Motivasi
СтатистикаBerkongsi Ilmu minda sedar dan separa sedar agar semua umat manusia faham dan berjaya dalam hidupnya dan terus bersemangat untuk terus hidup dan berjuang dengan penuh syukur dan semangat. utk diskusi sila ke https://t.me/motivasimindabawahsedar
- Последний пост
- 10 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 69
- 1/48двое суток
- 79
- 1/72трое суток
- 85
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghalang antara seseorang dan hatinya... (Surah Al-Anfal: 24) Perhatikan frasa menghalang antara seseorang dan hatinya. Ini adalah definisi paling tepat bagi kehilangan kesedaran. Bila kita tidak menjawab seruan untuk "hadir" dan sedar, kita akan terputus hubungan dengan hati kita sendiri. Kita hidup, tapi jiwa kita terkunci. Dan tentang nafsu yang tiada pemandu, Allah berfirman: ...Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku... (Surah Yusuf: 53) Rahmat di sini termasuklah cahaya kesedaran yang membolehkan kita memilih, bukan sekadar mengikut naluri. Jadi... 1. Kehilangan kesedaran bukan bermaksud pengsan, tetapi jiwa tidak lagi memandu. 2. Sains membuktikan trauma dan kortisol tinggi boleh mematikan fungsi akal rasional. 3. 6 punca utama... Trauma, skrip lama, RAS bias, warisan negatif, dunia bising, dan nafsu tanpa kawalan. 4. Bila Raja tidur, kita menyangka itu "takdir", sedangkan ia hanyalah sistem autopilot yang mengulang luka lama. APA YANG AKAN KITA BINCANG SELANJUTNYA? Kita sudah kenal punca penyakitnya. Kita tahu kenapa lampu "Check Engine" itu menyala, dan kenapa kita masih hanyut. Tetapi soalan paling penting sekarang ialah: Bagaimana cara untuk "bangunkan" semula Raja tersebut? Apakah langkah praktikal, saintifik, dan spiritual yang boleh kita buat hari ini juga untuk mengambil semula stereng kehidupan dari tangan autopilot? supaya kita boleh maju dunia dan akhirat, berjaya, tanpa takut, tanpa trauma dan bahagia menikmati rahmat dan kasih sayang Allah. Dalam episod seterusnya, kita akan bongkar 4 LANGKAH PRAKTIKAL JALAN PULANG untuk menghidupkan semula Kesedaran. Simpan ruang ini. Kita sambung kemudian... Tanya diri anda dengan jujur: 1. Adakah saya sedang memandu hidup saya, atau saya hanya penumpang dalam kereta autopilot saya sendiri? 2. Antara 6 punca di atas, yang manakah paling kuat "menidurkan" Raja dalam diri saya sekarang? Bersambung...
SIRI KESEDARAN - EPISOD 3: 6 PUNCA RAJA TERTIDUR (Kenapa Kita Kehilangan Kesedaran?) Dalam episod lepas, kita dah kenal siapa "Raja" dalam diri kita, iaitu Kesedaran. Tetapi, jika Raja itu sepatutnya memegang takhta... Kenapa ramai antara kita masih hidup dalam autopilot? Kenapa kita masih mudah triggered, mengulang kesilapan yang sama, dan rasa seperti dikawal oleh skrip lama yang kita sendiri tidak pilih? Jawapannya sebab Raja itu sedang tidur. Dan bila Raja tidur, sistem dalaman mengambil alih secara buta tuli secara autopilot dengan cara kerjanya sendiri berdasarkan pengalaman lama.(skrip lama) Bayangkan anda sedang memandu sebuah kereta. Tiba-tiba, lampu "Check Engine" menyala di dashboard. Tetapi anda abaikan. Anda terus memandu, menekan minyak, dan membiarkan komputer kereta yang rosak itu mengawal segalanya. Lama-kelamaan, enjin makin panas, brek makin lemah, dan anda hilang kawalan. Anda bukan lagi pemandu. Anda hanya penumpang dalam kereta yang rosak. bila bila masa sahaja kereta itu boleh rosak membiarkan tuannya terdampar ditepi jalan. Begitulah jiwanya. Bila kita abaikan isyarat dalaman, sistem autopilot (trauma, emosi, skrip lama) akan memandu hidup kita ke arah yang kita sendiri tidak mahu. BAGAIMANA SISTEM INI "MERAMPAS" KAWALAN? Apabila kesedaran hilang, 3 komponen biologi ini akan bertindak secara ekstrem: 1. Amygdala Hiperaktif, Pusat penggera otak ini menjadi terlalu sensitif. Ia membunyikan siren "BAHAYA!" walaupun hanya ditegur secara biasa oleh bos atau pasangan. 2. Kortisol Tinggi, Hormon stres ini membanjiri tubuh, yang secara literal mematikan fungsi akal (Prefrontal Cortex). Inilah sebabnya kita buat keputusan bodoh bila marah, dan menyesal sejam kemudian. 3. RAS (Reticular Activating System) Menjadi Bias, RAS hanya akan menapis dan mencari bukti negatif yang selari dengan kepercayaan lama kita. Jika anda percaya "Aku tak layak", RAS akan sembunyikan semua peluang baik dan hanya tunjuk bukti kegagalan. 6 PUNCA UTAMA RAJA (KESEDARAN) TERTIDUR Berdasarkan kajian psikologi dan realiti kehidupan, inilah 6 sebab utama kenapa sistem autopilot berjaya merampas takhta adalah disebabkan... 1. Trauma & Luka Lama Yang Tidak Disembuhkan Luka bukan sekadar peristiwa besar. Ia boleh jadi rasa tidak disayangi, dihina, atau ditinggalkan sejak kecil. Bila tidak diproses, ia menanam skrip dalam otak Aku tak selamat, Aku tak cukup baik atau aku selalu bernasib malang. 2. Skrip Autopilot Minda Bawah Sedar Setiap kali situasi mirip dengan masa lalu, skrip ini aktif automatik. Contoh, Bila dapat pujian, anda terus tolak dengan Alah, biasa je tu... kerana skrip lama berkata Aku tak layak dipuji. 3. Warisan & Suara Luar Zaman Kanak-Kanak Gelaran seperti Kau ni lembap, Kau tak sehebat abang kau, atau Jangan banyak cakap direkod oleh minda bawah sedar sebagai kebenaran mutlak. Lama-kelamaan, anda hidup sebagai skrip warisan (otak mengangap perkara itu normal), bukan diri sendiri. 4. Sistem Saraf Terlatih Mengikut Jalan Lama (neuroplasticity) Tubuh manusia suka laluan yang biasa. Walaupun ada jalan baharu yang lebih baik (tenang & bahagia), sistem saraf akan tetap pilih jalan lama (marah & takut) kerana ia sudah "biasa" dan dianggap selamat oleh otak kita. 5. Dunia Terlalu Bising (Ghaflah Moden) Notifikasi media sosial, hiburan tanpa henti, dan kesibukan melampau tidak memberi ruang untuk jiwa bernafas. Tanpa ruang sunyi, suara Kesedaran tidak akan kedengaran kerana dibanjiri oleh hormon dopamin iaitu reward sistem yang sentiasa memberi kebahagian jalan pintas tanpa melalui proses. 6. Nafsu Tanpa Pemandu Nafsu (keinginan, ego, kemarahan) bukan jahat. Ia adalah tenaga. Tetapi bila tiada Kesedaran yang memandunya, nafsu akan naik takhta, menjadikan manusia gelojoh, sensitif melampau, dan mudah menyalahkan orang lain. KETIKA JIWA DIHALANG DARI CAHAYA Allah menerangkan dengan sangat tepat akibat daripada kehilangan kesedaran ini:
Kita buat juga. Selepas itu... muncul rasa tidak sedap. Rasa bersalah. Malu. Menyesal. Inilah Lawwamah. Lapisan ketiga Lawwamah bertanya Adakah aku mahu terus begini? Jika jawapannya YA... dia kembali kepada Ammarah. Jika jawapannya TIDAK... dia mula mendekati Mutma'innah. Lawwamah ialah sistem alarm Bayangkan kereta. Ammarah ialah kaki yang menekan minyak. Lawwamah ialah lampu engine yang menyala pada dashboard. (tujuan nak bagitau ada masalah didalam enjin yang perlu dilihat) Mutma'innah ialah pemandu yang bijak. Jika lampu merah menyala, itu bukan bermaksud kereta rosak. Ia menyelamatkan enjin. Begitu juga Lawwamah. Rasa bersalah bukan musuh. Ia petanda iman masih hidup. Orang yang tiada Lawwamah Inilah yang bahaya. Dia boleh buat dosa tanpa rasa apa-apa. Menipu. Mengumpat. Zalim. Rasuah. Fitnah. Lalu tidur lena. Apabila hati semakin keras, alarm itu semakin perlahan. Lama-kelamaan, langsung tiada bunyi. Bezakan Lawwamah dan waswas Ramai orang keliru. Lawwamah datang daripada iman. Syaitan pula menggunakan waswas. Perbezaannya besar. Lawwamah Kamu silap. Taubatlah. Perbaiki. Selepas taubat, hati menjadi ringan. Waswas pula Kamu memang gagal. Allah takkan ampunkan. Tak guna berubah. Selepas itu, manusia menjadi putus asa. Lawwamah membawa kepada taubat. Waswas membawa kepada keputusasaan. Mengapa Allah jadikan Lawwamah? Kerana manusia tidak sempurna. Semua orang melakukan kesilapan. Tetapi Allah mencipta mekanisme supaya kita kembali. Seolah-olah Allah memasang GPS dalam jiwa. Apabila kita tersalah jalan, GPS berkata, U-turn apabila kamu tersalah jalan tu. Lawwamah ialah suara U-turn itu. Nafs al-Lawwamah adalah titik mula penyembuhan. Ia adalah bukti bahawa Raja Kesedaran dalam diri anda mula terjaga. Psikologi moden menyebut beberapa perkara yang hampir menyerupai fungsi Lawwamah: - self-awareness - moral conscience - guilt response - self-reflection - cognitive dissonance Apabila tindakan bercanggah dengan nilai yang dipercayai, otak menghasilkan ketidakselesaan. Kita rasa tidak tenang. Ini mendorong perubahan tingkah laku. Walaupun istilahnya berbeza, konsepnya ada persamaan pada fungsi tertentu. Namun dalam Islam, Lawwamah bukan sekadar proses psikologi, ia juga berkait dengan fitrah, iman, dan hubungan seorang hamba dengan Allah. ingat... 1. Anda bukan fikiran atau emosi anda. Anda adalah pemerhati (Observing Self) kepadanya. 2. Seperti laut dan ombak, emosi datang dan pergi, tetapi kesedaran (dasar laut) tetap tenang. 3. Nafs al-Lawwamah adalah mekanisme ilahi yang membolehkan kita menyedari kesilapan dan mula memilih jalan pulang. APA YANG AKAN KITA BINCANG SELANJUTNYA? Jika mekanisme jiwa yang menyaksikan ini sudah sedia ada dalam diri setiap manusia... Kenapa ramai antara kita masih hanyut, hilang kawalan, dan hidup dalam autopilot? Jika dasar laut itu tenang, kenapa kita masih kerap lemas di permukaan? Apakah yang menutup mata batin kita sehingga Raja Kesedaran kembali tertidur? Dalam episod seterusnya, kita akan bedah 6 Punca Utama Kenapa Kita Kehilangan Kesedaran. Simpan ruang ini. Kita sambung kemudian... Cuba tanya diri anda: 1. Adakah saya hari ini lebih banyak menjadi ombak (reaksi emosi), atau dasar laut (pemerhati yang tenang)? 2. Bila kali terakhir saya mendengar suara Nafs al-Lawwamah menegur saya, dan adakah saya mendengarnya? Bersambung...
SIRI KESEDARAN - EPISOD 2: JIWA YANG MENYAKSIKAN (Pemerhati Senyap) Dalam episod lepas, kita tinggalkan satu soalan besar: Siapa sebenarnya yang sedang memerhati kemarahan atau ketakutan itu? Jawapannya ada pada satu konsep yang sangat indah dalam Islam dan psikologi iaitu Nafs atau Jiwa yang Menyaksikan. Apa itu Nafs? Perkataan nafs (نفس) bermaksud diri, jiwa, atau self. Ia bukan sekadar emosi, bukan sekadar otak, dan bukan sekadar roh. Ia adalah keseluruhan diri manusia yang membuat pilihan. Dalam al-Quran, Allah menyebut beberapa keadaan nafs. Para ulama menjelaskan bahawa ini bukan tiga jiwa yang berbeza, tetapi tiga keadaan (state) kesedaran yang boleh dialami oleh orang yang sama: Antaranya: 1. Nafs al-Ammarah (Jiwa yang Lalai): Hidup dalam autopilot. Dikuasai reaksi. Tidak sedar apa yang berlaku. (Tenggelam dalam dosa dan nafsu dan jiwa yang menyuruh kepada kejahatan) 2. Nafs al-Lawwamah (Jiwa yang Menyaksikan & jiwa yang mencela diri): Sudah mula sedar. Ada rasa tidak sedap hati. Mula bertanya, Kenapa aku ulang skrip ini? (Mula menyelam ke dasar laut untuk melihat melihat lebih keindahan dan kedamaian). 3. Nafs al-Mutma'innah (Jiwa yang Tenang): Jiwa yang memimpin. Tidak hanyut. Memilih tindak balas berasaskan nilai, bukan reaksi. (Tenang seperti tenangnya air di dasar laut). Ramai ulama menerangkan bahawa ini bukan tiga jiwa yang berbeza, tetapi tiga keadaan (state) jiwa yang boleh dialami oleh orang yang sama pada masa yang berlainan. Mari kita selami bagaimana kita boleh memerhati fikiran kita sendiri, sedangkan fikiran itu sedang berfikir. Bayangkan diri kita seperti sebuah lautan yang luas. Di permukaan, ada ombak. Kadang-kadang ia tenang, kadang-kadang ia bergelora besar. Ombak itu adalah seperti emosi, fikiran, dan reaksi sistem dalaman kita. Tetapi, jika anda menyelam jauh ke bawah... Di dasar laut, airnya diam. Tidak terusik, tidak bergelora, walau ribut melanda di permukaan. Kesedaran adalah dasar laut itu. Kita sering hidup di permukaan, bergelut dengan ombak (marah, takut, trauma). Tetapi bila kita belajar menyelam ke dalam diri, kita temui satu tempat yang tak pernah bergoncang. Dari situ, kita boleh mula menyaksikan... Aku sedang dilanda ombak kemarahan, tapi aku bukan ombak itu. METAKOGNISI & DUA DIRI DALAM SAINS Dalam psikologi moden, keupayaan untuk memerhati fikiran sendiri ini dipanggil Metakognisi (Metacognition). Sains membahagikan pengalaman manusia kepada dua lapisan... 1. Experiencing Self (Diri yang Mengalami): Bahagian yang tenggelam dalam emosi, merasa sakit, panik, atau hanyut dalam drama fikiran. 2. Observing Self (Diri yang Memerhati): Bahagian yang berdiri di belakang, melihat emosi itu datang dan pergi tanpa terhanyut dengannya. Masalahnya, ramai orang hanya hidup sebagai Experiencing Self. Mereka menjadi kemarahan mereka. Mereka menjadi ketakutan mereka. Tetapi apabila Observing Self diaktifkan, otak beralih daripada mod reaksi (amygdala) kepada mod pemerhatian yang tenang (prefrontal cortex). Anda tidak lagi menjadi mangsa ombak; anda menjadi pemerhati lautan. Kita sambung balik pasal nafs Allah tidak sekadar menyebut tentang jiwa, tetapi bersumpah demi jiwa yang mempunyai keupayaan untuk menyaksikan dan mencela dirinya sendiri... Dan Aku bersumpah demi jiwa yang selalu mencela dirinya sendiri (nafs al-lawwamah). (Surah Al-Qiyamah: 2) Allah sendiri bersumpah dengan jiwa ini. Ini menunjukkan ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Kenapa? Kerana bukan semua manusia mampu mencela dirinya sendiri. Maksud Lawwamah Perkataan Lawwamah berasal daripada perkataan لام (lama) yang membawa maksud - mencela - menegur - menyalahkan - mengkritik Tetapi dalam konteks ini, ia bukan orang lain yang mencela. Sebaliknya... hati kita sendiri yang menegur diri kita. Contohnya: Aku tak patut buat macam tu. Astaghfirullah... Kenapa aku cakap macam tu tadi. Aku tahu benda ni salah. Inilah suara Lawwamah. Bagaimana proses ini berlaku? Bayangkan tiga lapisan. Lapisan pertama Keinginan. Contohnya marah, nafsu, malas, riak, ego. Lapisan kedua
Aku bukan suara dalam kepala aku. Aku bukan rasa takut yang datang. Aku bukan skrip lama dalam diri. Aku adalah yang MENYAKSIKAN semua itu. Inilah AKU yang sebenar. Inilah Kesedaran. Sistem dalaman seperti RAS, hormon, amygdala, dan minda bawah sedar semuanya bertindak secara automatik. Tetapi Kesedaran boleh memilih. Ketika trauma mengaktifkan reaksi... Adakah ini benar... atau hanya skrip lama? Ketika rasa takut datang: Aku sedang takut. Tapi aku bukan rasa takut ini. Ini bukan penafian emosi. Ini adalah kuasa jiwa memimpin emosi. HAKIKATNYA 1. Kita bukan sistem dalaman kita. Kita bukan amygdala, bukan hormon, bukan RAS. 2. Sistem dalaman adalah ALAT yang bertindak secara automatik berdasarkan pengalaman lama. 3. Kesedaran adalah RAJA yang sepatutnya memimpin sistem tersebut. 4. Bila Raja tertidur, sistem autopilot mengambil alih dan kita hidup dalam reaksi automatik, bukan pilihan. 5. Lupa Allah maka Lupa Diri. Terputus dari sumber kesedaran bermakna kita lupa siapa AKU yang sebenar. 6. Kesedaran boleh memilih. Ia boleh membrek, tukar arah, atau menukar jalan. APA YANG AKAN KITA BINCANG SELANJUTNYA? Kita sudah tahu bahawa ada Pemerhati Senyap dalam diri kita. Tetapi... Bagaimana Pemerhati ini berfungsi? Apakah perbezaan antara jiwa yang menyaksikan dengan jiwa yang larut? Dalam episod seterusnya, kita akan selami konsep Nafs al-Lawwamah, jiwa yang mencela diri sendiri dan bagaimana ia menjadi bukti bahawa kita bukan robot biologi, tetapi makhluk yang mempunyai kuasa memilih. Simpan soalan ini dalam hati anda... Siapa sebenarnya yang sedang membaca ayat ini sekarang? Kita sambung kemudian... Sebelum anda tidur malam ini, cuba tanya diri sendiri: 1. Bila kali terakhir aku betul-betul menyedari apa yang aku rasa? 2. Apa skrip lama yang sedang aku ulang sekarang tanpa sedar? 3. Adakah aku hidup dari sistem... atau dari jiwaku yang sebenar? Ingat... Raja dalam diri anda belum mati. Dia hanya menunggu untuk anda pulangkan semula takhta itu kepadanya. Bersambung...
SIRI KESEDARAN - EPISOD 1: SIAPA SEBENARNYA AKU? (Perbincangan ini tiada kena mengena dengan makrifat atau sufi, hanya berteraskan fakta sahaja) Jika neuron boleh berubah... Jika hormon boleh berubah... Jika emosi boleh berubah... Jika identiti juga boleh berubah... Siapa sebenarnya yang sedar semua itu sedang berlaku? Cuba anda renung seketika... Bila anda sedang marah... Ada satu suara kecil dalam diri yang berkata: Eh... kenapa aku marah sangat ni? Perhatikan fenomena ini. Ada dua lapisan yang muncul serentak: 1. Satu lapisan sedang marah. 2. Satu lapisan sedang memerhati kemarahan itu. Jika anda adalah kemarahan itu... Siapakah yang sedang memerhati kemarahan tersebut? Jika anda adalah otak anda... Siapakah yang sedang memerhati otak anda berfikir? IBARAT RUMAH YANG DIRAMPAS Bayangkan diri anda seperti sebuah rumah besar. Di dalamnya ada: Bilik kawalan emosi (Amygdala) - loceng penggera Bilik stor kenangan (Minda Bawah Sedar) - arkib lama Bilik kamera keselamatan (RAS) - penapis maklumat Bilik pembantu kimia (Hormon) - utusan badan Ruang tamu (Fikiran Sedar) - tempat berfikir Tetapi... Raja rumah ini, iaitu KESEDARAN, telah tertidur di bilik paling sunyi. Bila Raja tertidur... Semua sistem dalam bilik tadi mula bertindak sendiri tanpa arahan. Amygdala membunyikan penggera walau tiada bahaya. RAS hanya mencari bukti yang selari dengan luka lama. Hormon kortisol membanjiri tubuh walau anda hanya duduk di meja makan. Minda bawah sedar mengulang skrip Aku tak layak... Aku selalu gagal... berdasarkan perjalanan kisah hidup dari kecil hingga dewasa TANPA KESEDARAN. Maka tubuh kita terus hidup... Tetapi bukan dengan sedar. Kita hidup dalam AUTOPILOT. DIDALAM SAINS OTAK ADALAH ALAT, BUKAN AKU Dalam neurosains, kita belajar tentang: - Amygdala - pusat ketakutan - RAS - penapis realiti - Kortisol & Dopamin - hormon stres dan motivasi - Minda Bawah Sedar - stor skrip lama Tetapi semua ini hanyalah ALAT SISTEM. Ia bukan AKU. Analogi Kereta... Bayangkan sebuah kereta automatik. Enjin, gear, brek, stereng - semuanya ada. Bila ditekan, ia bergerak sendiri. Tetapi anda bukan kereta itu. Anda adalah PEMANDU. Dan hanya bila anda letak tangan di stereng kesedaran... Baru anda boleh pilih untuk: 1. Membrek sebelum langgar. 2. Pusing balik dari jalan gelap. 3. Tukar destinasi dari trauma ke ketenangan. Allah berfirman, Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri... (Surah Al-Hasyr: 19) Perhatikan ayat ini dengan teliti. Lupa Allah maka Lupa Diri Sendiri. Apa maksudnya? Apabila kita terputus dari sumber kesedaran (Allah)... Kita mula hidup dalam autopilot. Kita dikawal oleh sistem, reaksi, dan skrip lama semata-mata. Kita marah tanpa sedar kenapa. Kita takut walau bahaya tak nampak. Kita ulang kesilapan yang sama. Kita lari dari rasa dalam diri. Kita bukanlah amygdala kita. Kita bukan hormon kita. Kita bukan pun fikiran yang bersuara dalam kepala. Semua itu berlaku di dalam kita... kita merasakannya... Tetapi ia bukan KITA. PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI QALB SEBAGAI RAJA Imam Al-Ghazali menggambarkan manusia dengan sangat indah... - Qalb (Hati) = Raja dalam kerajaan diri - Akal = Menteri yang membantu Raja membuat pertimbangan - Deria & Otak = Rakyat yang melaksanakan arahan - Nafsu = Rakyat yang penuh keinginan Bila Raja (Qalb/Kesedaran) terjaga dan memimpin... Seluruh sistem tunduk dan tersusun. Emosi hadir sebagai isyarat, bukan penguasa. Fikiran menyusun makna, bukan menyerang diri. RAS mencari peluang, bukan ancaman. Tetapi bila Raja tertidur... Nafsu dan sistem autopilot mengambil alih takhta. Dan hidup kita menjadi kacau-bilau. Allah berfirman tentang hakikat Ruh... Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Surah Al-Isra': 85) Otak adalah alat yang digunakan oleh Ruh untuk berinteraksi dengan dunia fizikal. Tetapi Ruh itu sendiri adalah rahsia Allah. KITA BUKAN SISTEM. KITA ADALAH PEMERHATI.
Aku menyerahkan segala urusanku kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ (Selesai membaca, pejamkan mata sejenak, hembus nafas perlahan, Biarkan tubuh rasa ringan, Rasakan tenang juga bahagia meresap lembut ke dalam hati, dan yakin bahawa ia telah didengar. secara tak langsung apa yang dibaca memberi isyarat kepada sistem saraf untuk menyerap apa yang baru saja dibaca. Ia mengubah bacaan daripada sekadar aktiviti lisan kepada pengalaman emosi dan fizikal yang sebenar, mengukuhkan rasa tawakal dan ketenangan dalam diri.)
Doa & Visualisasi Berpandukan Tauhid Untuk Kelimpahan Rezeki, Kesihatan dan Kehidupan yang Diberkati (tarik nafas dalam dan mula dengan nafas tenang, baca perlahan, hadirkan hati sepenuhnya pada setiap ayat dan biarkan setiap ayat meresap lembut ke dalam hati - buat hari hari untuk membentuk saraf neuron) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ *Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.* Ya Allah... Segala puji hanya milik-Mu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu. Aku hanyalah seorang hamba yang lemah. Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Hari ini aku memilih untuk membuka hati, akal dan seluruh diriku kepada petunjuk-Mu. Ya Ar-Rahman, limpahkan kasih sayang-Mu ke dalam hatiku. Ya Ar-Rahim, rahmatilah setiap langkahku. Ya Al-Hadi, tunjukilah aku jalan yang lurus. Ya Al-Fattah, bukakan pintu-pintu kebaikan yang aku sendiri tidak mampu melihatnya. Ya Ar-Razzaq, kurniakanlah aku rezeki yang halal, luas, berkat dan memberi manfaat kepada agama, keluarga dan manusia. Ya Al-Wahhab, anugerahkanlah nikmat yang terbaik menurut ilmu-Mu. Ya Al-Ghani, cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak bergantung kepada selain-Mu. Ya Ash-Shakur, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang Engkau berikan. Ya As-Salam, penuhi tubuhku dengan ketenangan. Ya Al-Mu'min, tanamkan rasa aman dan yakin di dalam hatiku. Ya Al-Qawiyy, kuatkan jasadku. Ya Al-Matin, teguhkan semangatku. Ya Ash-Shafi, kurniakan kesihatan yang baik kepada seluruh tubuhku. Ya Al-Latif, permudahkan segala urusanku dengan cara yang paling lembut dan terbaik. Ya Al-Hakim, berikan aku kebijaksanaan membuat setiap keputusan. Ya Allah... Aku sedar Engkau menciptakan aku sebagai satu amanah yang luar biasa. Apabila aku mengulang perkara yang baik, otakku belajar. Apabila aku mengingati nikmat-Mu, hatiku menjadi lebih tenang. Apabila aku bersyukur, fikiranku mula melihat lebih banyak peluang untuk berbuat kebaikan. Apabila aku berharap kepada-Mu, semangatku bangkit untuk berusaha. Hari ini aku memilih untuk mengisi fikiranku dengan perkara yang Engkau redai. Aku membayangkan diriku bangun dengan penuh tenaga. Aku melihat diriku menjaga solatku. Aku melihat diriku bekerja dengan amanah. Aku melihat diriku berdisiplin. Aku melihat diriku membuat keputusan yang bijak. Aku melihat diriku menyelesaikan setiap tugasan dengan tenang. Aku melihat diriku membantu manusia. Aku melihat keluargaku hidup dalam kasih sayang dan keberkatan. Aku melihat rezeki halal datang melalui jalan-jalan yang Engkau bukakan. Aku melihat tubuhku semakin sihat dengan izin-Mu. Aku melihat fikiranku semakin jernih. Aku melihat diriku semakin dekat kepada-Mu setiap hari. Ya Allah... Semoga setiap gambaran yang baik ini menjadi pendorong untuk aku bertindak dengan lebih baik pada hari ini. Bukan kerana imaginasiku mempunyai kuasa. Tetapi kerana Engkaulah yang menghidupkan harapan, memberi ilham, menguatkan hati dan mengizinkan setiap usaha membuahkan hasil. Hari ini aku memilih untuk menjaga lisanku. Aku memilih sangka baik kepada-Mu. Aku memilih bersyukur. Aku memilih sabar. Aku memilih istiqamah. Aku memilih berusaha dengan sebaik mungkin. Aku percaya bahawa setiap langkah kecil yang dilakukan kerana-Mu akan Engkau nilai. Aku tidak mengetahui masa depan. Tetapi Engkau Maha Mengetahui. Aku tidak mampu mengawal semua keadaan. Tetapi Engkau Maha Mengatur. Aku tidak mampu membuka pintu rezeki. Tetapi Engkaulah Al-Fattah. Aku tidak mampu mencipta rezeki. Tetapi Engkaulah Ar-Razzaq. Aku tidak mampu menyembuhkan diriku. Tetapi Engkaulah Ash-Shafi. Aku tidak mampu menjamin kejayaan. Tetapi Engkaulah sebaik-baik Perancang. Maka jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa berusaha, sentiasa belajar, sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa bergantung kepada-Mu. Tanamkan dalam diriku hati yang tenang. Akal yang jernih. Tubuh yang sihat. Rezeki yang berkat. Ilmu yang bermanfaat. Amal yang diterima. Keluarga yang diberkati. Dan pengakhiran hidup yang terbaik.
Tafsiran... Husnuzon vs Su'uzon Emosi... Tenang vs Panik Hormon... Dopamin/Serotonin vs Kortisol/Adrenalin Neuron & Neuroplasticity... Membina laluan baru Autopilot & Tabiat... Shortcut otak Identiti... Aku adalah... Tindakan... Selaras dengan identiti Keputusan... Kesan kompaun tindakan Corak Kehidupan / Nasib Nasib anda bukan sesuatu yang statik, ia sentiasa berubah rubah setiap hari. Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang untuk hambaNya, ia sedang ditulis setiap hari oleh pilihan tafsiran dan pengulangan tindakan anda seperti yang dinyatakan didalam surah Ar raad diatas. Dan khabar baiknya? Sistem ini dibina melalui proses (neuroplasticity), ia BOLEH dibongkar dan dibina semula kesan dari penjiwaan, tindakan, solat, doa, zikir, meditasi, penghayatan dan lain lain. Melalui: 1. Menjaga input (apa yang kita lihat/dengar). 2. Mengawal tafsiran (Husnuzon & Tafakkur). 3. Mengulang tindakan baik (Istiqamah) sehingga ia menjadi identiti baru. 4. Berserah kepada Allah (Tawakkul) setelah berusaha mengubah diri. Lihat semula hidup anda hari ini. Di mana dalam rantaian ini anda rasa anda perlu mula membuat perubahan? Adakah di tahap Tafsiran? Atau di tahap Tabiat? Mulakan dari yang kecil. Kerana perubahan 1 darjah hari ini, akan membawa anda ke benua yang berbeza 5 tahun dari sekarang. Terima kasih kerana mengikuti siri ini. Semoga memberi manfaat dan membuka mata hati serta akal kita semua dan siri seterusnya kita akan study kepada sistem kesedaran manusia.
SIRI 6: FASA AKHIR - DARI IDENTITI MENUJU "NASIB" Kita sudah sampai ke penghujung rantaian. Dalam siri-siri sebelum ini, kita telah bedah bagaimana: Maklumat → Tafsiran → Emosi → Hormon → Neuron → Autopilot → Tabiat → Identiti. Hari ini, kita akan lihat kemuncak segalanya: Bagaimana Identiti akhirnya menentukan Tindakan, Keputusan, dan akhirnya Corak Kehidupan (Nasib) anda. 1. IDENTITI MENGARAHKAN TINDAKAN Dalam psikologi, ada satu prinsip yang sangat kuat: "Manusia akan sentiasa bertindak selaras dengan siapa yang dia percayai dirinya." Ini dipanggil Cognitive Consistency (Konsistensi Kognitif). Otak kita benci apabila tindakan kita bercanggah dengan identiti kita. Bayangkan anda seorang pelakon. Jika skrip mengatakan anda adalah "wira yang berani", anda akan berdiri tegak, bercakap lantang, dan tidak mudah mengalah. Jika skrip mengatakan anda adalah "mangsa yang lemah", anda akan menunduk, suara perlahan, dan mudah menyerah. Dalam kehidupan sebenar: - Jika identiti anda: "Aku seorang yang berdisiplin." → Tindakan: Bangun awal, siapkan kerja, jaga pemakanan. (Kerana malas = "bukan aku") - Jika identiti anda Aku memang orang yang tak bernasib baik. → Tindakan: Mudah putus asa bila ada halangan, tidak cuba peluang baru, menyalahkan keadaan. (Kerana cuba akan menjadi sia-sia, aku tetap gagal") Nampak tak? Identiti adalah skrip. Tindakan adalah lakonan. 2. TINDAKAN KECIL → KEPUTUSAN BESAR Satu tindakan mungkin nampak kecil. Tetapi tindakan yang diulang setiap hari (kerana dipandu oleh autopilot dan identiti) akan menghasilkan keputusan yang sangat besar. Bayangkan sebuah kapal terbang berlepas dari Kuala Lumpur ke London. Jika juruterbang mengubah haluan hanya 1 darjah di awal penerbangan... Selepas 1 jam: Tiada beza yang ketara. Selepas 5 jam: Kapal terbang sudah tersasar jauh. Selepas 10 jam: Kapal terbang mendarat di benua yang berbeza sama sekali. Inilah hukum compounded effect (kesan kompaun): Tindakan kecil yang diulang setiap hari, dalam tempoh 1, 3, atau 5 tahun, akan menghasilkan "keputusan" hidup yang sangat berbeza antara dua orang. 3. CORAK KEHIDUPAN (APA YANG KITA SEBUT sebagai NASIB) Apabila tindakan ini berulang, ia membentuk satu Corak (Pattern). Dan apabila corak ini berterusan selama bertahun-tahun, masyarakat (dan kadang-kadang kita sendiri) menamakannya sebagai NASIB atau REZEKI. Dia memang bernasib baik, bisnes dia maju... Dia memang nasib tak baik, asyik kena tipu... Dah rezeki dia... Ingat, Allah tidak pernah pilih kasih, semua kesan dan akibat adalah hasil kerja tangan manusia itu sendiri. Tetapi hari ini, kita sudah tahu rahsianya. Ia bukan magis. Ia bukan kebetulan. Semuanya satu ketetapan dalam sebuah sistem yang sangat hebat dimuka alam semesta ini. Ia adalah hasil akhir dari satu rantaian biologi dan psikologi yang bermula dari bagaimana dia mentafsir dunia. HUKUM PERUBAHAN YANG MUTLAK Allah SWT telah menjelaskan mekanisme ini dengan sangat jelas dalam Al-Quran. Ini adalah ayat yang paling tepat menggambarkan keseluruhan siri yang kita bincangkan ini... Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd: 11 Perhatikan ayat ini... Allah tidak berfirman sehingga mereka mengubah keadaan ekonomi atau sehingga mereka mengubah kerajaan. Tetapi, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Apa yang ada dalam diri? - Cara berfikir (Tafsiran) - Cara merasa (Emosi) - Cara bertindak (Tabiat & Identiti) Apabila data dalam otak dan hati berubah (melalui neuroplasticity, doa, dan usaha), barulah Allah membuka jalan untuk realiti luar berubah. Rasulullah ﷺ juga bersabda Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat. HR. Bukhari & Muslim Niat adalah akar dari identiti. Jika identiti (niati) kita betul, tindakan kita akan betul, dan Allah akan memudahkan hasilnya. RANTAIAN PENUH (THE BIG PICTURE) Ini adalah peta lengkap bagaimana satu fikiran menjadi nasib: Dunia Luar... Peristiwa tanpa makna Maklumat... Masuk melalui 5 deria & self-talk
Kalau dia percaya... Aku memang malas. → Dia lebih mudah menerima tingkah laku malas sebagai sesuatu yang "normal" bagi dirinya. → Dia tidak rasa perlu berubah. Inilah sebabnya... Ubah identiti → Ubah hidup. Tetapi identiti sangat susah diubah kerana ia sudah jadi "diri". FITRAH, NAFS & TAUBAT Islam memberi perspektif yang sangat menarik tentang identiti. 1. FITRAH - Diri Asal yang Baik Islam mengajar bahawa manusia mempunyai fitrah yang baik sejak asal penciptaannya. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (tetaplah atas) fitrah Allah yang Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu... Surah Ar-Rum: 30 Ini bermakna: Diri asal anda ialah baik. Identiti negatif yang anda rasa sekarang bukan hakikat diri anda. 2. NAFS - Diri yang Perlu Dididik Tetapi Islam juga mengajar bahawa kita mempunyai nafs yang perlu dididik dan diuji. Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan... Surah Yusuf: 53 Ini bermakna... Sebahagian identiti negatif mungkin hasil daripada pengalaman, kebiasaan, dan pembelajaran yang salah. Ia bukan "diri sebenar" anda. 3. TAUBAT & TAZKIYAH - Proses Perubahan Inilah sebabnya Islam menekankan: - Taubat - kembali kepada fitrah asal - Mujahadah - melawan hawa nafsu - Tazkiyah - penyucian jiwa Semua ini membawa mesej yang sama... Manusia tidak terkunci kepada corak lamanya. Anda boleh berubah. Identiti boleh dibina semula. Rasulullah ﷺ bersabda Setiap anak Adam itu sering melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah mereka yang bertaubat. HR. At-Tirmizi Perhatikan... - Sering melakukan dosa = Tabiat buruk - Mereka yang bertaubat = Boleh berubah Ini bermakna... Tabiat boleh diubah. Identiti boleh dibina semula. Anda tidak terkunci dalam takdir atau nasib. RINGKASAN FASA 5: 1. Prefrontal Cortex (CEO) → Perlukan ketenangan untuk berfungsi 2. Amygdala → Bila panik, CEO "dipaksa keluar" 3. Autopilot → Sistem penjimatan tenaga (tidak memilih baik/buruk) 4. Tabiat → Shortcut otak dari pengulangan 5. Kepercayaan → Dari pengalaman → corak → keyakinan 6. Identiti → "Aku adalah" (bukan lagi "Aku buat") 7. Islam → Fitrah asal baik, tapi boleh berubah melalui taubat & tazkiyah APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI? Kita sudah sampai ke fasa Identiti. Tapi bagaimana identiti ini akhirnya menentukan: - Tindakan harian anda - Keputusan yang anda buat - Corak kehidupan yang anda hidup Bagaimana satu fikiran kecil akhirnya menjadi NASIB yang tidak boleh dielakkan? Kita akan bedah fasa terakhir dalam siri seterusnya iaitu IDENTITI → TINDAKAN → KEPUTUSAN → CORAK KEHIDUPAN. Simpan rantaian ini. Kita sambung kemudian. REFLEKSI HARI INI... Fikirkan identiti yang anda pegang sekarang: - Apa yang anda selalu cakap tentang diri sendiri? - Aku memang jenis... - Adakah identiti itu membawa anda ke tempat yang anda mahu? - Atau adakah ia mengunci anda dalam corak lama? Ingat... Anda bukan terkunci didalam sesebuah nasib. Islam mengajar taubat dan perubahan. Identiti boleh dibina semula. Bersambung...
SIRI 5: FASA AUTOPILOT, TABIAT & IDENTITI (Apabila Tindakan Menjadi "Diri") Dalam siri lepas, kita belajar bagaimana neuron membina lebuh raya melalui pengulangan. Hari ini, kita akan lihat bagaimana lebuh raya itu akhirnya menjadi AUTOPILOT → TABIAT → KEPERCAYAAN → IDENTITI. Dan di sinilah ramai orang terperangkap tanpa sedar. PREFRONTAL CORTEX: CEO OTAK Dalam otak kita, ada satu bahagian yang bertindak sebagai CEO. Namanya Prefrontal Cortex (PFC). Fungsi CEO ini: - Merancang - Berfikir - Mengira risiko - Membuat keputusan Tapi CEO ini ada satu masalah... Dia perlukan suasana tenang untuk berfungsi. Apa yang berlaku bila anda panik? Apabila amygdala (sistem penggera) terlalu kuat... CEO seolah-olah "dipaksa keluar dari pejabat". Contoh: Anda sedang buat presentation penting. Tiba-tiba, projektor rosak. Amygdala tekan butang PANIK! CEO (PFC) "dipaksa keluar" Anda buat keputusan bodoh, mungkin marah, atau terus give up Selepas sejam... CEO kembali Anda baru fikir "Kenapa aku buat macam tu tadi?" Inilah sebabnya: Masa panik, kita buat keputusan yang kita sesali kemudian. Kerana CEO kita "dipaksa keluar" - amygdala yang ambil alih. KENAPA KETENANGAN SANGAT PENTING? Islam sudah mengajar konsep ini berabad lamanya. Rasulullah ﷺ bersabda Sesungguhnya sifat tenang itu daripada Allah, dan tergesa-gesa itu daripada syaitan. HR. At-Tabrani Hari ini neurosains membuktikan: Keadaan tenang → PFC berfungsi optimum (CEO dalam pejabat) Keadaan panik → Amygdala mengambil alih (CEO dipaksa keluar) Hadis ini bukan menerangkan neurosains secara teknikal. Tetapi kedua-duanya selari pada tahap prinsip: Ketenangan membantu keputusan yang lebih baik. Sekarang anda faham kenapa autopilot wujud. CEO (PFC) sangat penat kalau perlu buat semua keputusan. Bayangkan kalau setiap pagi anda perlu berfikir: - Macam mana nak sikat gigi - Macam mana nak pakai baju - Macam mana nak drive ke tempat kerja Anda akan burnout sebelum sampai pejabat. Sebab itu otak membina AUTOPILOT, sistem yang mengautomasikan perkara yang kerap diulang yang kita bincangkan di siri yang lepas. TABIAT SHORTCUT OTAK Selepas cukup banyak ulangan... Perkara itu menjadi TABIAT. Pada tahap ini: - Anda tidak lagi berfikir panjang - Anda terus bertindak - Otak sudah ada shortcut Contoh: Tabiat Baik: - Setiap pagi baca Quran → Automatik jadi tabiat - Setiap kali dapat duit, simpan 10% → Automatik jadi tabiat Tabiat Buruk: - Setiap kali stress, makan banyak → Automatik jadi tabiat - Setiap kali ada masalah, marah → Automatik jadi tabiat Di sinilah kuasa tabiat... Ia menentukan 90% tindakan harian anda tanpa anda sedar. KEPERCAYAAN DARI PENGALAMAN KE KEYAKINAN Sekarang berlaku sesuatu yang sangat menarik. Fasa 1: Pengalaman Pada mulanya, orang itu berkata... "Aku pernah gagal." Fasa 2: Corak Selepas banyak kali gagal, ayat berubah... "Aku selalu gagal." Fasa 3: Kepercayaan Kemudian, lebih dalam lagi... "Aku memang gagal." Nampak bezanya? Aku pernah gagal = Pengalaman (satu kejadian) Aku selalu gagal = Corak (berulang banyak kali) Aku memang gagal = Kepercayaan (sudah jadi keyakinan) Bayangkan kamera mengambil satu gambar. Itu pengalaman. Kalau kamera mengambil ribuan gambar yang hampir sama... Komputer AI mula berkata Ini coraknya (paternnya). Otak juga begitu. Ia sentiasa mencari corak. Kadang-kadang corak itu benar. Kadang-kadang corak itu terlalu disederhanakan. IDENTITI KEMUNCAK PERUBAHAN Inilah fasa terakhir dan paling berkuasa. Seseorang mula berkata... Aku memang jenis macam ni. Perhatikan ayat itu: Bukan lagi... Aku buat. Tetapi... Aku adalah. Dalam psikologi, ini ialah perubahan daripada TINGKAH LAKU kepada IDENTITI. Dan identiti sangat berkuasa. Kenapa? Kerana manusia cenderung bertindak selaras dengan identiti yang dipercayainya. Contoh: Kalau dia percaya... Aku seorang yang berdisiplin. → Dia lebih cenderung menjaga disiplin. → Kalau dia malas satu hari, dia rasa "ini bukan aku".
Allah juga berfirman tentang As-Sakinah (ketenangan yang diturunkan), Kemudian Allah menurunkan ketenangan (sakinah) dari-Nya kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang mukmin... Surah At-Taubah: 40 Ketenangan ini bukan sekadar "rasa tenang". Ia adalah hormon dan neuron yang stabil yang membolehkan anda membuat keputusan dengan hikmah. 2. ISTIQAMAH = PENGULANGAN NEURON Rasulullah ﷺ bersabda Amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqamah (berterusan), walaupun sedikit. HR. Bukhari & Muslim Ini tepat sama dengan prinsip neuroplasticity: Pengulangan yang konsisten → Membina lebuh raya neuron yang kukuh. Tidak perlu banyak, yang penting istiqamah. Kalau anda ulang syukur setiap hari, walaupun sedikit... Neuron syukur akan jadi lebuh raya. Kalau anda ulang sangka baik setiap hari, walaupun sedikit... Neuron husnuzon akan jadi lebuh raya. Akhirnya, ia jadi AUTOPILOT yang menentukan nasib anda. RINGKASAN FASA 4: 1. Emosi → Menghasilkan Hormon (Kortisol / Dopamin) 2. Hormon → Mengubah cara Neuron berhubung 3. Neuron yang berulang → Membina Laluan / Lebuh Raya 4. Lebuh Raya yang kukuh → Menjadi AUTOPILOT 5. Autopilot → Menentukan Tindakan automatik anda 6. Tindakan automatik → Membentuk NASIB anda APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI? Kita sudah sampai ke fasa Autopilot. Tapi bagaimana autopilot ini akhirnya menentukan... - Siapa yang anda jadi? - Apa yang anda capai? - Bagaimana hidup anda 5, 10, 20 tahun dari sekarang? Bagaimana satu fikiran kecil akhirnya menjadi NASIB yang tidak boleh dielakkan? Kita akan bedah fasa seterusnya: AUTOPILOT → TABIAT → TINDAKAN → KEPUTUSAN → CORAK KEHIDUPAN. Simpan rantaian ini. Kita sambung kemudian. REFLEKSI HARI INI: Fikirkan satu "lebuh raya" dalam otak anda sekarang: - Apa yang anda ulang setiap hari? - Apa yang anda selalu cakap pada diri sendiri? - Adakah ia membina lebuh raya yang membawa anda ke tempat yang anda mahu? Ingat... bahawa anda sedang membina lebuh raya setiap hari. Persoalnya... ke mana lebuh raya itu membawa anda? Bersambung...
SIRI 4: FASA HORMON & NEUROPLASTICITY (Apabila Rasa Bertukar Menjadi Struktur Otak) Dalam siri lepas, kita belajar bagaimana Tafsiran melahirkan Emosi. Tapi emosi itu tidak berhenti di situ. Ia terus turun ke lapisan yang lebih dalam lagi. Lapisan itu ialah HORMON & NEURON. Di sinilah ramai orang tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku dalam tubuh mereka. HORMON IALAH BAHASA BIOLOGI TUBUH Emosi ialah bahasa psikologi. Tetapi hormon ialah bahasa biologi. Apabila anda rasa TAKUT... Kortisol & Adrenalin naik Jantung berdegup laju Nafas jadi pendek Tangan berpeluh Fokus mata jadi sempit (tunnel vision) Otak mula fikir: "BAHAYA!" Apabila anda rasa TENANG & YAKIN... Kortisol turun Dopamin & Serotonin naik Jantung stabil Nafas panjang dan dalam Otak jadi kreatif dan boleh berfikir jauh Contoh mudah... Bayangkan dua situasi dalam perniagaan... Situasi A... Anda baru belajar teori perniagaan. Buat simulation. Tiada risiko. Anda tenang. Boleh fikir dengan jelas. Situasi B... Anda dah guna duit simpanan sendiri. Stok dah beli. Pelanggan pertama komplen. Tiba-tiba jantung berdegup. Tangan berpeluh. Otak jadi blur. Sales perniagaan tidak berubah. Tubuh anda yang berubah dahulu. Hormon inilah yang akan menentukan apa yang berlaku pada neuron seterusnya. NEUROPLASTICITY: BAGAIMANA NEURON MEMBINA IDENTITI Sekarang kita masuk ke bahagian neurosains. Ada satu prinsip terkenal dalam bidang ini: Neurons that fire together, wire together. Maksudnya Neuron yang selalu aktif bersama, akan semakin mudah berhubung. Bayangkan anda sedang membuka laluan di dalam hutan... Hari pertama, Tiada jalan. Anda perlu tebas semak. Hari kedua, Tiga orang lalu dengan kerap. Semak tadi mula nampak sikit lorong. Hari ketiga:, Lima orang lalu dengan kerap. Lorong jadi lebih jelas. Selepas sebulan, Seratus orang lalu. Dah jadi jalan. Selepas bertahun-tahun, Jalan semakin sibuk, kerajaan bina jadikan LEBUH RAYA. Neuron dalam otak anda juga begitu. Bayangkan otak anda seperti sebuah negara... Pada mulanya, hanya ada jalan tanah. Setiap kali pengalaman sama berlaku, lebih ramai kenderaan (signal neuron) menggunakan jalan itu. Lama-kelamaan, jalan tanah jadi jalan tar. Kemudian, jadi lebuh raya. Selepas bertahun-tahun, otak berkata: Gunakan sahaja lebuh raya ini. Jimat tenaga. Di sinilah lahirnya IDENTITI Aku memang jenis pemarah. Aku memang jenis pemalu. Aku memang susah nak berjaya. Aku memang tak pandai berniaga. Padahal... Semasa lahir, tiada bayi yang berkata begitu. Bila identiti ini mula terbentuk? Apabila lebuh raya neuron itu sudah siap dibina melalui pengulangan + emosi yang kuat. AUTPILOT IALAH SISTEM PENJIMATAN TENAGA DALAM OTAK Kenapa otak suka bina lebuh raya? Kerana otak sangat suka menjimatkan tenaga. Bayangkan kalau setiap pagi anda perlu belajar semula... - Macam mana nak berjalan - Macam mana nak pegang gelas - Macam mana nak baca perkataan Anda akan sangat penat. Sebab itu Allah mencipta otak dengan keupayaan mengautomasikan perkara yang kerap diulang. Inilah yang dipanggil AUTOPILOT. Autopilot bukan jahat. Autopilot ialah sistem penjimatan tenaga yang sangat bijak. Tapi masalahnya Autopilot TIDAK MEMILIH. Kalau yang diulang ialah perkara baik → Ia automatik jadi baik. Kalau yang diulang ialah perkara buruk → Ia juga automatik jadi buruk. Contoh... - Kalau setiap hari anda ulang "Aku gagal" → Autopilot akan automatik cari bukti kegagalan. - Kalau setiap hari anda ulang "Allah mudahkan urusan aku" → Autopilot akan automatik cari peluang. Islam sebenarnya sudah mengajar konsep ini berabad lamanya. 1. KETENANGAN vs TERGESA-GESA Rasulullah ﷺ bersabda, Sesungguhnya sifat tenang itu daripada Allah, dan tergesa-gesa itu daripada syaitan. HR. At-Tabrani Hari ini neurosains membuktikan... Keadaan tenang → Prefrontal Cortex (otak berfikir) berfungsi optimum Keadaan panik → Amygdala (otak emosi) mengambil alih Hadis ini bukan menerangkan neurosains secara teknikal. Tetapi kedua-duanya selari pada tahap prinsip. Ketenangan membantu keputusan yang lebih baik.
Allah berfirman, Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Surah Al-Baqarah: 153 Kenapa SABAR? Kerana sabar itu adalah pengawal emosi. Apabila kita sabar, kita tidak terus react mengikut emosi negatif. Kita beri masa untuk akal (prefrontal cortex) mengambil alih dari amygdala. Allah juga berfirman Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu... Surah Ibrahim: 7 Kenapa SYUKUR? Kerana syukur itu adalah emosi positif yang kuat. Apabila kita bersyukur, kita sedang "melekatkan" memori positif dalam otak. Kita sedang melatih otak untuk melihat peluang, bukan ancaman. Rasulullah ﷺ bersabda, Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya segala urusannya adalah baik baginya... Jika ia mendapat kegembiraan, ia bersyukur. Maka itu baik baginya. Jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar. Maka itu baik baginya. HR. Muslim Perhatikan: - Gembira → Syukur (emosi positif) - Susah → Sabar (pengawal emosi negatif) Nampak seperti nasihat spiritual. dari bahasa quran kan. Tapi sebenarnya adalah mekanisme biologi yang Allah ciptakan dalam otak kita untuk kita hadapi hidup dengan strategi agar dipermudahkan, maka inilah ujian kita semuanya melibatkan jiwa dan perasaan disebalik tafsiran. RINGKASAN FASA 3: 1. Tafsiran → Mengaktifkan Amygdala (Alarm System) 2. Amygdala → Menghantar signal ke seluruh badan 3. Signal itu → Menghasilkan EMOSI (takut, malu, tenang, yakin) 4. Emosi → Bertindak sebagai SIMEN yang melekatkan memori 5. Emosi negatif → Lebih kuat, lebih cepat melekat (survival mechanism) 6. Emosi positif → Perlu diulang (syukur, sabar, husnuzon) APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS EMOSI? Apabila emosi ini muncul... Apa yang berlaku kepada HORMON dalam badan? Bagaimana hormon ini mengubah NEURON dalam otak? Dan bagaimana neuron yang berubah ini membina AUTPILOT yang menentukan nasib anda? Kita akan bedah fasa seterusnya HORMON & NEUROPLASTICITY. Simpan rantaian ini. Kita sambung kemudian. REFLEKSI HARI INI: Fikirkan satu situasi yang membuatkan anda emosi hari ini. - Apa tafsiran yang anda beri? - Apa emosi yang terhasil? - Adakah emosi itu membantu anda, atau menyakitkan anda? Ingat kita tidak boleh kawal peristiwa. Tetapi kita boleh kawal tafsiran dan emosi kita. macam kapal layar dekat laut, kita tak boleh nak kawal angin, tapi kita boleh mengawal arah layar dekat kapal layar tu menuju destinasi mengikut arah yang kita tentukan tu selari dengan arah tiupan angin yang berlaku serentak. Bersambung...
SIRI 3: FASA EMOSI (Apabila Maksud Bertukar Menjadi Rasa) Dalam siri lepas, kita belajar bahawa Tafsiran adalah pintu yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu peristiwa. Tapi, tafsiran itu tidak berhenti di situ. Ia terus turun ke lapisan yang lebih dalam. Lapisan itu ialah EMOSI. Di sinilah ramai orang tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku dalam diri mereka. KENAPA DUA ORANG BOLEH REACT BERBEZA? Bayangkan situasi ini... Dua orang peniaga sedang buat presentation di depan pelabur. Tiba-tiba, pelabur bertanya soalan yang sangat tajam dan kritikal. Peniaga A: - Tafsiran... Dia macam nak malukan aku je. Dia tak percaya ke pada bisnes aku. - Emosi terus TAKUT, MALU, PANIK lagi lagi didepan ramai orang. - Badan bereaksi dengan Jantung yang berdegup laju, tangan menggeletar, otak jadi kosong Peniaga B: - Tafsiran... Dia macam serius je dengan pelaburan ini. Cara dia tanya macam nak pastikan bisnes aku kukuh dan dia tak takut untuk melabur. - Emosi terus TENANG, FOKUS, YAKIN - Badan pula bereaksi dengan Nafas yang stabil, otak tajam,dan boleh jawab dengan tenang Peristiwa sama. Soalan sama. Tetapi emosi yang terhasil sangat berbeza. Kenapa? APA YANG BERLAKU DALAM OTAK? Di dalam otak kita, ada dua watak utama yang bermain apabila kita menerima tafsiran... 1. AMYGDALA - iaitu The Alarm System (Sistem Penggera) Ini adalah pusat emosi dalam otak. Amygdala ni macam pengawal keselamatan. Fungsinya, Mengesan ANCAMAN atau PELUANG. Apabila Peniaga A mentafsir Dia nak malukan aku... Amygdala terus tekan butang BAHAYA! Ia hantar signal ke seluruh badan: Bersedia untuk LARI atau LAWAN! Apabila Peniaga B mentafsir Dia serius dengan bisnes ini... Amygdala tekan butang SELAMAT Ia hantar signal, Tenang. Fokus. Boleh handle. 2. HIPPOCAMPUS - iaitu The Memory Keeper (Penyimpan Memori) Ini adalah pusat memori dalam otak. Fungsinya ialah Menyimpan semua data dan pengalaman supaya kita boleh belajar daripadanya. Dan di sinilah EMOSI memainkan peranan yang sangat penting. EMOSI SEBAGAI "SIMEN" UNTUK MEMORI Bayangkan memori itu seperti batu bata. Dan emosi itu seperti simen. Semakin kuat emosi... Semakin kuat simen itu melekatkan batu bata (memori) tersebut. Contoh: Kalau anda alami satu pengalaman yang sangat memalukan (emosi MALU yang kuat)... Otak akan simpan memori itu dengan sangat kuat. Anda boleh ingat peristiwa itu 10 tahun kemudian dengan jelas. Tetapi kalau anda alami pengalaman biasa-biasa sahaja (emosi neutral)... Memori itu cepat hilang. Anda mungkin lupa apa yang anda makan 3 hari lepas. Inilah sebabnya... Trauma berlaku cepat. Satu hari sahaja boleh trauma seumur hidup. Kerana emosi negatif (takut, malu, sedih) sangat kuat. Tetapi keyakinan perlukan masa. Kadang-kadang berbulan-bulan untuk bina keyakinan. Kerana emosi positif (bangga, yakin, gembira) perlu diulang banyak kali untuk "melekat" dengan kuat. KENAPA EMOSI NEGATIF LEBIH KUAT? Ini pun bukan kebetulan. Ini adalah sistem mekanisme survival yang Allah ciptakan. Zaman dahulu, nenek moyang kita hidup di hutan. Kalau mereka nampak harimau dan rasa TAKUT... Mereka akan lari dan selamat. Kalau mereka rasa TAKUT pada api... Mereka tidak akan bakar diri sendiri. Jadi, otak kita direka untuk lebih cepat react pada emosi negatif supaya kita boleh selamat dari bahaya. Tapi masalahnya: Di zaman moden, "harimau" itu sudah bertukar bentuk. "Harimau" sekarang ialah: - Teguran dari bos - Komen negatif di media sosial - Rugi dalam perniagaan - Konflik dengan pasangan - dan macam macam lagi bentuk yang perlu dihadapi. Otak kita masih react macam zaman purba melalui sistem ini dengan TAKUT, MALU, MARAH. Tetapi kita tidak boleh "lari" dari masalah ini. Kita perlu hadapi dan selesaikan. Di sinilah ramai orang terperangkap dalam emosi negatif yang berpanjangan. DARI SUDUT ISLAM, KENAPA KITA DIAJAR BERSABAR & BERSYUKUR? Islam mengajar kita sesuatu yang sangat mendalam tentang emosi.
SIRI 2: FASA TAFSIRAN (Makna Di Sebalik Peristiwa) Dalam siri lepas, kita belajar bahawa dunia luar hanya menghantar Maklumat (Input). Otak kita cuma record data tanpa menilai. Tapi, data itu tidak terus menjadi emosi. Ia mesti melalui satu pintu yang sangat kritikal. Pintu itu ialah... TAFSIRAN (Interpretation / Meaning). Inilah rahsia yang ramai orang tidak sedar. Bukan kejadian yang menyakitkan kita. Tetapi... makna yang kita beri kepada kejadian itu. Mari kita lihat 3 contoh situasi yang sama, tetapi dengan tafsiran yang berbeza... Situasi 1: Dua peniaga sama-sama rugi RM100 hari ini. Peniaga A berkata: Aku bodoh. Aku memang tak layak berniaga. Peniaga B berkata: Ini proses belajar. Aku dah jumpa satu cara yang salah, sekarang aku tahu. Situasi 2: Seseorang ditegur keras oleh rakan kongsi. Orang pertama berkata: Dia benci aku. Dia nak jatuhkan aku. Orang kedua berkata: Dia mahu perniagaan kita lebih baik. Dia peduli. Situasi 3: Dua orang sedang melihat awan di langit. Seorang berkata: Aduh, nak hujan lah ni. Seorang lagi berkata: Cantiknya bentuk awan tu. Peristiwa sama. Makna berbeza. Awan sama, otak yang memproses berbeza. BAGAIMANA TAFSIRAN MENGUBAH TUBUH? Dalam psikologi kognitif, ada satu konsep bernama Cognitive Appraisal (Penilaian Kognitif). Sains membuktikan bahawa emosi kita tidak lahir dari peristiwa, tetapi dari bagaimana kita mentafsir peristiwa itu. Dan ini yang menakutkan (atau menakjubkan): Tafsiran bukan sekadar 'fikir'. Tafsiran adalah arahan kimia kepada tubuh badan. Apabila Peniaga A mentafsir "Aku bodoh": Otak (Amygdala) mengesan ini sebagai ANCAMAN. Tubuh serta-merta merembeskan hormon stres (Kortisol & Adrenalin). Jantung berdegup laju, otot tegang, pencernaan terhenti, otak jadi blur (brain fog). Tubuh berada dalam mod survival. Apabila Peniaga B mentafsir Ini proses belajar: Otak (Prefrontal Cortex) mengesan ini sebagai PELUANG. Tubuh merembeskan hormon positif (Dopamin & Serotonin). Tubuh menjadi tenang, fokus meningkat, otak lebih kreatif untuk mencari solusi. Tubuh berada dalam mod bertindak. Peristiwa yang sama (rugi RM100), tetapi menghasilkan reaksi biologi dan kimia tubuh yang 100% berbeza. Islam mengajar perkara yang sama berabad lamanya, tetapi pada tahap yang lebih tinggi (tahap spiritual dan akal). Rasulullah ﷺ bersabda dalam Hadis Qudsi Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. (HR. Bukhari & Muslim) Penting untuk difahami: Hadis ini bukan bermaksud sangkaan mencipta realiti secara ajaib (magic). Tetapi, sangkaan (husnuzon) mempengaruhi cara seseorang itu berharap, berdoa, berusaha, dan bersabar. Apabila kita bersangka baik dengan Allah, emosi kita stabil, hati kita tenang, dan tindakan kita menjadi lebih berani dan konsisten. Akhirnya, Allah permudahkan jalan tersebut. Al-Quran juga sangat keras menggalakkan manusia supaya menafsir peristiwa menggunakan akal dan hikmah, bukan bertindak melulu mengikut emosi atau sangkaan buruk. Perhatikan betapa kerapnya Al-Quran menggunakan perkataan: Afalā ta‘qilūn? (Tidakkah kamu mahu menggunakan akal?) Afalā tatafakkarūn? (Tidakkah kamu mahu berfikir/merenung?) Ini menunjukkan bahawa cara kita memahami dan mentafsir sesuatu (Tafakkur & Ta'qil) mempunyai kesan langsung kepada tindakan dan nasib kita. Islam suruh kita berhenti sekejap sebelum bertindak, guna akal untuk menafsir, bukan terus react mengikut emosi. APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI? Apabila hormon (Kortisol atau Dopamin) ini membanjiri tubuh setiap hari... Apa yang berlaku kepada sel-sel otak? Bagaimana ia mengubah laluan neuron? Dan bagaimana ia membina AUTOPILOT yang akhirnya menentukan nasib anda 5 tahun dari sekarang? Kita akan bedah fasa seterusnya: EMOSI, HORMON & NEUROPLASTICITY. Simpan rantaian ini. Kita sambung kemudian.
Kenapa ada orang dengar "perniagaan susah" lalu berputus asa, tapi ada pula yang dengar benda sama lalu semakin bersemangat? Jadi Apa yang anda "input" hari ini? • Apa yang mata anda lihat? • Apa yang telinga anda dengar? • Apa yang anda cakap pada diri sendiri? Ingat: Otak anda sedang merakam. Pastikan anda merakam data yang betul. Kita sambung ke fasa Tafsiran & Emosi dalam episod akan datang... Simpan dulu rantaian ini. Kita akan sambung kemudian.
SIRI 1: BAGAIMANA SATU FIKIRAN MENJADI NASIB Kenapa dua manusia hidup di bumi yang sama... Menghirup oksigen yang sama... Tinggal di dunia yang sama... Menggunakan jenis otak yang sama... Tetapi keputusan hidup mereka sangat berbeza? Di sinilah kita mula mencari root cause. Dunia luar tidak terus membentuk hidup kita. Ia melalui beberapa lapisan dahulu. Sebelum kita bedah satu per satu, saya nak bagi anda "Clear Picture" dulu. Ini rantaian bagaimana dunia luar akhirnya menjadi nasib anda: Dunia Luar Maklumat (Input) Tafsiran (Interpretation) Emosi & Hormon Aktiviti Neuron & Neuroplasticity Autopilot (Tabiat) Tindakan & Keputusan Corak Kehidupan (Nasib) Hari ini, kita bedah 2 pintu pertama dengan bukti dari Al-Quran.. 1. DUNIA LUAR (Peristiwa Tanpa Makna) Allah mencipta dunia yang penuh dengan peristiwa. Tapi... peristiwa itu sendiri tidak mempunyai makna. Allah berfirman, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran (yang berguna) bagi orang-orang yang mempunyai akal. Surah Ali 'Imran:190 Perhatikan ayat ini, peristiwa yang sama ditegaskan Allah, tapi hanya orang yang berakal yang mengambil pelajaran. Bayangkan hujan... Hujan cuma turun... Tetapi... Ada petani tersenyum (sebab tanaman subur). Ada pengantin sedih (sebab majlis di luar terganggu). Ada kanak-kanak gembira (sebab boleh main air). Ada pemandu mengeluh (sebab jalan licin dan sesak). Hujan tidak berubah. Yang berubah ialah manusia yang merasainya berdasarkan peristiwa dan situasi. Hujan sama. Yang berbeza? adalah Tafsiran. Allah dan Rasul mengajar kita husnuzon (bersangka baik), kerana sangkaan itu memberi kesan kepada kehidupan. Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa... Surah Al-Hujurat: 12 Dan tentang orang yang bersangka baik dengan Allah: Maka adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka Tuhan mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka... Surah Yunus: 9 Rasulullah ﷺ bersabda Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian meninggal dunia melainkan dia dalam keadaan berprasangka baik kepada Allah. HR. Muslim Kenapa? Kerana sangkaan itu akan mewarnai bagaimana kita bertindak, dan tindakan itu membentuk nasib. 2. MAKLUMAT (Pintu Masuk) Peristiwa di luar sana masuk ke dalam diri kita sebagai Maklumat. Macam mana ia masuk? Melalui 5 deria yang Allah kurniakan: • Mata • Telinga • Sentuhan • Bau • Rasa Allah berkali-kali menyebut tentang pendengaran, penglihatan dan hati: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. Surah Al-Isra: 36 Perhatikan susunannya... 1. Pendengaran - apa yang kita dengar 2. Penglihatan - apa yang kita lihat 3. Hati - bagaimana kita memproses Bayangkan sebuah komputer. Dunia luar ini seperti keyboard. Otak kita seperti hard disk. Keyboard memasukkan data. Tetapi komputer belum membuat keputusan. Ia hanya menerima input. Kalau setiap hari tengok berita negatif... Otak simpan sebagai data... Kalau setiap hari dengar orang kata "Perniagaan susah"... Otak simpan juga. Kalau setiap hari cakap pada diri "Aku memang gagal"... Otak simpan tanpa soal. Tapi kalau setiap hari: • Dengar cerita kejayaan usahawan • Baca buku tentang perniagaan • Cakap pada diri: "Allah mudahkan urusan aku..." Otak juga simpan data ini. Pada peringkat ini, otak tidak memilih betul atau salah. Dia tidak menilai. Dia cuma kumpul data. Dia cuma record. Macam kamera yang merakam apa sahaja di hadapannya, tanpa tapis. Jadi, data yang anda "taip" setiap hari melalui mata, telinga, dan fikiran anda inilah yang akan memulakan rantaian kimia dan biologi di dalam otak. Apa yang berlaku selepas data ini disimpan? Bagaimana data (maklumat) yang sama boleh ditafsir secara berbeza oleh dua orang yang berlainan?
"Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memberikan aku peluang yang tidak disangka-sangka..." ayat ini kalau dihayati hari hari dengan jiwa dan emosi akan mengubah kehidupan seseorang... Kenapa? Sebab dari sudut psikologi... Syukur mengubah emosi. Emosi mengubah hormon. Hormon mengubah cara neuron berhubung. Neuron mengubah neuroplasticity. Neuroplasticity mengubah autopilot. Autopilot mengubah tindakan. Tindakan mengubah hasil. Nampak tak rantaian dia? Kemudian datang pula RAS(Reticular Activating System). RAS bukan mencipta peluang. RAS memilih maklumat. Bayangkan kamu beli kereta putih. Esok... Tiba-tiba nampak banyak kereta putih. Sebenarnya... Kereta putih memang dah lama ada. RAS cuma cari bukti dan menunjukkan... kesan dari diri tubuh manusia itu sendiri. contoh lain kamu nak makan pisang goreng... keluar je rumah tiba tiba terperasan gerai pisang goreng... "Ini penting... tunjukkan." Begitu juga dalam hidup. Kalau setiap hari kamu ulang... "Ya Allah... terima kasih kerana Engkau sentiasa membuka peluang perniagaan yang baik untuk aku..." RAS akan mula mencari perkara yang selari dengan fokus itu. Contohnya... tempat yang lebih cantik... customer yang lebih berkualiti... event penting... peluang yang dulu kamu tak perasan... tiba-tiba datang depan mata... RAS bukan mencipta peluang. Tetapi ia membuatkan kamu lebih peka kepada peluang yang memang wujud. Dan dalam pandangan Islam, kita percaya Allah yang membuka rezeki dan peluang, manakala kita berusaha supaya hati dan fikiran bersedia melihat serta memanfaatkannya. Ada sesetengah buku, termasuk yang dipengaruhi idea seperti Neville Goddard atau Joseph Murphy dan lain lain, memberi gambaran seolah-olah fikiran sahaja mencipta realiti luar. Dari sudut bukti sains, dakwaan itu belum dapat dibuktikan secara umum. Apa yang lebih kukuh ialah: fikiran mempengaruhi perhatian, perhatian mempengaruhi keputusan, keputusan mempengaruhi tindakan, tindakan mempengaruhi kebarangkalian hasil. Dan sebagai orang Islam, kita tambah satu lagi lapisan: Allah boleh membuka jalan yang tidak kita sangka melalui sebab-sebab yang kita nampak ataupun yang kita tidak nampak. Jadi kita tidak bergantung kepada "kuasa fikiran", tetapi kepada Allah, sambil menggunakan sistem otak yang Allah ciptakan sebagai satu ikhtiar.