HEBAHAN MPP USIM 25/26
Статистика- Последний пост
- 10 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 420
- 1/48двое суток
- 481
- 1/72трое суток
- 519
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
[𝐓𝐇𝐄 𝟒-𝐏𝐑𝐎𝐌𝐏𝐓 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄: 𝐄𝐋𝐄𝐕𝐀𝐓𝐄 𝐘𝐎𝐔𝐑 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐔𝐑𝐍𝐄𝐘] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) encourages all USIM students to take part in Siswa AI: The Campus AI Roadshow 2.0 and discover how Gemini Notebook Enterprise can enhance your learning journey. The 4-Prompt Challenge will be held as below:- 📆: 11 August 2026 ⏰: 2:30 PM - 3:30 PM 📍: https://meet.google.com/vcc-ozfe-zic Bring your fully charged laptop and complete all four hands-on prompts during the session to unlock your official certificate! “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 10 OGOS 2026 | 27 SAFAR 1448H
[ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 ] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada seluruh warga mahasiswa bagi Semester II, Sesi Akademik 2025/2026. Diharapkan tempoh cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai ruang untuk berehat, mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta mengembalikan keseimbangan fizikal dan mental setelah menempuh komitmen akademik sepanjang semester yang lalu. Sekian, terima kasih. "𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖" MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 10 OGOS 2026 | 27 SAFAR 1448H
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan kerjasama Charity Channel akan mengedarkan makanan percuma sempena Inisiatif "LunchforStudent". Edaran makanan tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🗓️Tarikh: 05 Ogos 2026 ⏰Masa: 12.00 tengah hari 📍Tempat: Dewan Tuanku Canselor USIM Agihan diutamakan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Hanya 100 pek makanan sahaja yang akan diedarkan secara percuma dengan konsep siapa cepat dia dapat. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 04 OGOS 2026 | 20 SAFAR 1448H
[𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) akan mengedarkan sarapan percuma sempena Inisiatif FuturforStudent. Edaran makanan Siri 3 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut: 🗓 Tarikh: 03-05 Ogos 2026 ⏰Masa: 8.00 pagi 📍Tempat: Dewan Tuanku Canselor USIM Kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan dan mendoakan agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 02 Ogos 2026 | 18 SAFAR 1448H
[𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐀252] Assalamualaikum WBT, Dimaklumkan bahawa berdasarkan notis rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 pada 3 Ogos 2026 (Isnin) akan diteruskan seperti yang dijadualkan tanpa sebarang penangguhan. Sehubungan itu, seluruh mahasiswa dimohon untuk terus membuat persediaan menghadapi peperiksaan seperti biasa dan mendapatkan maklumat hanya melalui saluran rasmi universiti. MPP USIM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan akhir. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 02 OGOS 2026 | 18 SAFAR 1448H
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah kemajuan dan kemakmuran. Ikhlas daripada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) #TahniahDariUSIM
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐇𝐔𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐊𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐄] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) melalui Inisiatif Shuttle KLIA Care menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi membantu mahasiswa USIM yang akan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 & Terminal 2. 📍 Lokasi: Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 & Terminal 2 ⚠️ Makluman Penting: Perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pelajar yang telah membuat pengesahan atau berhubung terlebih dahulu dengan MPP USIM. Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan Inisiatif Shuttle KLIA Care boleh menghubungi: 📞 MPP Masrurah 013-355 2406 Sekian, terima kasih. "𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖" EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 31 JULAI 2026 | 16 SAFAR 1448H
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐀252 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐔𝐌𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍] Assalamualaikum WBT, Bagi mendapatkan gambaran awal berhubung kesediaan mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalankan tinjauan ini sekiranya Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti khas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bertindih dengan jadual Peperiksaan Akhir Semester A252. Maklum balas ini bukan keputusan rasmi dan tidak menjamin sebarang pindaan jadual peperiksaan. Tinjauan dibuka sehingga jam 1.00 tengah hari, 30 Julai 2026 (Khamis). Mahasiswa/i yang terlibat dimohon mengisi tinjauan sebelum tarikh tersebut. Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai. 🔗 Pauntan Tinjauan: https://forms.gle/mn5kSVCL3qVBY9Ts8 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 29 JULAI 2026 | 14 SAFAR 1448H
[𝐏𝐑𝐀𝐘 𝐅𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam kepada seluruh mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda Tawau, Sabah. Dalam menghadapi ujian ini, kami bersama seluruh warga mahasiswa berdiri teguh bersama masyarakat Tawau dengan iringan doa dan sokongan yang tidak pernah putus. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ “Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada ujian yang berat, kesengsaraan yang berpanjangan, takdir yang buruk, dan kegembiraan musuh atas musibah yang menimpaku.” Semoga Tawau segera pulih daripada bencana ini dan seluruh penduduknya sentiasa berada dalam lindungan-Nya. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 27 JULAI 2026 | 12 SAFAR 1448H
[𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) akan mengedarkan sarapan percuma sempena Inisiatif FuturforStudent. Edaran makanan Siri 2 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut: 🗓 Tarikh: 27, 28, 30 & 31 Julai 2026 ⏰Masa: 8.00 pagi 📍Tempat: Dewan Tuanku Canselor USIM 🗓 Tarikh: 29 Julai 2026 ⏰Masa: 8.00 pagi 📍Tempat: Fakulti Pergigian Kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan dan mendoakan agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 26 JULAI 2026 | 11 SAFAR 1448H
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐔𝐒𝐀’𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) menerusi Inisiatif Musa’adah for Student akan mengagihkan bag keperluan makanan kepada 100 mahasiswa/i yang telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan bagi sesi ini. 📦 Agihan Pertama (Pengambilan Bantuan) 🗓️ Tarikh: 16 Julai – 5 Ogos 2026 🕒 Masa: 2.00 – 6.00 petang 📍 Lokasi: Pejabat MPP USIM, Bangunan HEP Penerima yang telah menerima pemakluman rasmi daripada pihak MPP USIM diminta hadir ke lokasi tersebut dengan menunjukkan mesej pengesahan penerimaan bagi tujuan tuntutan bantuan. Sila imbas kod QR yang disediakan pada poster untuk mengemukakan maklum balas. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 21 JULAI 2026 | 06 SAFAR 1448H
[𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) akan mengedarkan sarapan percuma sempena Inisiatif FuturforStudent. Edaran makanan Siri 1 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut: 🗓 Tarikh: 20-24 Julai 2026 ⏰Masa: 8.00 pagi 📍Tempat: Dewan Tuanku Canselor USIM Kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan dan mendoakan agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 20 JULAI 2026 | 05 SAFAR 1448H
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐄𝐗𝐀𝐌𝐊𝐈𝐓𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) akan mengadakan edaran Exam Kit secara percuma menerusi Inisiatif “ExamKitforStudent”. Edaran ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh: 20–24 Julai 2026 ⏰ Masa: 8.00–8.30 pagi 📍 Tempat: Dewan Tuanku Canselor (DTC) Agihan ini bertujuan membantu para pelajar mendapatkan bantuan alat tulis bagi menghadapi peperiksaan akhir. Hanya 500 Exam Kit sahaja akan diedarkan secara percuma sepanjang tempoh pelaksanaan. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 20 JULAI 2026 | 05 SAFAR 1448H
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐈𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 kepada semua pelajar USIM. Semoga Allah SWT memberkati setiap ilmu yang telah dipelajari, mengurniakan ketenangan minda, serta mempermudah urusan di dalam dewan peperiksaan. Selamat maju jaya ! 🌟 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 20 JULAI 2026 | 05 SAFAR 1448H
[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈: 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍] Assalamualaikum WBT, Dimaklumkan bahawa waktu operasi Perpustakaan USIM sepanjang minggu peperiksaan adalah berkuat kuasa pada: 📅 20 Julai hingga 7 Ogos 2026 Para pelajar disarankan untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi maklumat lanjut. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF AKADEMIK DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USIM SESI AKADEMIK 2025/2026 18 JULAI 2026 | 03 SAFAR 1448H
[𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐒𝐈𝐌] Assalamualaikum WBT, Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) Universiti Sains Islam Malysia (USIM) akan menganjurkan program Majlis Malam Munajat Perdana USIM sempena Peperiksaan Akhir USIM bagi Semester II Sesi Akademik 2025/2026 pada ketetapan berikut: 🗓 Hari: Ahad 📅 Tarikh: 19 Julai 2026 🕗 Masa: 8.30 malam 📍 Tempat: Kompleks Islam Tuanku Mukhriz Marilah kita bersama memohon kekuatan, kelapangan fikiran dan keberkatan ilmu daripada Allah SWT dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Doa adalah senjata orang beriman. Kehadiran semua amat dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini menjadi sebab kejayaan yang besar, InsyaAllah. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF PEMERKASAAN MAHASISWA DAN KEROHANIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 18 JULAI 2026 | 03 SAFAR 1448H
[𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀? 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐙𝐇@𝐔𝐒𝐈𝐌 2026] Mahasiswa/i yang berkelapangan, dijemput hadir ke Program "Apa Khabar Siswa?" bersama AZH@USIM 2026 yang akan menampilkan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta YB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Maklumat program adalah seperti berikut:- 🗓️ Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad) 🕝 Masa: 12.00 Tengah hari 📍 Tempat: Dewan Tuanku Canselor (DTC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kelebihan kepada peserta: ✅ Rekod Kehadiran Tullabiyah ✅ Makan tengah hari dan petang disediakan ✅ Pengangkutan bas disediakan 🔗 Pengesahan kehadiran: https://shorturl.at/cHAXS “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 18 JULAI 2026 | 03 SAFAR 1448H
[𝐁𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐀𝐅𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 : 𝐄𝐏𝐈𝐒𝐎𝐃 2 | 17 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 2026] Jom sertai Iqbal bersama panel jemputan Faruqi (YDPMPP) dalam membincangkan topik "Exam Mode: ON!". Pelbagai perkongsian menarik mengenai persediaan menghadapi peperiksaan, tip belajar dengan lebih efektif serta motivasi untuk kekal bersemangat sepanjang musim peperiksaan. Jangan lupa saksikan LIVE "Borak After Class" pada jam 3.00 petang hari ini di TikTok stracommclique. 📚🎙️ https://vt.tiktok.com/ZS9r1g79rsDpG-iYAhm/ “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 17 JULAI 2026 | 02 SAFAR 1448H
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan kerjasama Charity Channel akan mengedarkan makanan percuma sempena Inisiatif "LunchforStudent". Edaran makanan tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🗓️Tarikh: 16 Julai 2026 ⏰Masa: 12.30 tengah hari 📍Tempat: Kolej Kediaman Anggerik Court (KKAC) Agihan diutamakan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Hanya 100 pek makanan sahaja yang akan diedarkan secara percuma dengan konsep siapa cepat dia dapat. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 16 JULAI 2026 | 02 SAFAR 1448H
[𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒] Assalamualaikum WBT, Dimaklumkan bahawa jadual pergerakan bas kampus telah dikemas kini bagi memudahkan urusan perjalanan mahasiswa/i USIM. Berikut dilampirkan dua (2) jadual pergerakan bas untuk rujukan semua mahasiswa/i. 📌 Jadual Pertama (Jadual Pindaan Terkini) Jadual ini berkuat kuasa pada hari Isnin hingga Rabu dan digunakan bagi: * Hari kuliah seperti biasa. * Sepanjang tempoh peperiksaan akhir. 📌 Jadual Kedua (Jadual Semasa BDR) Jadual ini digunakan pada hari Khamis dan Jumaat sahaja sepanjang pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR). Perkhidmatan bas disediakan bagi perjalanan mahasiswa/i ke fakulti dan perpustakaan mengikut laluan serta waktu yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i disarankan untuk menyemak jadual yang berkaitan mengikut hari serta merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan kelancaran urusan ke kuliah, peperiksaan dan perpustakaan. Kerjasama serta perhatian daripada seluruh mahasiswa/i amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 14 JULAI 2026 | 29 MUHARRAM 1448H