- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 4
- Всего постов
- 24
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 683
- 1/48двое суток
- 782
- 1/72трое суток
- 844
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
ISU AKU JANJI YANG GURU DIARAHKAN TANDATANGANI DALAM SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) KPM BIL. 4 2026 - PELAKSANAAN POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1. Pihak Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan SPI KP Bil. 4 Tahun 2026 bertarikh 1 Julai 2026 yang bertujuan untuk melaksanakan Polisi Perlindungan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan. Dalam hal ini, pihak NUTP amat menyokong dan menyambut baik semua inisiatif dan usaha Kementerian Pendidikan dalam memastikan murid-murid selamat, dilindungi dan sejahtera semasa berada di sekolah. 2. Walau bagaimanapun, mewujudkan paksaan kepada guru untuk menandatangi Aku Janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui SPI ini adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid dalam aspek perlindungan kepada mereka. 3. Pihak NUTP berpandangan bahawa polisi yang aku janjinya ditandatangani oleh guru ini akan merisikokan guru dan menjadi penguat kepada sesiapa yang menjadi plaintif dalam saman sivil kepada guru yang yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. 4. Pihak NUTP sedang dalam usaha mengadakan perundingan dengan pihak Kementerian Pendidikan agar Aku Janji tersebut ditarik balik dan digantikan dengan elemen lain yang lebih bersifat profesional dan tidak “mengancam” guru. 5. Untuk tempoh terdekat (sebelum adanya persetujuan bersama antara NUTP dan KPM berkaitan perkara ini), pihak NUTP meminta agar semua ahli tidak menandatangani Aku janji tersebut dan meminta agar semua Pengetua dan Guru Besar tidak membuat paksaan kepada guru-guru untuk menandatangani Aku Janji tersebut. Sekian, terima kasih. FOUZI BIN SINGON SETIAUSAHA AGUNG NUTP “NUTP : Pelindung, Pejuang Guru”
без подписи
Harian Metro 09 Ogos 2026
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/08/07/nutp-gesa-kpm-wujud-mekanisme-bantu-guru-mangsa-buli NUTP gesa KPM wujud mekanisme bantu guru mangsa buli
seminggu sekali jika banyak isu berbangkit; dua minggu sekali jika keadaan stabil dan mengikut pertimbangan KPPD. Ini memberi ruang kepada tindakan susulan dibuat dengan cepat. 😎😎 12. Apakah isu yang boleh dibincangkan dalam DP PPD? Antaranya: Mutu PdP; keberkesanan pedagogi; penempatan guru dan opsyen; lawatan sokongan pegawai; suasana sekolah; hubungan warga sekolah; penyelenggaraan; isu buli; kesihatan mental; kebajikan guru; apa-apa isu lain yang ditemui melalui analisis data. 😎😎 13. Adakah laporan DP PPD boleh diedarkan kepada semua pihak? Tidak. Laporan DP PPD diklasifikasikan sebagai SULIT dan hanya digunakan untuk tindakan pengurusan. Tujuannya ialah memastikan perbincangan profesional dapat dibuat secara terbuka dan tindakan susulan dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan mana-mana pihak. 😎😎 14. Adakah DP PPD akan digunakan sebagai medium mencari kelemahan PPD atau menghukum pegawai? Tidak. Semangat DP PPD ialah memperkukuh budaya akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan. Melalui dialog ini, KPPD menilai sama ada tindakan sokongan yang diberikan oleh sektor, SISC+, SIP+ dan pegawai PPD benar-benar memberi impak kepada sekolah. Jika terdapat kelemahan, tindakan susulan adalah untuk memperbaiki koordinasi, meningkatkan keberkesanan bimbingan dan menyelesaikan isu secara profesional, bukannya mencari kesalahan individu. Setiap keputusan dan tindakan juga direkodkan serta dipanjangkan kepada JPN sekiranya isu berkenaan memerlukan penyelarasan di luar bidang kuasa PPD. 😎😎 15. Apakah mesej paling penting mengenai DP PPD? DP PPD bukanlah satu lagi mesyuarat yang menambah beban sekolah. Sebaliknya, ia memastikan setiap tindakan PPD dibuat berdasarkan data, lebih cepat, tepat dan menepati keperluan sebenar setiap sekolah. Insya-Allah, kita mendoakan agar DP PPD memperkukuh peranan PPD sebagai rakan strategik yang sentiasa membimbing, menyokong dan membantu sekolah demi mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih bermutu.
15 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG DIALOG PRESTASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (DP PPD) 😎😎 1. Apakah itu Dialog Prestasi Pejabat Pendidikan Daerah (DP PPD)? DP PPD ialah mekanisme pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) bagi meneliti maklumat dan data real-time berkaitan sekolah di daerah, mengenal pasti isu sebenar, dan menetapkan tindakan susulan pantas, segera dan kontekstual oleh pegawai PPD. Ia bukan mesyuarat biasa, sebaliknya proses pengurusan berasaskan data bagi memperkukuh peranan PPD sebagai sistem sokongan kepada sekolah. 😎😎 2. Mengapa DP PPD diperkenalkan? Matlamat utama DP PPD ialah memastikan PPD benar-benar berfungsi sebagai organisasi yang menyokong sekolah, bukan sekadar mengurus pentadbiran. Melalui DP PPD, KPPD boleh menyemak prestasi pegawai, menilai keberkesanan bimbingan kepada sekolah, mengesan isu lebih awal dan mengambil tindakan segera sebelum sesuatu masalah menjadi lebih serius. 😎😎 3. Adakah DP PPD sama seperti Dialog Prestasi Nasional (DPN)? Tidak. DPN memberi fokus kepada prestasi akademik murid, seperti keputusan PBD, PBS, peperiksaan pertengahan tahun, percubaan SPM dan SPM. DP PPD pula melihat keseluruhan ekosistem sekolah, termasuk: keberkesanan sokongan pegawai PPD; kualiti PdP berdasarkan bimbingan SISC+ dan SIP+; isu guru dan opsyen; kesejahteraan guru; infrastruktur; disiplin; kebajikan murid; isu buli, gangguan seksual dan lain-lain. Persoalan Utama kedua-duanya berbeza. DPN bertanya "Mengapa prestasi akademik berlaku?", manakala DP PPD bertanya "Apakah yang PPD perlu lakukan untuk membantu sekolah?" 😎😎 4. Adakah sekolah perlu menyediakan data baharu untuk DP PPD? Tidak. Prinsip utama DP PPD ialah menggunakan data yang telah sedia ada dalam sistem PPD serta maklumat yang dikumpulkan oleh pegawai ketika turun ke sekolah. Sekolah tidak perlu diarahkan menyediakan data baharu khusus untuk DP PPD. 😎😎 5. Jika begitu, dari mana datangnya data DP PPD? Data diperoleh daripada pelbagai sumber seperti: sistem sedia ada di PPD; laporan lawatan pegawai; dapatan bimbingan coaching & mentoring oleh SISC+ dan SIP+; aduan; pemerhatian dan pemantauan oleh pegawai; maklumat berkaitan guru, murid dan sekolah. DP PPD menggabungkan semua maklumat ini untuk menghasilkan gambaran sebenar keadaan sekolah. 😎😎 6. Adakah DP PPD akan menambahkan beban pengisian data oleh guru? Tidak. Maklumat yang digunakan ialah data sedia ada dan data yang dikumpulkan secara real-time oleh pegawai PPD melalui tugas sokongan mereka. Oleh itu, guru tidak sepatutnya diminta menyediakan laporan atau data tambahan semata-mata untuk tujuan DP PPD. 😎😎 7. Adakah Pengetua, Guru Besar dan guru menghadiri DP PPD? Tidak. Keahlian DP PPD HANYA melibatkan warga PPD seperti KPPD, Timbalan PPD, Ketua Sektor, SISC+, SIP+, Kaunselor Organisasi dan pegawai yang ditetapkan oleh KPPD. Pengetua, Guru Besar dan guru tidak menjadi ahli DP PPD. 😎😎 8. Mengapa guru tidak dilibatkan? Kerana DP PPD ialah mekanisme pengurusan dalaman PPD untuk menilai keberkesanan sistem sokongan yang diberikan kepada sekolah. Tumpuannya ialah tindakan segera dan pantas pegawai PPD, bukannya membentangkan prestasi sekolah kepada guru. Maklumat daripada sekolah tetap digunakan, tetapi proses analisis dan penetapan tindakan penyelesaian masalah dilaksanakan oleh PPD. 😎😎 9. Adakah DP PPD bertujuan mencari kesalahan guru? Tidak. DP PPD bertujuan mengenal pasti isu supaya bantuan yang sesuai dapat diberikan. Antara tindakan yang boleh diputuskan termasuklah aspek penyesuaian guru mengikut opsyen, peningkatan bimbingan, penyelarasan sokongan, tindakan berkaitan kebajikan serta penyelesaian isu di sekolah. 😎😎 10. Adakah DP PPD akan membincangkan prestasi individu guru? Perbincangan lebih tertumpu kepada isu profesional dan pola yang berlaku di sekolah berdasarkan data dan dapatan pegawai. Tumpuan utama adalah untuk mencari intervensi yang sesuai, bukan menghukum individu. 😎😎 11. Berapa kerap DP PPD diadakan? Secara asasnya,
без подписи
TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS NUTP Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada: 🔹 YBrs. Encik Raihanulazmi bin Muhammad Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 🔹 YBrs. Encik Ahmad Sabri bin Abdul Ghani Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 🔹 YBrs. Encik Mohd Izam bin Mohd Ramly Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang dalam memimpin serta menyumbang bakti kepada dunia pendidikan. Ikhlas daripada NUTP Perak
без подписи
без подписи
без подписи
𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗕𝟰𝟬 (𝗗𝗕𝟰𝟬) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 daripada keluarga B40 yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi dalam negara. Permohonan dibuka mulai 3 Ogos 2026 (Isnin), jam 2.00 petang hingga 16 Ogos 2026 (Ahad), jam 5.00 petang menerusi Portal Penajaan JPA di https://penajaan.jpa.gov.my. JPA menggalakkan semua lepasan SPM Tahun 2025 yang memenuhi syarat kelayakan agar merebut peluang ini dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan. Program Dermasiswa B40 merupakan antara usaha berterusan JPA dalam menyokong akses kepada pendidikan tinggi bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing. Sebarang pertanyaan sepanjang tempoh permohonan boleh dikemukakan melalui talian 03-8000 8000 atau e-mel dermasiswa2026@jpa.gov.my pada waktu operasi hari bekerja.
без подписи
без подписи
NUTP gesa mekanisme nilai pentadbir sekolah | FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/08/03/nutp-gesa-mekanisme-nilai-pentadbir-sekolah
[LIVE] REAKSI Topik: Memperkasa Pendidikan Demi Masa Depan Negara Tetamu: Aminuddin Awang, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)
30 Julai 2026 | Kementerian Pendidikan REFORMASI SISPAA KPM PERLU DISEGERAKAN NUTP telah membentangkan justifikasi keperluan adanya AKTA PERLINDUNGAN GURU melalui perkongsian maklumat berkaitan kes-kes pendakwaan, saman dan kes-kes perundangan yang melibatkan guru dalam memperkukuh perlindungan terhadap profesion keguruan. NUTP juga telah mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap SOP siasatan melalui sistem aduan awam khususnya SISPAA agar tidak disalahgunakan pihak tertentu hanya untuk “membunuh karakter” individu tertentu, merosakkan reputasi individu atau organisasi dan digunakan sebagai saluran membalas dendam peribadi. NUTP akan terus komited memperjuangkan kebajikan, keselamatan dan maruah profesion keguruan melalui penglibatan aktif dalam setiap sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.
SESI PERBINCANGAN BERHUBUNG TUNTUTAN KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN 30 Julai 2026 | Blok E8, Kementerian Pendidikan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menghadiri Sesi Perbincangan Berhubung Tuntutan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Haryati binti Mohamed Razali, Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Dasar dan Perancangan), Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam sesi ini, NUTP telah membentangkan serta berkongsi maklumat berkaitan kes-kes pendakwaan, saman dan kes-kes perundangan yang melibatkan guru, di samping memberikan latar belakang berhubung keperluan penggubalan Akta Perlindungan Guru sebagai satu mekanisme bagi memperkukuh perlindungan terhadap profesion keguruan. Selain itu, NUTP turut membangkitkan isu berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). NUTP telah mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada. NUTP percaya bahawa usaha memperkukuh perlindungan terhadap guru bukan sahaja melalui penggubalan Akta Perlindungan Guru, malah turut memerlukan penambahbaikan terhadap sistem dan prosedur sedia ada bagi memastikan setiap aduan dikendalikan secara adil, profesional dan berintegriti. NUTP akan terus komited memperjuangkan kebajikan, keselamatan dan maruah profesion keguruan melalui penglibatan aktif dalam setiap sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.