tgindex
დ٭EBOOKS TREASURE٭დ

დ٭EBOOKS TREASURE٭დ

Статистика

Welcome Gojess to EBOOKS TREASURE✿◦• Untuk baca shortstory, sila search hashtag ya. Cth : #Lelakiyangkautindas Fast reply untuk belian EBOOK : www.wasap.my/601135240569/EBOOK

Последний пост
21 сент. 2025 г.
Последнее чтение
14 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
420
0 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
435
20 постов
Вовлечённость
103,6%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • TEASER 1 "TEJA, cantik tak baju ni?” Teja yang sedang membelek pakaian yang tergantung di rak secara rambang, menoleh. Dia kemudianmelangkah menghampiri wanita itu.   Hampir dua minggu selepas kejadian Puan Salmah dimasukkan ke wad akibat demam panas dan kini wanita itunampak lebih sihat. Disebabkan bosan, wanita itu mengajakTeja keluar untuk membeli-belah.   “Cantik. Sesuai dengan aunty. Aunty nak ke? Teja belikan.” Teja berkata sambil menyentuh baju yang di acu ketubuh ibu tirinya itu.  “Eh, tak apalah. Aunty boleh beli sendiri. Hurmm, esok hari jadi Teja kan. Teja pilihlah nak apa, aunty belanja.” Puan Salmah berkata sambil tersenyum.  “Eh, tak apalah aunty. Tak payah susah-susah.” Teja menolak dengan baik. Bukan tak sudi, cuma dia tak biasadimanjakan begitu. Maklumlah, dari kecil sejak ibunyameninggal, dia dah belajar untuk berdikari dan tak meminta-minta. Apa yang diberi, itulah yang dia akan guna.   “Tak apalah, Teja tunaikan lah hasrat aunty nakbelikan Teja hadiah. Lagipun bukan selalu, setahun sekaliaje.” wanita itu memujuk lagi.  Teja terdiam sejenak sebelum tersenyum.  “Okeylah dah kalau aunty cakap macam tu. Tapi, Teja tak nak yang mahal-mahal tau.” Teja berkata sambilmemilih pakaian di rak yang dipamerkan di butik itu.  Puan Salmah hanya memerhati Teja yang sedangmemilih. Raut wajah gadis itu tampak tenang, namun dia tahudi hati gadis itu tersimpan seribu satu rasa yang tak mampunak ditembusi oleh sesiapa.  “Teja…tak terfikir ke nak ada pasangan hidup?” Suara lembut Puan Salmah memecah suasana ketika merekasaling membelek pakaian di rak.  Teja yang sedang membelek pakaian kerja berwarnapastel itu menoleh. Wajah gadis itu tidak mempamerkan apa-apa reaksi.  “Entahlah aunty. Tak terfikir pun ke arah itu. Sibukdengan kerja. Lagipun, banyak impian Teja yang belumtercapai.” Teja menjawab perlahan.  Puan Salmah menghela nafas perlahan. Senyummasih terukir di bibir.  “Aunty faham. Cuma…Teja sendiri pun tahu kanumur Teja dah nak masuk 30-an. Orang perempuan ni, takelok kalau kahwin lambat-lambat.”  Teja hanya membalas dengan senyuman. Tak mahukomen apa-apa.  “Teja, aunty faham kedudukan aunty dan aunty sedar aunty tak layak nak masuk campur hal hidup Teja. Tapi, aunty dah anggap Teja macam anak aunty sendiri. Darah daging aunty sendiri dan aunty nak tengok Teja bahagia. Kalau Teja kahwin, sekurang-kurangnya adalah yang jaga Teja…” Puan Salmah berkata lagi.  Teja menarik nafas dalam-dalam.  “Aunty jangan risau, Teja boleh jaga diri lagi. Lagipun, siapalah yang nakkan Teja ni aunty. Teja bukan jenissuka bersosial. Kalau keluar jumpa orang pun hanya atasurusan kerja. Itu pun dah kena fitnah kata Teja cuba nakrampas suami orang…” Teja gigit bibir bawah. Hatinyakembali terluka saat teringat akan kejadian dia dimalukan oleh Datin Faridah. Malah, dia masih tak tahu bagaimana berita ituboleh tersebar sampai ke pengetahuan papa.  Puan Salmah terdiam sejenak sebelum merapatigadis itu. Bahu Teja disentuh lembut.  “Sebab tu Teja kena ada seseorang yang boleh jaga Teja. Yang akan sentiasa ada untuk Teja. Yang akan sentiasamelindungi Teja tak kira apa jua situasi dan yang akan sambutTeja bila Teja jatuh.  Teja tak boleh selamanya tanggung semua bendaseorang diri. Aunty cuma nak Teja ada bahu tempat bersandardan tangan yang boleh digenggam bila dunia terasa berat…”  Teja terdiam saat mendengar kata-kata wanita itu. Mata merenung wajah Puan Salmah dalam-dalam.  Ada ke orang macam tu untuk Teja, aunty? Namun, pertanyaan itu hanya mampu terpendam jauh di lubukhatinya.  “Siapalah Teja, aunty. Nak ada lelaki yang sanggupberkorban macam tu demi Teja.” Teja pamer senyum pahit. Sedar dirinya serba tak sempurna.  “Jangan cakap macam tu Teja. Setiap manusia di atas muka bumi ni, Allah dah cipta berpasang-pasangan. Aunty yakin, jodoh Teja ada di luar sana, sedang menantiTeja…” lengan gadis itu digosok lembut.  Teja hanya senyum.  “Mmm, tak apalah. Tunggu aje lah dia datangmuncul depan Teja.” Teja menjawab sambil tergelak kecil.  Bibir Puan Salmah turut mengukir senyuman.  “What if…dia memang dah ada, cuma tungguisyarat dari Teja aje?”

  • Blurb : Leftenan Komander Megat Ezriel   Teja Amara, seorang gadis berusia lewat 20-an, lebih selesa hidup sendirian tanpa memikirkan pasangan hidup. Bukan dia tak terfikir nak berkahwin, tapi parut lama melihat derita arwah mamanya masih terlalu dalam untuk diubati.   Megat Ezriel pula lelaki beruniform laut yang hidupnya hanya berpusat pada kerjaya. Jawatan Leftenan Komander menuntut seluruh perhatian, sampai soal rumah tangga pun tak pernah singgah dalam fikirannya. Sehinggalah satu hari…   “Ibu kata…kalau saya bantah, jangan panggil dia ibu…”Megat Ezriel.   “Papa said, if I ever go against his will, then I shoudconsider him dead to me…”Teja Amara   Kedua-duanya tersepit dengan desakan orang tua, maka mereka tak punya pilihan selain bersetuju sahaja. Maka, sebuah ikatan perkahwinan termeterai namun, ia bukan seperti perkahwinan normal yang lain. Pelbagai syarat diletakkan oleh Teja dan Ezriel hanya mampu akur sahaja.   Kehidupan mereka sebagai suami isteri hanya di atas kertas. Berlangsung seperti dua orang asing yang dipaksa tinggal serumah. Masing-masing buat hal sendiri sehingga Teja tegar membahagi semua perbelanjaan kepada dua bahagian, termasuk duit rumah dan bil-bil. Malah, komunikasi mereka hanyalah melalui mesej ditulis di post-it note.   Semuanya berlalu seperti biasa sehingga kekecohan berlaku apabila si kembar Nadir dan Nadirah menyuarakan hasrat untuk bermalam di rumah Ezriel dan Teja selama seminggu sempena cuti sekolah. “So…awak nak cakap…we need to share a room bila dia orang ada dekat sini? Okay then. You can move tomy room masa dia orang sampai nanti…” Megat Ezriel. “Kenapa saya pulak yang kena pindah bilik awak?” Teja Amara “So, awak nak saya pindah masuk bilik awak?” Sengih nakal masih tak lekang di bibir Ezriel.   Baru hari pertama Nadir dan Nadirah tiba di rumah, jantung Teja dah rasa macam nak pecah. Risau kalau-kalau rahsia yang cuba disembunyikan tentang perkahwinan mereka itu terbongkar. Namun, si kembar berusia 16 tahun itu bijak menilai situasi.   “Memang lah tak salah. Tapi pelik. Mana ada zaman sekarang ni orang guna post-it note macam ni. Tambah-tambah tinggal serumah, suami isteri pulak tu? Kenapa dia orang tak cakap aje depan-depan? Tak pun hantar aje WhatsApp or call?” Nadir.   “The bills. They…split the bills?” Nadirah   Maka bermulalah misi nakal dua beradik itu, satu demi satu rancangan mereka atur, semuanya demi menyatukan hati kakak dan abang ipar mereka.   “Okey…kita orang dare abang Ez luahkan perasaan cinta dan sayang pada Kak Teja…dengan ayat-ayat paling romantik…” Nadirah.   Teja dah jatuh rahang. Apa lagi rancangan si kembar semata-mata demi nak menyatukan dua hati tersebut? Dan berjayakah mereka? Mampukah Teja melupakan trauma dalam dirinya dan membuka hati untuk menerima Ezriel? Dan bagaimana pula dengan Ezriel? Mampukah dia bersabar dan mengikut sahaja rentak permainan yang diatur oleh Teja sedangkan hatinya sudah lama menaruh perasaan cinta dan sayang terhadap isterinya itu?

  • без подписи

  • “Tak salahkan kalau I nak concern tentang you?” Berlapis dahi Yasmeen merenung lelaki ini. Dia rasa seperti ada yang tak kena dengan lelaki ini. Tiba- tiba muncul depan dia. Kemudian, tahu minuman kegemaran dia. Paling mengerikan, sibuk nak ambil tahu hal dirinya. Siapa dia sebenarnya? Hati Yasmeen terdetik penuh tanda tanya. “Banyak model lain kot you boleh concern. I tak perlukan concern daripada orang luar yang I tak kenal. Lagi- lagi orang macam you. Jadi sekarang ni lebih baik you keluar buat kerja you sebelum I panggil security.” Amaran Yasmeen, sudah berkira- kira untuk menjerit. Biar semua orang terus serbu ke bilik dia dan tangkap lelaki ini. “Cubalah.” Berani si lelaki menjawab. Riak wajahnya nampak tenang. Tak takut langsung. Yasmeen cuba menahan sabar. Marah yang tadi pun tak habis lagi, datang lelaki ini saja nak menambah kemarahan dia. “You mema...” Tak sempat nak habiskan ayat pintu bilik Yasmeen terbuka dari luar. Langsung kepala dia menoleh ke pintu. Lelaki itu juga serentak menoleh ke arah yang sama. Di mana di depan pintu sana ada seorang gadis yang sedang berdiri dengan wajah terkejut.

  • Kita belanja teaser dulu hari ni. Teaser 1 #CintaYangDitunggu “Apa yang marah sangat tu?” Suara seseorang di belakang mengejutkan dia dari lamunan. Tubuh Yasmeen terus berpusing pantas ke belakang. Pandangan dia naik meneliti wajah empunya suara yang sedang berdiri di hadapannya. Terkejut dia. Dia sendiri tak pasti sejak bila lelaki ini masuk ke dalam bilik persalinan dia. Kenapa dia langsung tak perasan ada orang masuk dalam bilik dia? Leka sangat dengan amarah sendiri sampai tidak menyedari ada lelaki asing sudah berada di dalam bilik bersamanya. “You siapa?” Namun sebelum sempat lelaki itu menjawab, pandangan mata Yasmeen lebih laju mengerling ke arah belakang baju hitam yang dipakai lelaki itu. Tulisan ‘Crew’ jelas tertera di situ. “Crew macam you boleh ke masuk bilik model sesuka hati tanpa kebenaran?” Yasmeen menyoal, pandangan tajam menikam wajah lelaki itu. Terasa privasi dia diganggu dan diceroboh. Jika yang masuk seorang perempuan, mungkin dia boleh terima. Tapi ini lelaki. “I nak bagi coffee ni,” jawab lelaki itu sambil mengangkat cawan kopi di tangan. “I dah ketuk pintu banyak kali tapi tak ada yang menyahut. Ingatkan you tak ada dalam bilik, tu yang I masuk.” Dahi Yasmeen berkerut. Dia sendiri tidak mendengar ketukan di pintu tadi. Dia begitu yakin tiada ketukan daripada lelaki itu. Kalau tidak kenapa dia tidak dengar. Yasmeen menjeling tajam mendengar alasan si lelaki. Buatnya dia sedang tukar baju, tak ke niaya nanti. Tak pasal- pasal kecoh satu show ini. Dunia model ini bukan boleh buat main. Cepat saja gosip keluar. Tak pasal- pasal juga dia jadi bualan ramai. “Lain kali kalau tak ada yang menyahut you pergi aje bilik model lain. Coffee tu I tak nak,” Tolak Yasmeen tidak mahu terima pemberian lelaki itu. Pusing tubuh, kaki dia melangkah ke almari pakaian. Dia perlu bersiap untuk pertunjukan satu jam lagi. “Bukan you suka coffee ke?” soal lelaki itu. Terus badan Yasmeen berpusing menghadap lelaki itu. Dahinya berkerut bila lelaki itu tahu minuman kegemaran dia. Langkah lelaki itu mendekatinya Serta merta Yasmeen undurkan tubuhnya tiga tapak ke belakang. “Dari mana you tahu?” Yasmeen jadi pelik bila lelaki ini tahu tentang dirinya. “I selalu nampak you beli coffee. Vanilla latte favourite you kan?” “You stalk I ke?” Sebelah kening Yasmeen terjungkit. Mana tahu lelaki ini salah satu stalker yang pernah ditangkap sebelum ini. Bukan perkara ni tak pernah terjadi. Sehinggakan dia terpaksa pasang bodyguard untuk ketenteraman dan keselamatannya ketika bekerja. Hampa, bila Remy halang tindakan dia dan pelawa diri untuk jadi bodyguard untuknya.. Kadang- kadang dia naik rimas. Pekerjaan dia sebagai model sering mendapat tumpuan umum. Lagi- lagi lelaki miang di luar sana. Muka nampak saja baik, tetapi hakikatnya fikiran kotor. Menggeleng kepalanya dengan perangai lelaki sebegitu. Minta- minta dijauhkan untuk kali ini. “Err- tak. I tahu you tak suka stalker- stalker ni.” “Macam mana you tahu tentang tu juga?” Yasmeen jadi curiga melihat lelaki ini. Sebenarnya ada niat apa datang jumpa dia sehingga tahu tentang dirinya. “You model terkenal. Tentulah I tahu model macam you tak suka dikejar stalker- stalker yang tak guna tu.” Bicaranya kedengaran sinis di telinga Yasmeen. “Baguslah kalau you tahu tentang tu. Model macam I tak suka ada orang menyibuk tentang I. Same goes to you, I tak suka you menyibuk tentang hal I. Sekarang you boleh keluar.” Sarkastik Yasmeen bagi menghalau lelaki itu pergi. Selagi lelaki ini ada di sini macam mana dia mahu bersiap untuk acara seterusnya. “Masa I masuk tadi you nampak marah...” Ingatkan perbualan mereka terhenti di situ. Tapi tidak ya. Lelaki itu sengaja mengulang balik soalannya tadi. “Apa niat you yang sebenarnya, encik? Sibuk sangat nak tahu urusan I.” Laju Yasmeen mematikan kata- kata lelaki itu. Emosi pula lelaki ini tidak faham bahasa. Tangan dia naik memeluk tubuh.

  • Blurb Cinta yang Ditunggu Pertemuan tidak dirancang mempertemukan Yasmeen dan Shiraz. Pada mulanya, Yasmeen langsung tidak berminat untuk mengenali lelaki itu. Namun, Shiraz bukan lelaki yang mudah mengalah. Hari demi hari, kehadirannya semakin berani mendekati Yasmeen, lebih-lebih lagi saat wanita itu sedang ‘sendirian’. Ada sahaja cara Shiraz untuk menambat hati Yasmeen. Usaha demi usaha dilakukan, semata-mata untuk berada di sisi wanita yang telah menarik perhatiannya sejak awal. “You percaya love at first sight?” – Shiraz “I tak cakap I percaya.” – Yasmeen Cinta pandang pertama? Sejujurnya, Yasmeen tidak pernah percaya, apatah lagi selepas hatinya pernah dikhianati. Namun sejauh mana dia cuba menjauh, langkah Shiraz tetap mengejarnya… hingga mereka akhirnya disatukan dalam ikatan yang tidak disangka. “You tak akan menyesal pilih I. You nak tahu sebab apa? Sebab I bukan lelaki yang akan khianati wanita yang I cinta.” – Shiraz Itu janji Shiraz. Tapi rumah tangga bukan sekadar janji manis. Mereka diuji dengan masa silam, cemburu, dan kepercayaan yang mulai goyah. “You tak pernah faham I, Raz.” – Yasmeen “Sekarang ni, siapa yang tak faham? I buat semua ni sebab I sayang you. Sebab terlalu sayang, Meen. You tak nampak ke?” – Shiraz Bila semuanya semakin rumit dan tiada lagi ruang untuk berdamai, Yasmeen nekad membuat keputusan. “I perlukan ketenangan, Raz. Tolong jangan datang sini. Bagi I ruang.” – Yasmeen Tanpa disedari Yasmeen, ada sesuatu yang disembunyikan Shiraz. Sesuatu yang menjadi punca mengapa lelaki itu terlalu melindungi… hingga seolah-olah mengatur hidupnya. “Apa sebenarnya yang terjadi, Raz?” – Yasmeen Yasmeen menuntut jawapan. Bukan sekadar untuk memahami suaminya, tetapi demi mencari kebenaran yang selama ini disimpan rapi. Dan bila semuanya terbongkar, adakah cinta mereka cukup kuat untuk terus bertahan? #CintaYangDitunggu

  • без подписи

  • без подписи

  • Sinopsis ebook (Updated)

  • EBOOK SALES 7.7 PROMO SEPANJANG JULY www.wasap.my/601135240569/Ebook(tajuk)

  • AKU PLAYBOY DIA USTAZAH "Hai, awak." Ean mendongak memandang Nadja yang tersengih berdiri tidak jauh dari dia. Macam biasa, bila dah nampak muka si Nadja ni mula la dia rasa tak tentu arah. Jangan sengihlah, perempuan! Tahu tak muka kau tu lawa? Aku tak boleh jatuh cinta! Aku tak suka perempuan macam kau! Tanpa membalas sapaan Nadja, dia kembali menunduk menggerakkan jari di atas skrin telefon. Nadja menggigit bibir. Ean ni dah kenapa? Bad mood? Seram jugak bila lelaki ni bad mood. Muka masam habis! Kalah jeruk. "Awak, saya nak tanya ni. Awak ada girlfriend ke?" Nadja duduk di sofa tidak jauh dari Ean. Merenung lelaki itu yang hari ini berpakaian kasual. Tampak santai dengan jean dan baju jersi. "Banyak. Kenapa?" Jawab Ean dingin, lalu memandang Nadja yang tersenyum kelat mendengar jawapan dia. "Kenapa awak macam lain sekarang?" Soal Nadja bila dia dah tak tahan dengan Ean yang dingin. Hari itu beria nak berkenalan dengan dia. Siap ajak lepak bersama. Lepas Ean ambil dia di sekolah, lelaki itu terus menghilangkan diri. Nadja tunggu setiap hari tapi Memikirkan lelaki itu mungkin banyak kerja, dia hanya pendamkan. "Mana ada lain. Macam nilah saya," balas Ean tanpa perasaan. Nadja mengetap bibirnya. "Saya ada buat salah ke?" Ean yang sedang membaca artikel itu menarik nafas dalam. Dia merenung tajam wajah sendu Nadja. Nadja sedih? Dia rasa sesuatu bila melihat raut wajah itu. Tapi dia cuba juga kentalkan hati. "Ma..." "Ha, Ean! Nadja!" Suara mama dan Puan Jamilah mematikan perbualan mereka. Kedua wanita itu tersenyum-senyum memandang Ean dan Nadja yang nampak serius berbual. "Tengok kamu berdua tadi, nampak sepadan sangat. Kan, Milah?" Ean bagi isyarat mata pada mama. Janganlah mama nak mula. Tapi mama buat tak tahu aje. Malah makin ligat menghantar kiasan untuk menyatukan dia dan Nadja. "A'ah, Idah. Hari tu dah keluar berdua. Kali ni jumpa lagi. Bila boleh berlangsung ni? Umi tak sabar nak ada menantu." "Umi..." Nadja menyeru lembut tapi tegas memberi amaran agar Puan Jamilah tidak meneruskan kata. Dia segan dengan Ean. Lelaki itu pun dingin dengan dia. Kalau macam sebelum ni tahu jugalah dia perasaan Ean macam mana. "Alaa... zaman sekarang ramai juga kahwin dulu baru bercinta. Gembira juga, kan? Apa kata kita satukan aje budak berdua ni, Milah. Kalau ikut dia orang, entah umur dah 40 tahun pun belum tentu kita dapat menantu." "Mama." Kali ini Ean pula membantah. Kening dia bercantum rapat kerana terlalu berkerut dahinya menahan geram. "Nad, kita keluar kejap. Saya nak cakap sesuatu." Ean berdiri meminta diri sebelum berlalu keluar. "Kamu berdua berbuallah dulu. Kenal-kenal." Puan Faridah dan Puan Jamilah memberi ruang. Berbunga hati mereka ketika itu. Ada chance! Nadja gigit hujung bibir. Kalau dah umi dia cakap macam tu, dia ikut ajelah. "Jom duduk sana," ajak Nadja terus berlalu dari situ. Ean pandang meja bulat yang berada di halaman rumah yang luas itu. Di situ agak redup kerana dikelilingi pokok yang rendang. "Awak okey tak?" Ean mengangguk, mengambil tempat di hadapan Nadja. Banyak mulut betullah Nadja ni. Dari tadi dia aje yang mulakan perbualan. Sampai Ean yang jenis suka mengurat ni pun terdiam. Selalu Ean yang memulakan tapi sekarang terbalik. Mungkin kerana hati yang tak ikhlas nak berkenalan dengan Nadja. Kalau Nadja ustazah, sudah pasti gadis itu pun extreme macam isteri Dani, Fatiha. Mata Ean mula berpinar membayangkan hidup dia akan ada isteri yang pakai jubah sepanjang masa. Lagi rasa sakit kepala bila nanti Nadja akan paksa dia pakai jubah, bela janggut dan sembahyang 24 jam. My god! Aku kena tamatkan semua ni sebelum terlambat. "Nad." Cara Ean panggil dia tu, Nadja rasa sangat lain. Penuh dengan perasaan. Tapi kenapa Ean macam dingin dengan dia? Sebab isu kahwin ni ke? "Tolong tolak pinangan mama saya nanti." Pinta Ean separa merayu. Nadja terpempan. Pinangan? "Bila?" Ean menahan sikunya di atas meja. Jarinya naik memicit pelipis. "Not sure yet. Tapi mama saya rasanya dah bincang dengan umi awak."

  • AKU PLAYBOY DIA USTAZAH "Kamu pun dah berkenalan dengan Nadja. Mama tengok kamu macam berkenan aje dengan dia. Jadi apa salahnya mama jodohkan kamu dengan dia? Dia pun ada ilmu agama, boleh bimbing kamu," sampuk Puan Faridah. "Kenapa dia pulak yang kena bimbing Ean!" "Jaga nada Ean tu." Tegas Encik Don memberi amaran. Ean meraup wajah. Bengang. "Supaya kamu ada rasa malu pada isteri sendiri. Kamu akan ubah diri kamu sendiri nanti untuk setanding dengan dia." Dia mengetap bibir menahan geram. Mengumpul rasa sabar untuk berhadapan dengan kedua ibu bapanya itu. Dia meramas rambutnya yang memang dah serabai. "Benda tu tak akan berlaku, pa! Ean bukan boneka atau perempuan yang boleh nak dibuat sesuka hati. Ean lelaki, dia yang patut ikut cara Ean." Beristighfar panjang Puan Faridah. Mengurut dada dia melayan sifat ego dan keras kepala Dayyan. Ean menggeleng kepala perlahan. Selagi dia melawan, selagi itu mama dan papa akan terus menekan dia. Dia tertekan! "Dahlah, ma. Ean malas nak cakap lagi. Kalau mama nak cari isteri Ean, mama carilah. Tapi satu aje Ean nak bagitau mama, Ean tak akan berubah sebab dia!" Sepatutnya dia yang membimbing si isteri, bukan si isteri yang bimbing dia. Dia tak akan jadikan diri dia macam Dani. "Ean." Puan Faridah mengetap bibir. "Mama nak Ean ikut sangat, kan? Okey. Ean ikut cakap mama." Gertak dia terus berlalu naik ke atas. "Muhammad Dayyan!" Walaupun mama menempik kuat, dia buat tak tahu aje. Mama yang nak dia jadi macam ni. Dia tak ada niat pun nak meninggi suara pada orang tuanya. Tapi dia manusia yang tak suka dipaksa. Kemarahan dia tak dapat dikawal tadi.

  • BLURB AKU PLAYBOY DIA USTAZAH Bagi Ean - Pertama kali nampak Nadja dia sudah jatuh hati. Tapi bila dia tahu siapa sebenarnya Nadja, dia rasa tawar hati. Setelah berperang mulut dengan ibunya, Ean si kaki perempuan akhirnya akur dijodohkan dengan pilihan si ibu. Namun berjumpa Nadja, serasa dunianya salah berputar. Hidup yang sudah terbiasa didampingi perempuan seksi terasa sangat takut dengan kehadiran Nadja yang bertutup litup. Nadja seorang ustazah! Dan dia seorang playboy! "Seksi. Menggoda. Manja. Itu aje. Dan benda ni tak ada pada awak." - Ean Bagi Nadja - Pertama kali nampak Ean, dia sudah jatuh cinta. Tapi bila melihat perangai Ean buat dia rasa terseksa. Nadja menggenggam tangannya erat. Seksi? Dasar lelaki mata keranjang! Mereput kau dalam kubur nanti. Datang malaikat Mungkar Nakir baru kau tahu takut! Ya dia ustazah, tapi itu bukan batu penghalang untuk dia berkahwin dengan Ean. Salah ke seorang ustazah juga punya lelaki idaman sendiri? "Awak tunggu, saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya." - Nadja Hati Ean perlu Nadja miliki!

  • 📌 AKU PLAYBOY DIA USTAZAH (CIK BAWANG) www.wasap.my/601135240569/ebook(tajuk)

  • Leftenan Karl Syakirin Aluna Zinnirah terpaksa telan pahitnya hidup bila dia terpaksa membesar dalam ketakutan, sakit dan takut sentiasa menemani hidupnya. Oleh kerana itu, dia pilih untuk hiburkan hati dengan mengusik salah seorang atasannya. Bagi dia lelaki itu walaupun ganas dan garang tapi lelaki itu tidak pernah berhenti melayannya. Bagi Karl Syakirin pula, dia rasa nak hempuk sahaja minah yang suka ganggu hari-hari dia ini. Tapi bila tak ada sunyi pula “kau ni tak ada kerja lain ke?”. “Tak, keeja saya ganggu tuan lah...”. Makin hari kisah mereka membuahkan hasil, Karl pilih lamar Aluna yang senggal dan mereng dengan alasan tak masuk akal. “Aku urgent nak pakai isteri ni...”. Dengan alasan ni kahwin lah mereka berdua. “siapa Sumaiyyah?”. “Dia tu cinta pertama aku...”. “siapa Inayah?”. “Cinta kedua aku...”. Terlalu banyak halangan nampaknya, mampukah Aluna bahagia? Atau dia langsung tidak berhak bahagia?. “Ma Cherie, aku tahu aku salah tapi sumpah cinta aku hanya untuk kau seorang je...”. “Mon Cherie cinta bukan boleh sumpah-sumpah...”. Bosan. Aluna nak berpisah ke?.

  • без подписи

  • 📌KOMBO ASMARA (AUNIE AYUNI ) SINGLE RM18 KOMBO RM28 www.wasap.my/601135240569/EBOOK

  • ❤️TEASER 3 ❤️ ASMARA YANG TERTANGGUH “What?” Suara Amar melengking kuat. “Habis tu, takkanlah nak suruh Sarah pulak jemput anak kita di sekolah. Kalau saya suruh pun belum tentu dia nak. Betul tak?” Sarkastik! Nak tambah bara dalam hati Amar. Kening kanan terjongket ke atas. Cerlungan tajam Amar dibalas dengan senyuman senget. “Apa yang awak mengarut ni, hah? Kita bercakap tentang Zahra. Tak ada kena mengena dengan Sarah. Jangan nak kaitkan Sarah dalam hal ni. Sebab dia tak akan jadi ibu yang tak bertanggungjawab macam awak. Faham?” Amarahnya sudah tak mampu dibendung. Ruhil dah melampau. Belum sampai 24 jam dia suarakan hasrat nak beristeri dua, Ruhil dah tunjuk perangai buruknya. Setiap tutur kata dan kelakuannya terlalu menyakitkan hati. “Wah, untungnya jadi Sarah! Belum apa-apa lagi dah nampak yang awak akan menangkan dia walau dalam apa keadaan sekali pun. Yalah, orang tengah hangat bercinta katakan. Kentut bau longkang pun tetap wangi,” jawab Ruhil. Mengejek... “Jangan nak ubah topik, Ruhil. Abang tak kisah kalau awak ada urusan lain. Tapi, awak abaikan Zahra sebab awak pergi salon. Ibu jenis apa awak ni, Ruhil?” sergah Amar dengan mata yang terjegil-jegil. “Baru sehari, abang. Baru sehari kena jemput anak dari sekolah awak dah meroyan macam ni, hurm? Sejak Zahra masuk sekolah, saya yang hantar dan jemput dia balik. Setiap hari! Jadi, mulai hari ni awak kena ambil tahu pasal jadual sekolah Zahra. Sebab dia bukan anak saya sorang, tapi anak awak jugak. Itu syarat yang awak kena ikut kalau awak nak kahwin lagi. Faham?” balas Ruhil dengan nada suara yang sama. Dia tak akan berkompromi lagi. Dia dah lakukan yang terbaik untuk keluarga kecil mereka, tapi semua tu langsung tak berharga di mata Amar. Sibuk nak kahwin lagi satu walaupun segala-galanya dah lengkap dan sempurna untuk mereka. “Baik, kalau itu yang awak nak. Abang setuju dengan syarat tu. Tapi, perlu ke awak jadi macam ni?” Amar dah malas nak fikir panjang. Setuju dengan apa saja syarat yang Ruhil tetapkan. Makin lama, dia makin runsing dengan perangai Ruhil. “Kenapa? Awak tak suka, hurm?” Ruhil bangun dan berdiri rapat di hadapan Amar. Dagu Amar yang berjanggut nipis dicuit sekali sambil ketawa perlahan. Nampak bibir Amar bergerak-gerak mahu menjawab. Tapi, tak ada suara yang keluar. Marah mungkin... “Bertahun lama saya jadi isteri yang taat, setia dan jujur untuk awak. Sayangnya, awak tak suka ada isteri yang taat, setia dan jujur. Sebab itulah awak nak kahwin dengan Sarah. Jadi, sekarang saya rasa saya kena berubah. Saya akan jadi isteri yang kurang ajar, biadap dan kejam,” sambung Ruhil tanpa rasa bersalah. Dia tidak hanya akan tunduk dan pasif. Sebelum dia diinjak dan dipijak, lebih baik dia bertindak dari sekarang. “Oh, sebab itulah awak berkira dengan abang? Mentang-mentanglah kereta tu kereta awak...” tempik Amar sampai urat-urat di pelipis kelihatan menegang. “Yalah, kereta tu kereta saya. Saya yang bayar ansurannya sampai habis. Saya bayar dengan duit gaji saya setiap bulan. Semua pasal kereta tu saya yang tanggung. Tak ada sesen pun duit awak. Cukuplah enam bulan awak angkut Sarah ke hulu ke hilir dengan kereta saya tanpa rasa bersalah.” “Awak tahu tak apa yang abang rasa sekarang, Ruhil?” soal Amar. Dadanya berombak deras. Marah! “Abang betul-betul dah tak sabar nak kahwin dengan Sarah. Sebab dia jauh lebih baik dari awak!” tokoknya lagi tanpa ada sekelumit rasa sesal. Ruhil kacip gigi rapat-rapat. Remuk redam hatinya mendengar tohmahan dan kata-kata pedas Amar. Hanya kerana mahu mengiyakan kehendak hati sendiri, Amar sanggup toreh hatinya berkali-kali sampai berdarah. “Baguslah kalau macam tu. Saya harap awak akan lebih bahagia dengan dia. Dan, sebelum saya terlupa saya nak beritahu sesuatu. Saya akan bekerja di pejabat mulai esok. Bos saya cakap dah lama sangat saya kerja dari rumah. Dia perlukan saya di pejabat...” beritahu Ruhil sambil pamit senyum.

  • ❤️TEASER 2 ❤️ ASMARA YANG TERTANGGUH “Sayang nak pergi mana pakai cantik-cantik ni?” Ketap bibir. Tangan masih lagi di pinggang. Lambat-lambat dia atur langkah mendekati Ruhil. “Nak keluar. Semalam kan saya dah beritahu saya nak keluar...” Ruhil kemaskan rambutnya yang dibiarkan lepas. Dan, haruman syampu berterbangan di udara. Amar diam. Betullah tu! Semalam dia sendiri yang izinkan Ruhil keluar. Dan, dia tahu dia dah tak boleh nak tarik balik kata-katanya. Bimbang rancangannya tak menjadi. “Nak apa?” soal Amar melihat Ruhil yang sedang hulurkan tangan ke arahnya. “Nak duit.” Duit? Sekali lagi Amar tengadah. Ruhil tak pernah minta duit dengannya macam tu. Apa dah jadi ni? “Lagi satu, mulai esok awak yang kena hantarkan Zahra ke sekolah. Belikan sarapan untuk dia juga.” Ruhil tetap dengan riak seriusnya. Bangun dan berura-ura nak melangkah naik ke tingkat atas. “Eh, sayang!” Amar sambar lengan isterinya. Tindakan itu buat Ruhil berdiri mengadapnya. “Manalah abang sempat nak hantar Zahra. Kan selalu sayang yang buat semua tu. Kenapa dengan sayang ni? Baju abang pun sayang tak gosok. Memang tak salahlah keputusan abang nak kahwin dengan Sarah!” Amar mula membentak. Hamburkan rasa tak puas hati yang sejak tadi menyengat dada. Geram betul dia tengok muka Ruhil yang selamba saja menjawab. Ruhil mencemik. Sakit di hati dek kata-kata Amar tadi disembunyikan baik-baik dalam hati. Memang itu yang dia nak dengar. Dia tahu Amar sekadar berlakon baik sejak dua menjak ni sebab ada udang di sebalik batu. Dia baru nak angkat kaki, tapi ada sesuatu terlintas di fikiran buat dia bersuara semula. “Lepas ni, saya tak nak awak panggil saya sayang lagi.” “Kenapa pulak?” Amar semakin tak keruan. Makin lama, makin pelik perangai Ruhil. Kalau dulu bukan main lebar senyuman Ruhil setiap kali perkataan sayang meniti di bibirnya. “Sebab panggilan tu sebenarnya untuk Sarah bukan untuk saya. Awak mula panggil saya sayang sejak enam bulan lepas. Maknanya, panggilan itu untuk Sarah bukan untuk saya. Awak bahagia bercinta dengan dia dan awak cuma tak mahu saya nampak semua tu. Boleh jadi awak tak mahu tersasul bila ada dengan saya. Tapi, saya faham dan saya tak marah. Cuma tolong jangan panggil saya sayang lagi. Saya tak suka.” Ruhil pamit senyum di hujung kata. Tapi, jelas hambar dan tawar. Tampang Amar yang terpinga-pinga mendengar kata-katanya buat dia yakin yang dia tidak tersalah meneka. Dari zaman mereka bercinta, Amar hanya memanggilnya dengan panggilan ‘awak’. Dan, panggilan itu tak pernah berubah sehinggalah enam bulan lepas. Dia ingat lagi betapa terujanya dia ketika mula-mula Amar memanggilnya dengan panggilan itu. Siap tulis dalam status WhatsApp lagi. Rupa-rupanya semua tu hanya sandiwara lelaki bernama suami. Dan, dia ditipu hidup-hidup! Keparat punya jantan! Sumpahnya dalam hati.

  • Terus kaku tangan Amar yang tinggal setengah inci dari bahu Ruhil. Wajah Ruhil juga tegang dan garang. Agak terkejut pada mulanya, tapi dia tak mahu fikir sangat. “Baik, sayang. Abang tak akan sentuh. Asalkan sayang setuju abang kahwin dengan Sarah.” Amar ikut sahaja kehendak isterinya. Kembali berdiri tegak di sisi meja.