Oh! Media
СтатистикаSambil makan nasi lemak minum kopi, kita layan jugak segala isu yang trending dan terkini. Jangan risau, semuanya kami sediakan untuk anda!
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 22
- Всего постов
- 35
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 457
- 1/48двое суток
- 523
- 1/72трое суток
- 564
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Penganjur RXZ Members mencadangkan supaya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada para peserta yang akan menghadiri acara berkenaan. Cadangan itu dibincangkan dalam sesi libat urus bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya baur-baru ini. Selain itu, pihak penganjur turut merancang menyediakan jadual perjalanan bagi melancarkan pergerakan peserta ke lokasi acara. “Tadi kita ada minta LLM, mungkin ada cadangan nak tutup LPT untuk laluan rider sekejap. Tapi itu antara penambahbaikan akan datang, kita akan cuba."
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mencabar Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) supaya menyiapkan baki kira-kira lima peratus projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang Disember ini. Kerajaan juga berharap operasi ECRL yang sebelum ini dijadualkan bermula Januari 2027 dapat dipercepatkan, terutama menjelang musim cuti sekolah dan hujung tahun. “Kalau semuanya berjalan lancar, kita yakin operasi dapat dimulakan seawal Disember pada tahun ini, bukannya awal tahun depan. Jadi, MRL kena sahut cabaran ini."
Sebuah kumpulan hak asasi haiwan, Lawyers for Animal Rights, menggesa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menghentikan program pemberian insentif kepada orang ramai yang menyerahkan anjing terbiar. Menurut kumpulan itu, mereka bimbang program tersebut disalah guna sehingga anjing peliharaan yang tidak berlesen turut menjadi sasaran untuk mendapatkan ganjaran. Kumpulan itu turut meminta pihak berkuasa berkaitan meneliti semula pelaksanaan program itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh memaklumkan tempoh cuti Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR tidak mempunyai had masa kerana beliau mahu menyambung pengajian. Menurut Fuziah, Nurul Izzah akan kembali menjalankan tugas apabila sudah bersedia. Bagaimanapun, cuti itu hanya akan bermula selepas beliau menyelesaikan tanggungjawab berkaitan kongres parti. “Beliau akan menyelesaikan tugas sewaktu kongres, maksudnya perasmian AMK dan Wanita, kemudian nanti dalam kongres, penggulungan dan sebagainya."
Dua pelajar Tingkatan Empat MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu. Kedua-dua remaja itu dipercayai kali terakhir dilihat berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, sebelum kehilangan mereka dilaporkan kepada pihak polis. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai mendoakan agar kedua-duanya segera ditemukan dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.
Pelakon Julia Farhana Marin memaklumkan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz, selepas hampir setahun melalui kemelut rumah tangga. Menurut Julia, mereka sudah tujuh bulan tidak bertemu dan keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama. Bagaimanapun, Julia mengakui masih belum bersedia dan enggan berkongsi secara terperinci mengenai punca kemelut rumah tangganya kepada umum.
Tular di media sosial perkongsian seorang individu yang menndakwa keadaan kerusi dan meja makan di Hentian Gua Musang, Kelantan sangat kotor dan uzur. Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa, malah boleh memberi gambaran kurang baik memandangkan hentian tersebut menjadi lokasi persinggahan ramai perantau dan pelancong. Rata-rata netizen turut berharap pihak pengurusan segera mengambil tindakan, termasuk membersihkan atau menggantikan kerusi serta meja yang sudah uzur demi keselesaan dan kebersihan pengunjung.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah tampil memberikan penjelasan berhubung pemergian anjing bernama Rocky yang sebelum ini mencetuskan perhatian ramai. Menurutnya, dia hadir pada malam kejadian tanpa sebarang niat untuk mencederakan haiwan berkenaan dan menegaskan dirinya tidak menyokong perbuatan zalim terhadap haiwan. Shah turut mendakwa menjadi sasaran pelbagai tuduhan, fitnah dan ancaman selepas rakaman kejadian tular di media sosial.
Tular di media sosial perkongsian seorang tukang cuci yang menceritakan pengalaman paling mencemaskan apabila secara tidak sengaja merosakkan sebuah kerusi bernilai sekitar RM15,000 milik Sultan Pahang yang ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, dia langsung tidak tahu kerusi jenis wing chair itu diperbuat daripada sutera dan masih baharu. Ketika proses mencuci dilakukan menggunakan air, warna fabrik tersebut mula luntur. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut berdebar membayangkan situasi tersebut.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif sebanyak RM50 kepada orang ramai yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela bermula 24 Ogos ini. Individu yang menyerahkan anjing terbiar akan menerima RM50 bagi setiap anjing dewasa dan RM25 bagi anak anjing berusia bawah enam bulan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Program itu dilaksanakan bagi membantu mengawal populasi anjing terbiar, sekali gus menjaga kebersihan serta keselamatan komuniti setempat.
Tular di media sosial kisah seorang wanita dari India berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) selepas rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak 2015 mencecah sepanjang 2.69 meter. Menurutnya, keputusan untuk menyimpan rambut panjang dipengaruhi budaya India yang menganggap rambut panjang sebagai lambang keanggunan, kewanitaan dan tradisi. Rekod tersebut turut mengatasi pemegang rekod terdahulu, Aliia Nasyrova dari Ukraine yang mempunyai rambut sepanjang 2.57 meter.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai pasangan pertama bekas ketua kerajaan di Asia yang kedua-duanya masih hidup selepas mencapai usia 100 tahun. Pasangan berkenaan menerima tiga pengiktirafan rasmi, iaitu: - Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup oleh ASEAN Records. - Pasangan Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup oleh ASEAN Records. - Pasangan bekas ketua kerajaan pertama yang kedua-duanya mencapai usia 100 tahun dan masih hidup oleh ASIA Records.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas selesai menjalani rawatan. Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi memudahkan urusan pengusaha premis makanan di ibu negara, termasuk membenarkan meja dan kerusi diletakkan di kawasan kaki lima dengan permit RM30 sebulan bagi setiap set. Bagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan keluasan kaki lima. Peniaga juga perlu memastikan laluan pejalan kaki, pengguna kerusi roda serta akses kecemasan tidak terhalang. Selain itu, DBKL turut mempermudahkan urusan permit kerja kecil dan mempertimbangkan pembukaan semula premis yang ditutup atas faktor kebersihan seawal 24 jam selepas kerja pembersihan selesai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai menerusi satu perkongsian di media sosialnya yang menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana sentiasa berada di sisinya. Rata-rata netizen membanjiri ruang komen dengan doa dan kata-kata semangat buat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan proses pemulihan.
Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta persidangan itu ditangguhkan berikutan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pihak pembangkang berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya hadir sendiri untuk memberi penjelasan, malah ketiadaan beliau diibaratkan seperti mengadakan majlis perkahwinan tanpa ‘pengantin’. Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menegaskan perbandingan tersebut tidak tepat memandangkan Timbalan Perdana Menteri turut hadir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79, semalam. Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menyertai Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat menjalani pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini. Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik. Semoga PMX diberikan kesihatan yang baik, dipercepatkan proses pemulihan dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.
Kerajaan Myanmar memaklumkan akan membawa pulang kira-kira 5,000 pelarian negaranya yang kini berada di Malaysia dengan menggunakan kapal. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan itu perlu mengambil kira aspek keselamatan serta melalui proses saringan terlebih dahulu. Setakat ini, sekitar 5,000 pelarian telah dikenal pasti oleh pihak Malaysia untuk dihantar pulang, namun tempoh pelaksanaannya masih belum ditetapkan.
Tak baik buat pelakon baru macam tuu.. Baca artikel penuh: https://ohmedia.my/ohtidak/beri-alasan-bincang-skrip-di-rumah-pelakon-wanita-dakwa-diperkosa-pengarah-filem-terkenal/