Hanif Yahaya Circle
СтатистикаPapa Kepada Empat Cahaya Mata Penulis Nota Kewangan Penasihat Kewangan Diluluskan oleh BNM dan SC
- Последний пост
- 5 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 51
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 78
- 1/48двое суток
- 89
- 1/72трое суток
- 96
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
AmanahRaya Investment Management kini menyaman Serba Dinamik dan 12 pihak lain untuk mendapatkan semula pelaburannya dalam kertas komersial Islam. Pada Mei 2021, ARIM membayar RM95.77 juta untuk instrumen bernilai RM100 juta yang sepatutnya matang setahun kemudian. Masalahnya, Serba Dinamik kemudian gagal membayar hutang dan akhirnya masuk proses penggulungan. ARIM mendakwa beberapa maklumat penting tidak didedahkan sebelum pelaburan dibuat. Antaranya isu audit yang dibangkitkan KPMG serta serbuan Suruhanjaya Sekuriti. Kalau maklumat ini diketahui lebih awal, ARIM berkata mereka tidak akan membuat pelaburan tersebut. Pihak yang disaman pula menafikan salah laku. Ada yang berkata ARIM ialah pelabur berpengalaman dan sepatutnya membuat penilaian risiko sendiri. Agensi penarafan MARC pula menegaskan penarafan kredit hanyalah pandangan, bukannya jaminan pelaburan akan selamat. Kes ini beri satu pengajaran yang sangat mudah. Penarafan kredit yang baik, laporan profesional dan nama syarikat yang besar tidak bermaksud risiko sudah hilang. Pelabur tetap perlu semak aliran tunai, tahap hutang, isu audit dan kualiti tadbir urus. Pada pendapat korang, siapa patut memikul tanggungjawab paling besar dalam kes ini, syarikat, penasihat, juruaudit, agensi penarafan atau pelabur sendiri? #Kewangan #Pelaburan #SerbaDinamik #TadbirUrus #EkonomiMalaysia
без подписи
Malaysia baru menerbitkan sukuk bernilai 1.5 bilion dolar AS. Ini kali pertama negara kembali ke pasaran bon/sukuk dolar selepas lima tahun. Bahasa mudahnya, kerajaan mendapatkan dana daripada pelabur untuk projek termasuk infrastruktur dan membayar semula komitmen lama. Ini bukan duit percuma. Kerajaan tetap perlu menunaikan bayaran dan pulangan mengikut terma sukuk. So far, sambutan agak bagus. Permintaan mencecah 4.7 kali ganda jumlah yang ditawarkan. Ini menunjukkan pelabur global masih yakin pada ekonomi dan dasar Malaysia. Kenapa pembiayaan ini penting sekarang? Kos subsidi petrol dan diesel boleh naik kepada RM40 bilion tahun ini jika harga minyak kekal tinggi. Dalam Bajet 2026, kerajaan cuma menyediakan RM15 bilion. Maknanya ada jurang besar yang perlu ditampung, pada masa sasaran defisit fiskal juga makin tertekan. Ekonomi Malaysia memang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua, dibantu permintaan dalam negara, pelaburan semikonduktor dan kecerdasan buatan, serta eksport elektronik. Tapi pertumbuhan yang baik tidak bermaksud kerajaan boleh berbelanja tanpa had. Kesimpulannya, sambutan kuat terhadap sukuk ini berita baik kerana pelabur masih yakin kepada Malaysia. Namun pembiayaan tetap ada kos dan komitmen. Bajet seterusnya perlu bijak seimbangkan subsidi, pembangunan dan disiplin kewangan. Pada pendapat korang, patutkah subsidi bahan api terus dikekalkan secara luas atau lebih fokus kepada golongan yang betul betul memerlukan? #EkonomiMalaysia #SukukMalaysia #Bajet2027 #Kewangan
без подписи
pernah menjadi juara Asia dua kali tu akhirnya gagal mendapatkan lesen liga profesional dan menutup operasinya. Penipuan kewangan akan sentiasa berlaku. Baik pelabur kecil mahupun pelabur besar seperti KWAP, SoftBank dan sebagainya tetap terdedah kepada manipulasi kewangan. Sebagai pelabur, kita kena buat due diligence sendiri dan jangan bergantung sepenuhnya pada analisis orang lain. Yang paling penting, pastikan pelaburan sentiasa dipelbagaikan. Jangan terlalu yakin dengan analisis sendiri sehingga meletakkan semua wang dalam satu pelaburan. #Evergrande #eFishery #KWAP #PenipuanKewangan #CelikKewangan #PelaburanBijak
Minggu ni ramai tengah kecoh pasal eFishery, startup ternakan ikan dari Indonesia yang menipu pelabur menggunakan laporan kewangan palsu. KWAP kita pun terkena. KWAP melabur sekitar RM163.4 juta dalam syarikat tu dan sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang tersebut. Bekas CEO eFishery pula dah pun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun. Jumlah RM163.4 juta memang sangat besar. Namun, apabila kita tengok sejarah penipuan kewangan dunia, ada satu kes yang skalanya jauh lebih dahsyat, iaitu Evergrande. Syarikat dari China itu didapati telah melebihkan pendapatannya sebanyak sekitar USD78 bilion, bersamaan lebih kurang RM330 bilion, hanya bagi tempoh dua tahun. Peminat bola mesti kenal nama ni. Satu masa dulu, Guangzhou Evergrande ialah antara kelab paling gah di Asia. Paulinho main kat situ sebelum Barcelona beli dia dengan harga sekitar €40 juta. Robinho pun pernah sarung jersi mereka. Jackson Martínez pula dibeli dari Atlético Madrid dengan harga €42 juta, rekod perpindahan Asia pada waktu itu. Jurulatih mereka pun bukan calang-calang orang. Scolari yang pernah mengemudi Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 pun pernah menjadi jurulatih Guangzhou Evergrande. Soalannya, duit dari mana semua tu? Dari syarikat induknya, Evergrande Group, salah sebuah pemaju hartanah terbesar di China. Pengasasnya, Hui Ka Yan, pernah bergelar orang terkaya di China dengan kekayaan sekitar USD42 bilion. Rupanya empayar tu berkembang atas hutang yang sangat besar, prajualan rumah dan angka kewangan yang dimanipulasi. Model bisnes dia mudah je. Evergrande menjual rumah yang belum siap, mengutip deposit pembeli, menggunakan wang itu untuk membiayai projek, membayar pembekal, membeli tanah dan mendapatkan pinjaman tambahan. Lepas tu mereka lancarkan lagi projek baharu dan jual lagi rumah yang belum siap. Begitulah kitaran operasinya. Selagi harga rumah naik dan duit baharu terus masuk, semuanya nampak macam berjalan lancar. Sekarang bab paling penting. Macam mana angka tipu tu tercipta? Dalam perakaunan, ada satu prinsip asas yang dinamakan pengiktirafan pendapatan. Secara ringkas, syarikat tak boleh sesuka hati merekod semua wang yang diterima sebagai pendapatan. Untuk pemaju hartanah, cara pendapatan direkodkan bergantung pada kontrak, kemajuan projek dan bila kawalan rumah diserahkan kepada pembeli. Dalam kes Evergrande, regulator mendapati syarikat itu merekodkan pendapatan terlalu awal. Ada projek yang masih dalam pembinaan dan belum memenuhi syarat penyerahan, tetapi jualannya sudah dimasukkan ke dalam laporan kewangan sebagai pendapatan. Nampak macam benda kecil, kan? Cuma soal bila nak rekod je. Tapi dengan cara ni, syarikat yang sebenarnya sedang kekurangan tunai boleh nampak macam mempunyai banyak duit. Kejatuhan Evergrande bermula apabila kerajaan China mengetatkan syarat pinjaman pemaju pada tahun 2020. Evergrande mula sukar mendapatkan pinjaman baharu dan tak mampu membayar sebahagian hutangnya. Jumlah liabiliti syarikat melebihi USD300 bilion. Sekitar 1.6 juta pembeli dilaporkan masih menunggu rumah mereka disiapkan walaupun ramai dah membayar deposit dan masih menanggung ansuran pinjaman. Lepas tu, regulator China mula menyiasat mereka. Hasil siasatan mendapati Evergrande telah memanipulasi angka pendapatan sebanyak kira-kira USD78 bilion bagi tahun 2019 dan 2020 sahaja. Dalam ringgit, jumlahnya lebih RM330 bilion. Bagi tahun 2019, hampir separuh daripada pendapatan yang dilaporkan telah diiktiraf terlalu awal. Tahun 2020 lagi teruk, hampir 79 peratus. Maksudnya, hampir lapan daripada setiap sepuluh ringgit pendapatan yang dilaporkan pada tahun itu tidak sepatutnya diiktiraf pada waktu tersebut. Ini tak semestinya bermaksud semua pembeli atau semua jualan tu tak wujud. Masalahnya ialah pendapatan tersebut dimasukkan ke dalam laporan kewangan sebelum projek memenuhi syarat untuk dianggap sebagai pendapatan. Hui Ka Yan kemudian ditahan, dikenakan denda dan diharamkan seumur hidup daripada pasaran sekuriti China. Syarikat itu pula diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong untuk digulung. Kelab bola sepak yang
без подписи
Benda paling bahaya dalam pelaburan bukan harga jatuh. Benda paling bahaya ialah apabila nombor yang kita percaya rupa rupanya tak betul. Itulah yang berlaku dalam kes eFishery, sebuah syarikat teknologi akuakultur dari Indonesia. KWAP dilaporkan melabur sebanyak AS$47.7 juta, kira kira RM200 juta, dalam eFishery pada Julai 2023. Masa itu, eFishery nampak macam syarikat yang sangat menarik. Kononnya teknologi mereka boleh membantu penternak ikan dan udang menjadi lebih cekap. Bukan KWAP seorang yang masuk. Antara pelabur lain ialah nama besar seperti Temasek, SoftBank, 42XFund dan Northstar. Proses penilaian juga dikatakan melibatkan penyata kewangan yang telah disahkan oleh juruaudit antarabangsa serta usaha wajar bebas oleh konsortium pelabur. Tapi akhirnya, laporan kewangan syarikat itu didapati telah dimanipulasi bagi menarik pelaburan. Memang pedih. Ramai mungkin tertanya, macam mana dana besar, juruaudit antarabangsa dan pelabur terkenal pun boleh terkena. Jawapannya mudah. Usaha wajar bukan jaminan seratus peratus. Pelabur boleh semak akaun, jumpa pengurusan, kaji pasaran dan buat pelbagai analisis. Tapi kalau maklumat asas yang diberikan sudah dimanipulasi dengan begitu terancang, risiko untuk ditipu tetap ada. Ini juga mengajar kita bahawa nama besar bukan bukti sesuatu pelaburan itu selamat. Jangan fikir apabila Temasek, SoftBank atau mana mana dana terkenal masuk, kita boleh terus ikut tanpa berfikir. Pelabur besar pun boleh tersilap. Pelabur besar pun boleh tertipu. Bezanya, mereka biasanya mempunyai portfolio yang sangat luas. Kerugian daripada satu pelaburan boleh diseimbangkan dengan keuntungan daripada pelaburan lain. Sebab itu konsep mempelbagaikan pelaburan sangat penting. Jangan letakkan terlalu banyak duit dalam satu syarikat, satu sektor atau satu idea yang nampak terlalu cantik. #KWAP #eFishery #Pelaburan #Kewangan #LiterasiKewangan
без подписи
Moody’s mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada tahap A3 dengan prospek stabil. Bahasa mudahnya, Malaysia masih dilihat sebagai negara yang mampu mengurus hutang dan kewangan dengan agak baik. Keyakinan ini penting sebab ia membantu kerajaan mendapatkan pembiayaan pada kos yang lebih terkawal. Pelabur pun lebih yakin untuk meletakkan duit di Malaysia. Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026. Moody’s juga menjangkakan pertumbuhan kita lebih pantas berbanding negara lain yang mempunyai penarafan dalam kumpulan A tahun ini. Antara sebabnya ialah ekonomi kita pelbagai, permintaan dalam negara masih kuat, pelaburan terus masuk dan eksport elektronik semakin baik. Simpanan domestik yang besar juga membantu mengurangkan risiko kewangan. Ada beberapa lagi angka yang nampak positif. Kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus, kedudukan daya saing Malaysia meningkat ke tangga ke 15 dunia dan ringgit mengukuh 10.1 peratus berbanding dolar Amerika pada 2025. Tapi jangan terlalu cepat rasa semuanya sudah selesai. Penarafan yang baik tidak bermaksud harga barang terus turun atau gaji terus naik. Kerajaan masih perlu mengawal hutang, mengurus subsidi dengan baik, meningkatkan hasil negara dan memastikan pertumbuhan ekonomi benar benar sampai kepada rakyat. Kesimpulannya, ini berita yang baik untuk keyakinan terhadap ekonomi Malaysia. Cuma ukuran sebenar tetap pada pendapatan, peluang kerja dan kos sara hidup kita. #EkonomiMalaysia #Kewangan #Moody’s #Ringgit #KosSaraHidup
без подписи
Kerajaan sedang tambah baik beberapa inisiatif KWSP supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh bersedia untuk bersara. Sekarang, caruman KWSP dibahagikan kepada tiga akaun. Sebanyak 75 peratus masuk ke Akaun Persaraan untuk kegunaan hari tua. Sebanyak 15 peratus masuk ke Akaun Sejahtera yang boleh digunakan untuk keperluan seperti rumah, pendidikan dan rawatan kesihatan. Baki 10 peratus masuk ke Akaun Fleksibel untuk kegunaan kecemasan dan keperluan jangka pendek. Bagi yang bekerja sendiri, berniaga kecil atau buat kerja gig, ada program i-Saraan. Untuk pekerja penghantaran dan pemandu platform pula, i-Saraan Plus menawarkan insentif padanan kerajaan sehingga RM600 setahun, tertakluk pada syarat yang ditetapkan. Program seperti i-Suri dan i-Sayang pula membantu wanita serta suri rumah membina simpanan persaraan walaupun tiada pendapatan tetap. Ada juga i-Legasi. Ahli berumur 55 tahun dan ke atas yang mempunyai simpanan melebihi RM650,000 boleh memindahkan sebahagian wang KWSP kepada ahli keluarga terdekat yang layak. Nampak macam banyak usaha sedang dibuat, tetapi keadaan sebenar masih membimbangkan. Setakat 31 Mei 2026, hanya 38.3 peratus ahli aktif sektor formal mencapai sasaran Simpanan Asas mengikut umur. Sasaran itu bersamaan RM390,000 apabila seseorang mencapai umur 60 tahun. Lebih membimbangkan, sekitar 6.1 juta ahli masih mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 selepas pengeluaran khas ketika COVID-19. Maksudnya mudah. Struktur akaun dan insentif memang boleh membantu, tetapi jumlah gaji dan kemampuan kita untuk mencarum tetap memainkan peranan paling besar. Kalau pendapatan tidak meningkat dan duit selalu habis untuk keperluan harian, simpanan persaraan memang susah nak naik. Jadi, jangan tunggu umur 50 tahun baru nak tengok baki KWSP. Semak sekarang, fahami setiap akaun dan gunakan insentif yang sesuai dengan keadaan kita. Pada pendapat korang, adakah struktur baharu dan insentif ini cukup untuk membantu rakyat Malaysia bersara dengan lebih selesa? #KWSP #SimpananPersaraan #KewanganMalaysia #Celikkewangan
без подписи
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan OPR pada kadar pada kadar 2.75 peratus sepanjang 2026. Maksud mudahnya, kadar faedah pinjaman rumah dan pinjaman lain berkemungkinan tidak banyak berubah dalam masa terdekat. Ekonomi Malaysia masih berkembang dengan baik, manakala inflasi masih terkawal. Ekonomi dijangka berkembang antara 4 hingga 5 peratus pada 2026, dengan inflasi sekitar 1.5 hingga 2.5 peratus. Namun, kos barang masih perlu diperhatikan. Inflasi pada Mei sudah meningkat 2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan pakar menjangka OPR mungkin mula dinaikkan secara perlahan pada 2027. Ada yang meramalkan kadar itu naik kepada 3 peratus pada 2027 dan 3.25 peratus pada 2028. Kalau ini berlaku, bayaran pinjaman kadar terapung mungkin meningkat. Pada masa yang sama, kadar pulangan deposit tetap juga berpotensi menjadi lebih menarik. Kesimpulannya, OPR mungkin kekal stabil buat masa sekarang, tetapi kita jangan terlalu selesa. Gunakan tempoh ini untuk kurangkan hutang, kukuhkan simpanan kecemasan dan bersedia menghadapi kemungkinan kadar lebih tinggi. #OPR #BankNegaraMalaysia #EkonomiMalaysia #KewanganPeribadi
без подписи
Cukup ke duit kita bila dah pencen nanti? Realitinya, 4 daripada 10 warga emas kat Malaysia sekarang hidup dalam kemiskinan relatif. Dan majoriti rakyat Malaysia masih struggle nak simpan cukup untuk persaraan. Bila kita tengok unjuran yang Malaysia bakal jadi negara tua menjelang 2045, maksudnya lebih 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas, benda ni bukan lagi masalah orang lain. Ini masalah kita semua. Jadi minggu ni Cagamas, korporat gadai janji nasional kita, umumkan satu skim baru. Nama dia Skim Saraan Bercagar Bertempoh, ringkasnya SSBT. Apa benda SSBT ni. Bayangkan anda umur 60 ke 70 tahun. Ada rumah sendiri yang dah habis bayar loan. Tapi duit bulanan tak berapa cukup. Dengan SSBT, anda boleh tukar nilai ekuiti rumah anda kepada aliran pendapatan bulanan. Duit masuk setiap bulan tanpa perlu jual rumah. Anda masih tinggal kat rumah tu, masih pemilik rumah tu, cuma anda "gadai" sebahagian nilai rumah untuk dapat tunai. Ada dua pilihan. Ambil sebahagian sebagai lump sum di depan, dan selebihnya dibayar bulanan. Atau pilih tempoh bayaran tetap yang anda selesa. Bila tempoh bayaran tamat, ada beberapa pilihan. Pewaris boleh bayar balik dan simpan rumah. Atau rumah boleh dijual untuk selesaikan baki pinjaman. Soalan yang belum jelas buat masa sekarang, siapa yang tanggung risiko kalau nilai hartanah jatuh bawah paras loan. Pihak Cagamas belum dedahkan detail tu. Jadi kena tunggu maklumat lanjut. Tapi apa yang menarik, ini bukan skim pertama Cagamas. Tahun 2021 mereka dah lancarkan Skim Saraan Bercagar untuk pesara umur 55 tahun ke atas. Bezanya skim lama tu hanya perlu settle bila peminjam meninggal dunia. Yang baru ni ada tempoh tetap. Bagi saya, langkah Cagamas ni langkah yang patut disokong. Negara kita sedang menua dengan pantas dan sistem sokongan kewangan untuk warga emas masih belum cukup matang. Produk macam SSBT bagi pilihan tambahan untuk rakyat Malaysia bersara dengan lebih bermaruah tanpa bergantung sepenuhnya pada anak anak atau bantuan kerajaan. Tapi macam mana pun, reverse mortgage bukan penyelesaian ajaib. Ia alat. Sebelum terjun kena faham betul betul terma dan syarat dia. Apa pendapat korang tentang idea gadaikan ekuiti rumah untuk pendapatan bulanan masa tua? #Cagamas #ReverseMortgage #KewanganPeribadi #Persaraan #HartanahMalaysia #FinanceForAll
без подписи
Korang ingat kad kredit konvensional dengan kad kredit Islamic tu sama je, cuma nama beza? Sebenarnya struktur belakang tabir dia jauh berbeza. Okay jom kita cerita ringkas pasal beza kad kredit konvensional dengan kad kredit Islamic ni. Kad kredit konvensional tu simple. Bank pinjamkan duit, korang guna, lepas tu bayar balik dengan faedah. Kalau tak bayar penuh, faedah tu boleh bertindan atas faedah lama. Itu yang buat hutang kad kredit boleh naik cepat kalau tak jaga. Kad kredit Islamic pulak lain sikit dari segi struktur. Dari dulu ia based kan atas jual beli, bukan pinjaman terus. Bank beli barang, jual kat korang dengan untung yang dah ditetapkan awal awal. Sebab tu untung dia namanya profit rate, bukan interest. Sekarang bab yang penting. Kalau korang bayar penuh setiap bulan, dua dua jenis kad ni sama je takde beza pun dari segi kos. Tapi kalau korang bawa baki lama, kad Islamic ada kelebihan sikit sebab profit rate dia tak bertindan macam faedah konvensional. Jadi hutang tu naik lebih perlahan. Pasal caj lewat bayar pun ada beza. Kad konvensional, faedah lewat bayar tu jadi untung bank sepenuhnya. Kad Islamic pulak, caj lewat bayar dipecahkan jadi dua istilah. Pertama ta'widh, ni ganti rugi sebenar yang bank boleh simpan, kadar maksimum dia ditetapkan Bank Negara iaitu 1 peratus setahun je. Kedua gharamah, ni bahagian denda tambahan, dan ini wajib disalurkan untuk badan kebajikan, bank tak boleh ambil sesen pun daripadanya. Jadi bottom line dia, kalau korang jenis bayar penuh tiap bulan, pilih mana mana pun okay. Tapi kalau korang selalu bawa baki, faham struktur ni penting supaya korang boleh buat pilihan yang lebih bijak untuk poket sendiri. #KewanganPeribadi #KadKreditIslamic #FinancialLiteracy #DuitMalaysia #IslamicFinance
без подписи
Perang AI antara China dengan Amerika sekarang dah jadi makin panas. Minggu ni Alibaba buat keputusan drastik. Mulai 10 Julai ni, semua pekerja diorang kena uninstall Claude Code, iaitu software AI dari Anthropic. Alasan Alibaba, software tu ada masalah keselamatan dan berisiko tinggi. Tapi kalau kita tarik balik sikit, cerita ni sebenarnya bermula bila Anthropic pergi mengadu kat Senat Amerika. Diorang dakwa Alibaba cuba curi teknologi AI mereka melalui apa yang dipanggil distillation attack. Cara ni basically sedut kepandaian AI Claude tanpa perlu bayar sesen pun. Syarat perkhidmatan Anthropic pun memang dah lama tegas. Syarikat China tak dibenarkan guna model diorang langsung. Jadi bila Alibaba rasa dituduh, diorang pun balas dengan haramkan terus software tu. Pekerja Alibaba sekarang kena tukar guna Qoder, AI assistant buatan sendiri. Yang menariknya, syarikat China lain macam Ant Group dan ByteDance masih guna juga. Ada yang guna VPN, ada yang bayar langganan peribadi untuk engineer diorang. Maknanya permintaan untuk AI canggih ni masih tinggi walau ada sekatan. Benda ni sebenarnya cerminan perang teknologi yang lebih besar. Setiap pihak nak lindungi aset sendiri dan dalam masa yang sama curiga dengan pihak lawan. Bagi pelabur, ini signal yang sektor AI ni makin fragmented dan geopolitical risk dia bukan main tinggi. #PerangAI #TechNews #SahamIT #Alibaba #Anthropic #Pelaburan