MUTIARA KATA HIKMAH
Статистика۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️
- Последний пост
- 03:41
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 85
- Всего постов
- 94
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 546
- 1/48двое суток
- 734
- 1/72трое суток
- 791
Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.
Посты
Ramai ustaz ustazah pesan, “apa pun jadi solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.” Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya. Solat itu penghubung antara kita dengan Allah. Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah. Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan. Berat! Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia. Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat. Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak. Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
без подписи
без подписи
Hati-hati dalam berkata-kata. Kita tak tau hati orang macam mana. Hidup ini akan terasa indah jika di hiasi dengan cinta kasih dan sayang Apabila hidup penuh dengan sifat iri, riak, dengki, sombong dan sifat tercela lainnya niscaya hidup akan terasa hambar dan tak ada keindahan di dalamnya
без подписи
без подписи
Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 ) Status: Hadis Sahih Pengajaran 1. Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara. 2. Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat. 3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya semasa cuti sekolah banyak tidur, asyik dengan bermain game serta menonton video hiburan. 4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan waktu yang ada untuk kerja yang bermanfaat seperti membaca bahan bermanfaat, menulis bagi menghasilkan artikel yang boleh dikongsikan, mengajar anak-anak di rumah dan sebagainya. 5. Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48) 6. Jadilah kita jika sedang dikuarantin contohnya, bermanfaat seperti Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan tafsir fi Zilal. Jom jadikan diri kita bermanfaat khususnya semasa berada di rumah bukan dengan bermain game atau menonton sesuatu yang tidak bermanfaat. Jadilah kita bermanfaat kepada ahli keluarga, sahabat handai juga kepada masyarakat seluruhnya.
без подписи
без подписи
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ Assalamualaikum dan Selamat Pagi اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya. Sentiasa Sedar dan Hargailah… Pemberiannya... Kesihatan tidak dihargai sehinggalah sakit, Masa tidak dihargai sehinggalah ia berlalu, Nikmat tidak dihargai sehinggalah datang musibah, Hidup tidak dihargai sehinggalah datangnya sakratulmaut... Marilah sama-sama kita Hijrah Hati - Ikhlaskan diri, jauhkan dari prasangka dan hasad dengki. Hijrah Jiwa - Berjiwa besar sanggup berkorban tenaga, masa dan harta benda. Hijrah Amal - Menjaga yang wajib, pertingkatkan yamg sunat, istiqamah dalam beramal. Hijrah Minda - Berfikiran positif dengan apa jua dugaan dan cabaran yang melanda..... رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
без подписи
без подписи
без подписи
DIAM diibaratkan seperti sebilah pisau yang di simpan dan hanya di gunakan bila perlu... Sekali guna, mampu mengerat-ngerat apa sahaja yang berada di depannya dengan mudah... Tetapi... Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda... Hingga satu ketika, ianya gagal untuk memotong apa2 pun sekalipun benang yang nipis...
без подписи
без подписи
APA NAK BUAT BILA DIRI SEDANG DIUJI..???? Tenang banyakkan mengingati Allah, banyakkan zikir, stabilkan diri Sabar Allah bersama orang-orang yang sabar Solat Walau berat macam mana pun solatlah sujud kepada Allah Syukur Syukur kerana kita percaya Allah uji kita tanda dia sayang kita dan untuk angkat darjat kita Percayalah bila kita hadapi ujian dan kita kembali kepada Allah, kita akan rasa lapang dan jumpa jalan penyelesain 🤲🤲😔😔
без подписи
без подписи
[ INDAHNYA PAGI ] Kecantikan pada akal adalah dengan merenung dan insafi diri. Kecantikan pada lidah adalah dengan diam. Kecantikan pada wajah adalah dengan ibadah. Kecantikan pada hati adalah dengan meninggalkan hasad dengki. Kecantikan pada perbuatan dengan istiqamah. Kecantikan pada tutur kata adalah dengan perbuatan.