INFO | KKTTF(PFi2)
СтатистикаINI ADALAH SALURAN RASMI MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN TUANKU TENGKU FAUZIAH DALAM MENYALURKAN INFO-INFO RASMI BERKENAAN KOLEJ ATAU APA SAHAJA PROGRAM YANG BERKAITAN
- Последний пост
- 4 мар.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
MEMO MAKLUMAN SEMAKAN ONLINE PENDAFTARAN BILIK DAN WAKTU OPERASI PENDAFTARAN PENGINAPAN BAGI PELAJAR SARJANA MUDA SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2025/2026
без подписи
🔥 THE FIRST MERCHANDISE COLLECTION 2026 🔥 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan & Kecemerlangan UniMAP. Merchandise RASMI Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) 2026 kini dibuka untuk jualan ‼️ Tampil dengan rekaan eksklusif, moden dan sporty, khas untuk warga KKTTF yang mahu tampil lebih bergaya dan beridentiti 😎 Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi pertama tahun 2026 ini! 💥 Kenapa anda wajib dapatkan? 📌 Rekaan eksklusif edisi 2026 📌 Material berkualiti tinggi (170gsm) & selesa dipakai 📌 Sesuai untuk semua saiz 📌 Harga – RM40 sahaja! 🗓️ Tarikh tutup tempahan: 8 Februari 2026 Tempah sekarang sebelum kehabisan stok! Imbas QR Code pada poster atau tekan link dibawah untuk tempahan ⬇️ https://forms.gle/6NyPyV8g9ZJYbG1w8 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan : 📞 019-331 3816 (Vais) 📞 011-1224 7018 (Hajjar) 📣 Limited edition – siapa cepat, dia dapat! #MPKKNadiMahasiswa #KKTTF #UniMAP
без подписи
без подписи
[MAKLUMAN MASALAH BEKALAN AIR DAN JADUAL CATUAN DI KKTTF] Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP. Salam Malaysia MADANI. Dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air bersih sedang berlaku di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) susulan kerosakan pada Logi Rawatan Air (LRA) Arau akibat bencana banjir yang melanda. Sehubungan dengan itu, catuan bekalan air akan dilaksanakan bermula 06 Disember 2025 (Sabtu) mengikut ketetapan pada memo rasmi yang dilampirkan. Para pelajar dinasihatkan untuk peka dengan jadual giliran (Blok Lelaki & Perempuan) dan WAJIB menyimpan air secukupnya semasa bekalan dibuka (10:00 Malam - 07:00 Pagi). Sila gunakan air dengan berhemah sepanjang tempoh gangguan ini. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut situasi penyaluran air bersih ke UniMAP. Sekian, terima kasih. MPKK Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF) "Empowering Community Through Togetherness" #MPKKNadiMahasiswa #MPKKTTF #UniMAPMANTAP
без подписи
без подписи
INFO | KKTTF(PFi2) pinned a photo
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP & Salam Malaysia Madani. Pihak MPKKTTF ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan isu gangguan bekalan air dan menjelaskan bahawa punca utama masalah ini adalah di peringkat pembekal air, bukan di pihak UniMAP: 1. Punca Gangguan Bekalan Air (Di Bawah Tanggungjawab SAP) Loji Rawatan Air Arau tidak dapat beroperasi susulan kerosakan pam akibat bencana banjir yang di luar jangkaan. Kerosakan di loji berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Air Perlis (SAP) selaku pembekal air terawat, dan pihak universiti serta kolej kediaman adalah pengguna yang turut terjejas, sama seperti kawasan lain di Pauh. Kesan kerosakan pam ini menyebabkan hampir seluruh kawasan Pauh, termasuk Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, mengalami gangguan bekalan air. Perkara ini berada di luar bidang kuasa UniMAP kerana melibatkan operasi loji dan infrastruktur milik SAP. 2. Langkah Sementara Di Peringkat Kolej Bagi membantu penghuni, pihak kolej menyediakan rumah tumpangan mandi berikut: • H-0-3 (Perempuan) • H-0-7 (Perempuan) • L-0-3 (Perempuan) • E-0-8 (Lelaki) Pihak kolej juga akan membuka beberapa rumah tambahan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan tahap bekalan air semasa. 3. Pengurusan Bekalan Air Di Blok Kediaman Bekalan air bersih akan dimasukkan ke tangki air setiap blok mengikut kapasiti, giliran pembekal dan kemampuan semasa SAP. Tangki hitam tambahan turut ditempatkan sebagai sumber air sokongan bagi kegunaan asas penghuni. Pihak kolej sentiasa memantau situasi ini dan berhubung dengan pihak universiti serta pihak berkaitan bagi meminimumkan kesan gangguan kepada pelajar. 4. Status PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) Berdasarkan makluman daripada Pusat Pengurusan Akademik (AMC) UniMAP, isu ini berada dalam radar pengurusan tertinggi universiti. Setakat ini, tiada arahan rasmi untuk melaksanakan PdP secara dalam talian sepenuhnya. Justeru, PdP masih berjalan seperti biasa melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh pihak universiti. Sebarang cadangan daripada penghuni amat dialu-alukan. Penghuni boleh berhubung terus dengan Exco Kebajikan: • Qistina: 010-776 0091 • Amar: 019-730 3426 • Anis: 011-6244 5282 Sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi universiti dan hebahan kolej. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan budi baik semua penghuni kolej dalam menghadapi situasi yang berpunca daripada kerosakan di peringkat pembekal air ini. 🙏 “Empowering Community Through Togetherness” Sekian, terima kasih. #MPKKNadiMahasiswa #UniMAPMantap
без подписи
без подписи
📢 HEBAHAN GANGGUAN BEKALAN AIR – KESAN BENCANA BANJIR 📢 Dimaklumkan bahawa kerosakan sistem pam di Loji Arau berpunca daripada bencana banjir yang berlaku di luar jangkaan, di luar kawalan pihak kolej kediaman. Akibatnya, aliran air masuk ke kolej adalah perlahan dan tidak stabil, terutama pada waktu puncak. Sehubungan itu, semua penghuni dimohon untuk: 1. Menutup paip air sepenuhnya selepas digunakan di bilik air, pantri atau ruang basuh bagi mengelakkan pembaziran. 2. Menegur dengan berhemah atau memaklumkan kepada pihak pengurusan jika ternampak atau terdengar paip air / flush tandas dibiarkan terbuka atau bocor di mana-mana rumah atau aras. 3. Menggunakan bilik-bilik air di kafetaria yang dibuka untuk kegunaan semua pelajar sepanjang tempoh gangguan ini. 4. Menggunakan kemudahan di Kolej PFi1 sekiranya perlu, memandangkan pelajar diploma tiada di sana pada masa ini. Isu ini berlaku susulan keadaan banjir yang tidak dijangka, dan pihak kolej sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk memastikan kebajikan pelajar terus terjaga. Kerjasama, keprihatinan dan kesabaran anda amat dihargai. Terima kasih. 🙏💧
HEBAHAN UNTUK PENGHUNI KKTTF Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kepada semua penghuni KKTTF, Dimaklumkan bahawa bekalan air yang sebelum ini perlahan kini telah mula masuk ke tangki blok. Setakat kemaskini terbaru, sebanyak 170 m³ air telah masuk ke PFI2 dan paras air dalam tangki telah mencapai suku. Sekiranya masih ada bilik atau rumah yang belum menerima bekalan air, mohon maklumkan nombor rumah/aras/blok kepada pihak MPKK untuk semakan lanjut. Terima kasih atas kesabaran semua.
Dimaklumkan bahawa ketika ini negeri Perlis sedang mengalami cuaca hujan berterusan dengan ribut petir berselerak, terutamanya pada sebelah petang dan malam, yang berpotensi meningkatkan risiko banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan sungai/parit. Sehubungan itu, semua penghuni DIINGATKAN untuk mematuhi garis panduan keselamatan berikut: 1. Elakkan kawasan berisiko banjir Jangan pergi atau berkumpul di kawasan rendah, berhampiran sungai, parit besar, longkang utama atau kawasan lapang yang kerap bertakung air. Jangan cuba meredah air banjir sama ada dengan berjalan kaki atau menunggang motosikal/berkereta kerana arus air yang kelihatan cetek juga boleh berbahaya. 2. Sentiasa berada di kawasan yang selamat Utamakan berada di dalam kawasan kolej kediaman dan bangunan yang selamat sepanjang cuaca buruk. Sekiranya berada di luar kampus dan berlaku hujan lebat berpanjangan, segera pulang ke kolej atau berteduh di lokasi yang selamat dan dibenarkan. 3. Peka dengan arahan semasa Sentiasa peka kepada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kolej, universiti dan agensi berkuasa (termasuk polisi keselamatan dan amaran banjir). Ikut arahan petugas keselamatan, felo/warden dan pihak pengurusan kolej sekiranya diminta berpindah ke kawasan lebih selamat. 4. Keselamatan elektrik & peralatan Elakkan menggunakan soket elektrik atau peralatan elektrik yang terkena air atau berada di kawasan bertakung air. Laporkan segera kepada pejabat kolej jika terdapat risiko keselamatan seperti kebocoran air berhampiran plug, suis atau panel elektrik. 5. Jaga kesihatan & kebersihan Elakkan bermain air banjir kerana air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit dan jangkitan. Basuh tangan dan anggota badan dengan bersih selepas terkena lopak air yang kotor, dan gunakan payung/raincoat apabila keluar semasa hujan. 6. Kecemasan Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini (banjir kilat, pokok tumbang, litar pintas, pelajar terperangkap dan sebagainya), segera hubungi: - Pejabat Kolej / Felo Bertugas - Unit Keselamatan UniMAP - Talian kecemasan (999) jika keadaan mengancam nyawa Kerjasama semua penghuni amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama sepanjang musim hujan ini. Mohon tuan/puan pelajar saling mengingatkan rakan-rakan dan tidak mengambil mudah risiko banjir kilat walaupun hujan kelihatan biasa
MEMO PERINGATAN KESELAMATAN MUSIM HUJAN & BANJIR
MAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN AIR DI KOMPLEKS SERBAGUNA Pihak BPSB akan menjalankan kerja-kerja pembaikan paip bekalan air di tandas oku lelaki aras satu seperti butiran berikut: Tarikh: 18hb November 2025 Masa: 10:00 malam - 12 tengah malam Kawasan terjejas: Kompleks Serbaguna Sehubungan itu, bekalan air di Kompleks Serbaguna akan ditutup dan mohon pihak yang terlibat untuk membuat persediaan yang sewajarnya.
[ HEBAHAN CUTI SEMESTER PELAJAR DIPLOMA UniMAP ] Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP., Salam Malaysia MADANI. Dimaklumkan bahawa cuti semester akan bermula pada 17 November hingga 14 Disember 2025. Berikut perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum pulang bercuti : 1️⃣ Penyerahan kunci & check-out : Pelajar wajib menyerahkan kunci bilik/rumah selewat-lewatnya pada 16 November 2025 (waktu pejabat). Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan denda RM75. 2️⃣ Kebersihan rumah & bilik Pastikan rumah dan bilik dalam keadaan bersih dan kosong sepenuhnya sebelum pulang. Denda RM50 akan dikenakan jika gagal mematuhi peraturan kebersihan. 3️⃣ Stor simpanan barang Stor dibuka mulai 6 November 2025 (8.00 pagi – 8.00 malam). Setiap pelajar hanya dibenarkan dua kotak atau beg sahaja. 4️⃣ Permohonan menginap semasa cuti semester Dibenarkan hanya kepada pelajar semester tambahan/pendek atau Program Universiti. Permohonan dibuka dari 10 hingga 14 November 2025 sahaja. 5️⃣ Pra-pendaftaran Kolej Kediaman Semester 2 2025/2026 Dibuka dari 6 hingga 19 November 2025 melalui pautan : https://osi.unimap.edu.my Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Pejabat Pengurusan KKTTF (8.30 pagi – 4.30 petang). Sekian, terima kasih. MPKK Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF) “Ignite Potential, Creating Legacies” #MPKKNadiMahasiswa #MPKKTTF #UniMAPMANTAP
без подписи
без подписи