Islamic Talk 💡
СтатистикаSemua orang melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itu mestilah diperbaiki bukan diulang kembali. 💖
- Последний пост
- 23 апр.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Bersyukur kalau ada orang menasihati kita tentang agama… Itu tanda Allah masih sayang. Jangan cepat terasa, jangan terus melawan kata… kerana nasihat itu bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk menyelamatkan. Hakikatnya, manusia itu hanya asbab. Yang menggerakkan hati untuk menegur, itu Allah. Kalau Allah nak biarkan kita, Dia takkan hantar siapa-siapa pun untuk menegur. Sebab itu orang beriman, bila ditegur dia tunduk… bukan memberontak. Dia sedar, mungkin itu cara Allah tarik dia kembali. Jangan nilai siapa yang menasihat, tapi lihat apa yang dinasihat. Kerana kebenaran tetap kebenaran, walau datang dari sesiapa pun. Semoga kita termasuk orang yang lembut hati bila ditegur… bukan yang keras bila dinasihati. 🤍 #islamituindah #dakwahitucinta #sayangidiri #JagaAgama #cnp #share
без подписи
без подписи
🍂 Jika tak letak Allah di hati. Jangan tanya kenapa tiada ketenangan dalam diri.. 🍂 Ya Allah terangi hati-hati kami dgn Nur cahaya petunjuk-Mu, sebagaimana Engkau telah menerangi bumi ini dgn cahaya mentari-Mu..Aamiin. 🌸 Allahumma Solli A'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad 🌸 #cnp #jomselawat #SelfReminder #prayforpalestine #tarbiahiman
Kita cari difahami, kita cari disayangi, hingga lupa Allah tak pernah pergi. Bila manusia mengecewakan, itu bukan tanda kita gagal, itu tanda hati perlu kembali. Tenang itu hadir bila kita serahkan rasa, luka dan harapan… kepada Pencipta manusia. Kerana yang memegang hati kita, bukan manusia. Tapi Allah.. #Hamba #DoakanSaya #SelfReminder #cnp @tarbiahiman
Nak, sebelum masuk 2026 ni, belajarlah untuk hormat diri sendiri: 1. Berhentilah mengejar mereka yang tidak pernah peduli tentang diri kita. Harga diri bermula apabila kita memilih siapa yang layak berada dalam circle kita. 2. Jangan minta perhatian, bantuan atau perlukan pengiktirafan orang lain. Nilai diri bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh hati yang yakin pada Allah. 3. Bercakaplah bila perlu. Kadang-kadang diam itu lebih mendewasakan dan lebih tinggi hikmahnya. 4. Tegurlah ketidakadilan atau penghinaan dengan cara baik, tetapi tegas. Diri kita layak diperlakukan dengan penuh hormat. 5. Jangan terlalu bergantung pada sumber orang lain jika mereka tidak berkongsi dengan kita. Belajarlah berdikari, kerana maruah itu lahir daripada kemampuan menjaga diri. 6. Fokus pada diri dan kebahagiaan kita sendiri. Bila hati tenang, segala usaha jadi lebih jelas. 7. Jauhkan diri daripada gosip dan percakapan kosong. Ia memakan masa, jiwa dan pahala kita secara perlahan. 8. Fikir sebelum berkata-kata. Kata-kata kita adalah cermin nilai diri dan akhlak kita. 9. Jaga penampilan; berpakaianlah sebagaimana kita mahu dihormati. Penampilan bukan untuk menunjuk, tetapi tanda syukur atas segala nikmat dari Maha Esa. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Hormati diri sendiri, baru orang akan hormati kita. #tarbiyahiman #reminder #prayforpalestine
Kadang-kadang Allah datangkan sesuatu yang kita tidak suka, sedangkan di dalamnya ada kebaikan yang kita belum nampak. Belajarlah untuk tenang. Belajarlah untuk berkata dalam hati: “Khairan in shaa Allah.” Kerana orang yang yakin pada Allah akan nampak harapan di sebalik ujian, akan nampak rahmat di sebalik kesedihan, dan akan nampak jalan keluar di saat semua terasa buntu. Apa pun yang berlaku hari ini, serahkan kepada Allah dan minta agar ia menjadi kebaikan. Moga hati kita sentiasa dituntun ke arah yang terbaik. 🤲🏻✨ #dakwah #islam #katakata #reminder #dakwahsunnah #hikmah #creditToDakwahSunah@tarbiyahIman
без подписи
без подписи
Diusia 40 masih suka berselfie? Masih suka tunjukkan kecantikan? Masih bermekap tebal keluar rumah? Masih dahagakan pujian manusia? Entah kenapa tiba2 semua itu hilang kan.. Semua perangai kita masa umur 20,30 tahun dulu hilang begitu sahaja Tiba-tiba HP kita dipenuhi gambar anak bukan lagi gambar selfie diri sendiri,ada tapi xbanyak, Kalau bukan gambar anak gambar makanan atau resepi yang kita screenshot konon nak masak , Tiba-tiba kita dah tak kisah berwajah polos keluar rumah Tiba-tiba kita dah tak heran orang panggil kita makcik sekalipun , Kita dah tak kisah pasal usia kita, Kita dah tak sibuk nak jaga muka, Dia entah kenapa hilang tiba-tiba , Kita cuma tiba-tiba nak masuk kelas agama itu ini Nak belajar mengaji, Nak belajar fardhu ain, tauhid Nak belajar semula semua ilmu agama yang kita dah pernah belajar masa kecil dulu.. Entah kenapa kan tiba-tiba rasa nak belajar balik semua benda tu.. Alhamdulillah tanda Allah nak suruh kita siapkan diri dan bersedia Tanda Allah sayang kita tu.. Alhamdulillah..🌹🌹 Sumber : Jubah Hitam #tarbiahiman #tarbiahhati #prayforpalestine
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat. 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah. 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yg sebelumnya. 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal. 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat. 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur. 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun. 8. Makin kita berumur, ambil lah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak. 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak, Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ Kredit: Ust. Shamsuri Hj Ahmad #Alhamdulillah #prayforPalestin🍉 #cnp
без подписи
без подписи
без подписи