tgindex
Nadiah Azaman | Ilmu Emas Simpanan

Nadiah Azaman | Ilmu Emas Simpanan

Статистика
@nadyazamanиндонезийский

Supermom yang sudah rasa keajaiban rezeki dari Allah swt & suka beri tips dan rahsia goda rezeki✨ Nak ajak kawan-kawan masuk channel ni? Share link ni dekat diorang ye. 👉👉 https://t.me/nadyazaman

Последний пост
5 мая 2025 г.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 103
−3 за 4 дн.
Сутки
−1
−0,09%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 018
19 постов
Вовлечённость
92,3%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1/48двое суток
1/72трое суток

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Di Public Gold ni bukan Goldbar Dinar je ada. Jam emas pun ada tau 😁

  • 1Hari1Ilmu Welcome all new joiners. Insyallah mulai harini setiap hari Nad akan share 1 tips berkaitan item emas atau berkaitan sistem. Boleh baca untuk tambah ilmu in future😊 Utk bacaan lain boleh refer telegram channel, banyak info yang Tuan/Puan boleh baca disitu. Penting utk join. Klik sini ⤵️ https://t.me/nadyazaman Ok back to our topic today.. Ramai orang salah faham tentang Dinar ni. Bila sebut 1 Dinar orang akan ingat 1 gram. Salah sama sekali tu ye tuan puan. Dinar ni ada titik perpuluhan. Bukan senang nak hasilkan gram yang tepat dengan titik perpuluhan tetapi itulah rahsia kehebatan ekonomi zaman Rasulullah dulu. Maksudnya hebat sungguh zaman Rasulullah dulu sebab dah gunakan dinar sebagai matawang. Apa yang Nad belajar, kalau emas tu timbangan atau nilainya tak tepat, wajib dileburkan semula. Jadi serius bukan senang cara penghasilan sesuatu item emas. Cuma apa yang untung kita disini adalah design Public Gold sangat cantik dan gold premium (kos upahnya) yang rendah serta mampu milik. Ikhlas berkongsi, Nadiah Azaman Pre FMD Public Gold

  • без подписи

  • Fikiran terbuka ni kena buka pada tempatnya. Ibarat payung terjun, function paling bagus bila terbuka, kalau tertutup time nak terjun, padah jadinya 😅 Macam ilmu Kewangan pulak, dia bukan hasil sampingan Kekayaan, tapi pemangkin kepada Kekayaan. Jadi, buka fikiran bila belajar ilmu kewangan, jangan limit kan hanya orang kaya berduit je kena belajar ilmu kewangan, ilmu urus-urus duit. Yang 'belum banyak' duit lagi kena belajar tau. Selama ni Nad banyak share ilmu tentang Rezeki. Untuk tahun 2025 insyaallah akan berkongsi banyak ilmu Tentang Ilmu Kewangan Diri. Nak follow, boleh follow sharing Nad ok? 🙂 #1Hari1IlmuKekayaan

  • Untuk Perkongsian Pertama tahun 2025, saya nak kongsikan ilmu paling basic tentang Emas. Emas ni ada banyak jenis ketulenan (kalau nk senang faham macam Kualiti). Macam orang perempuan suka pakai tu, namanya Barang Kemas. Ketulenan utk barang Kemas ni biasanya 916 . 916 maksudnya emas yg betul2 Tulen adalah 91.6% saja dalam brg kemas tu. Baki lagi 8.4% di campur dengan logam lain. Kenapa campur? Sebab brg kemas ni dia kena dikeras kan utk mudah di bentuk. Barang kemas tujuan kita beli adalah utk bercantik2 dan org perempuan saja blh pakai dalam Islam. Jadi, emas 999 yg kita duk simpan tu macamana pulak? Esok sy sambung👍😁 #1Hari1IlmuEmas

  • Channel name was changed to «Nadiah Azaman | Ilmu Emas Simpanan»

  • без подписи

  • Alhamdulillah ramai yg jual surat pajak sejak byk arrahnu naikkan upah simpan ni. Dalam term pelaburan ni dipanggil Cut Loss iaitu elakkan kerugian dari emas di lelong dan langsung xdapat apa. Emas yg lebih 50gram lg terasa kalau biar lg lama xtebus. Jual surat ni maksudnya Jual emas dlm surat pajak ye. Klu nk jual,PM je Nad gmbr surat pajak utk Nad kirakan ada lebihan cash atau tak. Kalau ada yang nk jual surat pajak, boleh wasap Nad : 👉👉https://wasap.my/60195687405/Saya+nak+jual+surat+pajak

  • Cari Syurga jauh-jauh buat apa? Nad ulang banyak kali Podcast dari Tuan Basit, salah seorang guru Nad dalam bisnes. Terngiang - ngiang pesannya, "Kita selalu cari Syurga jauh-jauh, padahal syurga kita dekat je ada di rumah" (Nanti nad share link podcast ni dekat komen. Boleh dengar banyak kali) Kadang ada antara kita ada parents yang masih bekerja, dan kita tak rasa perlu untuk kita bagi sedikit duit pada mereka. Parents kita tak perlukan pun duit kita (mungkin sebab mereka lebih banyak duit dari kita), tapi bila kita bagi walaupun sedikit, mereka akan rasa gembira tengok kita ni dah besar rupanya. Dia nampak kita sebagai anak sudah ada rasa tanggungjawab. Untuk yang tak ada parents lagi, syurga kita adalah pasangan suami / isteri dan anak - anak. Bahagiakan mereka, mereka lah syurga kita. Nak bersedekah tak perlu jauh-jauh, mulakan dari rumah. Dan satu quotes yang best dari Abuya Tuan Basit, "Orang yang buat jahat atau onar dengan kita, hidupnya takkan senang, hidup kita takkan susah" Pernah guru Nad cakap, orang yang teraniaya ni dia ibarat ada 'Blank Cheque' dari Tuhan yang boleh ditunaikan anytime (Doa orang teraniaya tak ada hijab) Banyak sangat - sangat point mengalirkan air mata dari Podcast ni. Korang dengar lah sendiri.huhu. Nak nangis dulu.

  • Doa Depresi & Anxiety Untuk yang sedang mengalami penyakit Anxiety atau Depression iaitu sejenis kegelisahan fikiran dan overthinking yang melampau, banyak cara boleh ikhtiar untuk sembuh contohnya jumpa doktor, rawatn alternatif, dan kalau dalam Islam, cuba ikhtiar dengan doa. Ikhtiar dengan doa paling mudah, tapi paling mudah juga nak tinggal tak buat. Nad dapat doa ni dari Da'i Izzhar Nazri. Jom mintak Allah izin istiqamah dengan amalkan Doa di bawah : "Ya Allah, Tuhan yg menghapuskan segala kegelisahan. Kurniakan lah aku hati yg yakin dengan takdir yang Kau telah aturkan buat ku. Sesungguhnya aturanMu tidak pernah menzalimi bahkan Kau susun dengan kasih sayang. Ya Allah Ya Rahman, berikan lah aku kekuatan untuk melepaskan kegelisahan dunia dari hati ini. Sembuhkan lah penyakit ku ini. Angkatlah kesedihan ku ini agar menjadi kebahagiaan. Angkatlah kesukaran ku ini agar menjadi kemudahan. Hilangkan kegusaran dan keresahan dalam diriku ini. Aku serahkan bulat-bulat segala urusan ku kepada Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pencipta yg mengatur kehidupanku" p/s : Kita tak tahu siapa sahabat kita yang ada masalah mental senyap sebegini. Apa kata spread this Doa widely dengan tekan butang Share supaya mereka boleh print dan amalkan baca setiap hari

  • Tanda rezeki berkat. Kisah ni Nad dengar dulu di radio ikim. Menceritakan mengenai zakat dan rezeki yang berkat. Lebih kurang apa yang Nad ingat. Tersentap Nad mendengarkan, apabila ustaz itu menceritakan tentang semua yang ada di dunia ini milik Allah. Tiada langsung yang milik kita. Benda ni rasanya kita semua pun dah tahu. Tapi kita tak SEDAR kan? Hatta diri kita sendiri bukan milik kita. Jika kita rasakan diri kita milik kita, cuba halang diri kita dari sakit gigi, demam, dan lain-lain. Mampu ke kita halang? Siapa yang mampu mengawalnya? Pasti hanya Allah. Kerana itu, segala benda dan perkara di dunia ini milik Allah kerana semuanya atas kawalanNya. Suami/isteri kita bukan milik kita. Kereta, anak, rumah dan lain-lain juga sama. Semuanya milik Allah. Rezeki. Kita kumpul harta sebanyak mana pun, jika tak berzakat, sia-sia saja. Ustaz tu ambil contoh seorang pemberi zakat. Insan tersebut berzakat bukan 100k atau 200k setahun. Tapi, RM 400,000 setahun. Ustaz berkesempatan bertemunya beberapa kali dan bertanya, 'Tuan tidak sayangkah wang yang tuan zakatkan itu? Bukan sedikit nilainya' Jawabnya, 'Saya pernah ditipu lebih dari nilai zakat yang perlu dibayar. Sebelum ini, saya sangat sayang duit yang saya perlu zakatkan, dan saya pernah bercadang lari dari membayar dengan mengurangkan jumlah zakat yang perlu dibayar dan melaburkan duit itu untuk bisnes dari di zakatkan. Natijahnya, saya ditipu. Lebih banyak dari jumlah yang saya lari untuk bayar. Sejak itu saya faham erti keberkatan rezeki dan saya zakatkan yang sepatutnya' (lebih kurang yang Nad ingat ayatnya). Seorang lagi, juga punya income yang banyak, tetapi punya banyak masalah. Zakat tidak pernah dibayarnya. Ada saja masalahnya. Anak rosak, masalah dengan isteri, dan lain-lain. Bila ditanya samada zakat di bayar atau tidak, beliau seperti tidak tahu mengenai zakat. Kata ustaz, patutlah hidupnya begitu, kerana seumur hidupnya tidak pernah membayar zakat, lantas menjadikan hidupnya tidak berkat dan sentiasa bermasalah. Bila tidak berkat, apa yang dibuat memang tak menjadi. Ada saja masalah yang melanda. Apabila berkat, yang sedikit pun sudah mencukupi. Ustaz memberi misalan, jika kita buat kerja bersungguh-sungguh, sudah pasti bos akan bayar lebih dan pasti bos lebih suka. Dan, bos pasti beri BONUS. Allah, sebenar-benar bos kita di dunia ini, jika sukakan kita, Bonus nya diberikan dalam bentuk BARAKAH. BARAKAH = KEBERKATAN. Seriously, itulah yang kita perlukan dalam hidup ini. Supaya Allah suka dan memberkati hidup kita. Wallahualam.

  • Ada yang kat sini ada Surat Pajak? Kalau rasa tak mampu nak tebus balik surat tu, surat tu boleh dijual tau so boleh dapat lebihan cash (jika ada)

  • Orang Mukmin tak Rasa panas Pernah dengar Ustaz cakap, di padang mahsyar nanti, dekatnya matahari dengan kita tu, sedekat anak panah, selama 100 tahun, dengan tak berpakaian pula tu 🙁 Dengan berdebarnya tunggu amalan kita dihisab. Dengan segala apa kita buat akan di paparkan pada semua manusia di situ. Meaning, panasnya matahari sebab sangat-sangat SANGAT dekat dan aib kita akan dibuka nanti Panasnya, masya Allah! Kita kat dunia ni dengan matahari begitu jauh pun punya mengeluh panas tu tak tahan. Bayangkan dekat 'sana' nanti macamana. Tapi pada masa tu, ustaz kata, orang Mukmin tak rasa panasnya kerana masa dunia menjaga auratnya. Sebab tu kita sangat ditegaskan untuk menjaga aurat. Mari jadi orang mukmin sama-sama P/s : Lengan dan kaki juga aurat buat wanita

  • Nak anak - anak sayang dan dengar cakap kita? Ilmu terbaik Nad dengar di ikim tak lama dulu. Macam biasa, dengar ikim macam-macam ilmu boleh dapat jadi Nad kongsikan balik. Kata seorang panel tu, kalau kita nak anak - anak sayang dan dengar cakap kita, kita kena banyak kan sentuhan dengan mereka. Sentuhan tu seperti pelukan. Banyakkan peluk anak-anak. Sekurang-kurangnya 18 minit sehari. Kalau sekali peluk 1 minit, kena peluk 18 kali lah sehari. Hehe. Bila jauh fizikal (badan mak ayah dan anak), akan jadi jauh hati. Bila berpeluk (ada sentuhan), dekat fizikal kiranya, kita akan jadi dekat dengan hati anak. Masa berpeluk tu kan hati sama-sama dekat. Apa yang dia sentuh itu lah yang dia akan rapat. Banyak sentuh handphone itulah yang dia akan rapat. P/s : Banyak kan puji anak. Fokus pada kebaikan mereka. Insyallah mereka mudah dengar cakap kita.

  • Time Azan je terus rajin! Serius, Nad tersentap dengar perkongsian ni di TT. Ada satu ceramah ni dia cerita tentang solat. Dia kata orang yang rajin solat, Allah tak uji dia dengan tinggal solat. Tapi, Allah uji time Azan je Allah bagi dia rajin. Rajin apa? Time tu lah tiba-tiba rajin nak basuh pinggan, sapu sampai, kemas rumah, lipat baju. Jadi, Allah uji kita jadi rajin pada waktu azan tersebut! Allahu, terkena setepek! Betul la kadang time Azan Maghrib tengok pinggan dengan dapur tak kemas lagi tiba-tiba jadi rajin mengemas sampai lewat solat 😭 Jom la kita sedar ujian ni dan setiap kali azan lepas ni, tinggal semua kerajinan yang tiba-tiba mai tu dengan solat dulu okkk

  • "Orang nampak macam seronok, tapi makcik takut" Dulu pernah tertengok rancangan Majalah 3 berkenaan isu Ais Kepal Milo Viral. Tertarik dengan pendirian makcik pengusaha tersebut ; "Makcik kalau pergi beli nasi lemak, peniaga tu nak tuang Kuah lebih sikit pun kedekut, makcik tak mau buat macamtu. Biar untung sikit pun tak apa lah. Asalkan orang puas hati" Bila tengok masa makcik tu buat bancuhan coklat Milo dia, memang guna Milo betul tu. Bukan brand lain. Bukan jenis murah. Tapi bagus betul dia sebab niat dia nak orang puas hati je. Tengok rezeki kejaqqq ja dia. Beratur tak putus-putus orang ke gerai dia. Bila di tanya perasaan bila viral; "Sejujurnya makcik takut. Terlalu mendadak sangat. Makcik selalu ingatkan anak-anak, Allah boleh bagi kita banyak macam ni sekelip mata, sekelip mata juga boleh tarik balik. Istighfar banyak-banyak" P/s: Point nya nak bisnes kena jujur, niat supaya customer puas hati dengan servis kita. Insyallah rezeki berlari-lari mai kat kita nanti. Thank you makcik Ais Kepal Milo Viral for such inspiration😍

  • Doa sebelum mula berniaga Harini Nad nak kongsi suatu ayat yang diamalkan oleh ayahanda kepada penulis buku Keajaiban Seribu Dinar, Ustaz Miftahur Rahman. Ustaz ni dari Indonesia, Nad memang banyak baca buku nya. Katanya, dia selalu nampak ayahnya amal dan dia juga amal ayat ni setiap hari selepas Subuh sebelum mulakan kerja/berniaga. Insyallah, Allah permudahkan rezeki bagi mereka yang mengamalkan doa ayat ini. Katanya, asbab mengamalkan ayat ini, urusan sentiasa berjalan lancar (dengan izinNya), selalu saja ada pembeli (ayahnya berbisnes) walaupun ketika itu bisnes orang lain tidak laku. Berkah mengamalkan ayat ini, selalu saja ada rezeki yang tidak disangka-sangka dan tidak terduga datang. Nad pun dah lama duk amalkan doa ni. Jom sama-sama amalkan ya. Semoga Allah memberkati hari dan pekerjaan kita 🙂 Doanya dari surah Sad, ayat 35.

  • "Rezeki Bukan di Tangan saya"🥺