tgindex
Info MPP UiTM
@infomppuitmиндонезийский
Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
11
Всего постов
24
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
12 авг.
Подписчики
19 087
+46 за 5 дн.
Сутки
+11
+0,06%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 535
22 постов
Вовлечённость
8,0%
к подписчикам
Постов в день
1,6
всего 24
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
по 4 постам
1/24сутки в ленте
924
1/48двое суток
1 278
1/72трое суток
1 378

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • 14 авг.1 0479

    JUMAAT | 14 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [TEMPAHAN SELEMPANG KUSTOM EKSKLUSIF KONVOKESYEN UiTM KALI KE-105] Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 kini kembali membuka tempahan bagi Selempang Konvokesyen Kustom Eksklusif UiTM Siri 2.0 Selempang ini bukan sekadar aksesori, malah menjadi simbol pencapaian, kenangan dan identiti sebagai graduan UiTM. 📌 Rekaan Kustom Mengikut Kehendak Anda Selempang boleh diperibadikan dengan meletakkan maklumat berikut: • Nama Penuh • Nama Program 💰 Harga: RM39.80 📅 Tempoh Tempahan: 14 Ogos - 15 September 2026 (5.00 petang) 📅 Tarikh Penerimaan: 1 Oktober 2026 📍Pengagihan selempang akan dilaksanakan di UiTM Shah Alam sahaja 🔗 Pautan Tempahan: https://forms.gle/JBc3ZxFZpm6pkLnz5 📌 Cara Tempahan: 1. Isi Google Form yang disediakan 2. Lakukan pembayaran seperti yang dinyatakan 3. Muat naik bukti pembayaran untuk pengesahan 📌 Tempahan ini dibuka kepada semua cawangan UiTM kecuali Sabah dan Sarawak Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP MIYA: https://wa.me/601164642868 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 13 авг.1 4071

    KHAMIS | 13 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada seluruh mahasiswa UiTM. Manfaatkanlah waktu cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang, serta mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Semoga cuti semester ini menjadi ruang untuk menyegarkan minda dan mengumpul tenaga sebelum kembali meneruskan perjalanan akademik dengan semangat yang baharu. Selamat bercuti dan semoga setiap masa yang dilalui dipenuhi dengan kenangan yang bermakna. Jaga diri, jaga kesihatan dan selamat berehat! Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 12 авг.1 6093

    RABU | 12 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera,  Salam UiTM Di Hatiku.  [PERINGATAN MESRA & PENTING UNTUK SEMUA PELAJAR UiTM] Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan penahanan semakan keputusan peperiksaan akan bermula pada semester ini. Sehubungan itu, semua pelajar UiTM adalah diminta untuk menyemak status pinjaman buku dan denda masing-masing melalui Portal PERMATA. ✅ Semak status pinjaman dan denda anda 🔄 Perbaharui (renew) buku sekiranya masih diperlukan 📖 Pulangkan semua buku sebelum tarikh tamat pinjaman 💰 Selesaikan sebarang denda yang dikenakan Kelewatan memulangkan buku boleh menyebabkan denda RM0.20 sehari bagi setiap buku serta sekatan akademik, termasuk sekatan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. 🚨 PERHATIAN: Sekiranya gagal memulangkan buku selepas tiga (3) kali notis peringatan, pelajar boleh dikenakan tindakan seperti penahanan keputusan peperiksaan akhir, penahanan pengambilan jubah konvokesyen dan penahanan transkrip peperiksaan. 📌 Semak tarikh pinjaman anda sekarang dan pastikan buku dipulangkan atau di-renew sebelum tarikh tamat. Sekian, terima kasih.  "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDihatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 12 авг.1 3401

    без подписи

  • 11 авг.1 7335

    SELASA | 11 OGOS 2026 Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN RHB KEPADA MAHASISWA] Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa RHB kini menawarkan Kemudahan Pembiayaan Pendidikan sebagai salah satu alternatif kepada pelajar untuk membiayai pengajian mereka. Pembiayaan yang ditawarkan adalah RM10,000 sehingga RM500,000 yang merangkumi biaya yuran tuisyen dan juga kos sara hidup. Diharapkan pembiayaan pendidikan ini dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan pelajar dalam meneruskan pengajian mereka. Sebarang pertanyaan, sila layari: 🔗 www.rhbgroup.com atau boleh ke mana-mana cawangan RHB berdekatan. Sekian, terima kasih. "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung" Yang menjalankan amanah, EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 11 авг.1 4124

    без подписи

  • 11 авг.1 5224

    без подписи

  • 11 авг.1 6234

    SELASA | 11 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [TARIKH PENTING PERMOHONAN DAN RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ingin memaklumkan berkaitan tarikh-tarikh penting permohonan, keputusan dan rayuan kolej kediaman bagi pelajar Pra-Diploma, Program Profesional, Ijazah Sarjana Muda serta Program Seat Plus untuk Sesi September 2026 - Februari 2027. Permohonan dan rayuan kolej kediaman boleh dibuat melalui pautan berikut: 🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/sportal_login/index_login.htm Sehubungan dengan itu, pelajar adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan cakna dengan tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 📞 MPP ARASH: https://wa.me/601172724855 📞 MPP HANIS: https://wa.me/60178229357 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO PENEMPATAN KOLEJ & NON-RESIDENT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 11 авг.1 3935

    без подписи

  • ISNIN | 10 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [HEBAHAN 2026 PUBG Mobile CAMPUS JAGO UiTM SEASON 2] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa PUBG Mobile Campus Jago UiTM Season 2 kini hadir dengan edisi bulanan! 📅 Tarikh: Ogos • September • Oktober • November Sekiranya anda tidak sempat menyertai Musim 1, ini adalah peluang anda untuk mendaftar dan menyertai program ini. Bagi peserta yang telah bertanding sebelum ini, inilah masanya untuk membuktikan keupayaan dan ketekalan prestasi anda. Setiap bulan, peluang baru. Setiap bulan, persaingan baru. Setiap bulan, jago baru. Setiap bulan, JUARA baru! Get ready to register soon! #2026PMCJUiTM #2026PMNCMY #PUBGMOBILE #PUBGMESPORTS #PUBGM Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO SUKAN DAN REKREASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • без подписи

  • 10 авг.1 4842

    ISNIN | 10 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera,  Salam UiTM Di Hatiku.  [PEMAKLUMAN LANJUTAN TARIKH AKHIR SuFO DAN EXIT SURVEY BAGI SESI MAC - OGOS 2026] Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk melengkapkan SuFO dan Exit Survey telah dilanjutkan seperti ketetapan berikut:  📆 Tarikh Akhir: 30 Ogos 2026 Sehubungan itu, seluruh mahasiswa UiTM dimohon untuk mengambil maklum dan segera melengkapkan SuFO serta Exit Survey melalui portal UFuture dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.  Sebarang pertanyaan sila hubungi : 📞 MPP IYLIA : https://wa.me/60133459412 Sekian, terima kasih.  "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDihatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 10 авг.1 1661

    без подписи

  • 10 авг.1 5943

    ISNIN | 10 OGOS 2026 Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [TINJAUAN PENGGUNAAN KAD DEBIT-i RHB MySiswa] Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa sebuah tinjauan berkenaan penggunaan, kesedaran, dan pengaktifan Kad Debit-i RHB MySiswa sedang dijalankan. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan penggunaan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Kad Debit-i RHB MySiswa. Pautan tinjauan adalah seperti berikut: 🔗 https://forms.gle/9g739kgm7yYeoUNo9 Diharapkan mahasiswa dapat meluangkan masa untuk mengisi tinjauan tersebut bagi membantu mendapatkan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP IZYAN: https://wa.me/601136940622 📞 MPP DANISH: https://wa.me/601114319751 Sekian, terima kasih. "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung" Yang menjalankan amanah, EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 6 авг.2 584

    KHAMIS | 6 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MERAIH PINGAT EMAS SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2026] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Sesi 2025/2026 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mohamad Aniq bin Kasdan, mahasiswa UiTM, atas kejayaan membanggakan apabila berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026. Kejayaan cemerlang ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, malah turut membanggakan seluruh warga UiTM serta menjadi manifestasi semangat juang, disiplin dan dedikasi mahasiswa dalam mengejar kecemerlangan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa UiTM untuk terus berusaha, berani mencabar potensi diri dan melakar kejayaan yang lebih gemilang di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Tahniah, Mohamad Aniq bin Kasdan! Terus melakar kejayaan demi Malaysia dan UiTM. Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 6 авг.2 042

    без подписи

  • 5 авг.2 184

    RABU | 5 OGOS 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Sesi 2025/2026 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada saudari Amiratul’Ain binti Rahimi, Exco Perhubungan Luar dan Jaringan Antarabangsa, atas pemilihan beliau mewakili UiTM ke The 14th University Scholars Leadership Symposium (USLS) 2026 yang akan berlangsung di United Nations Conference Centre, Bangkok, Thailand pada 4 hingga 7 Ogos 2026. Semoga penyertaan ini menjadi platform untuk mengembangkan potensi kepimpinan, menimba pengalaman di peringkat antarabangsa serta terus mengharumkan nama UiTM. Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung" Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

  • 5 авг.1 571

    без подписи