tgindex
Matematik Tingkatan 1 - 3

Matematik Tingkatan 1 - 3

Статистика
@form1mathsиндонезийский

Formula berguna & mudah untuk pembelajaran Matematik

Последний пост
15 авг. 2022 г.
Последнее чтение
14 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
5 903
+2 за 3 дн.
Сутки
−1
−0,02%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
35,4 тыс
20 постов
Вовлечённость
599,9%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Channel name was changed to «Matematik Tingkatan 1 - 3»

  • 22 февр. 2021 г.55,7 тыс30

    Contoh Soalan: a) 18² = 18 × 18 = b) (2⅓)² = (⁷/3) × (⁷/3) = ⁴⁹/3 c) 0.07² = 0.07 × 0.07 = 0.0049

  • 22 февр. 2021 г.55,7 тыс26

    💡TIPS PENTING Untuk mengusaduakan nombor bercampur, tukar kepada pecahan tak wajar dahulu

  • 22 февр. 2021 г.55,4 тыс32

    Contoh Penyelesaian yang Melibatkan Kuasa Dua Sesuatu Nombor Zizie mahu menutupi tapak sebuah bongkah kubus bersisi 1.5m dengan vinyl. Kos vinyl ialah RM25 bagi setiap m². Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Zizie? Penyelesaian : Tapak kubus ➡️ segi empat tepat Luas = panjang × lebar @ panjang² = 1.5m × 1.5m = 2.25m² Kos vinyl = 2.25 × 25 = RM56.25

  • 22 февр. 2021 г.49,3 тыс27

    Menentukan Sama Ada Sesuatu Nombor ialah Kuasa Dua Sempurna Bagaimana kita nak tentukan? a) 144 = (3 × 4) × (3 × 4) = 12 × 12 ☆ 144 ialah kuasa dua sempurna kerana boleh dipasangkan b) 108 = (2 × 3) × ( 2 × 3) × 3 = 6 × 6 × 3 ☆ 108 BUKAN kuasa dua sempurna kerana tidak boleh dipasangkan dgn lengkap

  • 22 февр. 2021 г.43,2 тыс27

    📖 NOTA PINTAR: Bilangan tempat perpuluhan dalam sesuatu kuasa dua perpuluhan ialah dua kali ganda bilangan tempat perpuluhan yang dikuasaduakan. Contoh : 0.2² ➡️ 0.2 × 0.2 = 0.04 0.04² ➡️ 0.04 × 0.04 = 0.0016 0.005² ➡️ 0.005 × 0.005 = 0.000025

  • 15 февр. 2021 г.40,4 тыс26

    Jangan terkeliru❗️ 4² = 4 × 2 ❌ 4² = 4 × 4 ✅ 7³ = 7 × 7 × 7 ✅ 7³ = 7 × 3 ❌

  • 15 февр. 2021 г.39,2 тыс15

    Secara Umumnya, semua nombor bulat adalah kuasa 1, contohnya: 1 = 1¹ 2 = 2¹ 3 = 3¹

  • 15 февр. 2021 г.38,7 тыс21

    TIPS: Nombor 1 akan kekal sebagai 1 walaupun dikuasakan dengan apa-apa. 1² = 1 1³ = 1 1⁵ = 1 1¹⁰⁰ = 1 Kerana.... 1 × 1 = 1 1 × 1 × 1 = 1 1 × 1 × 1 × 1 × 1 = 1 1 × 1 × 1 × 1 × 1 × 1 × 1 ............ = 1

  • 15 февр. 2021 г.35,6 тыс19

    💡NOTA penting: Apakah perbezaan diantara 10² dan 10m²? Nampak tatatanda ² diantara kedua nombor tersebut? 10² = sepuluh kuasa dua manakala 10m² = sepuluh meter persegi Ingat kalau "kuasa dua", nombor tersebut adalah TANPA apa² unit seperti "mm, cm, m, km...." Manakala untuk persegi pula, sentiasa merujuk kepada luas sesuatu kawasan atau bentuk, dimana perlu ada unit sebelum ² : seperti mm², cm², m² atau Km² Boleh faham?

  • 💡 Rujukan kelas DLP Kuasa dua ➡️ square Punca kuasa dua ➡️ square root Kuasa tiga ➡️ cube Punca kuasa tiga ➡️ cube root Tatatanda ➡️ notation Nombor bercampur ➡️ mixed number Kuasa dua sempurna ➡️ perfect square Bundarkan ➡️ round off Anggaran ➡️ estimate Julat ➡️ range

  • 7 февр. 2021 г.31,8 тыс10

    Kuasa dua suatu nombor ialah hasil darab satu nombor dengan dirinya. Kuasa dua suatu nombor boleh ditulis dalam bentuk tatatanda seperti X² Contoh Kuasa dua 10 ditulis sebagai 10² 10² = 10 × 10 = 100

  • 📢 BAB 3: KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA Bab yang pasti mengujakan kerana kita belajar benda baru.

  • 👍👏👏 Tahniah untuk semua yang dah ikut sejauh tok. Keep it up guys! Tamatlah Bab 2 untuk Matematik Tingkatan 1. Kita akan beralih ke Bab yang seterusnya

  • 7 февр. 2021 г.34,9 тыс14

    Selesaikan Soalan Berikut : a) Tentukan GSTK bagi 3, 5 dan 6 b) Apakah GSTK bagi 8 dan 9

  • 7 февр. 2021 г.36,2 тыс43

    Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) ialah gandaan sepunya yang paling kecil bagi beberapa nombor yang diberi Contoh Soalan Jika paip A mengalirkan 4 liter air dalam seminit dan paip B pula mengalirkan 5 liter air dalam seminit, pada minit ke-berapakah kedua-dua paip mengalirkan jumlah air yang sama? Penyelesaian Paip A : 4, 8, 12, 16, 20 Paip B : 5, 10, 15, 20, 25 Maka jawapan nya : Paip A - minit ke 5 manakala Paip B - minit ke 4 dimana kedua-dua mencapai kuantiti 20 liter air. (20 ialah GSTK bagi 4 dan 5) Contoh 2 Senaraikan gandaan sepunya terkecil bagi 6, 10 dan 12 Penyelesaian SIFIR ❗️SIFIR ❗️SIFIR❗️ 6 : 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42, 48, 54, 60 10 : 10, 20, 30, 40, 50, 60 12 : 12, 24, 36, 48, 60 Maka GSTK bagi 6, 10 dan 12 ialah 60

  • Selesaikan Soalan dibawah (a) Cari 2 gandaan sepunya yang pertama bagi 5 dan 7 (b) Tentukan sama ada 768 ialah gandaan sepunya bagi 4, 6 dan 8 (c) Hitungkan hasil tambah gandaan sepunya kedua bagi 6 dan 9

  • 7 февр. 2021 г.25,5 тыс26

    Gandaan Sepunya Sama seperti faktor sepunya. Kita kena senaraikan gandaan bagi nombor-nombor yang diberi, kemudian carikan gandaan sepunya yang terdapat dalam nombor² tersebut Contoh 1 Carikan dua gandaan sepunya yang pertama bagi 5 dan 10 Penyelesaian 5 : 5, 10, 15, 20 10 : 10, 20, 30, 40 Maka jawapan nya ialah 10 dan 20 Contoh 2 Carikan tiga gandaan sepunya pertama bagi 2, 3 dan 6 Penyelesaian 2 : 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18 3 : 3, 6, 9, 12, 15, 18, 6: 6, 12, 18, 24, 30 Maka jawapan nya ialah 6, 12 & 18

  • Semua boleh ikut? Ada soalan?

  • 7 февр. 2021 г.23,6 тыс23

    📢📢📢 GANDAAN ialah Operasi Darab ✖️❗️❗️❗️❗️Sik dapat lari dari penguasaan sifir. Contoh Soalan berkaitan Gandaan Soalan 1 Apakah tujuh gandaan pertama bagi 6? Penyelesaian 6, 12, 18, 24, 30, 36 dan 42 (buat sifir 6 sampai 7 x 6) Soalan 2 Carikan semua gandaan 4 diantara 21 dan 39 Penyelesaian 24, 28, 32 dan 36 (gunakan sifir 4, senaraikan semua gandaan 4 yang terletak diantara nombor 21 dan 39) Soalan 3 Carikan lima gandaan pertama bagi 9 yang lebih daripada 50 Penyelesaian 54, 63, 72, 81, dan 90 (gunakan sifir 9, cari lima jawapan pendaraban terawal yang lebih dari nombor 50) Soalan 4 Senaraikan semua gandaan 15 yang kurang daripada 80 Penyelesaian 30, 45, 60 dan 75 (bermula dari gandaan pertama 15 iaitu 30 sehingga gandaan paling hampir dengan 80)