LUQMAN DAUD CHANNEL
СтатистикаMUBARAK TAQWA CENTRE (MATAR) Hidup mencari Redha Ilahi🌹
- Последний пост
- 12 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 2
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 176
- 1/48двое суток
- 201
- 1/72трое суток
- 217
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Dikejar harta, ditambah simpanan, dibesarkan rumah, diperbanyakkan simpanan, sehingga usia habis tanpa disedari. Kita menyangka usia kita masih panjang, lalu hidup kita dikelilingi dengan angan-angan yang panjang. Akhirnya datang satu hari yang tidak mampu ditangguhkan walaupun sesaat. Tangan yang dahulu menggenggam harta terkulai tidak berdaya. Rumah yang dibina ditinggalkan, kenderaan yang dibanggakan bertukar pemilik, wang yang dikumpulkan menjadi pusaka. Kerana itu, kumpulkanlah apa yang boleh kita bawa pulang. Jadikanlah harta sebagai jalan menuju Allah. https://www.facebook.com/share/r/14hPUvkayWb/
“Jangan pernah berputus asa. Setiap sayap yang patah semalam, boleh jadi akan terbang kembali esok dengan izin Allah.” Jangan bersedih melihat perjalanan orang lain. Mungkin hari ini mereka sedang terbang, sedangkan kita, Allah sedang ajarkan erti sabar, reda dan bergantung hanya kepada-Nya. Percayalah, luka hari ini tidak semestinya menjadi luka selama-lamanya. Allah yang mengizinkan sayap itu patah, Dia juga berkuasa menyembuhkannya dan mengangkat kita terbang kembali. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan dengan cara yang kita harapkan, tetapi jangan pernah berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan izin Allah, akan tiba waktunya kita kembali terbang, bahkan mungkin lebih tinggi daripada sebelumnya. https://t.me/luqmandaudchannel
“Adakalanya engkau duduk bersendirian dari hiruk pikuk manusia, namun hakikatnya engkau tidak pernah bersendirian, selama mana Allah bersamamu.” Ada waktunya kita berada di tengah ramai manusia, tetapi hati terasa begitu sunyi. Tiada siapa benar-benar tahu apa yang sedang kita tanggung, air mata yang kita sembunyikan, dan luka yang kita pendam sendirian. Ingatlah, ketika manusia tidak memahami kita, Allah memahami. Saat tiada siapa mendengar rintihan kita, Allah Maha mendengar. Bahkan sebelum air mata itu jatuh, Allah sudah mengetahui apa yang terbuku di lubuk hati. Maka jangan takut jika suatu hari perjalanan hidup membuat kita terpaksa berjalan sendirian. Manusia boleh datang dan pergi, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan hamba yang bersandar kepada-Nya. Kadangkala Allah menjauhkan kita daripada hiruk-pikuk manusia, supaya dalam kesunyian itu kita akhirnya menemukan Dia. Dan apabila hati sudah memiliki Allah, sesungguhnya kita tidak pernah benar-benar sendiri. https://t.me/luqmandaudchannel
Tetap melangkah & bertawakkal kepada Allah, insyaAllah akan ada aturan yang terbaik dari-Nya. Bermula pada tahun 2020, dengan hanya memulakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardu Ain di sebuah rumah sewa di Kampung Durian Burung. Pelajar kelas Al-Quran dewasa pada waktu itu sekitar 12 orang & pelajar pengajian Fardu Ain berkitab pula hanya sekitar 10 orang. Alhamdulillah, hari ini dengan izin Allah, jumlah penuntut kelas Al-Quran dewasa telah mencecah sekitar 129 orang manakala jumlah penuntut ilmu yang menyertai pengajian setiap Ahad hingga Khamis sekitar 80 hingga 120 orang setiap hari. Seronok apabila setiap infaq yang diamanahkan dapat digunakan terus untuk dimanfaatkan bagi pengajian Al-Quran & Fardu Ain Meskipun bangunan masih belum siap sepenuhnya. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menghadirkan insan yang mulia membantu & menyokong perjalanan ini sehingga tempat ini mampu terus bergerak dan memberikan sumbangan ilmu kepada masyarakat. https://www.facebook.com/share/r/1DegZYA8aG/
без подписи
без подписи
без подписи
Suasana Kuliah Dhuha Khas muslimat semalam, "full house". Alhamdulillah, setiap hari tempat ini terus hidup dengan pengajian dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penuntut ilmu. Dewan solat ini telah siap dibina dan kini digunakan sepenuhnya untuk kuliah, pengajian Al-Quran serta pelbagai majlis ilmu. Namun, di sebalik manfaat yang sedang dinikmati ini, masih terdapat baki kos pembinaan yang belum dapat dilunaskan sepenuhnya. Pihak kami sentiasa membuka peluang bagi yang ingin mengambil bahagian dalam menyempurnakan amanah ini dengan membantu melunaskan baki kos pembinaan dewan solat yang telah siap dan kini sedang dimanfaatkan. Setiap tajaan ialah bagi menyelesaikan baki kos dewan yang telah pun dibina, tempat yang setiap hari dihidupkan dengan solat, bacaan Al-Quran dan majlis-majlis ilmu. Mudah-mudahan setiap ringgit yang disumbangkan terus mengalir pahalanya. Insya-Allah. https://www.facebook.com/share/p/1KWb3FU6jv/
🎯INFAQ TAMBUN TANAH MATAR Peluang berinfaq masih dibuka bagi menampung kos tambun tanah, RM50/1 Bahagian Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi pahala jariah yang berkekalan. Niatkanlah infaq ini buat ibu dan ayah, serta insan-insan yang kita kasihi. Jom sama-sama berinfaq. Semoga Allah menerima setiap infaq yang dihulurkan dan menjadikannya saham di akhirat kelak. Kepada yang ingin berinfaq boleh terus ke nombor akaun di bawah : 5630 1103 0153 ( MAYBANK ) PERTUBUHAN SAHABAT MUBARAK TERENGGANU 📲 Resit hantar kepada link whatsapp berikut http://www.wasap.my/60103032293/InfaqTanah
*🧕🏻MAKLUMAN KULIAH DHUHA KHAS MUSLIMAT* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan bahawa *Kuliah Dhuha Khas Muslimat* akan diadakan seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis) 🕤 Masa: 9.30 pagi 📍 Tempat: Mubarak Taqwa Centre (MATAR), Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu https://maps.app.goo.gl/qcW2u1fh9fxT6syZ7?g_st=awb 🎙️ Penceramah: Ustazah Yong Lynna James Baven Al-Almaniy Tajuk: Jihad Hati, Syurga Menanti 🌸 *Semua muslimat* dijemput hadir bagi sama-sama menimba ilmu, menyucikan hati dan menghidupkan pagi dengan majlis ilmu yang diberkati Allah SWT. 🧕🏻Sebarkan kepada ahli keluarga dan sahabat. Semoga setiap perkongsian menjadi asbab hadirnya hidayah dan ganjaran pahala yang berpanjangan. *📌Group Info MATAR :* Bagi sesiapa yang ingin dapatkan maklumat program & jadual pengajian, boleh tekan link di bawah untuk join group. https://chat.whatsapp.com/B53Zc9zp9ih07SIsfYViJt
"Sekali sahaja seseorang itu dikecewakan, seumur hidupnya akan tidak mudah menerima" Apabila kepercayaan dikhianati, janji dimungkiri, atau keikhlasan dibalas dengan pengkhianatan, hati mula belajar untuk membina benteng. Senyuman masih mampu diukir, namun keyakinan tidak lagi mudah diberi. Sejak saat itu, seseorang menjadi lebih berhati-hati, bukan kerana membenci manusia, tetapi kerana takut mengulangi kesakitan yang sama. Sebab itu, jagalah hati orang lain sebaik mungkin. Mungkin bagi kita ia hanyalah satu kesilapan atau satu pengkhianatan, tetapi bagi mereka, luka itu boleh kekal menjadi kenangan yang sukar dipadam. https://t.me/luqmandaudchannel
Alhamdulillah, pada awalnya hanya beberapa orang yang hadir. Kini, dengan izin Allah, semakin ramai yang hadir untuk mempelajari Al-Quran dan Fardhu Ain. Semoga Allah SWT terus memberkati majlis ilmu ini, mengurniakan kekuatan dan istiqamah kepada semua yang hadir, serta menjadikan tempat ini sebagai tempat berkembangnya ilmu, suburnya Al-Quran , dan turunnya keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT. *📲 LIKE | FOLLOW | SHARE* _Platform Media Rasmi MATAR_ *📌Tiktok :* https://vt.tiktok.com/ZS4Pu7P1h/ *📌Facebook :* https://www.facebook.com/share/r/17mQFfeBgq/?mibextid=wwXIfr *📌Telegram Channel :* https://t.me/mubaraktaqwacentre *📌 Whatsapp Channel :* https://whatsapp.com/channel/0029Vb01AIfKAwEcEY7lue0l
Sempat beliau bercerita sambil berseloroh kepada saya, "Ustaz, dulu kalau nak lagu "Kerana Cinta" ni, satu lagu saja orang sanggup bayar sehingga RM25,000." Begitulah harga sebuah karya yang pernah mencipta fenomena. Namun yang lebih bernilai daripada itu ialah perjalanan hijrah atas jalan Allah.
Selesai program semalam saya, kekanda Ejam Medicine ajak untuk makan tengahari sama-sama, kebetulan beliau ada program sekitar Shah Alam. Antara cerita beliau yang sangat memberi kesan pada jiwa saya, ialah cerita beliau dijemput membuat persembahan dalam beberapa acara konsert pada baru-baru ini. Video persembahan itu menjadi tular dan ramai yang memuji. Ada yang teruja melihat artis lama kembali membuat persembahan, ada yang memuji suaranya masih hebat seperti dahulu. Namun di sebalik pujian dan sanjungan itu, beliau meluahkan satu kebimbangan yang jarang difikirkan oleh kebanyakan orang. Beliau berkata, "Ustaz, salah satu sebab utama saya keluar 40 hari bersama Jemaah Tabligh adalah untuk baiki hati saya. Saya takut apabila ramai orang memuji dan mengangkat saya, pujian itu akan memberi kesan kepada hati saya dan akhirnya memberi kesan kepada agama saya." "Saya nak Allah SWT pelihara hati saya daripada sifat-sifat yang tidak baik. Saya nak sentiasa nampak bahawa Allah itulah segala-galanya dalam hidup saya, bukan pujian manusia." Subhanallah... kata-kata itu benar-benar mengajar saya, ramai yang mampu bersabar ketika susah, tetapi tak semua mampu jaga hati ketika dipuji. Lebih mengagumkan, seorang yang pernah berada di kemuncak populariti, dikenali ramai dan masih mendapat penghormatan daripada masyarakat, masih berusaha bersungguh-sungguh menjaga hatinya agar tidak rosak dengan pujian manusia. Betapa mahalnya sebuah hati yang sentiasa hidup dengan Allah. Hati yang sentiasa takut kehilangan reda-Nya lebih daripada kehilangan pujian manusia. Semoga Allah SWT terus memelihara Kekanda Ijam Medicine, mengurniakan kepadanya kekuatan untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah dan ketaatan. Amin Ya Rabb https://t.me/luqmandaudchannel
без подписи
без подписи
Hari Jumaat datang hanya sekali dalam seminggu. Tetapi kita tidak pernah tahu, Jumaat yang manakah menjadi Jumaat terakhir dalam hidup kita. Jangan biarkan ia berlalu tanpa sedekah. Mungkin pada hari inilah Allah menerima amalan yang mengubah hidup kita, menghapuskan dosa-dosa kita, dan menjadi cahaya yang menyelamatkan kita di akhirat kelak. 🤲
Kadang-kadang, orang yang paling kita takuti bukanlah musuh yang jelas di hadapan mata, tetapi orang yang berpura-pura menjadi sahabat. Di hadapan kita dia tersenyum, memberi kata-kata manis dan menunjukkan sokongan. Namun di belakang, dia menjadi punca fitnah, adu domba dan kehancuran. Dia sanggup berubah wajah mengikut keadaan. Bersama orang jahat dia menyokong kejahatan. Bersama orang baik dia berpura-pura mencintai kebaikan. Dia tidak mempunyai pendirian, kerana kepentingan dirinya lebih utama daripada kebenaran. Orang seperti ini sukar dikenali kerana kepandaiannya menyembunyikan niat. Sebab itu, jangan mudah menilai seseorang hanya dengan kata-kata yang indah atau air mata yang mengalir. Nilailah manusia melalui kejujuran, keteguhan prinsip dan kesetiaannya ketika tiada kepentingan. Mudah-mudahan Allah SWT memelihara hati kita daripada sifat nifaq, menjadikan kita insan yang jujur dalam perkataan dan perbuatan, serta mengurniakan teman-teman yang ikhlas membawa kita semakin dekat kepada-Nya. Aamiin. https://t.me/luqmandaudchannel
"Berhati-hatilah daripada berkawan dengan orang munafik, kerana dia sangat licik. Dia makan bersama serigala, menyalak bersama anjing, dan menangis bersama penggembala." https://t.me/luqmandaudchannel
Kadang-kadang kita malu untuk meminta kepada Allah. Kita merasakan dosa terlalu banyak, amalan terlalu sedikit, lalu kita menyangka doa kita tidak layak untuk didengari. Sedangkan syaitan sangat suka apabila kita berhenti berdoa kerana putus asa. Lihatlah kata-kata ini. Ia seolah-olah memujuk hati kita yang sedang lemah: "Hulurkanlah tanganmu kepada Allah, nescaya kamu tidak akan kembali dengan hampa." Mengapa kita masih ragu Bukankah kita sedang meminta kepada Tuhan yang menciptakan kita daripada tiada? Dahulu kita tidak wujud, tiada nama, tiada rupa dan tiada kehidupan. Namun Allah mengadakan kita dengan kekuasaan-Nya. Jika Allah mampu menciptakan kita daripada ketiadaan, mengapa kita merasakan permintaan kita terlalu besar untuk-Nya? Jika Allah mampu memberikan kehidupan kepada sesuatu yang langsung tidak wujud, adakah sukar bagi-Nya untuk menghilangkan kesedihan kita, melapangkan rezeki kita, menyembuhkan penyakit kita, menyelesaikan segala kesulitan kita, dan mengurniakan apa yang terbaik buat kita? Maka janganlah kita berhenti mengangkat kedua-dua tangan kepada Allah. Mungkin Allah tidak memberi pada saat kita meminta, tetapi Allah tidak pernah mensia-siakan doa seorang hamba. Setiap doa pasti ada jawapannya; sama ada Allah mengabulkannya, menyimpannya sebagai ganjaran di akhirat, atau menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Teruskanlah mengangkat kedua-dua tangan kita kepada Allah. Kerana tangan yang dihulurkan kepada-Nya tidak akan pernah benar-benar pulang dalam keadaan hampa. -Luqman Daud- https://t.me/luqmandaudchannel