tgindex
MUET Session 3 2024- Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

MUET Session 3 2024- Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Статистика
@muets32024индонезийский

Saluran Rasmi Oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Последний пост
21 мар. 2025 г.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
6 925
−1 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
30,8 тыс
18 постов
Вовлечённость
444,2%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 21 мар. 2025 г.15,7 тыс4361

    Sebagai makluman, channel ini dihentikan. Tahniah dan syabas untuk keputusan yang anda peroleh. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat maju jaya kepada semua calon. Terima kasih.

  • 21 мар. 2025 г.15,8 тыс68

    Keputusan Rayuan Semak Semula Ujian MUET Sesi 3 2024 telah boleh disemak di portal MPM. Terima kasih.

  • 12 февр. 2025 г.26,5 тыс40053

    без подписи

  • 10 дек. 2024 г.36,8 тыс222

    BORANG SOAL SELIDIK INI HANYA UNTUK CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU MUET SESI 3 TAHUN 2024 SAHAJA. CALON SEKOLAH/INSTITUSI HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/PENYELARAS SEKOLAH/INSTITUSI MASING-MASING. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalankan…

  • 10 дек. 2024 г.39,7 тыс327

    BORANG SOAL SELIDIK INI HANYA UNTUK CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU MUET SESI 3 TAHUN 2024 SAHAJA. CALON SEKOLAH/INSTITUSI HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/PENYELARAS SEKOLAH/INSTITUSI MASING-MASING. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalankan soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat Calon Persendirian Individu MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang telah hadir Ujian Kertas Bertulis pada 7 Disember 2024 tetapi tidak dapat menduduki Ujian Lisan (Speaking) seperti yang dijadualkan pada 9, 10, atau 12 Disember 2024 akibat terkesan dengan bencana banjir yang dihadapi. i) Calon dibenarkan menduduki Ujian Speaking MUET Sesi 3 Tahun 2024 secara walk-in di mana-mana pusat ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 di seluruh negara sebagai calon menumpang secara percuma. Maklumat pusat Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang boleh dijadikan pusat menumpang boleh dirujuk melalui www.mpm.edu.my. Calon yang memilih untuk walk-in sebagai calon menumpang diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/THEHxVEqLsEf61G96 selewatnya 12 Disember 2024 (Khamis).

  • Channel name was changed to «MUET Session 3 2024- Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia»

  • Channel name was changed to «MUET Session 3 2024»

  • 5 дек. 2024 г.29,7 тыс4711

    PEMAKLUMAN BERKENAAN PERTUKARAN PUSAT UJIAN BERTULIS MUET SESI 3 TAHUN 2024 MM1214 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (B) DURIAN TUNGGAL BAGI CALON PERSENDIRIAN Arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka memaklumkan bahawa semua calon persendirian di pusat ujian MM1214 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (B) Durian Tunggal Melaka akan menduduki ujian bertulis di Bilik Kuliah 9-13, Bangunan 5, Fakulti Teknologi Pengurusan Teknologi dan Teknoushawan (PFTT), Kampus Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Bagi ujian speaking semua calon persendirian masih kekal di pusat ujian MM1214 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (B) Durian Tunggal Melaka. Pihak MPM memohon maaf sekiranya terdapat masalah berkaitan perubahan pusat ujian bertulis yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini. Sebarang pertanyaan perubahan pusat ujian bertulis ini, sila e-melkan ke MPM di alamat muet@mpm.edu.my Sekian, terima kasih MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 5 Disember 2024

  • 3 дек. 2024 г.38,8 тыс1821

    Pemakluman khas Kepada calon Ujian MUET Sesi 3 2024 yang terkesan dengan masalah banjir dan telah mengisi Google Form memilih untuk menduduki Ujian MUET secara walk-in menumpang pusat ujian lain, tuan/puan boleh menyemak tarikh-tarikh ujian speaking yang dijalankan di pusat ujian (walk-in) di pautan https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/calon-peperiksaan/muet/muet_jad_speaking.pdf. Sekian, terima kasih.

  • 2 дек. 2024 г.37,5 тыс5225

    без подписи

  • 2 дек. 2024 г.34,2 тыс3217

    PEMAKLUMAN KHAS: Calon yang telah mengisi Google Form sebelum ini, diminta untuk mengisi Google Form yang terkini seperti yang dinyatakan pada kenyataan MPM KEMASKINI: KELUARAN 1: 2 DISEMBER 2024 Permohonan melalui Google Form terdahulu dibatalkan. Harap maklum. Terima kasih.

  • 2 дек. 2024 г.37 тыс5957

    KEMASKINI: KELUARAN 1: 2 DISEMBER 2024 BORANG SOAL SELIDIK INI HANYA UNTUK CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU MUET SESI 3 TAHUN 2024 SAHAJA. CALON SEKOLAH/INSTITUSI HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/PENYELARAS SEKOLAH/INSTITUSI MASING-MASING. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalankan soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat Calon Persendirian Individu MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang tidak dapat menduduki Ujian Lisan (Speaking) dan Ujian Bertulis (Listening, Reading, dan Writing) akibat terkesan dengan bencana banjir yang dihadapi. Calon persendirian individu diberi pilihan sama ada: i) Menduduki Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 secara walk-in di mana-mana pusat ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 di seluruh negara sebagai calon menumpang secara percuma. Maklumat pusat Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang boleh dijadikan pusat menumpang boleh dirujuk melalui www.mpm.edu.my. Calon yang memilih untuk walk-in sebagai calon menumpang diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/THEHxVEqLsEf61G96 selewatnya 9 Disember 2024 (Isnin). ii) Menduduki ujian MUET secara kaedah MUET On Demand (MoD) bagi menggantikan Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang tidak dapat diduduki pada tarikh dan pusat/tempat yang akan ditentukan oleh MPM (Januari/Februari 2025) (pusat ujian adalah secara berpusat di negeri asal tempat calon mendaftar MUET Sesi 3 Tahun 2024). Negeri tempat calon akan menduduki MUET secara kaedah MoD adalah di negeri calon mendaftar untuk menduduki MUET Sesi 3 Tahun 2024. Calon akan dimaklumkan melalui e-mel. Calon yang memilih menduduki ujian MUET secara kaedah MUET On Demand (MoD) diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/3Y44fd5eiFLMj7hR7 selewatnya 9 Disember 2024 (Isnin). Google Form ini dikhaskan hanya untuk calon persendirian individu sahaja. Bagi calon MUET kategori sekolah/ institusi yang mendaftar melalui Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi, sila berhubung terus dengan Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET masing-masing (calon MUET kategori sekolah/ institusi tidak perlu mengisi soal selidik ini).

  • 29 нояб. 2024 г.34,7 тыс6223

    Calon persendirian individu yang terkesan dengan masalah banjir dan telah melengkapkan google form diminta untuk subscribe channel telegram MUET Gantian Sesi 3 2024 di pautan seperti yang dinyatakan pada google form itu. MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki Ujian MUET Gantian disebabkan calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada channel Telegram MUET Gantian Sesi 3 2024. Google form perlu diisi sekali sahaja oleh calon persendirian individu. Jika ada calon yang mengisi google form lebih dari sekali, MPM hanya menerima dan mempertimbangkan permohonan pertama yang diisi oleh calon. Terima kasih.

  • 28 нояб. 2024 г.31 тыс12027

    Pemakluman berkaitan situasi banjir Pihak MPM dan Jabatan Pendidikan Negeri mengambil maklum berkaitan situasi banjir yang sedang melanda beberapa negeri. Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan akan sentiasa memantau keadaan berhubung situasi ini. Buat masa ini, Ujian MUET Sesi 3 2024 akan berjalan seperti yang telah dijadualkan. Sebarang pemakluman berkaitan akan dimaklumkan di portal rasmi www.mpm.edu.my, Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dan di channel Telegram ini. Calon diminta untuk merujuk dari semasa ke semasa di media sosial rasmi MPM. Terima kasih.

  • 26 нояб. 2024 г.25,5 тыс286

    PERHATIAN KEPADA CALON MUET SESI 3 TAHUN 2024 BAGI PUSAT ME0361 SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU, SABAH Arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dimaklumkan bahawa calon yang telah mendaftar dan ditempatkan di ME0361 SMK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah dikehendaki memuat turun dan mencetak semula slip MUET/D di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan www.mpm.edu.my Ini adalah disebabkan pusat ujian ME0361 SMK Sepagaya hanya dapat menampung seramai 45 orang calon sahaja bagi ujian bertulis. Sebahagian calon lagi akan ditumpangkan di pusat ujian ME0368 SMK Terusan, Lahad Datu, Sabah bagi menduduki ujian bertulis. Walau bagaimanapun, bagi ujian speaking semua calon masih ditempatkan di pusat ujian ME0361 SMK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah. Pihak MPM memohon maaf sekiranya terdapat masalah berkaitan perubahan pusat ujian bertulis yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini. Sebarang pertanyaan perubahan pusat ujian bertulis ini, sila e-melkan ke MPM di alamat muet@mpm.edu.my Sekian, terima kasih MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 26 November 2024

  • 26 нояб. 2024 г.24,7 тыс489

    Pemakluman khas kepada calon MUET di pusat ujian MN0169 dan MN0170 Arahan dari Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pusat Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 seperti yang berikut: (a) MN0169 - ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTER A - Pertukaran tempat ujian ke MN0146- KOLEJ TINGKATAN ENAM TUANKU MUHRIZ A. Calon akan menduduki semua komponen kertas ujian MUET di pusat ujian yang baharu. Calon yang berkenaan diminta untuk mencetak semula Slip MUET/D di portal rasmi www.mpm.edu.my. (b) MN0170 - ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTER B - Pertukaran tempat ujian ke MN0147- KOLEJ TINGKATAN ENAM TUANKU MUHRIZ B. Calon akan menduduki semua komponen kertas ujian MUET di pusat ujian yang baharu. Calon yang berkenaan diminta untuk mencetak semula Slip MUET/D di portal rasmi www.mpm.edu.my. Pihak MPM memohon maaf sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan perubahan pusat ujian dari arahan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ini. Sebarang pertanyaan berkaitan perubahan ini, sila e-melkan kepada muet@mpm.edu.my. Terima kasih.

  • 16 нояб. 2024 г.30,2 тыс712

    Sila Whatsapp 0162121377 utk maklumat lanjut.

  • 16 нояб. 2024 г.32,6 тыс42

    без подписи

  • 16 нояб. 2024 г.35,7 тыс1031

    без подписи

  • 16 нояб. 2024 г.27,5 тыс910

    *Are you ready for MUET?* Majlis Peperiksaan Malaysia is organising a Two-Day Online Exam Confidence Paid Training to guide candidates. Date: 23rd & 24th Nov 2024 RM 180 only Covers all 4 skills Class recording and Q&A support session available. **The recordings can be rewatched until 8 Dec 2024, to assist students sitting for the Dec Muet exam*.* https://forms.gle/J94EZbrnU9ZKkPDh7