tgindex
Global Hayat Official

Global Hayat Official

Статистика
@globalhayatРелигияиндонезийский

Ayuh bersama kami dalam memberikan bantuan terbaik buat mereka yang memerlukan!

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
8
Всего постов
92
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 011
−3 за 4 дн.
Сутки
−4
−0,20%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
446
40 постов
Вовлечённость
22,2%
к подписчикам
Постов в день
1,1
всего 92
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
176
1/48двое суток
201
1/72трое суток
217

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Sekolah mereka musnah. Namun keinginan untuk belajar masih hidup. Di Gaza, ada anak-anak yang belajar di celah runtuhan, di dalam khemah, malah duduk di atas tanah dan batu kerana kelas, meja, buku dan kemudahan asas semakin sukar diperoleh. Dalam keadaan yang serba kekurangan, guru tetap mengajar. Anak-anak tetap hadir. Mereka terus mempertahankan hak untuk belajar dan hak untuk mempunyai masa depan. Setiap huruf yang dibaca, setiap pelajaran yang diteruskan, adalah tanda bahawa harapan masih belum padam. Semoga anak-anak Gaza terus diberikan kekuatan, perlindungan dan peluang untuk kembali belajar dalam keadaan yang aman dan selamat. Bantuan anda, hayat mereka. Foto: @fadi.a.thabet t.me/globalhayat #GlobalHayat #Gaza #Palestin #AnakAnakGaza #EducationForGaza #StandWithPalestine

  • DISASAR DI TENGAH GAZA Pengarah polis wilayah Gaza dilaporkan terbunuh selepas kenderaannya menjadi sasaran serangan tentera Israel di Jalan Al-Rashid, Gaza City. Kenderaan tersebut terbakar susulan serangan, sementara pasukan pertahanan awam berusaha memadamkan api di lokasi kejadian. Di tengah serangan yang terus berlaku, rakyat Gaza terus berdepan ancaman terhadap keselamatan dan kehidupan mereka setiap hari. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan mengurniakan kekuatan kepada mereka yang terus bertahan. 🇵🇸 Teruskan peduli. Teruskan bersuara untuk Palestin. Sumber : Ali Jadallah t.me/globalhayat

  • RM50 mungkin kecil bagi kita, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada masjid yang kembali berdiri di Gaza. Bantu bina semula Masjid Hayat di Gaza. Mulakan sumbangan serendah RM50 hari ini. Layari masjid.globalhayat.net Bantuan anda, hayat mereka.

  • Al-Aqsa masih dalam bahaya. Sekatan terhadap umat Islam terus berlaku, sementara tekanan terhadap kawasan suci ini semakin membimbangkan. Jangan biarkan Al-Aqsa hilang daripada perhatian kita. Kongsikan agar lebih ramai sedar. t.me/globalhayat #AlAqsa #GlobalHayat #HayatAqsa #Palestin

  • Rumah mereka diledakkan, walaupun pertempuran sudah tiada. Di sebalik “Yellow Line”, Israel terus memusnahkan kediaman penduduk Gaza. Setiap letupan bukan hanya meruntuhkan bangunan tetapi memadam kenangan dan kehidupan sebuah keluarga. t.me/globalhayat

  • Kalau 3 nikmat ini hilang esok, hidup kita pasti berubah. t.me/globalhayat

  • Bantuan ada. Tapi masih tersekat di pintu Gaza. Beratus lori membawa makanan dan bantuan kemanusiaan menunggu untuk masuk, sementara rakyat Gaza terus berdepan kelaparan dan kekurangan bekalan asas. Sekatan bantuan mesti dihentikan. Bantuan anda, hayat mereka. t.me/globalhayat

  • Duit boleh beli rumah. Tapi bolehkah ia beli ketenteraman? Keamanan adalah nikmat yang sering kita sedari hanya apabila ia hilang. Hargai keamanan yang kita miliki, dan jangan lupakan mereka yang masih hidup dalam ketakutan setiap hari. Bantuan anda, hayat mereka. t.me/globalhayat

  • Bayangkan menjalani pembedahan ketika ubat dan bekalan semakin berkurang. Itulah realiti yang sedang dihadapi hospital di Gaza. Dalam serba kekurangan, doktor dan petugas kesihatan masih terus berusaha menyelamatkan nyawa. Kongsi supaya lebih ramai tahu apa yang sedang berlaku. Bantuan anda, hayat mereka. t.me/globalhayat #GlobalHayat #HayatAqsa #Gaza #Palestin

  • 🌿 Jumaat, hari terbaik untuk menggandakan amal. Setiap sedekah yang dihulurkan mampu membawa manfaat besar buat saudara kita yang sedang diuji di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman, termasuk usaha menyediakan sumber air bersih melalui Projek Telaga Air Hayat Gaza. “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia.” Ayuh jadikan Jumaat ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki dan menghadirkan harapan buat mereka yang memerlukan. layari talianhayat.globalhayat.net Bantuan anda, hayat mereka. #SedekahJumaat #GlobalHayat #HayatAqsa #TelagaAirGaza #BantuanKemanusiaan #Palestin #Syria #Lubnan #Yaman

  • Gencatan senjata diumumkan, tetapi penderitaan di Gaza masih berterusan. Jangan biarkan Gaza dilupakan. Teruskan bersuara dan kongsi kebenaran. Bantuan anda, hayat mereka. #GlobalHayat #Gaza #Palestin

  • Serbuan tentera Israel terus meningkat di utara Baitulmaqdis yang diduduki. Gelombang penangkapan dan kekerasan terhadap tahanan dilaporkan berlaku ketika tambahan anggota tentera dikerahkan ke kawasan Qalandiya dan Kafr Aqab. Dunia tidak boleh terus berdiam diri. Sumber : Eye On Palestine t.me/globalhayat

  • Kira-kira 9,000 pegawai dan anggota tentera Israel dilaporkan cedera sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023, menurut Yedioth Ahronoth. Daripada jumlah tersebut, 77% telah kembali bertugas selepas menerima rawatan, manakala selebihnya masih belum layak untuk berkhidmat. Laporan sama turut merekodkan 66 kes bunuh diri serta peningkatan permintaan untuk rawatan psikologi dalam kalangan anggota tentera. Situasi ini berlaku ketika tentera Israel terus berdepan kekurangan anggota dan tekanan akibat perang yang berpanjangan. Sumber: Yedioth Ahronoth t.me/globalhayat

  • Rundingan terhenti, serangan terus berlanjutan. Tentera Israel dilaporkan membakar kawasan di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk Mansouri berpindah sekali lagi. Sumber : Courtney Bornneau t.me/globalhayat

  • Serangan tentera pendudukan di Kem Pelarian Qalandia dan Kufr Aqab terus berlanjutan. Rumah penduduk diserbu dan dirosakkan, seorang pemuda ditahan selepas sebahagian rumahnya diletupkan, manakala pasukan ambulans dihalang daripada membantu mangsa yang dipukul hingga tidak sedarkan diri. Rakyat Palestin terus berdepan keganasan tanpa henti. Sumber : Eye On Palestine t.me/globalhayat

  • Pendatang haram Israel menyerang Biara Saint James dan membaling batu ke arah kediaman seorang wanita Armenia di Baitulmaqdis. Sumber : Eye On Palestine t.me/globalhayat

  • 112 jenazah anggota keluarga Hassayna dan Abu Sharia akhirnya ditemukan semula dari bawah runtuhan di Gaza City, selepas terkorban dalam serangan Israel pada tahun 2023. Satu perpisahan yang terlalu berat ketika keluarga dan warga Palestin mengiringi pengebumian mereka dalam suasana penuh duka. Dunia tidak boleh terus memejamkan mata terhadap penderitaan ini. Sumber : Ali Jadallah t.me/globalhayat

  • Dua rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalan Al-Rashid, kawasan Sheikh Ajlin, Bandar Gaza. Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi ketika sebuah kenderaan terbakar selepas serangan tersebut. Sumber & Foto: Omar N Ashtawy t.me/globalhayat

  • Seorang murid darjah enam, Khaled Al-Ashram, cedera selepas peluru tentera Israel menembusi tangannya ketika sedang memegang pen di meja sekolah. Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kanak-kanak belajar, bukan medan serangan. Sumber : Eye On Palestin t.me/globalhayat

  • 🚨 Palestin Hantar Isyarat SOS Kepada Dunia Palestin menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera menghentikan keganasan tentera Israel dan pendatang haram yang semakin memuncak di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza. Pembunuhan, pembakaran masjid dan rumah, rampasan tanah serta pemindahan paksa bukan lagi kejadian terpencil, tetapi sebahagian daripada dasar sistematik penjajahan Israel. Dunia tidak boleh terus berdiam diri. Setiap kelewatan hanya memberi ruang kepada keganasan ini berterusan. Sumber : TV Pertiwi t.me/globalhayat #Palestin #Gaza #TebingBarat #Baitulmaqdis #HentikanKeganasanIsrael