tgindex
I-Keluarga

Biro Keluarga & Masyarakat ISMA

Последний пост
23 июн. 2025 г.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
14 авг.
Подписчики
945
−1 за 1 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
494
21 постов
Вовлечённость
52,3%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • - Bagaimana bagi situasi ibu bapa yang baru sedar mengenai perkara ini sedangkan anak dah besar? Masih belum terlambat, perlu terus bermula dan ambil tindakan. Seluruh ahli keluarga perlu bagi sokongan. Sifat otak kanak-kanak adalah neuroplasticity, masih mudah dibentuk apabila diprogramkan dan dididik secara berterusan. - Ibu bapa perlu segera merujuk anak ke klinik atau terapi apabila dapati anak belum capai tahap perkembangan sepatutnya seperti apabila anak mencapai usia 1 tahun setengah, anak langsung belum ada perkataan yang difahami keluar dari mulut anak. - Berikut adalah peringkat perkembangan pertuturan kanak-kanak : 1. 15-18 bulan: cakap sepatah-sepatah. 2. Sekurang-kurangnya 3 perkataan menjelang 18 bulan 3. 2 tahun: gabung 2 perkataan 4. 3 tahun: gabung 3 perkataan 5. 4 tahun: gabung >4 perkataan. Sebut jelas, Tiada pelat. Boleh bercerita. Sekian, catatan pagi ini. Moga bermanfaat #NotaAzreenaAlwi Hajah Azreena Alwi Haji Mohd Alif Amin TADIKA Pintar Anak Soleh - PINTAS

  • NOTA PENTING BUAT IBU AYAH Memerhatikan perkembangan anak-anak di Tadika sendiri, menyebabkan setiap hari rasa terpanggil untuk lebih memahami isu-isu berkaitan perkembangan kanak-kanak. Apabila melihat poster salah satu topik di MHI pagi ini, saya usahakan untuk mendengar dan mencatat nota buat perkongsian bersama ibu bapa dan sahabat di media sosial. Jom baca catatan ringkas dengan sedikit olahan, daripada slot siaran langsung MHI bertajuk Kesan Screen Time kepada Kanak-kanak dan Dewasa Bersama panel Dr Nor Azyati Yusoff & Pn Zuraida Shahime. MHI turut bawakan Pn Siti, seorang ibu yang anaknya dikesan mengalami autism, tidak segan berkongsi pengalaman. - Sejak bayi, anaknya dibiar menonton tv tanpa pengawasan semasa beliau baking (jika saya tidak silap dengar). Beliau mula merujuk ke pihak klinik apabila anak tiada eye contact dan tidak beri respon apabila dipanggil. - Masalah ketagihan gadget atau skrin ini melibatkan semua golongan, bukan kanak-kanak sahaja. Tidak terkecuali kepada remaja dan dewasa. Ia merangkumi semua jenis gadget, televisyen, laptop dan sebagainya. - Penggunaan terlalu lama dan berlebihan akan memberi kesan kepada terbantutnya perkembangan pertuturan anak. Terdapat kajian jurnal, di mana jika kanak-kanak di bawah usia 18 bulan dibiarkan bersama skrin melebihi 30 minit, risiko menghadapi masalah pertuturan meningkat 2 kali ganda. - Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas, penggunaan gadget dapat memberi banyak kelebihan contoh menambah kosakata anak. Tapi hendaklah sentiasa di bawah pengawasan ibu bapa. - Jika anak memang ada telah autism secara semulajadi, gajet bukanlah punca utama. Tetapi gajet telah menghalang anak daripada terdedah kepada persekitaran yang sepatutnya mengurangkan kesan autism anak. - Ibu bapa hendaklah mengenalpasti apakah punca anak lewat perkembangan pertuturan? Adakah berpunca daripada penggunaan gadget yang berlebihan atau anak lewat secara semulajadi ? - Sekiranya berpunca dari gadget atau screentime, berikut adalah saranan oleh Dr Nor Azyati: 1. Ibu bapa perlu wujudkan ‘screen-free time’. Wujudkan masa beraktiviti tanpa skrin. 2. Ibu bapa tunjukkan teladan kepada anak dengan menghadkan penggunaan gadget. Ibu bapa sendiri tidak menggunakan gadget di hadapan anak. 3. Ibu bapa buat aktiviti fizikal bersama anak. Contoh bersukan, berbual dan bermain bersama. - PENTING! Kesan screen time berlebihan: Beri kesan kepada tumpuan anak, anak tak dapat beri focus dan perhatian secara mendalam dan lama kepada sesuatu aktiviti selain gadget, anak kurang kreatif mencari penyelesaian, kesan kepada emosi anak contoh anak sentiasa lihat kesempurnaan dalam aktivit gadget berbanding hakikat dunia sebenar, kesan kepada pola tidur, masalah penglihatan, rabun, juling, mata kering dan banyak lagi. - Penggunaan gadget juga sebagai suatu cara untuk anak melarikan diri dari dunia sebenar. Contoh anak akan rasa selamat dengan dapat kejayaan atau reward apabila bermain game. - Pesanan Puan Zuraida mengenai cara ibu bapa tangani penggunaan gadget di kalangan anak-anak: 1. Fasa 1 : Protect. Lindungi anak pada usia yang masih bayi. Kurangkan tempoh, sebaiknya elakkan terus. 2. Fasa 2 : Didik anak membezakan jenis konten yang bagus dan yang tak bagus. Bagi usia anak lebih besar. 3. Fasa 3 : Berterusan bimbing, tegur, dan nasihat kesilapan anak. Usia sekolah rendah, remaja dan ke atas. - Selepas Puan Siti mula dapatkan rawatan intervensi, beliau tak benarkan anak terdedah kepada TV. Selama 3 bulan, anaknya tantrum/ mengamuk. Cara anak tantrum adalah dengan menghantukkan kepalanya. Beliau terus sabar hingga anak tak tantrum lagi, selepas tempoh 3 bulan usaha beliau ini. Tindakan yang beliau lakukan adalah dengan mewujukan bilik khas untuk anak bermain dan beraktiviti. Beliau sendiri sediakan masa untuk bermain dengan anak, bermain sensori play, blok dan lain-lain.

  • Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak! Peradaban besar bermula daripada sebuah keluarga, di mana keteguhan ummah bergantung kepada kekuatan institusi kekeluargaan. Di bulan yang mulia ini, marilah kita manfaatkan setiap detik Madrasah Tarbiyah Ramadan sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan keluarga ke arah keredhaan Allah. Semoga Ramadan menjadi titik tolak perpaduan yang mengukuhkan kekuatan ummah. Dr Siti Sarah Amran Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA #membangunkekuatanummah #ramadan2025 #bkmisma

  • DOA MENYAMBUT BULAN RAMADAN اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu). #membangunkekuatanummah #ramadan2025 #bkmisma _ Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • без подписи

  • 1 мар. 2025 г.42884из ismamalaysia

    TAZKIRAH RAMADAN 1446H OLEH YDP ISMA Ramadan kali ini ISMA menyajikan tazkirah Ramadan oleh YDP ISMA diseluruh cawangan. Moga Ramadan kali ini dapat menghidupkan komuniti dengan syiar Islam. #membangunkekuatanummah #ramadan #ramadan1446h _____ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • 1 HARI LAGI MENUJU RAMADAN Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadan. #membangunkekuatanummah _ Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • без подписи

  • 28 февр. 2025 г.3051из ismamalaysia

    Bagaimana para salafusoleh menyambut bulan Ramadan? Ada 10 cara untuk sambut Ramadan supaya Ramadan kali ini lebih bermakna. #membangunkekuatanummah #ramadan #ramadan1446h _ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • 28 февр. 2025 г.1691из ismamalaysia

    Bagaimana para salafusoleh menyambut bulan Ramadan? Ada 10 cara untuk sambut Ramadan supaya Ramadan kali ini lebih bermakna. #membangunkekuatanummah #ramadan #ramadan1446h _ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐈𝐌 2025🕵️ Assalamualaikum wbt. Peluang rebut pahala Ramadan khas untuk anak-anak berumur 7 - 14 tahun! NAZIM dengan kerjasama ISMA Bangi membuka penyertaan untuk Rehal Ramadan NAZIM 2025. Apa yang akan dilaksanakan sepanjang Rehal Ramadan NAZIM? 🌼 Tadarus 5 sesi sepanjang Ramadan dari pukul 9.00 - 11.00 pagi. 🌼 Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai pada bulan Ramadan. Program ini untuk siapa? 🌼 Anak-anak lelaki dan perempuan berumur 7 - 14 tahun. 🌼 Tadarus fizikal atau online – boleh disertai di mana sahaja! Kenapa Sertai? 🌙 Isi masa lapang anak-anak di bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat. 🌙 Peluang mengumpul pahala dan didik anak mengaji! 🤓 Jom sertai Rehal Ramadan NAZIM 2025. Pendaftaran adalah PERCUMA!!🤓 Daftar Sekarang 👇 https://forms.gle/iTBeouCjKT4gYG838 Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 📌 Ustazah Hajar di talian: 011-12861681

  • Pencarian Pembimbing Rehal Ramadan 2025 – Sertai Kami di Nazim Bangi! Kami membuka peluang kepada pembimbing untuk bersama-sama Nazim Bangi, menyemarakkan bulan suci ini dengan program Rehal Ramadan yang penuh manfaat. 💡 Keistimewaan untuk Pembimbing: 📌Peluang Menambah Soft Skill 📌Bimbingan Percuma (TOT) sebelum program bermula untuk memastikan anda bersedia sepenuhnya. 📌Kami menyediakan support group sepanjang sesi Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi memudahkan urusan dan memastikan kelancaran program. Cepat! Jangan lepaskan peluang, Jom daftar sekarang!! Daftar Sekarang 👇 https://forms.gle/iTBeouCjKT4gYG838 Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 📌 Ustazah Hajar di talian: 011-12861681 Bersama Nazim Bangi, jadikan Ramadan anda lebih bermakna!🌙

  • 🌿🚶🏻‍♀️ 𝐁𝐫𝐞𝐞𝐳𝐞 & 𝐁𝐫𝐢𝐬𝐤: 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 🌙💪 Pejam celik, Ramadan pun semakin hampir! Ibu ayah tengah cari program santai untuk keluarga? Jom! Ajak keluarga bersama di hujung minggu dalam program 𝗕𝗿𝗲𝗲𝘇𝗲 & 𝗕𝗿𝗶𝘀𝗸: 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗷𝘂 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 ni! Sebuah program riadah keluarga yang santai tapi penuh makna. Selain boleh bonding dengan keluarga, kita juga akan sama-sama mempersiap fizikal, mental dan rohani untuk bulan Ramadan nanti. Yang menariknya, kita akan disajikan dengan pengisian rohani, aktiviti "treasure hunt" bersama keluarga dan tak dilupakan, makan-makan! Maklumat program adalah seperti berikut: 📅 Tarikh: 23 Februari 2025 ☀️ Hari: Ahad 🕰 Masa: 7.30 pagi - 10:30 pagi 🏖Tempat: Denai Sungai Kebangsaan @ Sungai Langat, Bandar Baru Bangi Yuran: 🍀 RM5/orang utk ibu @ bapa @ anak 13 tahun ke atas 🍀 RM3/orang untuk anak-anak 12 tahun dan kebawah 🍀 Promo RM15/keluarga utk ibu & ayah & 2 anak bawah 13 tahun. Anak ketiga: tambah RM3/orang 🍀 PERCUMA: anak 2 tahun ke bawah Apa yang anda sekeluarga akan dapat? ✅ Menghayati alam ciptaan Allah sambil membakar kalori ✅ Sesi perkongsian menjelang Ramadhan ✅ Cabaran kembara keluarga dan kraf bersama alam Potluck sangat dialukan! Jangan lupa tikar "picnic" anda! 📌 Berminat mendaftar? Daftar sekarang di http://forms.gle/DGXNTzGvTc9b6JF37 📞 atau hubungi En. Mior http://wa.me/60133314107 #bkmbangi #nazimbangi #menjelangramadhan #BreezeandBrisk

  • без подписи

  • 25 дек. 2024 г.5361из drahmadsanusiazmi

    Rasulullah Sensitif Elemen Kekufuran ===== 1. Islam adalah agama yang berpegang kepada prinsip toleransi yang sangat tinggi. Namun dalam perihal akidah, Rasulullah dilihat sangat sensitif dalam beberapa perkara. Ini bagi memastikan muslim mempunyai pendirian yang tegas dalam isu berhubung akidah. 2. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ “Sesungguhnya Rasulullah tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari). 2.1 Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu penipuan ke atas Nabi Isa kerana dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah: وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ “Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157). 3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan: كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: " اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ “Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya. 4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa. Begitulah perihalnya kita pada hari ini. Seorang muslim seharusnya bersikap berhati-hati dalam isu yang memberikan gambaran yang salah tentang perkara akidah. 5. Begitu juga dengan sikap Rasulullah terhadap Bible atau kitab terdahulu. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengundang sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar: "أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏" “Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab? Dan demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i). 6. Perhatikan dalam hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Saidina Umar. Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Apakah iman para sahabat begitu lemah sehingga tidak berupaya melihat lambang salib? Sudah tentu tidak! 7. Tetapi Baginda meletakkan satu garis sempadan yang jelas, bahawa dalam isu akidah seorang muslim hendaklah berhati-hati daripada sikap seakan menerima atau redha dengan akidah yang salah. Atau larangan ini bagi mengelak kita dari mempromosikan imej yang salah mengenai Nabi Isa yang dimuliakan tinggi dalam al-Quran. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

  • 25 дек. 2024 г.5631из drahmadsanusiazmi

    без подписи

  • 11 дек. 2024 г.7261из ismamalaysia

    Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya. Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam pemerintahan, dan keberkatan dalam memayungi rakyat Selangor. Daulat Tuanku! _ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • 11 нояб. 2024 г.7411из ismamalaysia

    11 MINIT UNTUKMU PALESTIN Hari ini, demi merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat hak mereka, ISMA dan beberapa rakan NGO lain menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk luangkan 11 minit untuk bergelap di lokasi anda berada. Pada 11-11-2024. Bermula 9.00 malam hingga 9.11 malam. Tangkap gambar anda dengan simbolik genggam tangan (seperti logo GSPP). Muat turun di media sosial dengan tanda pagar #SetahunPerangTaufanAlAqsa #11MinitUntukPalestin #SebarkanKemenangan #AkhiriPenjajahan _________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • 7 окт. 2024 г.56713из ismamalaysia

    SETAHUN PERANG TAUFAN AL-AQSA GAZA MUSNAH, KEMANUSIAAN SIRNA. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus menerus menyokong perjuangan pembebasan Palestin. Sokongan kami kepada Palestin tidak pernah luntur, dan kami akan terus bersuara demi keadilan, kebebasan, dan keamanan buat rakyat Palestin. #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #SetahunTaufanAlAqsa #KemenanganMakinHampir _________ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register

  • SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1446H DAN HARI MALAYSIA. Barisan Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul dan Hari Malaysia. "Jati Diri Merdeka, Asas Negara Unggul." #JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #BulanKebangsaanISMA #BersamaMembangunPeradaban _ Ikuti perkembangan kami di https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia Daftar ahli ISMA di https://ahli.isma.my/register