tgindex
Hypnotic Works Circle

Hypnotic Works Circle

Статистика
@hwchannelРелигияиндонезийский

Nota, Program & Perkongsian berkenaan Dunia Bawah Sedar & Hipnosis Kejayaan - Master Rey

Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
2
Всего постов
22
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
779
0 за 1 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
208
22 постов
Вовлечённость
26,7%
к подписчикам
Постов в день
0,3
всего 22
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
28
1/48двое суток
32
1/72трое суток
34

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Pada hari ke-2 dalam siri 30 Hari Hipnosis Diri, ini adalah topik penting sebelum perkongsian lebih mendalam ke dunia Hipnosis. Menariknya lagi, dengan memahami rahsia bagaimana mengakses ke wilayah bawah sedar ini, kita dapat mendorong diri untuk bagaimana memulihkan, membentuk atau membangunkan diri. Tonton dan aplikasikan rutin disediakan di ezy.la/30hari-hd

  • Ada 2 Rutin awal untuk Hipnosis Diri Kejayaan 1. Soalan Hipnotik 2. Rekod Kejayaan Hal ni nampak kecil dan remeh je. Tapi benda kecil dan mudah macam ni lah beri kesan besar secara dahsyat. Macam mana cara aplikasikan dengan betul. Tonton videonya di ezy.la/30hari-hd

  • Cara untuk berubah itu sederhana saja. Aktifkan kuasa perubahan dalam diri dengan menjadi pelaksana. Bukan tunggu, nanti dan berangan panjang. Dapatkan akses video dan panduan nota 30 hari Hipnosis diri hanya di ezy.la/30hari-hd

  • Manipulasi Kuasa Hipnotik Diri ezy.la/30hari-hd

  • Akaun Telegram kalian ok tak? Pastikan urus dan setup elok bab keselematan. Jangan suka-suka tekan link pelik-pelik. Elak dari akaun kena hack. Perasan, ramai kenalan telegram ni profile pic dah lain macam. Lepas tu spam banyak mesej pelik-pelik dan send link bukan-bukan. Hati-hatilah. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada kejahatan orang tak bertanggungjawab. Insya-Allah. ezy.la/belajar-hipnosis

  • Nak bina kebiasaan ni mudah kalau tahu caranya. Kebiasaan baru dapat dibentuk paling biasa 66 hari. Tanpa putus. Baru data tu dapat simpan rapi ke bawah sedar. Ada orang lebih cepat dari tu. Lain orang lain tahap pencerapannya. Tak kisahlah 22 hari ke 33 hari ke. Paling penting sebenarnya adalah konsistensi. Buat berterusan tanpa ada skip walau sehari. Kena buat, kena paksa, kena disiplin. Awal memang kena fokus, kena peka dan pastikan kebiasaan baru tu dilakukan. Lepas dah berjaya install ke bawah sedar. Kebiasaan baru tu dah jadi Autopilot. Secara bawah sedar, ia akan bertindak dengan sendirinya. Sehinggalah kelak bila rasa perlu diubah, maka ia boleh saja diubah. Buat semula proses install tadi. . Tu cara kerja semulajadi programkan diri. Dengan pengetahuan Hipnosis diri, proses ni dapat dipercepatkan sebenarnya. . Insya-Allah. ezy.la/belajar-hipnosis

  • Usah biar diri mudah dipengaruh keadaan semasa. Ramai orang terlalu terikut-ikut dan berubah-ubah cara bertindaknya. Susah konsisten. Hanya sebab apa orang kata dan apa orang akan kata. Takut dan terlalu risau. Fokus terganggu. Akhirnya jiwa pun jadi tak tenteram. Tiada kendalian diri sepenuhnya. Semua macam dikendali oleh orang lain pula. Baru senyap dan diam dari medsos seketika sudah tak senang duduk. Terikat dengan gadget dan medsos. Telan semua info yang tak ditapis sampai diri makin lama makin jauh dari matlamat/impian yang dihajatkan. . Apa kata ambil nafas yang dalam seketika. Dengarkan dan rasakan nafas masuk dan keluar. Dengarkan bunyi detak jantung sendiri. Seketika itu akan bantu bawa diri kepada keadaan hipnotik. Bawa diri mudah bertenang dan terkendali. Otak jadi lebih sedar dan waras. Dorong diri waras dalam buat keputusan dan tindakan. Renew semula niat dan tujuan hidup dan matlamat semasa. Itu antara cara Hipnosis Diri. Self Programming. Nak lagi superb, perbanyak berdoa. Hari Jumaat ni hari yang berkah. Didoakan kalian semua sihat sejahtera, bahagia dan peroleh nikmat tenang. Deras rezeki dan gembira sentiasa. . Pejam celik Jun sudah berlalu. Jadual kami padat dan tak berkesempatan untuk jalan sesi Hipnosis sebulan yang lalu. Julai ini kita sambung sesi Training dan Terapi seperti biasa. Untuk yang ambil pakej personal, nanti kami direct whatsapp anda untuk temujanji ya. Mana yang dah lupa, lama tak berlatih atau tercari-cari seni Hipnosis diri. Boleh je ke sini ezy.la/belajar-hipnosis

  • Salam sukses buat semua. Semoga segala amal ibadah diterimaNya, sihat sejahtera dan bahagia. ezy.la/belajar-hipnosis

  • Untuk yang sedang bergelut isu Anxiety. Boleh ikut latihan 7 hari Self Hypnosis di group Telegram khas kami ya. Video dan nota sudah kami susun. Follow saja rutin latihan ikut turutan. Sementara peluang masih ada, sahkan akses di sini http://ezy.la/self-hypnosis

  • Semakin dewasa, kesedaran bahawa hidup ni bukanlah tentang menang, pujian dan pengaruh. Tapi tentang Tenang. Mahal nilainya. Syukurlah kalau masih diberi nikmat rasa tenang. Siapa pernah bergelut dengan isu tekanan emosi, isu kejiwaan pasti tahu nilai tenang tu. Tenang buat kita menang. Tenang buat kita waras dalam bertindak. Tenang bantu kita tersenyum dan tak mengalah walau sedang lalui ujian. . Jadual kami semakin padat dengan training dan sesi reprogram bawah sedar secara personal. Ada pelbagai ragam isu yang klien lalui. Bahagia bila lihat kemajuan dan perkembangan positif mereka. Namun, semua itu bukan magik. Ada prosesnya. . Semoga kalian semua yang membaca tulisan ini dalam keadaan baik-baik saja, tenang dan berjaya. Insya-Allah ❤️

  • Dunia semakin tenat. Kita pula bakal lalui fasa krisis dunia dari peperangan yang berlaku. Risau? Takut? Itu normal. Tapi jangan keterlaluan. Tulisan ni bukan untuk buat anda takut dan risau. Kita sendiri selama ini tak tahu pun esok nasib kita macam mana. Tapi Alhamdulillah elok saja lalui dan selesaikan apa yang perlu. Apa lagi soal masa akan datang. Tiada siapa tahu. Cuma, perlu bawa kepala otak dan jiwa sama. Perlu beringat, hati-hati dan belajar dari kesilapan lalu. Itu tanda kita berakal. Bukan buat tak tahu saja. Kemudian mengeluh pula. . Saya terima banyak temujanji personal berkaitan Anxiety. Simpati pada yang laluinya sampai terkesan banyak benda dalam hidupnya akibat tiada kendalian diri. Hipnosis yang kami perjuangankan ialah Hipnosis Kejayaan. Tentang bagaimana aplikasi Hipnosis dalam kehidupan untuk menghidupkan diri dan orang lain. Menghidupkan ni bukan bermakna orang mati dihidupkan pula ya. Haha.. Maknanya, semangat, jiwa, seni atau kemahiran kendalian diri yang lemah dan mati perlu dibaiki dan dihidupkan. Supaya kita dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik dan berjaya. Insya-Allah. Lama rehat dari program publik. Ada hikmahnya. Ada ke yang minat nak kumpul duduk sama belajar dan berlatih sama tentang seni Hipnosis yang ditakuti ramai ni? Teruja nak berkongsi sama secara santai.

  • Selamat bersahur dan berpuasa ya sahabat Hipnotis sekalian. Semoga semakin berlipat ganda amalan, tenang, sihat dan berjaya. Jadikan Ramadan kali lebih bermakna. Manfaatkan dengan sebaiknya. Insya-Allah ❤️

  • Otak hebat dalam membina cerita. Otak juga tak dapat nak bezakan antara nyata dan imaginasi. Maka, manfaatkannya dengan baik dan betul. Gunakan teknik mendorong yang hipnotik. Mainkan wayang gambar atau cerita yang sesuai dengan apa anda mahu capai dan rasa. Ulang. Insya-Allah, fokus dan tenaga anda akan bergerak ke arah mencapai hal tersebut. . Rahsia bagaimana kelola alam bawah sedar yang berkait dengan kemampuan otak ada dikongsi dalam panduan Magis Sebuah Fikiran. Boleh juga ikut 30 hari rutin Hipnotik untuk Hipnosis diri di ezy.la/30hari-hd

  • Tengah santai dan banyak masa sampai tak tahu apa nak buat? Gunakan soalan Hipnotik setiap hari setiap kali rasa kosong tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak capai apa. Tanya pada diri, "Apa yang menarik, hebat dan bermanfaat boleh dicapai lagi sekarang? Dan seterusnya?" ... Ambil kertas dan alat tulis, tuliskan. Senaraikan. Susunkan. Apa saja yang mula menjalar keluar dari fikiran sesuai soalan tadi. . Dengan menulis, dorongan Hipnotik lebih tinggi. Berbanding hanya simpan dalam kepala dan tak menulis sama sekali. . Ada rutin menarik saya kongsi dalam rutin 30 hari Hipnosis diri berkaitan teknik menulis impian/matlamat. Bila aplikasikannya, memang rasa berbeza dan tak ada masa untuk rasa tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak capai apa. Insya-Allah hidup lebih produktif. Semangat dan fokus. . Nak tahu aplikasi mendorong bawah sedar dengan teknik menulis dan rutin Hipnotik lainnya, panduan dan videonya saya susun di sini ezy.la/30hari-hd

  • Tidur Hipnosis lebih bermanfaat dan selamat berbanding Tidur 6 Saat. Pernah saya pesan berkenaan rawatan/terapi tidur 6 saat. Risikonya tinggi. Bahaya. Sebab ia menyekat aliran darah dan oksigen ke otak. . Tapi ramai orang suka bila lihat kesannya. Orang jadi macam kejang, tertidur seketika dengan macam-macam gaya. Nampak wow. Lagi-lagi bila yang kena tu jadi testimoni, cakap "Fuh rasa lega habislah.. Macam tidur lama!" . Wow factor begini memang hipnotik. Penonton ramai terhipnosis jadinya. Terpengaruh. . Itu biasa. Segelintir saja waras dan meneliti hal begini. Sekarang pakar dah tegur. Dah berbunyi. Baru ramai sedar. . Kesedaran ini bagus. Supaya tak jadi mangsa hadap risiko besar kemudian hari. . Berbeza dengan tidur Hipnosis. Lebih sedar dan natural rehatkan fikiran dan diri. Rasa segar yang alami. Tiada kena tekan-tekan sekat urat atau aliran darah. Tiada pula ritual-ritual pelik. Hanya manfaatkan fokus dan pernafasan yang lebih baik. Diri terdorong untuk kendalikan fikiran sedar supaya bawah sedar di akses dengan baik. Kesedaran lebih tinggi kerana sedar tentang hal yang kurang diberi perhatian. . Manfaat menarik, saranan atau sesuatu program baru yang diperlukan dapat di install ke bawah sedar dengan lebih baik. . Supaya menjadi kebiasaan baru pada diri, membangun daya gerak sesuai apa yang ingin dicapai. . Insya-Allah, boleh berkenalan dengan Hipnosis dan belajar asasnya sebagai pemula di ezy.la/belajar-hipnosis Pilih panduan Hipnosis Diri dan latihan berkaitan Self Hypnosis disediakan. . Selamat berjaya! ❤️

  • Otak kita ni tak berhenti proses data dan ia sentiasa bekerja/digunakan. Kata lain, tak ada cuti. Zaman sekarang ramai orang masuk state hipnosis tanpa ia sedar. Setiap hari malah hampir setiap masa. Iaitu melalui smartphone! Tak boleh ke letak, tinggal atau abaikan hp tu kejap waktu tengah tak ada apa nak buat? Misalnya, masa menunggu makanan siap. Tengah menunggu seseorang atau lainnya lagi. Jika secara autopilot tangan sibuk mesti nak belek hp bila ada ruang sesaat tak buat apa-apa. Maknanya sudah ada program ketagihan atau kebiasaan yang lekat berkait hp. Rasa janggal kalau tak buat apa-apa. Rasa janggal bila tak belek hp. . Ini apa saya sendiri setup dan latih programkan bawah sedar supaya otak tak terikat dengan hp. Sudah lebih 7 tahun kebiasaan ini diamalkan pun. 1. Bila dikeramaian, latih fokus kesedaran tinggi. Fokus pada persekitaran. Lihat orang, aktiviti saat itu, nikmati makanan yang dimakan sampai habis, buka bicara santai dengan orang terdekat yang ada bersama. 2. Pergi masjid tinggal semua termasuk hp. Hanya bawa lesen dan kaf pengenalan saja. 3. Bila ke kedai makan atau sedang lepak santai rehat di kedai makan dengan rakan, lebih banyak fokus pada pemandangan dan persekitaran sementara menunggu hidangan/rakan. Kadang akan lihat satu perkara dengan fokus dalam 1-3 minit. Nampak macam termenung, tapi bukan. 4. Tak usik hp langsung waktu bekerja. Walau ada je ruang kejap untuk belek. * Ini latihan Hipnosis diri melawan/berperang dengan kebiasaan gatal nak belek hp pada waktu-waktu begitu. Semakin berkali anda ulang buat, anda akan dapati otak jauh lebih fokus dan waras. Lebih tenang. Lebih baik-baik saja. === Kesan menarik dari latihan ini, buka smartphone hanya untuk perkara perlu. Terkawal. Tak kisah pun kalau tak belek. Guna gadget kurang 4 jam sehari. . Anda akan perasan, anda jadi Alien/Ganjil diantara ramai orang. Semua sibuk belek hp tapi anda santai saja tak sibuk gatal nak belek. Ramai orang masuk ke zon Hipnosis tak terkawal saat belek hp. Anda tenang saja boleh fikir, pilih dan buat apa yang lebih perlu. Belajar Hipnosis Diri secara formal di ezy.la/belajar-hipnosis atau ikut latihan 30 hari ini ezy.la/30hari-hd

  • Apa khabar dengan awal tahun 2026 anda? Tahun ini tahun yang bagus untuk bermula dan membina sesuatu dengan lebih baik. Belajarlah tentang kemampuan/potensi Otak. Kenal-kenal lah tentang Bawah sedar. Tingkatkan ilmu Agama (tu memang kewajiban) Ambil tahu tentang kesejahteraan jiwa/fikiran. Mulakan rutin yang Hipnotik. 1. Makan yang baik dan betul. 2. Buat semakan kesihatan. Supaya sedar apa yang diri perlukan. 3. Aktifkan diri dengan senaman pagi. 4. Menulis! Ya, tuliskan tentang impian dan matlamat terkini. Sentiasa update. 5. Belajar atur nafas. Kawal emosi. Banyak bersyukur. . Minat nak belajar Hipnosis boleh mula dulu dengan Hipnosis diri sendiri sebelum nak Hipnosis orang lain. Ikut je latihan 30 hari ni ezy.la/30hari-hd Atau pilih je mana-mana panduan yang disenaraikan di sini ezy.la/belajar-hipnosis . Saya ada je. Senyap sikit sebab banyak kerja dan banyak perkara menarik sedang saya bina. Insya-Allah ❤️

  • Leluhur Diam bukan tak ambil tahu. Tapi malas nak melayan hal begini. Saya perhati dakwaan seseorang tentang buka aura, undang gerak dan interaksi dengan leluhur atau semangat lama sedang menaik, viral. Memang cepat naik sebab orang kita ramai suka benda-benda mistik dan Sakti begini. Dah 2026.. Masih kalut percaya dan terpesona dengan aktiviti paranormal dan kesaktian? Nasihat saya, sudah-sudahlah. Ada banyak perkara yang lebih penting, jelas dan benar untuk kita belajar dan dikejarkan. Overclaim dan dakwaan mereka berkaitan hal tadi tu berat ya. Nak sahkan pun tak dapat disahkan kerana ia hal ghaib. Berlapis-lapis. Undang banyak perkara tak jelas berbanding yang jelas. Mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang mereka dakwa. Kena pula masuk medsos. Orang ramai terdedah info begitu. Terpengaruh. Mereka yang betul ahli dalam ilmu begitu pun tak sibuk dedah terbuka biasanya. Saya tulis ni bukan bermaksud tak percaya hal ghaib atau merendahkan ilmu orang lain. Tapi atas peringatan supaya berpada dan hati-hati, terutama yang beragama Islam. Tak semua mistik itu mistik. Tak semua benda sikit-sikit Jin. Apa lagi kalau claim Roh orang lama dipanggil datang. Berat. . Siapa dah ikut Training Hipnosis, saya yakin anda dapat baca 'trick' dan prosesnya kan? Semoga anda sedar dan tak terpengaruh. Hehe.. 😄 . Nak tahu leluhur diri bagai ni tak perlu buka aura dan undang semangat leluhur lama bagai. Nak tahu susur galur keturunan lama anda senang saja. Melalui DNA dan teknologi khas. Dapat dia punya report/data terus macam ni: https://vt.tiktok.com/ZS56WbFcw/ Ini lebih selamat. Anda pun tak perlu lalui proses ritual aneh-aneh bagai. Insya-Allah. . Semoga bermanfaat ❤️ ezy.la/self-hypnosis

  • Bismillah. Tiba sudah 2026. Selamat tahun baru dan selamat berjaya semua. Orang ramai sibuk layan dentam bentum dan bersesak di luar malam tahun baru. Saya pilih untuk fokus buat kerja-kerja majukan diri. Semoga tahun 2026 ni keadaan kita semakin luar biasa terbaik, sihat, sejahtera dan capai lebih banyak kejayaan. Sabar, Senyum dan Syukur sentiasa guys ❤️ www.hipnotis.my ezy.la/belajar-hipnosis

  • Genap dan bertambah sudah umur hari ini ❤️ Untuk hari lahir ini, bukan sambutan dan hadiah yang diharapkan. Cukup panjangkan kesyukuran dan memperingatkan diri tentang kematian. Semoga sisa umur lebih berkah, sihat sejahtera, bebas dari segala hutang, capai lebih banyak hal baik dalam hidup dan jadi manusia bermanfaat. Mohon maaf jika ada salah silap sepanjang kenal atau berurusan. Terima kasih atas ucapan dan doanya anda semua. Insya-Allah.