Majlis Bandaraya Seberang Perai
СтатистикаUntuk maklumat layari https://www.mbsp.gov.my Saluran Aduan Call Center Aduan : 04 - 269 6969 Bebas Tol (24 Jam) : 1 - 800 - 88 -6777 Emel Aduan MBSP : aduan@mbsp.gov.my
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 4
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 141
- 1/48двое суток
- 161
- 1/72трое суток
- 174
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
PINDAAN MAKLUMAT IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM DAN KOMPLEKS MAKANAN MBSP BULAN OGOS
без подписи
без подписи
JOM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI! ♻️ Minyak masak terpakai jangan dibuang begitu sahaja! Tukarkan sisa dapur kepada sesuatu yang lebih bernilai, di samping membantu menjaga kebersihan alam sekitar. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menganjurkan Program Pembelian Minyak Masak Terpakai seperti berikut: 📅 17 Ogos 2026 (Isnin) ⏰ 10.00 pagi – 1.00 petang 📍 Stesen Kitar Semula, Menara MBSP 💰 Harga belian: RM3.00/kg Lebih menarik, semua warga Seberang Perai yang ingin menjual minyak masak terpakai dialu-alukan hadir dan minyak akan dibeli di lokasi program. Jangan biarkan minyak masak terpakai mencemarkan longkang dan alam sekitar. Kumpul, kitar semula dan jana nilai daripada sisa dapur kita! Ayuh bersama MBSP membudayakan amalan kitar semula demi mewujudkan Seberang Perai yang bersih, hijau, mampan dan berdaya huni. Minyak terpakai ada nilainya — jangan buang, jom kitar semula! #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM DAN KOMPLEKS MAKANAN MBSP BULAN OGOS 2026 Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan gerai bagi pasar awam dan kompleks makanan pada bulan OGOS 2026 telah disediakan Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan. https://spgerai.mbsp.gov.my
без подписи
без подписи
SELAMAT BERSARA MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan demi kemajuan Negeri Pulau Pinang. Segala sumbangan dan dedikasi beliau menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang amat bermakna. "Semekar budi, sejambak memori, jasa dikenang, legasi disanjung." Semoga YBhg. Dato' Seri dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu. Terima kasih atas segala bakti. Selamat Bersara.
PROGRAM OUTREACH VAKSINASI ANTI TIFOID PERKUKUH KESELAMATAN MAKANAN DI PASAR AWAM TASEK GELUGOR Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mempelawa semua pengendali makanan untuk menyertai Program Outreach Vaksinasi Anti Tifoid yang diadakan bersempena Program Pasar Patuh di Pasar Awam Tasek Gelugor. Pengambilan vaksin anti tifoid merupakan salah satu keperluan penting bagi pengendali makanan di bawah peruntukan undang-undang serta langkah proaktif dalam memastikan makanan yang disediakan adalah selamat, bersih dan berkualiti. Inisiatif ini bukan sahaja melindungi kesihatan pengendali makanan, malah memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap tahap kebersihan premis makanan di Seberang Perai. 📅 Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu) 🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang 📍 Tempat: Pasar Awam Tasek Gelugor Kadar Bayaran: 🇲🇾 Warganegara: RM75 seorang 🌍 Bukan Warganegara: RM105 seorang
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan MBSPPay bagi bayaran jenis kad kredit akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh : Rabu, 29 Julai 2026 🕛 Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, perkhidmatan bayaran melalui kad kredit sedang dalam penyelenggaraan dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, bayaran masih boleh dilaksanakan melalui MBSPPay dengan menggunakan FPX. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.
SERTAI KEJOHANAN KAROM TERBUKA PIALA DATUK BANDAR MBSP 2026! Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026 bakal menghimpunkan pemain-pemain karom dari pelbagai peringkat untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. 🗓 Tarikh: 18 & 19 Julai 2026 🕘 Masa: 9.00 pagi hingga selesai 📍 Tempat: Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjemput semua peminat dan pemain karom untuk menyertai kejohanan ini serta bersama-sama memeriahkan acara yang menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat baharu dalam sukan karom. 📞 Untuk maklumat lanjut: • En. Samsol – 019-473 5607 • En. Khairul – 019-551 2636 • PESUKA – 04-539 3790 Ayuh sertai dan buktikan kehebatan anda di Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026! #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
📢 PEMBELIAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI MBSP! ♻️🛢️ Jangan buang minyak masak terpakai anda! Tukarkannya kepada wang tunai sambil membantu memelihara alam sekitar. 📅 Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang 📍 Lokasi: Stesen Kitar Semula Menara MBSP, Bandar Perda 💰 Harga Tawaran: RM3.00/kg Program ini terbuka kepada semua warga Seberang Perai yang ingin menjual minyak masak terpakai. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Ayuh bersama MBSP menjadikan Seberang Perai lebih bersih, hijau dan lestari. Kumpulkan minyak masak terpakai di rumah anda dan bawa ke lokasi program pada tarikh yang ditetapkan. ♻️ Jangan buang, kitar semula! Setiap titisan minyak yang dikitar semula memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar. #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
SEKALUNG TAHNIAH YBHG. DATO’ MOHD IBRAHIM BIN MD NOR Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ibrahim bin Md Nor, Setiausaha Majlis Bandaraya Seberang Perai, atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Semoga pengiktirafan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti, memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam serta memacu MBSP ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang, berintegriti dan berdaya saing. Ikhlas daripada Datuk Bandar dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai. #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
ALLAH LANJUTKAN USIA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Semoga Allah SWT mengurniakan Tuan Yang Terutama usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta terus memayungi Pulau Pinang dengan kebijaksanaan dan kesejahteraan. Ikhlas daripada Datuk Bandar dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM / KOMPLEKS MAKANAN (RUANG NIAGA) MBSP BULAN JULAI 2026 Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan. https://spgerai.mbsp.gov.my Sekian, terima kasih
без подписи
без подписи
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-18 GEORGE TOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO! 🌍 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-18 pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Semoga warisan bersejarah ini terus dipelihara dan dihargai oleh semua sebagai lambang identiti, kebanggaan serta khazanah yang tidak ternilai untuk generasi akan datang. Warisan Terpelihara, Kebanggaan Bersama. 💙💛 #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
📢 PEMAKLUMAN BERKAITAN PENYELARASAN KADAR KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA (TLK) MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP) Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 01 Julai 2026, kadar kompaun bagi kesalahan di bawah Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995 diselaraskan kepada kadar baharu. 🚗 Jadilah pengguna yang bertanggungjawab dengan membayar caj Tempat Letak Kereta dan patuhi peraturan. #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030
NOTIS PEMAKLUMAN KEMPEN TANPA BEG PLASTIK SETIAP HARI Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meneruskan komitmen dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui pelaksanaan Kempen Tanpa Beg Plastik Setiap Hari. Bermula 1 September 2026, semua premis yang merangkumi pasar raya besar, pasar raya, gedung serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian, farmasi dan klinik serta premis berkaitan adalah dilarang membekalkan atau menyediakan beg plastik (beg plastik jinjit) kepada pengguna secara percuma atau berbayar. Penguatkuasaan serta tindakan kompaun akan mula dilaksanakan berkuat kuasa 1 Oktober 2026 terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi ketetapan yang ditetapkan. #mbsp_official #penanggovernment #seberangperai #Penang2030