USIM | Info Akademik USIM
СтатистикаChannel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen. Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM © PPAUSIM2026
- Последний пост
- 10 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 6 217
- 1/48двое суток
- 7 124
- 1/72трое суток
- 7 684
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
MACAM MANA KAEDAH NAK MOHON SURAT PENGESAHAN PELAJAR? Anda boleh ikut langkah di infogarfik yang disediakan ini
📢 HEBAHAN PERMOHONAN MySISWA@JOC DI FEM Assalamualaikum w.b.t. Permohonan MySISWA@Job On Campus (JOC) di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) kini dibuka! ✨ Jawatan yang ditawarkan: 🔹 Pengurusan Fasiliti (6 kekosongan - Lelaki sahaja) 🔹 Penyunting Multimedia (6 kekosongan) 🔹 Pembantu Tadbir (1 kekosongan) 💰 Kadar Bayaran: RM6.00/jam Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan yang tertera pada poster. 📞 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: sitihajar@usim.edu.my / noor.azlinda@usim.edu.my 06-7986305 / 06-7986402 🕘Tarikh Tutup : 7 Ogos 2026 (Jumaat) 📢 Jangan lepaskan peluang ini. #MySISWAJOC #JOCFEM #FEMUSIM #USIM #JobOnCampus #KerjaDiKampus #PeluangPelajar #JanaPendapatan #PengalamanKerja #MySISWA #JOCFEM2026
NOTIS PEMAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 Perhatian kepada semua pelajar, Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 yang dijadualkan pada 3 Ogos 2026 (Isnin) akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Tiada penangguhan peperiksaan dibuat. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan serta kepentingan pelajar yang terlibat. Sekian, harap maklum. PROFESOR DATO' DR. NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 2 OGOS 2026 / 18 SAFAR 1448
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah kemajuan dan kemakmuran. Ikhlas daripada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) #TahniahDariUSIM
без подписи
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR Disertakan jadual pra pendaftaran kurusus semester I, sesi akademik 2026/2027 untuk rujukan para pelajar. Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk yang berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang ditetapkan menerusi portal iStudent bahari di pautan http://istudent2.usim.edu.my Pertanyaan terus melalui talian 067988110 atau melalui emel bpa@usim.edu.my Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bhgn Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik
[POSTING PILIHAN] HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 25/26 (A252) 📍 Dewan Tuanku Canselor USIM 🗓️ 20 Julai 2026 ⏰ 9:00 pagi https://www.instagram.com/p/DbAvNr0GEL4/?igsh=MTR0aG14aGN4ZWRlbw== 📸 USIM.eGallery - instagram.com/USIM.eGallery LIKE | FOLLOW | SHARE
Kedudukan Meja di DTC Tengah (Terkini)
PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PROGRAM SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Kedudukan Dewan-Dewan Peperiksaan di DTC Aras 2
Kedudukan Dewan-Dewan Peperiksaan di DTC
PENILAIAN KURSUS & PENGAJARAN (eNilai) BAGI TUJUAN CETAKAN SLIP MASUK PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 Sehubungan dengan itu, semua pelajar Sarjana Muda DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bagi tujuan Cetakan Slip Masuk Peperiksaan melalui Portal iStudent bermula pada14 Julai 2026 hingga 7 Ogos 2026 merujuk kepada notis rasmi di pautan berikut https://shorturl.at/dXEfo Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan Pusat Pengurusan Akademik
📢 HEBAHAN PENDAFTARAN MINAT PENYERTAAN iBAF2026 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference (iBAF2026) yang akan berlangsung pada 9–10 September 2026. Melalui penajaan yang diterima, beberapa pelajar berpeluang dipilih untuk menghadiri persidangan antarabangsa ini. Sehubungan itu, semua pelajar yang berminat dimohon mengisi borang pernyataan minat melalui pautan berikut: 🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfiYher8DE4UjAosE67eHHELp0-NUcLzxhX5smKXTpf9FO4xw/viewform Penajaan ini adalah untuk penyertaan berpandukan butiran berikut: Tarikh: 9 September 2026 Masa: 0800-1700 Lokasi: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA Maklumat penting: • Pengisian borang ini adalah bagi tujuan mengumpul minat penyertaan dan tidak menjamin pemilihan sebagai peserta. • Peserta yang berjaya akan dimaklumkan selewat-lewatnya sebulan sebelum program. • Peserta yang dipilih hendaklah memberikan komitmen penuh untuk hadir. Sekiranya tidak dapat hadir selepas pengesahan dibuat, peserta perlu mencari pengganti atau tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. • Penginapan tidak disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai persidangan antarabangsa yang menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri dan penyelidik dari dalam serta luar negara bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kewangan Islam, perbankan, perakaunan dan fintech. Tarikh tutup pendaftaran: 31 Julai 2026
SURAT KELULUSAN RASMI PEMINDAHAN KREDIT SEMESTER A252 Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Surat kelulusan rasmi bagi Pemindahan Kredit Semester A252 boleh diperolehi di Fakulti masing-masing mulai pukul 2.00 petang, 8 Julai 2026 (Rabu). Sekian, terima kasih.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, selaku Tuanku Canselor USIM, telah memperkenankan tarikh Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM pada: 3 – 6 November 2026 bersamaan 23 – 26 Jamadilawal 1448H. Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan konvokesyen, semua bakal graduan dikehendaki untuk sertai Telegram Khas Konvokesyen Ke-24 USIM melalui pautan t.me/Konvo24USIM Tahniah kepada semua bakal graduan. Nantikan maklumat lanjut berkaitan konvokesyen melalui saluran rasmi USIM. “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan.”
PAPARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA PENILAIAN KURSUS BAGI SEMESTER I SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251) Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Keputusan Permohonan Semakan Semula Penilaian Kursus bagi Semester I, Sesi Akademik 2025/2026 (A251) telah dipaparkan dalam Portal iStudent - Keputusan Peperiksaan A251 pada 6 Julai 2026 (Isnin). Surat Keputusan Permohonan Semakan Semula Penilaian Kursus A251 boleh diambil di Fakulti masing-masing. Sekian Terima Kasih.
Assalamualaikum and greetings, NOTICE: VISA UNIT, USIM ‘ALAMIYYAH Please be informed that all matters related to visa applications, visa renewals, documentation and enquiries regarding visa and student pass must be handled directly through the Visa Unit, USIM ‘Alamiyyah. Students and relevant parties are advised to contact the official channel below: 📱 WhatsApp: wa.me/60187776001 📧 Email: visa@usim.edu.my Please be informed that USIM ‘Alamiyyah has never appointed any individual, agent or third party as an intermediary or representative to manage visa and student pass applications. Any communication or arrangements made through unofficial channels are not recognised and will be outside the responsibility of USIM ‘Alamiyyah. Your cooperation in using the official communication channels is highly appreciated to ensure accurate information and proper assistance. Thank you. USIM 'ALAMIYYAH
Assalamualaikum wbt. Dikemukakan bersama-sama ini Takwim Akademik Sesi 2026/2027 yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Bil. 5/2026 pada 20 Mei 2026 untuk dimuat naik ke dalam laman web USIM dan juga PPA sebagai rujukan umum dan juga pihak berkepentingan: Takwim Program Sarjana Muda (Kampus Nilai) : https://shorturl.at/9UfKj Takwim Program Perubatan (FPSK) : https://shorturl.at/LCiE2 Takwim Program Pergigian (FPg) : https://shorturl.at/YpA8b Takwim Program Pelancongan (FKP) : https://tinyurl.com/265kyexz Takwim Program Syariah (Industri Halal) (FSU) : https://shorturl.at/5kuaR Takwim Program Siswazah : https://tinyurl.com/ymjze94r Takwim Program Siswazah (FPg) : https://tinyurl.com/3jb2e4s2 Selain itu, mohon juga dimuatnaik Pindaan Takwim Akademik bagi Sesi 2025/2026 iaitu: Pindaan Takwim Program Sarjana Muda (Kampus Nilai) : https://tinyurl.com/ye6tp4td Pindaan Takwim Program Siswazah : https://tinyurl.com/5n6f95yj
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 akan berlangsung mulai pada 20 Julai 2026 hingga 7 Ogos 2026. Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan tarikh dan masa mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa. Maklumat lengkap berkaitan Jadual Peperiksaan seperti lokasi, tempoh masa, no. meja dan lain-lain boleh dilihat dalam Slip Masuk Peperiksaan selepas pelajar melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bermula pada 14 Julai 2026. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik melalui emel kepada peperiksaan@usim.edu.my atau hubungi/Whatapps PPA wa.me/606788148 untuk maklumbalas segera. ✅ Notis Rasmi ➡️ https://shorturl.at/fhgNB ✅ Jadual Waktu Peperiksaan Akhir ➡️ https://shorturl.at/8enUQ
Sedar tak sedar, 26 tahun USIM terus melangkah. Di usia ini, USIM teguh membina legasi yang gemilang dalam mengintegrasi ilmu demi melahirkan Muslim profesional yang memberi wadah buat ummah. Ayuh kita ‘teguh bersama’, satu jiwa, satu tekad, terus mencipta kejayaan. Selamat Menyambut Ulang Tahun USIM ke-26! #USIM26Tahun #USIMKnowledgeIntegration