Hadis, atsar, kata² ulama', nasihat
СтатистикаHadis, atsar, kata2 ulama', nasihat
- Последний пост
- 22 июн.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 41
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Sesungguhnya Setiap Kesulitan Pasti Akan Mereda
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Riyak dan Sum’ah Dalam Beramal عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisab pada Hari Kiamat ialah seseorang yang mati syahid, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmat yang telah diberikan kepadanya dan diapun mengakuinya. Allah bertanya kepadanya: 'Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu di dunia wahai hamba-Ku?. Dia menjawab: 'Saya telah berjuang dan berperang demi Engkau ya Allah sehingga saya mati syahid.' Allah berfirman: ‘Kamu berdusta, sebenarnya kamu berperang bukan kerana untuk-Ku, melainkan agar kamu disebut sebagai orang yang berani. Kini kamu telah menyandang gelar tersebut.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Dan didatangkan pula seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan pembaca Al-Quran yang membacanya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengakuinya dengan jelas, Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat itu? ' Dia menjawab, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkannya, saya juga membaca Al-Quran demi Engkau.' Allah berfirman: ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al-Quran supaya dikatakan seorang qari’ (pembaca al-Qur-an yang baik). Kini kamu telah dikatakan seperti itu, kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Dan seorang lelaki yang diberi keluasan rezeki oleh Allah, kemudian dia menginfakkan hartanya semua, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengakuinya dengan jelas.' Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu perbuat dengannya? 'dia menjawab, 'Saya tidak meninggalkannya sedikit pun melainkan saya infakkan harta benda tersebut di jalan yang Engkau ridhai." Allah berfirman: 'Kamu dusta, akan tetapi kamu melakukan hal itu supaya kamu dikatakan seorang yang dermawan, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya diseret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam neraka." (HR Muslim No: 3527) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Amal yang dilakukan tidak ikhlas malah dilandasi dengan riyak (untuk menunjuk atau dilihat manusia) dan sum’ah (beramal agar didengar oleh manusia) tidak akan diterima sebagai amal soleh. 2. Syarat pokok diterima suatu amal soleh adalah ikhlas kerana Allah semata-mata, dan amal tersebut sesuai dan selari dengan contoh yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah SAW. 3. Tiga golongan manusia yang dimasukkan ke dalam neraka dan tidak mendapat penolong selain Allah walaupun membawa amal yang besar, tetapi melakukannya kerana riyak dan ingin mendapatkan pujian dan sanjungan: a. Berjihad dan mati syahid supaya disanjung b. Belajar ilmu dan pembaca al-Quran supaya dipuji c. Dermawan harta supaya dilihat dan disebut-sebut
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bunyi Terompah Bilal Di Syurga عن أبي هريرة رضى الله عنه : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ عِنْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ يَا بِلَالُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الْإِسْلَامِ فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA ketika solat Subuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan yang paling engkau harapkan ganjarannya dalam Islam, kerana sesungguhnya aku mendengar suara terompahmu di hadapanku di dalam syurga." Lalu Bilal menjawab: "Aku tidak melakukan satu amalan pun yang paling aku harapkan ganjarannya selain daripada setiap kali aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan solat dengannya (wuduk itu) sebanyak yang ditakdirkan untukku solat." (HR Bukhari No: 1149) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Hadis ini menunjukkan keutamaan menjaga wuduk dan solat sunat selepas berwuduk, walaupun hanya dua rakaat. Amalan itu tidak semestinya besar, tetapi konsisten dan ikhlas, seperti yang dilakukan oleh Bilal bin Rabbah. 2. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa bunyi terompah Bilal yang didengar oleh Nabi menandakan kedudukan tinggi Bilal di syurga dan Nabi bertanya bukan kerana tidak tahu, tetapi untuk mendidik umatnya tentang kelebihan amalan Bilal. 3. Amalan Bilal penghuni Syurga walaupun kecil namun dilakukan dengan istiqamah iaitu sentiasa menjaga wuduk dan melaksanakan solat sunat selepas wuduk . 4. Perbuatan Bilal menunjukkan bahawa wuduk bukan hanya persediaan untuk solat wajib, tetapi juga pembuka kepada solat sunat yang membawa keampunan dan pahala besar. 5. Hadis ini menerangkan bahawa amalan ikhlas dan istiqamah, walaupun kecil, mampu menjadi sebab masuk syurga. Bilal bin Rabah r.a. tidak menyebut jihad, puasa, atau sedekah besar, tetapi hanya amalan berwuduk dan solat sunat selepas berwuduk yang dilakukannya secara tetap dan ikhlas. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 18hb Safar 1447H 12hb Ogos 2025 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Larangan Tergesa-gesa Dalam Berdoa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Akan dikabulkan doa salah seorang diantara kalian selama ia tidak terburu-buru, maksud terburu-buru, ia berkata; aku telah berdoa namun tidak dikabulkan doaku. (HR Tirmizi No: 3309) Status: Hasan Sahih Pengajaran: 1. Berdoa adalah ibadah. Hendaklah seorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkan doa. 2. Antara adab ketika berdoa ialah tidak terburu-buru dalam berdoa. 3. Antara sifat terburu-buru yang dilarang ketika berdoa ialah tidak sabar untuk segera diperkenankan dengan berkata: “Aku sudah berdoa kepada Allah tapi kenapa Allah tak juga mengabulkan doaku.? Perkataan itu keluar dari seseorang yang lemah hatinya dan dia tidak yakin sepenuhnya kepada Allah. Bagaimana mungkin doanya akan diperkenankan. 4. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini mengajar kita untuk tidak berputus asa dalam berdoa, walaupun doa itu belum diperkenankan dalam waktu yang cepat. Allah SWT Maha Mengetahui masa terbaik untuk mengabulkan sesuatu permintaan hambanya. 5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa jemu dan bosan. Yakinlah, setiap kali kita berdoa ia adalah ibadah untuk kita. Yakinlah doa kita tetap akan dikabulkan. Yakinlah kita dengan Firman Allah: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ Maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila dia berdo’a kepada Ku.” (Surah Al-Baqarah ayat: 186). 6. Jangan berputus asa dalam berdoa, terus berdoa dengan yakin dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 16hb Safar 1447H 10hb Ogos 2025 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram