Komuniti Johor
СтатистикаFacebook www.facebook.com/komunitijohor Instagram www.instagram.com/komunitijohor Twitter www.twitter.com/komunitijohor Telegram t.me/komunitijohor TikTok https://www.tiktok.com/@tvkomunitijohor YouTube www.youtube.com/@tvkomunitijohor
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 47
- Всего постов
- 71
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- В каталоге с
- 12 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 566
- 1/48двое суток
- 648
- 1/72трое суток
- 698
Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Tilam bau hancing? Ini penyelesaianya Beli sini https://vt.tiktok.com/ZS9kShPYnY7WK-kfakI/
Rakaman "rearcam" kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta dekat susur turun U Turn, Taman Perling sebelum susur ke Masjid Taman Perling jam 11.20 pagi 14/08/26. Kredit : @hikhwannajep
Suami isteri mengaku salah dedah bayi asuhan kepada kecederaan fizikal hingga maut JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mendedahkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang diasuh mereka kepada kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematiannya, bulan lalu. Mohd Iqbal Hassan, 36, dan Norsiayana Abd Samad, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan 11 hari, mendedahkan bayi berkenaan dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematian. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Cendana 21, Taman Rinting, Masai, di sini, kira-kira jam 1.03 petang pada 29 Julai lalu. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2006 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shamira Mohd Luthfi Ismail, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Bharathi. Terdahulu, Bharathi memohon jaminan minimum untuk anak guamnya selepas memaklumkan Mohd Iqbal, yang juga pekerja kilang, mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan, manakala Norsiayana mempunyai pendapatan kira-kira RM2,000 sebagai pengasuh dan tanggungan seorang anak berusia empat tahun. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan syarat tambahan, iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan 17 September depan sebagai tarikh sebutan bagi pembentangan fakta kes dan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.
Wanita maut, 5 cedera kemalangan van dan lori di Kluang Kluang: Seorang wanita maut, manakala lima yang lain termasuk tiga kanak-kanak dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Kilometer 55.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.13 tengah malam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, sebanyak lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi sejauh 51 kilometer sebaik menerima maklumat berkenaan sebelum tiba pada 12.54 tengah malam. "Kemalangan membabitkan van jenis Toyota dan lori Isuzu. Terdapat enam mangsa berada di dalam van berkenaan. "Lima daripada penumpang van yang cedera iaitu seorang lelaki dewasa, seorang lelaki OKU, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi. Shoromi berkata, seorang wanita yang juga pemandu van berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit pada bahagian pemandu sebelum mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan. Mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala semua mangsa yang cedera diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sementara itu, pemandu lori Isuzu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Disiarkan pada: Ogos 14, 2026 @ 9:52am
KEMALANGAN M4UT DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TAMAN YAYASAN, SEGAMAT SEGAMAT – Satu kemalangan m4ut dilaporkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Yayasan, Segamat, tengah malam tadi. Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah treler. Dalam kejadian ini, penunggang motosikal seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pasukan penyelamat dan pihak berkuasa dilaporkan hadir ke lokasi bagi menjalankan tindakan serta siasatan berhubung kejadian. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga dipermudahkan segala urusan. Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un #ThisIsJohor #LikeFollowShare #localcommunity #TiJ
без подписи
Seorang lelaki warga emas kena tahan polis dipercayai sebab buat kecoh dekat Family Mart Jalan Geroda, Larkin. Kes ini dikongsi pengguna Threads yang muat naik video tunjuk abang polis gari lelaki itu. Dari apa yang pengguna Threads cerita, pakcik ni dah mula buat hal dari pagi lagi. Dia maki-maki budak kerja situ, pastu acah-acah cakap dia kenal bos Family Mart. Bila budak kedai tu tanya balik nama bos tu siapa, dia tak boleh jawab pulak. Saksi yang lalu situ siap sempat 'sound' pakcik tu bila dia ugut nak panggil polis. Rupanya membawa ke tengah hari pakcik tu still buat perangai maki-maki dan akhirnya ada yang melaporkan kepada polis. sumber video:@lunainaraz
без подписи
без подписи
без подписи