- Последний пост
- 27 июл.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 57
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 56
- 1/48двое суток
- 64
- 1/72трое суток
- 69
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
EKSTREMIS ATAU NASIONALIS? Adakah seseorang yang lantang mempertahankan hak bangsa dan negara boleh terus dilabel sebagai ekstremis atau sebenarnya, beliau hanyalah seorang nasionalis yang berani menyuarakan pendirian? Dalam episod kali ini, SBP membawakan tetamu istimewa: 🎙️ Islah Wahyudi Zainudin Calon Bebas DUN Sri Tanjung (N33) Pilihan Raya Negeri Sembilan Beliau berkongsi mengenai asal usul nama Port Dickson yang sebenarnya adalah warisan penjajah dan siapa sebenarnya "Dickson" itu, isu Bahasa Melayu yang "dilacurkan", cabaran menjadi calon bebas dalam pilihanraya serta harapan dan visi beliau untuk rakyat Sri Tanjung, Negeri Sembilan. Tiada skrip. Tiada tapisan. Tiada soalan yang disembunyikan. Di SBP, kami percaya bahawa setiap pandangan wajar didengar supaya rakyat sendiri boleh membuat penilaian berdasarkan fakta, bukan persepsi. 📌 Tonton sekarang dan nilai sendiri. https://youtu.be/4MEiKpfSbvE?si=0LlLalVYZjcsb8VT 💬 Kongsikan pendapat anda di ruangan komen: Pada pandangan anda, di manakah garis pemisah antara seorang ekstremis dan seorang nasionalis? Jangan lupa: 🔔 Subscribe channel SBP 👍 Like 💬 Comment 📤 Share kepada rakan-rakan agar lebih ramai dapat mengikuti perbincangan yang matang dan berfakta. #SBPPodcast #SembangBudakPandai #CoachAizac #IslahWahyudi #SriTanjung #N33 #PRNNS #PolitikMalaysia #Nasionalisme #Ekstremisme #SuaraRakyat #Podcast #BicaraTerbuka #FaktaBukanAuta
Memohon Kebenaran Pindahmilik daripada pihak berkuasa negeri adalah proses penting sebelum anda boleh menjual hartanah kepada pembeli. Bagaimanakah caranya nak memohon Kebenaran Pindahmilik ini? Dengarkan perkongsian daripada Coach ya. https://youtu.be/Hvthb17bWkE?si=GHFnYoQTLPAXqqUw Jangan lupa SUBSCRIBE channel Coach Aizac dan kongsikan video ini kepada rakan anda. #Consent #KebenaranPindahmilik #CoachAizac #Peguam
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
CARA MEMOHON PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH Ramai yang ingin menggunakan simpanan KWSP untuk membeli rumah, tetapi tidak pasti bagaimana prosesnya. Berikut adalah langkah-langkah asas yang perlu anda ketahui: 1️⃣ Pilih rumah yang ingin dibeli ✔️ Rumah baharu atau rumah subsale. ✔️ Pastikan anda memenuhi syarat pembelian. 2️⃣ Tandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) ✔️ SPA perlu ditandatangani terlebih dahulu kerana ia merupakan antara dokumen utama yang diperlukan oleh KWSP. 3️⃣ Sediakan dokumen sokongan Antaranya: 📄 Salinan SPA. 📄 Kad Pengenalan. 📄 Surat Tawaran Pinjaman (jika membeli melalui pembiayaan bank). 📄 Maklumat akaun bank. 📄 Dokumen lain yang diminta oleh KWSP. 4️⃣ Hantar permohonan kepada KWSP ✔️ Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (e-Pengeluaran) atau di kaunter KWSP. 5️⃣ KWSP akan menyemak permohonan ✔️ KWSP akan memastikan permohonan memenuhi syarat serta mengira jumlah kelayakan pengeluaran mengikut formula yang ditetapkan. 6️⃣ Pengeluaran diluluskan ✔️ Jika permohonan berjaya, wang akan dibayar mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KWSP. ⚠️ Penting untuk diingat! Mempunyai simpanan yang banyak dalam Akaun 2 tidak semestinya bermaksud anda boleh mengeluarkan kesemua wang tersebut. Jumlah pengeluaran bergantung kepada syarat dan formula yang ditetapkan oleh KWSP. 💡 Tip daripada Peguam Hartanah: Sebelum menandatangani SPA atau membuat sebarang bayaran, semak dahulu kelayakan pengeluaran KWSP anda. Perancangan yang betul akan mengelakkan masalah di kemudian hari. Nota penting: Sebaiknya, pembeli menyemak kelayakan pinjaman dan membuat anggaran kelayakan pengeluaran KWSP terlebih dahulu sebelum menandatangani SPA, supaya mereka tahu sama ada dana yang diperlukan benar-benar mencukupi untuk melengkapkan transaksi. Ini dapat mengelakkan risiko pembeli gagal meneruskan pembelian akibat kekurangan dana. 📞 Perlukan khidmat nasihat berkaitan pembelian rumah, dokumentasi SPA atau pengeluaran KWSP? Hubungi Coach Aizac di 0126550685 untuk mendapatkan panduan yang tepat mengikut situasi anda. #HartanahDanAnda #PeguamHartanah #KWSP #PengeluaranKWSP #RumahPertama #BeliRumah #SPA #IlmuHartanah
BETUL KE KITA BOLEH KELUARKAN KESEMUA WANG DI AKAUN 2 KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH? Semalam, saya ditanyakan soalan ini oleh seorang bakal pembeli rumah pertama: "Coach, saya ada RM70,000 dalam Akaun 2 KWSP. Jadi saya boleh keluarkan semua duit itu untuk beli rumah berharga RM70,000 kan?" Ini antara soalan yang paling kerap saya terima daripada bakal pembeli rumah. Jawapan saya... Belum tentu boleh. Mari saya berikan satu contoh.. Ahmad (bukan nama sebenar) ingin membeli rumah pertamanya yang berharga RM70,000. ✅ Simpanan Akaun 2 KWSP Ahmad ada RM70,000 Ahmad menyangka dia boleh mengeluarkan kesemua RM70,000 daripada KWSP untuk membayar harga rumah. Tetapi apabila dia membuat permohonan, jumlah yang diluluskan tidak semestinya RM70,000. Kenapa? Kerana KWSP mempunyai formula pengiraan sendiri. Jumlah pengeluaran bergantung kepada beberapa faktor, antaranya: ✔️ Adakah pembelian dibuat secara tunai atau menggunakan pinjaman bank? ✔️ Berapakah jumlah pinjaman yang diluluskan? ✔️ Berapakah baki simpanan dalam Akaun 2? Sebagai contoh, jika Ahmad mendapat pinjaman bank 90%, dia mungkin hanya layak mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan KWSP, bukannya keseluruhan RM70,000. Sebab itulah, jangan sesekali membuat andaian berdasarkan baki Akaun 2 semata-mata. Sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) atau membayar wang pendahuluan, pastikan anda mengetahui berapa sebenarnya jumlah yang boleh dikeluarkan daripada KWSP. Sedikit perancangan di awal boleh mengelakkan masalah kewangan dan kelewatan dalam proses pembelian rumah. 📞 Jika anda ingin membeli rumah dan bercadang menggunakan simpanan KWSP, dapatkan nasihat terlebih dahulu. Setiap kes adalah berbeza, dan perancangan yang betul boleh menjadikan urusan pembelian rumah anda lebih lancar. #HartanahDanAnda #PeguamHartanah #KWSP #RumahPertama #BeliRumah #IlmuHartanah #SPA #PengeluaranKWSP
без подписи
PERANCANGAN PERWARISAN HARTA BUKAN BERMULA APABILA KITA TELAH TIADA Ramai menyangka urusan pusaka hanya perlu difikirkan selepas kematian berlaku. Hakikatnya, perancangan yang sebenar bermula ketika kita masih hidup. Luangkan sedikit masa untuk menyenaraikan dan merekodkan: 📌 Semua hutang dan komitmen kewangan 📌 Hartanah yang dimiliki 📌 Akaun bank dan simpanan 📌 Pelaburan, saham dan unit amanah 📌 Polisi takaful dan insurans 📌 Perniagaan serta aset-aset lain Simpan maklumat tersebut di tempat yang selamat dan pastikan waris atau individu yang dipercayai mengetahui kewujudannya. Selain itu, tinggalkan juga panduan ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan oleh waris selepas pemergian kita seperti: ✔️ Mendapatkan sijil kematian ✔️ Menuntut manfaat takaful ✔️ Menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak ✔️ Memulakan proses tuntutan pusaka dan pentadbiran harta Jangan biarkan keluarga yang sedang bersedih terpaksa berdepan pula dengan kesukaran mencari dokumen, mengesan aset atau menyelesaikan pertikaian. Perancangan yang baik hari ini adalah hadiah terakhir yang paling berharga untuk keluarga yang kita tinggalkan. ❤️ #PerancanganPerwarisanHarta #Wasiat #Hibah #Takaful #Pusaka #BijakMerancang #HartaDanAnda #AmanahUntukKeluarga #coachaizac #peguamhartanah
*"Jangan Tandatangan Power of Attorney (PA) Terlalu Mudah Dengan Pemaju Hartanah"* (Bahagian 2) Apa Yang Tuan Tanah WAJIB Buat Sebelum Tandatangan? 1. Semak Latar Belakang Pemaju Jangan hanya percaya brochure atau profile cantik dan janji manis Pemaju. Periksa dan buat "Due Diligence" untuk kenalpasti siapa sebenarnya Pemaju dan latarbelakang syarikat nya dengan melihat: - rekod projek terdahulu; - status kewangan syarikat; - litigasi mahkamah; - track record projek terbengkalai; - siapa director dan shareholder syarikat. 2. Pastikan JV Agreement Jelas Antara perkara penting: ✔️ Tempoh pembangunan ✔️ Formula pembahagian keuntungan ✔️ Siapa tanggung kos ✔️ Apa berlaku jika projek gagal ✔️ Hak penamatan agreement ✔️ Mekanisme audit akaun projek 3. Jangan Beri PA Terlalu Luas! Kuasa yang diberikan mestilah: - spesifik; - terhad kepada urusan pembangunan tanah sahaja; - mempunyai tempoh tertentu; - tidak memberi kuasa mutlak tanpa kawalan; - elakkan memberi kuasa kepada PA boleh menggadaikan tanah kepada pihak bank: - ada "exit clause" jika PA gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam tempoh yang diberikan. 4. Lantik Peguam anda sendiri untuk menjaga hak dan kepentingan anda. JANGAN percaya bulat-bulat apa yang Peguam Pemaju janjikan kepada anda. Nah, sekarang anda dah tahu apa yang sepatutnya anda buat? KONGSIKAN maklumat ini kepada orang lain supaya mereka juga dapat belajar sesuatu daripada posting ini. #POWEROFATTORNEY #SURATKUASA #PA #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
JANGAN TANDATANGAN POWER OF ATTORNEY (PA) TERLALU MUDAH DENGAN PEMAJU HARTANAH! (Bahagian 1) Ramai tuan tanah teruja apabila didatangi pemaju yang menawarkan projek “Joint Venture" (JV) untuk membangunkan tanah mereka menjadi projek perumahan, komersial atau industri. Nampak menarik kerana: ✅ Tuan tanah tidak perlu keluarkan modal besar ✅ Tanah boleh dimajukan ✅ Keuntungan boleh dikongsi bersama pemaju ✅ Nilai tanah meningkat berkali ganda Tetapi, hakikatnya di sebalik JV Agreement, biasanya akan ada satu lagi dokumen yang sangat penting dan berisiko tinggi: POWER OF ATTORNEY (PA) Ramai tandatangan PA tanpa benar-benar faham kesannya. Apa Itu Power of Attorney (PA)? Secara mudah, PA ialah dokumen yang memberi kuasa kepada pihak lain untuk bertindak bagi pihak pemilik tanah. Dalam projek JV hartanah, PA biasanya diberikan oleh tuan tanah kepada pemaju untuk: a) urus tukar syarat tanah; b) mohon kelulusan PBT; c) tandatangan dokumen berkaitan pembangunan; d) urus pinjaman projek; e) tandatangan SPA dengan pembeli unit rumah; e) berurusan dengan pejabat tanah dan agensi kerajaan. PA ini sangat penting untuk melancarkan pembangunan projek, tetapi… jika tidak dikawal dengan betul, PA boleh menjadi “senjata” yang memakan diri tuan tanah sendiri. Risiko Besar Kepada Tuan Tanah kerana: 1. Kuasa Terlalu Luas Ada PA yang memberi kuasa terlalu umum sehingga pemaju boleh mencagar tanah kepada bank, menandatangani dokumen tanpa pengetahuan tuan tanah dan membuat urusan yang melebihi skop JV. Tuan tanah akhirnya hilang kawalan terhadap tanah sendiri. 2. Tanah Digadai Kepada Bank Dalam banyak projek JV, pemaju akan menggunakan tanah tersebut sebagai “security” untuk mendapatkan pembiayaan projek. Jika projek gagal atau pemaju bermasalah, bank boleh mengambil tindakan terhadap tanah tersebut. Ini antara risiko paling besar yang ramai tuan tanah tidak sedar. 3. JV Gagal Tetapi PA Masih Berkuatkuasa Ada keadaan di mana projek perumahan sudah terbengkalai, tetapi PA masih belum dibatalkan. Akibatnya: ❌ Pemaju masih mempunyai kuasa ke atas tanah; ❌ Berlaku pertikaian undang-undang; ❌ Sukar untuk tuan tanah mendapatkan semula kawalan penuh. 4. Pemaju Menjual Hak Kepada Pihak Ketiga Sesetengah agreement membenarkan pemaju menyerahkan hak kepada syarikat lain tanpa kawalan jelas. Tiba-tiba tuan tanah berurusan dengan pihak yang tidak dikenali atau tidak mempunyai kemampuan kewangan yang baik. 5. Keuntungan Tidak Telus Jika mekanisme audit dan pemantauan tidak jelas, kos projek boleh dimanipulasi. Keuntungan bersih menjadi terlalu kecil dan tuan tanah sukar mengetahui angka sebenar projek. Kita sambung di bahagian 2 apa yang perlu dibuat oleh anda sebagai Tuan Tanah jika berminat nak JV dengan Pemaju tadi. #JVA #POWEROFATTORNEY #PEMAJU #TUANTANAH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH