tgindex
Badan Dakwah dan Rohani SSP

Badan Dakwah dan Rohani SSP

Статистика
Последний пост
17 мая
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
775
−2 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 207
20 постов
Вовлечённость
155,7%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 17 мая630123из mfarisrosli

    Bermula Maghrib nanti, bulan Zulhijjah akan kembali menerpa, membawa bersama musim keberkatan dan peluang merebut ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Maka sambutlah kehadirannya sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ melalui sabda Baginda: Daripada Ibnu Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah SWT dan lebih dicintai-Nya untuk dilakukan amalan padanya daripada hari-hari sepuluh ini (sepuluh hari awal Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya ucapan tahlil, takbir dan tahmid.” (Riwayat At-Tabarani dalam Al-Mu‘jam Al-Kabir) Oleh sebab itu, para ulama mewasiatkan agar kita memperbanyakkan zikir-zikir ini, menghidupkan lisan dengan kalimah-kalimah yang mengagungkan Allah, khususnya pada sepuluh hari terawal Zulhijjah yang dipenuhi kelebihan dan keberkatan. Janganlah kita biarkan hari-hari yang mulia ini berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan zikir, ibadah dan amal soleh. *Zikir ini dibaca 10x pada waktu pagi dan 10x pada waktu malam.

  • 9 мар.1 08294из drahmadsanusiazmi

    без подписи

  • 9 мар.88252из drahmadsanusiazmi

    Memohon Bantuan Kepada Allah ===== 1. Dalam apa sahaja kesulitan yang menimpa kita, jangan berputus asa untuk mengadu kepada Allah. Rasulullah pernah mengajarkan satu doa buat mereka yang ditimpa kesusahan. Al-Imam Ahmad meriwayatkan sabda Rasullah: مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حُزْنٌ فَقَالَ: “Tidaklah seseorang ditimpa kegelisahan atau kesedihan lalu dia berdoa dengan doa ini melainkan Allah memberikannya kelapangan.” 2. Lalu Rasulullah membacakan doa tersebut: اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي، “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba lelaki-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu; berlaku atasku ketentuan-Mu dan adil keputusan-Mu terhadapku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau menjadikan al-Qur’an sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku dan penghilang kegelisahanku.” 3. Para sahabat bertanya: فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَا نَتَعَلَّمُهَا؟ “Wahai Rasulullah, bukankah kami perlu mempelajari doa ini?” 4. Lantas Baginda menjawab: فَقَالَ: بَلَى، يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا. “Bahkan, sesiapa yang mendengarnya hendaklah mempelajarinya.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 18 февр.1 04277

    Assalamualaikum and warm greetings, This Ramadhan, the NextGenz Community will be organising our Ihya’ Ramadhan Project to bring joy and meaningful experiences to orphaned children in our community. Event Details: 📍 Venue: Masjid Munawarah, Shah Alam 📅 Date: 22 February 2026 👥 Total Volunteers: 50 people The program will provide: • Iftar Jamaie • Free health screenings • Rewang activity • Explorace activities We aim to benefit orphaned children, with a projected budget of RM 5000. We kindly invite you to contribute in any amount you are able. Every contribution, big or small, will help make this Ramadhan more meaningful for these children. Banking Details: Bank: Maybank Account Name: MySpaceVentures Account Number: 5627 8609 6048 Reference: IRP26 Thank you for your support. From the NextGenz Community (Siapa yang dah berkongsi rezeki boleh beri receipt awak di ig @nextgenz.community , 5 ringgit pun boleh tau rakan-rakan!)

  • 30 янв.1 033142

    *Perbanyakkan selawat di hari Jumaat* Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” _Riwayat al-Baihaqi (5995)_              Selawat atas nabi: اللهم صل على محمد وعلى ال محمد #JumaatPenghuluSegalaHari #JomGandakanSelawat #JomAmalSunahNabi #ILoveNabi

  • 25 дек.3 020158

    Assalamualaikum. Jemputan kepada semua warga SSP. Program Bacaan Yasin Mahabbah 8.00 mlm Khamis, 25/12/2025 Secara atas talian Kita mohon pada Allah : 1- Semua murid diberi ketenangan dan kemudahan seterusnya mencapai kejayaan. 2- Allah memberi kesembuhan kpd guru-guru dan keluarga yg diuji dgn Masalah kesihatan. 3- Semoga Allah melindungi semua warga SSP dari segala kemudaratan Dan Dari segala fitnah. ⭐️Link untuk ke Google Meet disertakan di bawah. Semua puteri diingatkan untuk menggunakan email moe. Berikut merupakan link google meet : https://meet.google.com/zdi-ngqk-uzt Terima Kasih💐

  • 17 нояб.1 36054

    без подписи

  • 17 нояб.1 22186

    Assalamualaikum muslimat😊pada hari ini ketua ppd sepang akan datang ke sekolah kita,mereka akan solat maghrib di musolla aisyah humaira’.Jadi kami ingin meminta semua muslimat untuk melakukan perkara seperti berikut: 🌸mengosongkan musolla sebelum pukul 6.00 petang kerana pihak badar akan mengemas musolla sebagai persediaan untuk menerima tetamu. 🌸meletakkan bag telekung di rak selepas selesai menunaikan solat asar. 🌸sekiranya muslimat membawa naik bag ke musolla pada waktu maghrib,muslimat hendaklah menyusun bag di koridor masing-masing dengan kemas dan teratur. Kami berharap semua muslimat dapat memberikan kerjasama.Terima kasih😊

  • 1 нояб.1 244263

    Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ﷺ mengangkat kepala dari ruku’ dan mengucapkan: “Sami’allahu liman hamidah”, seorang sahabat di belakang Baginda membaca: “Rabbana wa laka al-hamdu, hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi.” (Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, pujian yang banyak, yang baik dan penuh keberkatan.) Selepas solat, Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku melihat lebih dari 30 malaikat berebut untuk mencatat pahala bagi kalimat itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 🌸 Subhanallah! Lihatlah betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang memuji Allah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. ✨Jadi, mari kita sama-sama mengamalkan zikir ini setiap kali bangun dari ruku’, agar kita juga tergolong dalam kalangan yang direbut oleh para malaikat untuk dicatat amalannya.

  • 26 окт.1 2405616

    Islam tidak pernah menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Apa yang sering dinamakan “couple” sebenarnya membuka pintu kepada maksiat dan dosa yang boleh merosakkan hati serta maruah diri. Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’, 17:32) Rasulullah SAW juga bersabda: “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tirmizi) ⚠️ Ingatlah, menjaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) bukan tanda kolot — tetapi tanda taat. Ia benteng untuk menjaga kehormatan dan kesucian hati. ✨ Cintailah Allah dahulu, sebelum mencintai manusia. Bila tiba masanya, cinta yang halal akan datang dengan cara yang diredhai-Nya.

  • 24 окт.1 0736

    без подписи

  • 24 окт.1 0947

    без подписи

  • 24 окт.1 0707

    Assalamualaikum wbt, perhatian kepada mana-mana puteri yang meninggalkan barang-barang berikut di Musolla Aishah Humaira’. Sila tuntut barang tersebut sebelum 1/11/2025. Jika tidak barang anda akan dilupuskan

  • Assalamualaikum wbt, Muslimat, Akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan kita kurang sihat dan dijangkiti influenza. Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini agar dijauhi wabak penyakit. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang penyakit dan memberikan kesembuhan kepada yang sedang diuji. 🌸 -Badan Dakwah dan Rohani 💫

  • Assalamualaikum wbt, semua puteri diingatkan untuk menyertai Yasin Mahabbah pada malam ini.

  • Assalamualaikum wbt,  Kami pihak BADAR akan menganjurkan bacaan yasin mahabbah pada malam ini (18 September) pada pukul 8.00 malam secara atas talian melalui google meet.  ⭐️Semua puteri SSP dijemput hadir termasuk puteri yang makzurah kerana pihak BADAR akan membuat perkongsian.  ⭐️Link untuk ke Google Meet disertakan di bawah. Semua puteri diingatkan untuk menggunakan email moe. Berikut merupakan link google meet mengikut tingkatan: Tingkatan 1: https://meet.google.com/koh-xpfz-qhf Tingkatan 2: https://meet.google.com/sxh-jbyk-hct Tingkatan 3: https://meet.google.com/zxh-esgc-rrz Tingkatan 4: https://meet.google.com/fsa-meze-zqs Tingkatan 5: https://meet.google.com/poz-yfja-tny

  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab: 21) Muslimat semua ingat tak hari ni kenapa kita cuti?🤩 Betul! Kita cuti sempena Maulidur Rasul. Jadi sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW ni muslimat, mari kita sama-sama memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak baginda, mengamalkan sunnah baginda serta menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah dalam kehidupan seharian. 🤍“Mencintai Rasulullah SAW tanda hati yang hidup.” “اللّهم صلّي على محمّد وعلى آل محمّد” -Badan Dakwah dan Rohani 2025

  • Assalamualaikum muslimat ⭐️,,,tengah buat apa tu? Tengah visit ke tu? Ke outing 🤩🤩 ? Alang-alang tu belanja la sikit Ma&Pa yang datang melawat kita tu,,, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan olehNya dan dimurahkan rezeki 😁👍

  • 6 июл. 2025 г.1 07043из drahmadsanusiazmi

    Belanja Keluarga Pada Hari Asyura ======= 1. Esok merupakan Hari Asyura. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan: مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَى أَهْلِهِ طُولَ سَنَتِهِ “Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis) 2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir: قَالَ جَابِرٌ: جَرَّبْته أَرْبَعِينَ عَامًا فَلَمْ يَتَخَلَّفْ “Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar) 3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan: يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها “Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil) 4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan: وَيُسَنُّ التَّوْسِعَةُ عَلَى الْعِيَالِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ؛ لِيُوَسِّعَ اللهُ عَلَيْهِ السَّنَةَ كُلَّهَا كَمَا فِي الْحَدِيثِ الْحَسَنِ “Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj) 5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan: قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ: قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إلَّا خَيْرًا “Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’) 6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini. 7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 6 июл. 2025 г.78333из drahmadsanusiazmi

    без подписи