tgindex
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗 https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
6
Всего постов
31
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Видео
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
451
+1 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
51
31 постов
Вовлечённость
11,3%
к подписчикам
Постов в день
0,9
всего 31
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
19
1/48двое суток
21
1/72трое суток
23

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Khatib hari ini, Prof. Dato’ Dr. Aznan Hasan, dalam khutbahnya mengajar satu doa yang ringkas, ini di luar daripada teks khutbah. Sentiasalah berdoa mendidik hati: اللَّهُمَّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶𝘮𝘮𝘢 𝘲𝘢𝘯𝘯𝘪‘𝘯ī 𝘣𝘪𝘮ā 𝘳𝘢𝘻𝘢𝘲𝘵𝘢𝘯ī “𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘳𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶.” Doanya pendek, tetapi sangat penting. Kerana di zaman ini, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati. Sifat merasa cukup, atau qanaah, penting agar hati kita tidak sampai ke tahap sanggup menolak yang halal semata-mata untuk mendapatkan yang haram. Kebetulan tajuk khutbah hari ini pun berkaitan rasuah. Qanaah mengajar kita supaya dunia berada di tangan, bukan di hati. Satu lagi petikan yang disampaikan di luar teks khutbah ialah ungkapan yang masyhur daripada Umar bin ‘Abdul Aziz: رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً عَرَفَ قَدْرَهُ “𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘯𝘺𝘢.” Rupanya ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini. Umar bin ‘Abdul Aziz mendapat tahu anaknya membeli batu cincin yang bernilai 1,000 dirham. Kelihatan bermewah. Beliau memintanya menjual batu tersebut dan menyedekahkan wangnya. Kemudian beliau menyuruh anaknya membeli batu cincin yang murah dan mengukir padanya: رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً عَرَفَ قَدْرَهُ Kisah ini ada dinukilkan oleh Abu Nu‘aym dalam Hilyat al-Awliya’. Moralnya sederhana, tetapi mendalam: Kenalilah nilai diri dan hiduplah sesuai dengan kemampuan serta kedudukan kita. Yang kita perlukan bukanlah lebih banyak harta, tetapi hati yang lebih pandai merasa cukup. Kerana tidak semua yang kita mampu miliki, perlu kita miliki. Sumber : fb Ezry Fahmy Jum follow t.me/basyeer247

  • 3)Punca manusia tidak beriman kepada Allah atau bersifat munafiq ialah mereka tidak mentadabbur ayat - ayat Allah. 4)Rasul adalah salah satu daripada sunnatullah yang Allah telah utuskan kepada umat-umat terdahulu oleh itu kedatangan Rasulullah bukanlah satu perkara yang baru yang perlu diingkari. Ayat 69 ————- 1)Sifat manusia tidak suka kepada kebenaran dan ia akan menolaknya walaupun datang daripada orang yang paling dikenali dan dipercayainya. 2)Sesiapa yang mengingkari sunnah-sunnah Nabi maka dia menyerupai orang-orang musyrikin. Ayat 70 ———— 1)Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang menuduh orang membawa kebaikkan adalah gila. 2)Allah tidak akan menghukum manusia sehinggalah kebenaran telah sampai kepada mereka dan mereka menolaknya. Sumber : Grup GAD Tadabbur N9 Jum follow t.me/basyeer247

  • وَإِنَّهُۥ لَذِكۡرٞ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَۖ وَسَوۡفَ تُسۡـَٔلُونَ Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). Dalam hadis menyebut. - Bersuci daripada hadas dan bersih jiwa separuh daripada iman. - Memuji Allah ( zikir )memenuhi timbangan. - Kita susah nak ucap Alhamdulillah sebab hati tidak bersih. - Zikir Subahanallah Alhamdulillah memenuhi seluas langit dan bumi. - Solat adalah cahaya, siapa yang tidak solat dia berada didalam kegelapan. - Sedekah bukti keimanan. - Sabar adalah cahaya yang menyejukkan ketika panas. - Sabar lebih penting daripada solat sebab tanpa sabar tidak mungkin ada 5 rukun islam. - Al Quran hujjah sama ada membantu atau mendakwa kita ke neraka. - Setiap pagi kita semua akan keluar rumah sama ada untuk menjualnya diri untuk Allah atau menjual nafsunya kerana dunia dan dia akan membinasakan nafsunya. ================== Al-Mu'minun 23:72 أَمۡ تَسۡـَٔلُهُمۡ خَرۡجٗا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيۡرٞۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٰزِقِينَ Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. Tadabbur Ayat ⬇️ Sambungan soalan yang Allah tanya kepada Nabi, apa sebab orang musyrikin Mekah tidak beriman.. - Adakah sebab mereka tidak tadabbur Al Quran atau - Yang datang kepada mereka benda baru atau - Yang datang kepada mereka, mereka tidak kenal atau - Nabi meminta upah ..? Orang musyrikin kenal Nabi tetapi bila Nabi bawa kebenaran mereka tolak cara dengan menuduh Nabi gila. - Salah pendakwah jika berdakwah dengan cara minta upah dan orang tolak. - Orang musyrikin tolak dakwah menandakan mereka sangat teruk. - Jangan minta upah bila berdakwah sehingga orang ada alasan untuk menolak. - Dakwah adalah kewajipan seperti mana kita solat dan tidak patut minta upah supaya dakwah sampai kepada semua orang termasuk kepada orang miskin. - Allah akan bagi upah yang terbaik kepada pendakwah. Kaitan surah As Syu’ara’ 26: ayat 109 - Kisah Nabi Nuh berdakwah dan dipulau oleh kaumnya tanpa meminta upah. - Kita lebih takut tak boleh makan sebab itu kita tak berdakwah daripada takut dosa tidak berdakwah. - Sekarang dakwah tidak tersebar luas sebab ramai yang tak nak berdakwah dengan alasan ‘aku nak makan apa ‘ sebbab tidak ada upah. وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Berdakwah tanpa mengambil upah lebih berkesan kepada mad’u sebab keikhlasan. Sambungan ayat tadabbur ⬇️ Mesej pendakwah ikut para Nabi yang tidak mengambil upah dan tidak ada alasan untuk menolak dalam surah Ya Sin 36:20 - 21. - Siapa sahaja yang ada ilmu kena berdakwah. - Berdakwah dan belajar kena segera. - Mesej dakwah kena jelas ajak ikut Nabi. - Sifat utama Rasul ikhlas tidak minta upah. وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ  Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". Sambungan ayat tadabbur ⬇️ Sentiasa berdakwah Ajak orang kepada jalan yang lurus. ========================= PENGAJARAN AYAT LEPAS. Ayat 68 ———— 1)Allah mencela orang-orang musyrikin yang tidak mentadabbur Al Quran dan beramal dengannya, maka celaan itu lebih patut dikenakan kepada orang yang mengaku beriman. 2)Sesiapa yang tidak memahami kata - kata Pencipta dan Tuhannya, maka dia tidak layak untuk memahami kata-kata manusia.

  • Nota Tadabbur Surah Al Mu’minun 23 : 71 - 72 Selasa 11 Ogos 2026 Ust. Abdul Muein. BILA KEBENARAN MENGIKUT HAWA NAFSU Ayat lepas setelah Allah memberitahu bukti-bukti kebenaran Al Quran dan Nabi Muhammad, tetapi mereka tetap menolak dengan berbagai-bagai alasan seolah mereka nak agama yang diturunkan oleh Allah selari dengan nafsu mereka. Al-Mu'minun 23:71 وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِذِكۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Tadabbur Ayat ⬇️ Makna Al Haq - Allah - Kebenaran - Al Quran. Jika Allah / kebenaran/ Al Quran mengikut hawa nafsu manusia semuanya akan hancur termasuk bumi dan langit sebab nafsu manusia berbagai-bagai dan nafsu sentiasa menyuruh kepada kejahatan. Kaitan ayat Surah Al Baqarah ayat 120 - 122 - Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada Nabi sehingga Nabi ikut agama mereka. - Petunjuk yang sebenar ialah petunjuk Allah. - Wali ialah yang mengurus, Nasir mengelakkan musibah. - Selain petunjuk daripada Al Quran dan sunnah semuanya hawa nafsu termasuk bidaah. وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ  Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Surah Al Anbiya ayat 22 - Maha Suci Allah daripada apa yang orang musyrikin sifatkan iaitu Allah ada lebih daripada satu. لَوۡ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. Musyrikin Mekah tahu hanya Allah tempat meminta pertolongan tetapi mereka tidak tahu Tuhan hanya satu sebab tuhan mereka banyak. Sambungan ayat tadabbur ⬇️ Maksud zikri. i) peringatan ii) Kemuliaan. - Fungsi Al Quran memberi peringatan dan kemuliaan. - Allah hanya satu dan kebenaran tidak boleh mengikut hawa nafsu. - Siapa yang ambil Al Quran dia pasti mulia. - Apa dan siapa sahaja yang ada kaitan dengan Al Quran semua akan menjadi mulia. - Nak mulia jangan tinggal Al Quran sebab sebaik-baik kamu ialah yang belajar dan mengajar Al Quran. Manusia paling rugi yang tak nak kemuliaan. Kaitan ayat surah Az Zukhruf ayat 43 : Ayat 43 - 44 - Allah perintah Nabi pegang wahyu, kita lagi kena pegang. - Selagi tidak berpegang dengan wahyu atau Al Quran kita bukan berada diatas jalan yang lurus ( dalam surah Al Fatihah ) - Nabi dan umatnya tidak akan jadi terbaik jika tidak ada Al Quran. - Kita akan ditanya tentang Al Quran sama ada kita baca,faham, beramal dan sampaikan atau tidak. فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِيٓ أُوحِيَ إِلَيۡكَۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

  • Pesan Ustaz Adi Hidayat. Selepas bertahajud dan stighfar amalkan doa ini Selepas kita beristighfar kepada Allah, tahan dulu doa-doa permintaan yang lain. Dahulukan satu perkara ini: “Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu.” Seolah-olah kita sedang berkata: “Ya Allah, sebelum aku meminta apa-apa daripada-Mu, aku mohon satu perkara yang paling utama, jangan Engkau murka kepadaku. Jadikan aku dalam keredaan-Mu.” Kerana apabila Allah reda kepada kita, bukankah itu jauh lebih besar daripada apa sahaja yang kita minta? Kita mungkin datang kepada Allah dengan banyak permintaan: “Ya Allah, sembuhkan aku.” “Ya Allah, murahkan rezekiku.” “Ya Allah, permudahkan urusanku.” “Ya Allah, berikan aku apa yang aku inginkan.” Tetapi sebelum semua itu… Mintalah Allah reda kepada kita. Kerana apa gunanya kita mendapatkan apa yang kita mahu, tetapi jauh daripada reda Allah? Maka selepas istighfar, cuba jadikan doa ini antara doa yang kita dahulukan: “Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu.” Kemudian barulah kita teruskan dengan segala doa dan hajat yang kita perlukan. Moga Allah mengampuni dosa kita, meredai kita dan menjadikan setiap doa yang kita panjatkan dekat dengan rahmat-Nya. Aamiin. #DrAzuraHashim Sumber : fb Azura Hashim Jum follow t.me/basyeer247

  • без подписи

  • 5 авг.54из berbaginasihat1

    Allah tidak akan pernah melupakan kebaikan yang telah engkau lakukan, kesusahan yang telah engkau bantu ringankan, dan mata yang hampir menangis lalu engkau buat bahagia. Jalani hidupmu dengan prinsip: “Jadilah orang yang berbuat baik, meskipun engkau tidak mendapatkan balasan kebaikan.”

  • 5 авг.43из berbaginasihat1

    “Setiap kali hatimu melemah, kuatkanlah ia dengan Al-Qur'an.” 🌱🌧️

  • 30 июл.651из berbaginasihat1

    Banyak Nikmat yang Kau Sebut Beban Padahal Itu Karunia "Berhentilah mengeluh sebelum Allah mencabut nikmat itu.." (Repost) 🌧🍃

  • Kerana orang yang paling tenang bukanlah orang yang memiliki segala-galanya. Tetapi orang yang tahu... Bila perlu berusaha... Dan bila perlu menyerahkan semuanya kepada Allah. Mungkin itulah sebabnya Allah menjadikan Maghrib begitu indah. Setiap hari, tanpa jemu... Allah sedang mengajar kita satu pelajaran yang sama. Segala yang zahir akan menghilang. Hanya Allah yang kekal. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah Al - Banjari Jum follow t.me/basyeer247

  • Maghrib: Saat Allah Mengajar Kita Erti Melepaskan Setiap hari... Kita melihat matahari terbenam. Tetapi jarang kita bertanya... Apakah yang Allah sedang ajarkan kepada jiwa kita melalui Maghrib? Pagi mengajar kita memulakan. Tengah hari mengajar kita bertahan. Tetapi Maghrib... Mengajar kita melepaskan. Apabila diteliti akar perkataan غرب (gharaba), ia membawa makna sesuatu yang menghilang, menjauh atau tersembunyi daripada pandangan. Matahari tidak musnah ketika Maghrib. Ia hanya hilang daripada pandangan kita. Begitulah juga kehidupan. Banyak perkara yang kita sangka hilang... Sebenarnya hanya berpindah daripada alam yang kita lihat kepada alam yang kita tidak nampak. Maghrib ialah terapi psikologi untuk melepaskan Dalam psikologi moden, antara punca terbesar tekanan ialah ketidakmampuan melepaskan. Kita membawa pulang tekanan pejabat ke rumah. Membawa kegagalan semalam ke hari ini. Membawa kata-kata manusia ke dalam hati. Kita memegang semuanya... Sehingga jiwa menjadi letih. Tetapi setiap petang... Allah memperlihatkan satu pelajaran. Matahari yang begitu gagah menyinari bumi sepanjang hari... Akhirnya "menghilangkan dirinya". Ia tidak mempertahankan siang. Ia tidak melawan malam. Ia menerima sunnatullah. Begitulah jiwa yang matang. Dia tahu bahawa tidak semua perkara perlu dipegang selama-lamanya. Ada waktu untuk berusaha. Ada waktu untuk berhenti. Ada waktu untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah. Solat Maghrib ialah titik peralihan jiwa Mengapa Allah mensyariatkan solat tepat ketika cahaya mula menghilang? Kerana manusia juga memerlukan peralihan psikologi. Sepanjang siang... Otak berada dalam keadaan menyelesaikan masalah. Membuat keputusan. Berunding. Bersaing. Mengejar sasaran. Jika keadaan ini berterusan tanpa henti... Minda akan mengalami keletihan mental (mental fatigue). Sebab itu waktu Maghrib menjadi isyarat untuk memperlahankan rentak kehidupan. Apabila azan berkumandang... Allah seakan-akan berkata, "Cukuplah urusan dunia untuk hari ini." "Pulanglah sebentar kepada-Ku." Inilah keindahan Islam. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan agama. Ia juga menyusun semula ritma kehidupan manusia. Maghrib mengingatkan kita tentang kefanaan Ada satu hakikat yang kita sering lupa. Suatu hari nanti... Kita juga akan "terbenam". Sebagaimana matahari menghilang dari pandangan... Begitulah jasad kita akan hilang daripada dunia. Rumah akan ditinggalkan. Jawatan akan dilepaskan. Harta akan diwariskan. Yang tinggal hanyalah amal. Mungkin sebab itu Nabi SAW menggalakkan kita segera menunaikan solat apabila masuk waktunya. Kerana setiap kali Maghrib tiba... Allah sedang mengingatkan kita bahawa usia juga sedang tenggelam sedikit demi sedikit. Mengapa waktu Maghrib terasa begitu tenang? Sains menjelaskan bahawa menjelang waktu senja, tubuh manusia mula mengalami perubahan biologi sebagai persediaan untuk berehat. Cahaya yang semakin berkurang memberi isyarat kepada otak untuk memulakan proses malam, termasuk peningkatan pengeluaran melatonin, hormon yang membantu mengawal ritma tidur. Pada masa yang sama, peralihan daripada cahaya terang kepada suasana yang lebih redup turut memberi kesan kepada emosi dan tahap kewaspadaan. Islam tidak memisahkan perubahan biologi ini daripada ibadah. Ketika tubuh sedang bersedia memasuki fasa malam... Allah memanggil kita berdiri menghadap-Nya. Seolah-olah Allah menyelaraskan ritma alam, ritma tubuh dan ritma jiwa pada waktu yang sama. Apa yang patut "terbenam" ketika Maghrib? Mungkin bukan sekadar matahari. Tetapi... Biarlah kemarahan turut terbenam. Biarlah dendam turut terbenam. Biarlah kesombongan turut terbenam. Biarlah keresahan turut terbenam. Dan biarlah hati kembali muncul... Dalam keadaan yang lebih dekat kepada Allah. Akhirnya saya memahami... Maghrib bukan sekadar penamat siang. Ia adalah latihan harian untuk belajar melepaskan. Melepaskan apa yang tidak mampu kita kawal. Melepaskan apa yang sudah berlalu. Melepaskan pergantungan kepada dunia.

  • @basyeer247

  • BESAR ATAU KECIL, BUKAN ITU YANG ALLAH LIHAT Ada satu perkara yang semakin saya sedar apabila membaca al-Quran. Kita selalu berbicara tentang saiz amalan. Sebaliknya, jarang berbicara tentang keadaan hati ketika amalan itu dilakukan. Mungkin sebab itu kita sering tertipu. Kita melihat amalan dengan mata. Tetapi Allah menilai amalan melalui hati. Sebab itu ada orang yang solat bertahun-tahun, tetapi masih sombong. Ada orang yang bersedekah berjuta-juta, tetapi masih gelisah apabila tidak dipuji. Dan ada orang yang melakukan satu amalan yang sangat kecil, namun ia menjadi penyelamatnya di hadapan Allah. Mengapa? Kerana Allah tidak hanya melihat apa yang kita lakukan. Allah juga melihat siapa diri kita ketika melakukannya. Ada satu perkara yang sangat menyentuh hati. Iaitu beza antara ikhlas dan sidq. Ikhlas bermaksud kita membersihkan amalan daripada mengharap pandangan manusia. Tetapi sidq lebih dalam daripada itu. Ia ialah membersihkan hati daripada rasa kagum terhadap diri sendiri. Ini sangat halus. Kadang-kadang kita tidak mengharapkan pujian orang. Tetapi dalam diam kita mula berkata kepada diri sendiri, "Aku sudah banyak berkorban." "Aku sudah banyak berbuat baik." "Aku lebih baik daripada orang lain." Di sinilah muncul penyakit yang sangat sukar dikesan. Bukan riya' kepada manusia. Tetapi rasa kagum terhadap diri sendiri. Dari sudut psikologi, keadaan ini hampir sama dengan apa yang dipanggil self-serving bias. Otak manusia mudah membina naratif bahawa kejayaan datang kerana dirinya, lalu secara perlahan-lahan dia mula membesar-besarkan sumbangannya sendiri. Tanpa disedari, amal yang sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah menjadi sebab hati semakin memandang dirinya. Sebab itu saya sangat tertarik dengan firman Allah ketika menceritakan Bai'at al-Ridwan. Allah berfirman bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Seolah-olah kita diajar satu prinsip. Hati mendahului amalan. Amalan hanyalah bayang kepada apa yang ada di dalam hati. Semakin saya fikir, semakin saya sedar... Kita terlalu sibuk mengurus "portfolio amal". Kita menghitung berapa kali khatam al-Quran. Berapa rakaat solat sunat. Berapa jumlah sedekah. Tetapi kita jarang bertanya, "Bagaimana keadaan hati aku ketika melakukan semua itu?" Mungkin sebab itu Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar hati diteguhkan. Kerana hati berubah lebih pantas daripada amalan. Amalan boleh nampak sama. Tetapi hati boleh berubah dalam sekelip mata. Akhirnya saya mengambil satu pelajaran yang sangat besar. Jangan terlalu kagum dengan amalan yang besar. Dan jangan sekali-kali meremehkan amalan yang kecil. Kerana yang membesarkan sesuatu amalan bukan tangan yang melakukannya. Tetapi hati yang menggerakkannya. Mudah-mudahan setiap hari Allah menghadiahkan kepada kita satu detik yang benar-benar ikhlas. Satu detik yang mungkin tidak diketahui oleh sesiapa. Tetapi cukup untuk dikenali oleh Allah. Kerana boleh jadi... Bukan amalan yang paling banyak menjadi penyelamat kita. Tetapi amalan yang paling jujur. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah al Banjari Jum follow t.me/basyeer247

  • @basyeer247

  • Zikir yang Memenuhi Hajat Kita Hidup kita penuh dengan liku. Liku itu perlu kita tempuh dengan jiwa yang tekal bukan hanya mengalah. Ibaratnya, jadilah jiwa yang sadiq. Tidak melarikan diri daripada mahkamah tetapi berlari di jalanan. Itu jiwa pemberani. Ada satu athar riwayat Ummu Darda’ yang dipelajari daripada suaminya Abu Darda’ r.a. مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى “Sesiapa yang membawa di waktu pagi dan petang, حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ “Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia ialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ كَاذِبًا “Sebanyak tujuh kali, nescaya Allah akan mencukupkan baginya segala perkara yang meresahkannya, sama ada dia mengucapkannya dengan penuh keikhlasan atau tidak (sekadar bacaan lisan).” Rujukan: Sunan Abi Dawud, no. 5081 Kata pengarang Aun al-Mabud, فَاللَّهُ تَعَالَى يُنْجِيهِ مِنَ التَّعَبِ وَالْكَرْبِ وَالْهَمِّ بِبَرَكَةِ هَذِهِ الْكَلِمَاتِ “Maka Allah Taala akan menyelamatkannya daripada kelelahan, kebuntuan dan keresahan dengan berkat zikir ini.” Jadi apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita mengamalkannya. Sumber : fb Dzulkhairi Khairi Jum follow t.me/basyeer247

  • SPAIN BUKTIKAN BAHAWA “SISTEM MENGANGKAT BINTANG”, BUKAN SEBALIKNYA Naratif awal final ialah Messi melawan Lamine Yamal iaitu legenda berusia 39 tahun melawan pewaris yang “dimandikan” berusia 19 tahun. Tetapi final tidak ditentukan oleh salah seorang daripada mereka. Akhirnya ia ditentukan oleh Rodri, Porro, Nico Williams, Ferran Torres, tekanan kolektif dan disiplin posisi. Itulah kesempurnaan Spain. Mereka mempunyai bintang, tetapi tidak meminta sistem berlutut kepada bintang. Bahkan Rodri akhirnya boleh digantikan oleh Zubimendi tanpa menyebabkan pasukan kehilangan bentuk. Sebagaimana terserlah ketika melawan Mesir dan England, Argentina memang pakar dalam mencipta “comeback”, tetapi Spain lebih mahir menghapuskan keadaan yang membolehkan kebangkitan berlaku. Argentina pula terlalu bergantung kepada Messi sebagai pusat kreativiti. Apabila Spain menutup saluran kepadanya, serangan Argentina hampir terputus sepenuhnya. Terhadap France, Spain tidak memberi Mbappé ruang untuk berlari dalam situasi transisi. Terhadap Argentina, prinsipnya sama tetapi sasarannya berbeza. Spain menutup lorong hantaran kepada Messi. Messi hanya mendapat 54 sentuhan dalam perlawanan yang berlangsung lebih 120 minit. Spain tidak perlu “mengalahkan Messi” setiap kali dia menerima bola. Mereka memastikan dia jarang menerima bola dalam keadaan berbahaya. Lalu kita belajar sesuatu. Jangan hanya menyerang individu yang menjadi ancaman. Fahami dan putuskan sistem yang menyokong individu tersebut. Luis De la Fuente tidak perlu menjadi tokoh dramatik di tepi padang. Kepimpinannya terlihat melalui ketenangan dan kesediaan membina sistem sehingga pemain simpanan pun bersedia menjadi penyelesai. Tidak tepat mengatakan Spain menang hanya kerana Argentina bermain dengan sepuluh orang. Sebelum kad merah lagi, Spain sudah mendominasi bola, wilayah dan peluang, sedangkan Argentina belum melakukan satu percubaan pun. Jika Spain itu mahu dilihat menawarkan sesuatu ibrah kepada misi pembebasan tanah Zaitun, ibrahnya umat tidak boleh bergantung pada ledakan emosi besar-besaran atau seorang tokoh penyelamat diturunkan dari langit. Ia mesti menjadi bunyān marṣūṣ iaitu gerakan tersusun yang istiqamah, setiap pihak mengetahui peranannya. Abu Muhtadi & Farahi Paradigma Ibrah 20 Julai 1982-2026 😂 Sumber : fb Syaari Ab Rahman Jum follow t.me/basyeer247

  • 19 июл.721из usaidsubkisharing

    Di bawah ini saya nukilkan semula beberapa dapatan saya daripada perkongsian syeikh Saeed al-Kamali semasa kedatangan beliau ke Malaysia sebelum ini untuk manfaat kita bersama: 1. Peringatan tentang kesungguhan menuntut ilmu https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223070251087079 2. Kisah yang menusuk jiwa dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223085339104270 3. Bait syair yang merangkumkan 7 orang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048398420776 4. Kisah unta yang meruntun hati dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223077772675114 5. Bagaimana kehidupan Rasulullah SAW bersama-sama dengan orang di sekelilingnya: https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223049582690382 6. Hadis lembah emas https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223054107003487 7. Al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223071080387811 8. Kupasan hadis niat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223047103108394 9. Maksud perkataan Ghabuq https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048046211971 10. Nisbah al-Namari https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223075535739192 11. Kesalahan membaca ayat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223046818581281 Moga-moga ada manfaatnya.

  • Amalkan doa ini 🤲 @basyeer247

  • 18 июл.70из berbaginasihat1

    Lihatlah tubuh ini.. Jutaan pembuluh darah membentang dari kepala hingga ujung kaki. Setiap detik, darah mengalir tanpa pernah kita perintahkan. Jantung berdetak tanpa kita ingatkan. Oksigen diantarkan ke setiap sel dengan ketepatan yang tak pernah meleset. Begitu rumit penciptaan manusia, namun semuanya bekerja dalam harmoni atas izin Allah. Sering kali kita mengagumi teknologi yang canggih, padahal tubuh kita sendiri adalah bukti kekuasaan Allah yang jauh lebih menakjubkan. Tak ada manusia yang mampu menciptakan satu tetes darah hidup, apalagi menyusun miliaran pembuluh yang saling terhubung dengan begitu sempurna. Maka, masihkah ada alasan untuk sombong? Msh kah ada keraguan bahwa kita memang punya pengatur dalam hidup? Ketika seluruh kehidupan kita bergantung pada sistem yang Allah jalankan setiap detiknya. "Dan pada dirimu sendiri, apakah kamu tidak memperhatikan?" (QS. Adz-Dzariyat: 21) Setiap kali melihat betapa luar biasanya tubuh yang Allah ciptakan, hati kita semakin yakin akan kebesaran-Nya. — repost

  • 18 июл.53из berbaginasihat1

    без подписи