila haid berterusan melebihi 15 hari dan hari ke-16 itu istihadah? Pemahaman ini salah ya. Darah ke-16 tidak semestinya darah istihadah. Perlu dilihat pada warna, sifat, bau, kepekatan darah setiap hari. Jadi, apabila keluar darah haid. Buatlah catatan, sediakan buku nota khas untuk catat tentang darah haid kita. Nak catat apa? 1) Tarikh datang haid 2) Masa datang haid 3) Warna, bau, sifat, kepekatan darah setiap hari 4) Solat atau puasa yang perlu diganti 5) Tarikh dan masa mandi wajib Kenapa penting? Sebab nanti bila ada masalah tentang darah haid atau istihadah, kita perlu rujuk semua ini. Kalau tak tahu, rujuklah guru yang arif dalam bidang haid. Jangan anggap remeh bab darah kerana ia berkaitan dengan ibadah kita. @iwanaaisyah Ibadah dan haid
без подписи
Jom dapatkan buku-buku karya Ustazah Iwana Aisyah 😍 https://www.wasap.my/601135982009/Nakbelibuku
Alhamdulillah hari ini selesai memberi perkongsian di IIUM.FM berkaitan Fiqah As-Shabab (Fiqah Darah Wanita). Terima kasih IIUM.FM atas jemputan 🥰 #fiqhwanita #ustazahiwanaaisyah
Mula hari ini bukan esok 🥹
InshaAllah jadual jemputan ceramah bulan Jun 🥰 Moga Allah mudahkan langkah dakwah ini, aamiin.
InshaAllah saya akan road tour di Kelantan under SUK Kerajaan Negeri Kelantan. Pakat sebar deh 🥰 https://go.kelantan.gov.my/KemAkilBaligh
Saya menerima dua soalan di Tiktok hari ini : 1) “Saya nak awalkan mandi wajib sebelum darah berhenti sebab ada aktiviti luar seharian…” 2) “Kalau dah habis haid, boleh ke kalau tak mandi wajib?” Duhai wanita, Mandi wajib mestilah dilakukan apabila darah sudah berhenti, bukan mengikut adat kebiasaan haid sebelum ini atau sebab kemalasan Jadi tidak sah kalau mandi wajib diawalkan sedangkan darah masih keluar. Tiada istilah mandi wajib diawalkan. Mandi wajib tidak boleh dilewatkan sehingga kita meninggalkan solat kerana itu satu perkara yang berdosa da haram disisi agama. Syarat sah mandi wajib hanya ada dua sahaja : 1) Niat “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” 2) Ratakan air ke seluruh badan. Bukan susah untuk mandi wajib. Jadi, jangan lengahkan ia dan jangan rumitkan ia. @iwanaaisyah Segerakan perkara ibadah
без подписи
без подписи
Alhamdulillah, hari ini menerima jemputan untuk sesi temuramah bersama Media Mulia iaitu Kosmo & Utusan Malaysia di Petaling Jaya, Selangor. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka lebih banyak ruang kesedaran kepada masyarakat. Nantikan! ✨