tgindex
Masjid Alam Impian

Masjid Alam Impian

Статистика
@masjidalamimpianиндонезийский

Assalammualaikum, this channel is to provide you information about Masjid Alam Impian activities. Cheerios 😉

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
14 авг.
Постов за неделю
3
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
14 авг.
Подписчики
1 169
+2 за 2 дн.
Сутки
+2
+0,17%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
362
20 постов
Вовлечённость
31,0%
к подписчикам
Постов в день
0,4
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
95
1/48двое суток
108
1/72трое суток
117

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • BULETIN (44) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026 📢 PENGUMUMAN PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh sukacita, Masjid Alam Impian menjemput seluruh warga jemaah, penduduk setempat serta keluarga untuk bersama-sama memeriahkan Program Maulidur Rasul Peringkat Masjid Alam Impian. 🌙 Kuliah Subuh Perdana Tema: Cinta Rasul, Pedoman Hidup 📅 22 Ogos 2026 (Sabtu) 🕰️ Selepas Solat Subuh 📍 Masjid Alam Impian 🎙️ Penceramah: Ust Mohammad Khair bin Zainal (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Alam Impian, Shah Alam) 👧🏻👦🏻 Perarakan Sepanduk Kanak-Kanak (Peringkat TADIKA) 📅 22 Ogos 2026 (Sabtu) 🕢 Perarakan bermula: 7.30 pagi 📍 Perkarangan Masjid Alam Impian 🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang! 🍽️ Sarapan pagi turut disediakan untuk para jemaah dan peserta. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid, menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. “Madani Dihayati, Ummah Diberkati.” 📌 Jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. #MasjidAlamImpian #MaulidurRasul1448H #MaulidurRasul #CintaRasul #KuliahSubuh #PerarakanKanakKanak #MasjidAlamImpian Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian

  • без подписи

  • 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡 *السلام عليكم ورحمة الله* *JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/SOLAT HAJAT/DOA SELAMAT* *Tarikh: 13hb Julai 2026* Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut: MAJLIS BACAAN YASEEN/TAHLIL/DOA/SOLAT HAJAT di Masjid Alam Impian, seperti berikut:- *1. Permintaan Tahlil/Yasen/Doa* dari Sdra Bilal * Muhd Ariff Hakimim* dr kejiranan Canting. *Nama2 arwah :-* Almarhumah 1. HAJJAH RUHANI BINTI ABDUL SAMAD TENTATIF RINGKAS Keseluruhan program selepas solat magrib. ➡Masa: 7.30pm - 9.00pm ➡Tempat: Masjid Alam Impian No 2 Jalan Tun Teja 35/1 Seksyen 35 Alam Impian 40470 Shah Alam, Selangor Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian. Terima kaseh

  • BULETIN (43) MASJID ALAM IMPIAN BULAN OGOS 2026 🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli Lembaga Tadbir dan Jawatankuasa Masjid Alam Impian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: USTAZ AHMAD 'ARIF BIN AHMAD JAMHARI Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam S1 atas segala jasa, bakti, komitmen dan khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Masjid Alam Impian bermula 15 Mac 2017 hingga 10 Ogos 2026. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam memperkasakan pengimarahan masjid, memperkukuh penyampaian syiar Islam serta berkhidmat dengan penuh dedikasi demi manfaat seluruh jemaah dan masyarakat setempat. Semoga segala amal kebajikan dan jasa yang telah dicurahkan diterima sebagai amal soleh, diberkati Allah SWT serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Kami juga mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam meneruskan amanah serta perkhidmatan di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang terbaik. Ikhlas daripada Ahli Lembaga Tadbir & Jawatankuasa Masjid Alam Impian Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • BULETIN (42) MASJID ALAM IMPIAN BULAN JULAI 2026 🌸 DAURAH EKSPRES TAJWID AL-QURAN 🌸 Anjuran Masjid Alam Impian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Masjid Alam Impian dengan sukacitanya menjemput seluruh Muslimin dan Muslimat untuk menyertai Daurah Ekspres Tajwid Al-Quran, sebuah program khas yang memberi penekanan kepada pembelajaran tajwid secara mudah, ringkas dan praktikal bagi membantu peserta memperbaiki bacaan Al-Quran. 🎙 Penceramah: Ust. Muhammad Nasri bin Mohamad Azir Penceramah Bertauliah Negeri Selangor 🗓 Tarikh: 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad) 🕘 Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi 📍 Tempat: Ruang Solat Utama, Masjid Alam Impian ✅ Penyertaan adalah PERCUMA 🍽 Jamuan sarapan pagi disediakan. Sama ada anda ingin memperbaiki makhraj huruf, memahami hukum-hukum tajwid atau meningkatkan keyakinan ketika membaca Al-Quran, program ini amat sesuai untuk semua peringkat umur. 📲 Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Sabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari, Hadis No. 5027) Jangan lepaskan peluang untuk memperindahkan bacaan Al-Quran dan menambah ilmu bersama penceramah yang berpengalaman. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Kami menanti kehadiran anda di Masjid Alam Impian. Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian

  • без подписи

  • без подписи

  • 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡 السلام عليكم ورحمة الله JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/DOA SELAMAT Tarikh : 30hb JULAI 2026 ─── Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut: MAJLIS BACAN YASEEN/TAHLIL/DOA di Masjid Alam Impian, seperti berikut:- 1. Permintaan drp Puan Izyan (Wanie) Binti Ishak dari kejieanan Nukilsn untuk arwah ibunya i..HJH MAIMON BINTI N ALASSAN ii.HJ ISHAK BIN ISMAIL iii. ILYAS HUSAINI BIN ISHAK 1. Permintaan drp Sdr Farid Rizal Abd Manaf dr kejiranan Tenun. Nama² arwah:- i. allahyarhamah Nooraihan Abdul Manaf dan ii. ii. Allahyarhamah Fauziah Othman🤲🏼 1. Permintaan drp Sdr Badrul Hisham B Azam Azman dr kejiranan Emerald. i. Allahyarham Hj Azam Azman Bin Mohd Eussof ➡Tempat: Masjid Alam Impian No 2 Jalan Tun Teja 35/1 Seksyen 35 Alam Impian 40470 Shah Alam, Selangor TENTATIF RINGKAS 7.15malam ▪Solat Maghrib ▪BACAAN YASIN & TAHLIL ▪Solat ISYA' 9.00 mlm Jamuan disediakan Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian. 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡

  • BULETIN (41) MASJID ALAM IMPIAN BULAN JULAI 2026 🌹 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌹 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli Lembaga Tadbir dan Jawatankuasa Masjid Alam Impian merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada: USTAZ MUHAMMAD 'ASYIQUL KHOIR BIN KASIM di atas pelantikan sebagai Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam S1 (Bilal) di Masjid Alam Impian, berkuat kuasa pada 28 Julai 2026. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mudah-mudahan kehadiran beliau dapat terus menyumbang kepada kecemerlangan pengurusan masjid, memperkasakan syiar Islam serta memberi manfaat kepada seluruh jemaah. 🕌Ikhlas daripada: Ahli Lembaga Tadbir & Jawatankuasa Masjid Alam Impian Terima kasih. Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian

  • без подписи

  • 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dato' Seri/Dato'/Tan Sri/Tuan/ ahli kariah & warga Alam Impian dijemput bersama-sama mengimarahkan masjid untuk program Majlis Bacaan Surah Yaseen, Tahlil, Doa, Solat Hajat dll. *Kepada Tuan-tuan yang berhajat mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaseen, Tahlil & Doa, pada malam ini bolehlah mennghantar butir-butir nama kepada saya atau Kakitangan Masjid.* *Tarikh: 30hb JULAI 2026* (Khamis) Masa: Selepas solat Maghrib Tempat: Dewan Solat Utama Jamuan disediakan. B Tajaan juga diterima. Lajnah Kebajikan MAI 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡

  • السلام عليكم و رحمة الله Mohon uar-uarkan seantero kejiranan anda. ♻️🌏🍉

  • 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡 السلام عليكم ورحمة الله JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN/TAHLIL/DOA SELAMAT Tarikh : 23hb Julai 2026 ________ Salam Hormat, YB/Tuan/Puan dijemput hadir bagi majlis seperti ketetapan berikut: MAJLIS BACAN YASEEN/TAHLIL/DOA/SOLAT HAJAT di Masjid Alam Impian, seperti berikut:- 1 . Permintaan daripada Bilal Hj Suhaizi Bin Ismail dar Kejiranan Ukiran Nama Arwah *Haji Ismail Bin Mad Jamin* 2 . Permintaan daripada Hj Zainol Bin Omar dr kejiranam Canting Nama² arwah:- 1. *Almarhum/AlmarhumahHj Abbas bin Hj* *Hassanuddin dan Isteri Hjh Aishah* 2. *Almarhum Hj Omar bin Hj Abbad.* 3. Permintaan solat hajat dr Loqman Mt Daud Untuk ayah beliau , *Hj Mat Daud B Deraman* yang akan menjalani pembedahan tulang belakang Isnin ini di USAINS Kelantan. ➡Tempat: Masjid Alam Impian No 2 Jalan Tun Teja 35/1 Seksyen 35 Alam Impian 40470 Shah Alam, Selangor TENTATIF RINGKAS 7.15malam ▪Solat Maghrib ▪BACAAN YASIN & TAHLIL ▪Solat ISYA' 9.00 mlm Jamuan disediakan Lajnah Kebajikan Masjid AIam Impian. 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡

  • 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dato' Seri/Dato'/Tan Sri/Tuan/ ahli kariah & warga Alam Impian dijemput bersama-sama mengimarahkan masjid untuk program Majlis Bacaan Surah Yaseen, Tahlil, Doa, Solat Hajat dll. *Kepada Tuan-tuan yang berhajat mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaseen, Tahlil & Doa, pada malam ini bolehlah mennghantar butir-butir nama kepada saya atau Kakitangan Masjid.* *Tarikh: 23hb JULAI 2026* (Khamis) Masa: Selepas solat Maghrib Tempat: Dewan Solat Utama Jamuan disediakan. B Tajaan juga diterima. Lajnah Kebajikan MAI 📢📢📣📣📱🕌📱🔊🔊📡📡

  • BULETIN (40) MASJID ALAM IMPIAN BULAN JULAI 2026 KULIAH DHUHA PERDANA MUSLIMAT 2026 Alhamdulillah, pada 11 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Dhuha Perdana Muslimat bertemakan “Hijrah Hati Dalam Mencorak Wanita Kalis Ujian Di Akhir Zaman” di Dewan Solat Utama, Masjid Alam Impian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kehadiran para muslimat yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menimba ilmu, memperkukuhkan iman serta menghayati pengisian yang sangat bermanfaat yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail. Semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang dikongsikan menjadi bekalan dalam membentuk jiwa muslimah yang lebih teguh, sabar serta istiqamah menghadapi cabaran kehidupan dan ujian akhir zaman. Pihak Masjid Alam Impian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, ahli jawatankuasa, sukarelawan serta para penaja (Restoren Ayam Gepuk Pak Aji, Smoked Kingdom by Don Daniyal dan SofeaRose) yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan program seperti ini terus mendapat keberkatan Allah SWT dan menjadi asbab penyatuan serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan muslimat. 📸 Sekitar program Kuliah Dhuha Perdana Muslimat pada 11 Julai 2026 (Sabtu) https://www.facebook.com/share/17xmhFnDbY/?mibextid=wwXIfr Hajah Nasifah binti Awi Ketua Muslimat Biro Helwa Masjid Alam Impian #MasjidAlamImpian #KuliahDhuhaPerdana #MuslimatMAI #HijrahHati #MenuntutIlmu #WanitaKalisUjian #DakwahDanTarbiah

  • BULETIN (39) MASJID ALAM IMPIAN BULAN JULAI 2026 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 2026(MUSLIMIN/ LELAKI) MASJID ALAM IMPIAN Assalamualaikum, Masjid Alam Impian akan mengadakan Kejohanan Bola Tampar 2026 (Muslimin/ Lelaki Sahaja) pada: Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2026 Hari: Sabtu & Ahad Masa: 07.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Masjid Alam Impian Pendaftaran boleh dilakukan sebelum 09 Ogos 2026 atau sekiranya pendaftaran telah penuh seperti berikut: 1) Pendaftaran 1 pasukan(10 orang). Yuran komitmen ialah sebanyak RM100. 2) Pendaftaran individu(untuk individu yg hendak bermain tetapi tiada pasukan. Pihak masjid akan cuba untuk bentuk pasukan anda). Yuran komitmen ialah sebanyak RM10. Untuk makluman, yuran komitmen akan dipulangkan semula sekiranya pemain tersebut datang ketika hari kejohanan berlangsung. Pendaftaran secara berpasukan atau individu boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://linktr.ee/MasjidAlamImpian Sarapan pagi akan disediakan oleh pihak masjid. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia melalui whatsapp: 1) Haji Razi: 019-3885408 2) Encik Arif Azfar: 019-3550210 Terima kasih. Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Seranta Masjid Alam Impian

  • без подписи