Areynaad’s space
СтатистикаHai. di sini tempat saya buat short story untuk kembangkan idea. disini juga saya letakkan ebook free. dan disini juga tempat untuk kita berborak santaiii🫶🏻
- Последний пост
- 26 апр.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
dilarang plagiat, share kepada orang lain. Hanya yang berada di dalam sini saja boleh baca. Terima kasih❤️ Jangan lupa review hihi
Feel free to read everyone❤️✨
без подписи
sejak-sejak patah hati ni, jiwa nak menulis scene gedik-gedik ni dah hilang laaa😭
DAYYAN X NAYLA “Nayla.” Nayla toleh memandang ke arah Dayyan dengan bibir yang sudah muncung ke hadapan. Tangan naik memeluk tubuh. Dia tak puas hati. Dia memang tengah tak puas hati sekarang ini. “Kenapa saya nak kena duduk runah mommy? Abang dah tak sanggup jaga saya ke?” Soal Nayla dengan nada tertahan. Dia tak boleh tinggikan suara dekat suaminya itu. Berdosa! Dayyan raup wajahnya sekali. Bibir mula terkemut menahan senyuman. Alahai sayang, itu yang dirisaukan sangat. “Waktu siang saja awak duduk dengan mummy. Sebelum berbuka nanti abang ambillah Nayla semula. Abang tak tinggallah Nayla lama-lama dekat rumah mommy tu.” Dayyan mendekati Nayla dan bahu si isteri dirangkul dari tepi. Pipi si isteri dicuit lembut. “Tapi abangkan work from home. Biarlah Nayla teman abang dekat rumah.” Nayla masih tak puas hati. Laju Dayyan menggelengkan kepala. Fuh tak boleh! “Esokkan dah start puasa, my baby boo. Awak duduklah dengan mommy. Abang takut abang terabaikan awak sorang-sorang nanti. Kesian awak sunyi.” Pujuk Dayyan lembut. Dia takut memandangkan ini puasa pertama mereka bersama sebagai suami isteri. “Apa kena puasa dengan kena duduk rumah mommy? Abang ada nak bawa perempuan lain masuk rumah ini waktu bulan puasa ke?” Nayla pandang Dayyan dengan riak curiga. “Hei! Tak baiklah fitnah abang macam tu.” Dayyan menjeling. “Habistu?” Nayla masih keliru. Bibir Dayyan mendekati telinga Nayla dan mula membisik. Serentak itu muka Nayla mula terasa hangat. Tangan Nayla mula naik dan mendarat kuat di bahu Dayyan. Pap! “Bulan puasa nanti orang pakai sopanlah. Kalau tergugat juga tu maknanya dia yang tak reti kawal nafsu.” “Sayang!” Nayla ketawa mengekek. Patutlah, itu yang dirisaukan sangat.
https://www.instagram.com/p/DSmx2UtEjTw/?igsh=MW44djY4dTZuNGl1ZQ== Boleh ke ig @areynaad.__
seperti yang dijanjikan nanti saya bagi link untuk free ebook tapi dekat ig tau heee🥹
hihi berhabuk dah kat sini🥹 saya cuba untuk comeback walaupun dunia penulisan sekarang ni semakin menakutkan untuk jiwa soft hearted saya ni
без подписи
без подписи
pasal ebook collab ni saya akan post beberapa bab kat wattpad jadi boleh baca dulu dan kalau menarik dan best, boleh beli nanti hihi❤️ thank you guys yang sudi support saya yang kentang ini🥹
без подписи
eksited tak? tolong laa eksitedddd🥹🫂 btw jangan lupa support saya dan kawan saya❤️ ini first collaboration saya🥰
без подписи
“Awak kena makan ubat ni, Nadra. Nanti batuk awak lagi teruk.” pujuk Malik dengan riak wajah yang risau. Belakang tubuh isterinya itu diusap dengan penuh kasih. Nadra hanya tersenyum sipu. Sisi wajah Malik yang berkedut itu diusap dengan sayang. Tua, berkedut tetapi masih jelas kehenseman lelaki itu dimatanya. “Abang suruh awak makan ubat, Nadra Alana. Bukan tengok muka abang lama-lama. Abang tahu abang masih hensem tapi Nadra kena tahu yang hensem abang ni cuma untuk awak seorang saja.” bebel Malik panjang lebar. Senyuman isterinya itu dibalas juga dengan senyuman lebar. “Nadra tengok lama-lama sebab Nadra rindu.” Nadra mula bersuara dengan nada yang bergetar. “Rindu nak tengok muka abang.” jari Nadra mencuit lembut puncak hidung Malik. “Rindu nak dengar suara abang.” kemudian jari Nadra turun mengusap bibir bawah Malik. “Nadra rindu nak peluk abang.” setitis demi setitis air mata Nadra mengalir. “Nadra sayang, abang ada dekat depan mata ni. Abang sentiasa ada dekat dengan Nadra.” tangan Nadra yang menyentuh lehernya itu dipegang dan digenggam erat. “Jadi untuk Nadra selalu ada dengan abang, Nadra kena makan ubat bagi cepat sihat.” Malik mencapai ubat berwarna putih yang berada di atas plastik putih. “Abang suap say—“ “Daddy.” Laju Malik menoleh memandang ke arah Noel yang berdiri tegak dihadapan ruang dapur. Tegang saja riak wajah anak lelakinya itu. “Daddy cakap dengan siapa?” soal Noel dengan nada yang bergetar. Dari tadi dia dengar suara Malik dan dia dah agak apa yang dilakukan oleh daddynya itu. Malik menoleh ke arah kiri di mana tempat Nadra berada tadi. Kosong! Kelibat Nadra langsung tidak dilihat dan kerusi juga tersusun kemas tanda tiada sesiapa yang duduk disebelahnya. Tangan Malik yang memegang ubat itu jatuh ke bawah. “Daddy.” kaki Noel melangkah mendekati Malik. “Daddy rindu mommy.” tubir mata Malik mula memanas. “Mommy pun cakap dia rindu daddy. Bila daddy boleh jumpa mommy?” soal Malik sayu. Noel tarik tubuh tua itu ke dalam pelukkan. Belakang tubuh daddynya yang bergetar itu diusap dengan lemah lembut. “Daddy kena kuat dengan Noel dan yang lain. Cukup dengan kematian mommy buatkan separuh jiwa kami hilang. Kalau daddy dah tak ada, kami tak tahu dengan siapa pula kami nak berkasih sayang, daddy.” pujuk Noel ditepi telinga Malik. “Tapi jiwa daddy kosong.” Noel pejam mata. Menahan air matanya yang ingin mengalir. “Kakak Nayla, Noel dan yang lain ada untuk isi kekosongan jiwa daddy. Daddy jangan risau, kami takkan tinggal daddy.” ujar Noel dengan nada yang tertahan. Noel tahu cinta daddy kepada mommy sangat kuat. Tak pernah sekali pun daddy tak sebut nama mommy selepas mommynya meninggal. Lagi-lagi apabila daddynya sedang berdoa. Tidak lekang nama mommy disebut. “Daddy sayang mommy.” “Noel tahu.” tubuh Malik yang semakin layu itu Noel peluk dengan erat. Tahulah dia yang daddy sudah terlena dek kepenatan. “Mommy pernah bagitahu Noel yang cinta dan sayang terakhir dia adalah daddy. Jadi daddy boleh hidup tenang dengan Noel sebab tak ada sesiapa boleh rebut hati mommy yang penuh dengan nama daddy.” bisik Noel dengan senyuman kecil. “She was so proud when she told everyone that you’re re her husband. You’re her lover.” Tidur dengan lena, daddy. Mimpi indah…
Hello .. salam 2 pagiii😴
без подписи
rasa tak best buat cerita sedih ii🫂
“Last time I really wanted to be your romeo, but sorry… not this time anymore.” -JULIET- Coming soon~
btw semoga hari-hari anda dibebasi oleh pemikiran yang stress, sekeliling yang toxic, kesulitan dalam membuat kerja. saya doakan semuanya sentiasa bahagia dan disekelilingi dengan manusia-manusia yang positif. sekeliling yang positif akan buatkan diri anda turut positif dan ceria🤍 selamat malam dan jumpa nanti bila ebook baru saya dah release dengan jayanya🥰 tak mahulah satu tahun, satu ebook🫂