eDIDIK Official (Announcements)
СтатистикаRuang makluman & iklan berkaitan program eDIDIK Malaysia untuk makluman umum
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 4
- Всего постов
- 30
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 1 726
- 1/48двое суток
- 1 977
- 1/72трое суток
- 2 133
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan, *SESI DIALOG POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN* Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Sesi Dialog Polisi Perlindungan Murid Sekolah bawah KPM seperti ketetapan yang berikut: *Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)* *Masa : 8.30 malam* *Mod : Secara dalam talian* *Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=j6rMQNRLPbI* Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs.Dr./tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
Mohon sebarkan kpd rakan taulan Anak pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik dilaporkan hilang masa g klinik. Pelajar MRSM Alor Gajah
Anak suka tengok video? 📱 Daripada biarkan mereka scroll benda yang tak tentu arah, apa kata tukarkan sedikit masa screen time kepada kisah para Nabi. ❤️ Saya jumpa Siri Jejak Cahaya™ — kisah Nabi dalam bentuk animasi 3D + kuiz interaktif + worksheet. 📖 Bersandarkan Al-Quran 🎬 Animasi 3D 🧠 Ada kuiz selepas video 📝 100+ worksheet Islamik 🔄 Update kisah Nabi seterusnya 👧 Sesuai 4–12 tahun Harga promosi RM59 sahaja. Saya rasa ini menarik untuk ibu ayah yang nak anak bukan sekadar tengok, tetapi kenal dan faham kisah para Nabi. https://thekidelights.com/form/siri-jejak-cahaya/15373
без подписи
без подписи
без подписи
😵💫Promosi SAH !!!😵💫 🎧🎧Sementara STOK MASIH ADA🎧🎧 ✅Versi Office 365 Original !! (boleh install) RM 50 sahaja 1 id utk 5 Devices ✅ 📢📢Lifetime Subscription📢📢 ⭐⭐ Kaspersky Premium ⭐⭐ 1 Year RM 50.00 sahaja Jika berminat boleh hubungi ADMIN 📢@MalaysiaMasihAman 📢@abeymatpb
📢 PENGUMUMAN: Webinar APA KATA AI Siri 2.0 — EP 01 Kami, Digital Internet Association Malaysia (iaM) dengan sukacitanya menjemput anda ke Episod Pertama Webinar APA KATA AI Siri 2.0 bertajuk: "AI & Media: Siapa Kawal Siapa?" 🔹 Tarikh: Sabtu, 25 Julai 2026 🔹 Masa: 9:00 pagi – 10:30 pagi 🔹 Platform: Atas Talian (Microsoft Teams) 🔹 Penyertaan: Terbuka kepada semua 🔹 Pendaftaran: https://form.jotform.com/261892071302452 (Pautan Teams akan dihantar menerusi emel pada 24 Julai 2026) 🎙️ Penceramah Jemputan: Dr. Mumtaz Aini Alivi Dr. Mumtaz Aini Alivi merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Komunikasi Massa daripada Universiti Putra Malaysia. Sebelum menyertai dunia akademik, beliau berkhidmat lebih 20 tahun di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran, pembaca berita, editor dan penerbit berita, serta pernah memegang jawatan Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Strategik RTM. Gabungan pengalaman industri media yang luas dan kepakaran akademik menjadikan beliau individu yang tepat untuk mengupas persoalan: dalam era AI, siapa sebenarnya yang mengawal siapa? Jangan lepaskan peluang untuk memahami peranan AI dalam dunia media serta impaknya terhadap masyarakat dan landskap digital. 👥 Jumpa anda di sana! #internetmyorg #digitalisation #apakataai #media #ai
BEKAS PELAJAR MENANG SAMAN KECUAIAN, TERIMA PAMPASAN RM452,809 MUAR: Seorang lelaki berusia 21 tahun dianugerahkan pampasan berjumlah RM452,809 oleh Mahkamah Tinggi Muar selepas memenangi saman kecuaian terhadap pihak sekolah dan Kerajaan Malaysia susulan kecederaan serius yang dialaminya ketika kelas Pendidikan Jasmani. Muhammad Syakir Irfan Syed Ali memfailkan saman terhadap pihak sekolah kerana didakwa gagal menyediakan penyeliaan yang mencukupi dan munasabah ketika beliau merupakan pelajar Tingkatan Dua di SMK Chaah, Segamat. Muhammad Syakir masih di bawah umur ketika kejadian berlaku pada 17 September 2019. Saman tersebut difailkan melalui bapanya yang bertindak sebagai wakil litigasi, Syed Ali Syed Hussein. . Kronologi kejadian Kejadian berlaku semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang berlangsung antara 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di sekolah berkenaan. Berdasarkan fakta kes, guru aktiviti sekolah, Nur Badruzzanan Mohamad, bersama seorang lagi guru telah mengasingkan pelajar mengikut jantina sebelum menjalankan aktiviti. Nur Badruzzanan kemudian mengambil peralatan sukan dari stor dan mengendalikan aktiviti permainan frisbee. Selepas aktiviti tersebut tamat, Muhammad Syakir mengambil sebuah raket badminton milik sekolah untuk bermain secara tidak formal bersama seorang rakan sekelas. Ketika permainan berlangsung, batang besi raket badminton itu tiba-tiba tercabut daripada pemegangnya lalu mengenai mata kiri Muhammad Syakir. . Kecederaan serius dan kekal Kejadian tersebut menyebabkan beliau mengalami kecederaan fizikal yang sangat serius, termasuk: * Kecederaan tembus yang teruk pada mata kiri * Patah tulang tengkorak * Pendarahan akut di dalam otak Kecederaan berkenaan mengakibatkan kecacatan klinikal kekal yang serius, termasuk gangguan pada fungsi penglihatan dan neurologi. . Pihak yang dinamakan dalam saman Defendan dalam saman tersebut ialah: * Guru aktiviti sekolah, Nur Badruzzanan Mohamad * Pengetua sekolah, Maziah Mohammad * Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia * Kerajaan Malaysia . Keputusan mahkamah Hakim Mahkamah Tinggi, Kalyana Kumar, memutuskan sepenuhnya memihak kepada Muhammad Syakir selepas menilai keseluruhan bukti yang dikemukakan. Mahkamah membenarkan tuntutan atas asas 100% liabiliti, selepas mendapati defendan gagal menyediakan penyeliaan yang mencukupi, munasabah dan berkesan. Hakim berkata para pelajar ketika itu berada di bawah jagaan, kawalan dan pengawasan operasi secara langsung oleh guru. Mahkamah mendapati pihak sekolah telah melanggar tanggungjawab berhati-hati terhadap pelajar, termasuk kegagalan memastikan peralatan sukan yang digunakan berada dalam keadaan selamat. Pampasan yang dianugerahkan * RM400,000 sebagai ganti rugi am * RM12,809 sebagai ganti rugi khas * RM40,000 sebagai kos Jumlah keseluruhan: RM452,809 . Kes ini menjadi peringatan bahawa keselamatan pelajar sepanjang aktiviti sekolah bukan hanya bergantung kepada kehadiran guru. Penyeliaan yang berkesan, pemeriksaan peralatan dan kawalan aktiviti yang sesuai perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kecederaan yang boleh membawa kesan kekal sepanjang hayat. Keselamatan pelajar ialah tanggungjawab, bukan pilihan.
без подписи
без подписи
без подписи
🚀 *Penyertaan Public Sector AI Nexus Challenge 2026 kini dibuka!* *Anjuran bersama JDN & NAIO* Ada idea bagaimana AI boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan? Inilah masanya untuk serlahkan inovasi anda! ✅ *Terbuka kepada semua penjawat awam* (Persekutuan, Negeri & PBT) ✅ Penyertaan berkumpulan dengan *3 ahli kumpulan* ✅ Peluang eksklusif mengikuti *AI Mentoring Bootcamp* bersama Microsoft, Google, TM dan AWS ✅ Terhad kepada *30 kumpulan terawal* Jom jadi sebahagian agenda transformasi digital sektor awam dan realisasikan aspirasi *AI Nation 2030*. 📅 Tarikh tutup penyertaan: *24 Jun 2026 (12.00 tengah hari)* *Daftar sekarang melalui Platform AIaaS: https://aiaas.jdn.gov.my/jdn/psainc-2026/#.* *Imbas kod QR untuk mendaftar!* #PSAINC2026 #AINation2030 #JDN #NAIO #AIUntukSektorAwam #DigitalGovernment #AIInnovation
🌿 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. ⭐ Ini adalah Instrumen Bestari Penjaminan Mutu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sebuah aplikasi percuma yang disediakan untuk sekolah-sekolah di Malaysia. 🇲🇾 🌟 Dokumen pemasangan instrumen ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://telegra.ph/Instrumen-Bestari-Penjaminan-Mutu-PBS-06-05. 📄 🆓 Aplikasi ini disediakan secara percuma oleh SolusiBestariGuru.
Penjaminan Kualiti PBS versi isi online
📢 Pengumuman Penting untuk Semua Peserta! 🔊 Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri) – Training 1: AI & IoT Automation Fundamentals Sebagai persediaan untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri), kami, Digital Internet Association Malaysia (iaM) bersama rakan koleberasi yang lain iaitu Hap Seng Consolidated Berhad dengan PULSY Technology Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi latihan dalam talian yang wajib dihadiri bagi menyediakan semua peserta untuk pengalaman hackathon ini. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai sesi latihan ini bagi membuka minda anda berkenaan dengan “Internet of Things” dan juga Kecerdasaan buatan (AI). Anjuran: PULSY Technologies Sdn. Bhd. Disokong oleh: Digital Internet Association Malaysia (iaM) – sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited dalam memperkasakan digital, inklusiviti, dan inovasi di seluruh Malaysia. Ditaja oleh: Hap Seng Consolidated Berhad Sebahagian daripada: National Level Smart School IoT-AI Hackathon 2026 🎯 Training 1: AI & IoT Automation Fundamentals 📅 Tarikh: 6 June 2026 🕘 Masa: 9:00 AM – 11:30 AM 📍 Platform: Microsoft Teams (Pautan sesi latihan akan dikongsi menerusi email kepada peserta yang berdaftar) Link Pendafatran: https://form.jotform.com/261388878966483 🚨 Perhatian: Latihan ini adalah wajib bagi semua peserta yang telah berdaftar untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri). Kehadiran anda diperlukan untuk melayakkan diri dalam peringkat seterusnya. 🎤 Kehadiran “Expert Talent” 🔹Encik Dinesh Vijayan Seorang penggerak teknologi pendidikan dan jurutera perisian, Dinesh telah membantu membentuk penyelesaian yang inovatif dan boleh diperluas untuk bilik darjah. Sesi latihannya terkenal dengan pendekatan yang interaktif, praktikal, dan memberi impak kepada peserta baharu mahupun yang berpengalaman. Dengan kepakaran dalam automasi AI dan IoT, beliau akan membimbing peserta melalui asas-asas penting bagi menangani cabaran hackathon ini. 📝 Mengapa Anda Perlu Menyertainya ✅ E-sijil disediakan ✅ 100% PERCUMA ✅ Persediaan penting untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 ✅ Belajar daripada mentor teknologi yang berpengalaman 📣 Bersedia, dapatkan latihan, dan dapatkan inspirasi – perjalanan Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 anda bermula di sini!
📚 RM100 untuk ilmu, bukan sekadar bantuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa bagi menggalakkan budaya membaca serta memperkasa ilmu dalam kalangan generasi muda Malaysia. 🇲🇾 Inisiatif ini diumumkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan bakal dimanfaatkan oleh pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti, termasuk buku akademik, rujukan, sastera dan teknologi AI. ✨ Semoga usaha ini terus menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. #BaucarBukuMADANI #MalaysiaMADANI #PBAKL2026 #BudayaMembaca #AnwarIbrahim #PendidikanMalaysia #Mahasiswa #PelajarMalaysia #CintaiIlmu
без подписи
без подписи