Anwar Ibrahim (official)
СтатистикаThe Official Telegram Channel of Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾 Facebook: facebook.com/anwaribrahimofficial/ Instagram: instagram.com/anwaribrahim_my Twitter : twitter.com/anwaribrahim
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 26
- Всего постов
- 461
- Тип
- открытый
- Язык
- jv
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 1 685
- 1/48двое суток
- 1 931
- 1/72трое суток
- 2 082
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Beberapa minggu lalu, saya maklumkan bahawa Kerajaan sedang pertimbang penjualan Tiket MADANI sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 Oktober ini. Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, Kerajaan sukacita mengumumkan Tiket MADANI khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara. Moga inisiatif ini membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman Formula 1 secara langsung di Sepang. Butiran lanjut akan diumumkan oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat, insya-Allah. #YakinMADANI
Selamat berkongres kepada seluruh pendukung KEADILAN. Jadikan himpunan ini medan muhasabah untuk menilai pencapaian dan memperteguh langkah meneruskan agenda Reformasi. KEADILAN bukan sekadar wadah memenangi pilihan raya, tetapi gerakan massa yang menjunjung integriti, keadilan sosial, perpaduan serta amanah rakyat demi membina Malaysia yang lebih bermaruah, makmur dan adil untuk semua. Semoga Allah SWT memberkati segala ikhtiar kita untuk pertiwi tercinta, Insya-Allah. #KitaKEADILAN
Alhamdulillah, tatkala ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat, angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dicatat melonjak sebanyak 6% pada suku kedua 2026. Kadar pertumbuhan ini mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014. Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat. Selain bantuan seperti BUDI MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan MADANI di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi. Saya menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan bukan sahaja momentum pertumbuhan ini kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI
Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini. Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih. ❤️
без подписи
Zhu Rongji, former Premier of the People’s Republic of China, has passed away at the age of 97. China has lost one of the great architects of its economic transformation, and I have lost a good friend. It was Zhu’s reforms that helped accelerate China’s extraordinary rise as an economic superpower. In the 1990s, Zhu and I worked together to deepen economic and financial ties between Malaysia and China. Much of what we built in that era still underpins our relationship today. Yet my own memories of him go well beyond affairs of state. It was Zhu who arranged for me to visit Confucius’s home village, not to mention the majestic Tai Shan, and the historic sites associated with Admiral Zheng He. On another occasion, during a visit to my home library, he surprised me with several Chinese classics he had personally selected. I still have them to this day. Zhu was a formidable statesman, but I will remember him above all as a man of great character, driven by a fierce sense of duty to his nation. My deepest condolences go to his wife, his children and to the people of China. ANWAR IBRAHIM Photo: AP
без подписи
Alhamdulillah, back home. 🤲
без подписи
Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku. Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Insya-Allah, saya akan menghadap Kebawah Duli Tuanku pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam. 🇲🇾🤝🇧🇳 #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
без подписи
Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi. ❤️
без подписи
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya. Dirgahayu Tuanku!
без подписи
без подписи